Ok sambung lagi kisah pasal Aeon ni.. selain kita yg tua2 ni suka ke sana, budah2 apatah lagi....konsep aeon ni sgt mesra keluarga, daripada kebajikan org dewasa kebajikan budak2 sekecil bayi pun dorang sediakan facilitynya. Dulu masa Marissa kecik2 selalu lah menyusukan dia kat baby room, sekarang ni dah lama dah tak masuk baby room. Tunggu time adik Marissa pulak nanti :P.
Kalau ada yg beranak kecik tak yah susah nak usung stroller dari rmh, ada jer kemudahan stroller kat sini. Tapi ikut nasib lah kalau time tu byk sgt babies, kengkadang tu tak dapat lah jugak.
Pastu bila dah besar sikit cam Marissa ni, boleh lah naik kereta tolak ni...
suka kemain dapat pegang steering sendiri, padahal org yg kena tolak dia
Tengok si Adam tu, menahan jer perasaan nak naik kereta tolak tuh, sebabkan tak muat jer tuh, kalau muat konpom dia pun nak menyelit sama.
Sebabkan tak dapat naik maka mereka hanyalah menolak sahaja kereta tuh. Tu pun berebut2 ngan kakak dia, Ain. Oklah tu senang keje aku. Korang tolak lah ikut suka.
papaku pulang dari kota
papaku belikan kereta
kereta kecil warna merah
boleh ku bawa ke sekolah.. pon pon pon pon pon pon pon pon
Hah gitu, kalau naik buaian Marissa nyanyi lagu buai laju2, kalau naik kete ni dia nyanyi lagu kete ni lah pulak..hehehe
Pastukan aku suka wall decoration yg dorang buat nie... macam kat taska pun ia jugak...haruslah budak2 pun suka kan? jom tengok jom...
comel
comel
dan comel
yg ni lagi comel... pui
Eh aku ni dah macam duta aeon pulak nak promo tempat... ala walaupun bukan dapat komisen pun tapi apa salahnya kita promote kan tempat yg bagus ni kat org kan... sharing is caring gitu.. oh ya Aeon ini adalah terletak di Rawang sana yg lebih dikenali AEON Rawang Anggun yg terletak di Persiaran Anggun, Taman Anggun, Selangor. Boleh lah kalau nak kata tempatnya pun seanggun dengan namanya itew. Hanya 7 minit jer dari rmh aku, mana aku tak suka kan...kalau tidak dulu kalau nak ke Jusco jer mesti ke mid valley atau pun ker kepong atau pun ke one utama, sekarang dah tak yah nak gi jauh2 dah.
Lagi satu yg aku suka tempat parking dia, takdelah sempit sgt sampai ko bukak pintu kete kena bukak kecik2 kalau tidak kang kena kete sebelah pulak, yg ni ko bukaklah pintu luas2 tak kena pun kete sebelah. Pastu siap ada parking khas lagi tuk mereka membawa baby... selalunya kita tengok parking utk oku jer kan.. ni siap ada family parking lagi...