Sunday, May 31, 2009

Mari Promo Mc D

Alang2.. aku akan lanjutkan sticky mode aku nie sehingga hujung bulan nie, 31 May 2009. Entry terbaru berada di bawah 2 sticky mode entry ini. Sila scroll ke bawah, jgn malu2...






Kalau rasa2 nak menang iPhone 3G masuklah contest ni. Kalau aku rajin nanti aku wat contest nie..

Have You McValue LUNCHTM-ed This Week?

It’s simple to join the McValue LUNCHTM blogger contest. Dine our McValue LUNCHTM – one of the most value for money lunch options in town, if you have not already done it. Then, with your own creativity, write a blog post on your McValue LUNCHTM experience and promote it to your fellow blog readers. The most creative and popular blog post wins the latest iPhone 3G with a 6-month Maxis Value Plus Plan!

You can place the contest tagline logo ‘Have you McValue LUNCHTM-ed this week?’ on your blog during the contest period and frequently promote it to your blog readers. You can also use photos and video clips to express your experiences with McValue LUNCHTM. Your creativity is your limit!

And don’t forget to complete your contest entry by filling up a contest registration form here.

Hurry! Contest ending 31st May 09. Terms and conditions apply.

I'm Lovin' It

Sticky Mode Lagi. Sila Scroll down utk new entry.. TQ
Korang dah? Aku dah... Aku half day hari ni. Pastu tekak tingin nak makan Mc Chicken, apa lagi baik makan time McValue lunch nie. Jimat sikit kan.. RM5.95 sajer.

Ini adalah Mc Donald di Petronas Bukit Rahman Putra. Di sini dibuka 24 hrs dan ada drive thru servis


Nampak tak sape tu?

Sape lagi aku lah duta McD yg tak dilantik sekarang nie..

Aku kuar ofis kul 1 ptg. Sampai Mc D dalam pukul 2 ptg. Masih sempat utk menikmati Mc Value Lunch. Ada satu jam lagi utk menikmati hidangan Mc Value Lunch. Korang jangan wat tak tau yer..Mc Value Lunch ni hanya dari pukul 12 sampai kul 3 petang sajer tapi setiap hari ok. Kalau nak gi sebelum atau selepas masa tu pun takpe, takde sape nak marah pun.. tapi korang kena bayar lebih sikit lah.. tapi kalau dah nak tu, tak tentu kul baper pun pergi je kan?. Tgh malam buta pun sanggup..

Cam biasa peberet aku adalah Mc Chicken set and lunch partner aku hari ni tak lain tak bukan adalah asben ku.

Gelojoh. Bini sape lah nie? kalau boleh nak masuk dua2 sekali..hehe


Sila terliur ok!

tanpa menghiraukan org di depan (asben)


Memang menikmati hingga ke suapan terakhir lah..


Sos cili harus ada. Baru layann..

Burgghh... kenyang sudah


"Sape abiskan fries saya?"



"eh! dah abis ker? sorry.. tapi shah makan sikit jer.."


Sumer licin.. Nugget itu suami saya yg punya pun abis dia telan

Aku & asben memang suka hang out kat sini. Tempat dia cam happening sikit lebih2 lagi bila waktu malam. Kadang2 tu sampai takde tempat duduklah especially bila ada tayangan bola. Harus penuh.


TV beso - sambil makan sambil nonton



Amacam boleh jadi Duta Mc D kah? kalau tak boleh... jadi Mek Deqna jelah (sounds like Mc D gak kan)



Saje nak tunjuk kotak tu sama kaler ngan baju aku hijau..



So, kepada korang2 sekalian kalau terliur tgk kelazatan aku menikmati Mc Value lunch tersebut silalah terja ke Mc Donald yg berhampiran. Pastu korang tangkap gambar, pastu korang letak dalam blog, Pastu masuk contest nie. Pastu kalau korang menang korang dapat I Phone 3 G. Pastu bila korang dah dapat I Phone ni lagi mudah tuk korang berblogging. Pastu bila korang berblogging korang leh masuk contest lagi. Berapa byk pastu dah.......

Saturday, May 30, 2009

Buyeen Dah Hilang

Asben aku dah tak tentu arah ni. Kucing kesayangan dia tetiba jer hilang, dah 2 hari dia tak balik rmh. Takde lah pulak dia pesan dia gi mana. Biasanya kalau dia jumpa girlfren pun paling kurang pun sehari pastu mesti dia balik rmh.

Ain ngan Adam pun sama byk kali tanya mana Buyeen. Masing2 dah rindu sama Buyeen. Buyeen memang manja ngan budak2 tuh.

Buyeen baliklah rmh. Janganlah ikut betina. Kalau ikut betina takpe lagi, aku takut dia kena kidnap lar sbb Buyeen adalah comel dan manja.


Tinggal kenangan..sob..sob.. Buyeen baliklah...

Tidak Sihat

Hari ni duk rmh sajer. Cadangannya nak tgk midnite movie, tapi kesihatan cam tak mengizinkan. Dari semalam tekak sudah terasa tidak selesa, hari ni bertambah teruk.

Suara pun dah jadi rock nie. Jadi rock takpe lagi at least masih leh bercakap, ni aku seksa nak bercakap. Dengan seraknya, dengan peritnya..tolong..tolong...

Harap2 esok ok lah...

Friday, May 29, 2009

Nak Pergi London?


Semalam akak aku call aku.

Akak: Aku nak mintak tolong sikit. Internet rmh aku problem lah pulak.
Aku: Apa dia?
Akak: Ko tolong cek kan flight tiket ke London utk hujung tahun nie..
Aku: Ko nak gi London ker? Ngan sape? Berapa orang? Syoknya!!
Akak: Sekarang ni yg confirm 6 orang, tapi kalau ko ngan shah nak ikut jadi 8 org lah..

Wah akak aku nie tetiba jer, takde pulak aku cakap nak ikut ke apa...

Aku: Berapa hari kat sana?
Akak: Dalam 10 hari lah..
Aku: Duk kat mana?
Akak: Sedara Gumick (abg ipar) ada duk kat sana

Menarik gak nie... so malam tadi aku pun cek lah website air asia ngan Mas...
Harga promo Air Asia tuk 2 org baru RM3264 (return)
Kalau MAS pulak tuk 2 org RM5168 (return)

Nak ikut ker tak yer? Tapi jauh sgt lar.. aku tak suka travel jauh2 nie.. tak reti aku nak duk lama2 kat atas plane..

Isy..apsal ni asyik mood nak ber holiday jer??

Thursday, May 28, 2009

Gambar-Gambar Sweet

Sweet katanya....

Masa kat PD hari tu memang aku ngan member aku tu asyik nya bergambar jer lah kerja. Gila beratus-ratus gambar. Pada yg dah masuk kat FB aku & Neena mungkin dah tgk lah sebahagian gambar2 nie. Tapi tak sumer aku letak kaf FB.

Persembahkan ...... Model ntahapeapeaje...


I simply like it..

Model skirt kembang

cumil..

nice shot

Romantik di dalam gelap



with buddy

Candid - So manja


notty girl..

Feeling model... like Nuar said Model "Guess" what are you doing?


spontaneous



Teknik apakah?


At the pool side

cantik.... view di belakang itu.


Depan cermin


Try to look cute?

same hobby

lonely?


Model Teh lipton... ermmmm

Under the hot sun


Pout lebih


2 in 1


... and last but not least.. my favourite photos....


"oh! i love u so much"

" i love u too darling"


Ok dah tu jer.. sila jangan menyampah yer....Alar sekali sekala jer aku letak gambar2 gituh, bukan selalu pun...

Actually we all saje mengetest bakat terpendam hubby masing2 dalam photography... juga mengetest bakat menggedik bini masing2 di depan kamera.



Senyum Lagi

Ingat lagi entry ini? Ala entry yg pandangan anda mungkin dibalas dengan senyuman tu...

Tapi kali versi lelaki pulak. Bkn nak senyum, tapi rasa nak sepak jer montot dia kan?


















takde kerja betul..


Wednesday, May 27, 2009

Surprise yg Tak Berapa Nak Surprise

Semalam aku tgk kat paper ada promosi Malaysia Airlines low fares. Aku apa lagi laju jer lah nak membooking.

Aku ingat nak wat seprais kat asben sempena wedding anniversary tak lama lagi. Tanpa refer dengan dia aku memandai-mandai membuat penempahan penerbangan.

Tetiba tgh hari tu asben call aku:

Asben: Yang, kita nak gi *tuutt* ker?
Aku: Mana ada.. pesal pulak ni tetiba jer..
Asben: Abis tu confirmation email dari MAS tu apa benda? Terang2 nama Shah ngan Deqna kat dlm tu
Aku: Alar.. org nak wat seperais lar...
Asben: Thank you syg.. patutnya Shah yg kena fikirkan pasal surprise trip nie....
Aku: Takpe... syg wat surprise lain lar...


Bengong nyer aku. kata nak wat surprise tapi email address aku letak email address yahoo, akaun tu dia punya, so apa lagi, bila asben cek email dia baca lah pasal confirmation tu.. Maknanya tak berapa jadilah seperais aku tuh. Tapi takpe gak at least dia leh plan cuti dia.






InsyaAllah akan menetap di sini.. di mana? Biarlah rahsia...

Happy Birthday

Lupa pulak aku hari ni birthday akak aku yg no. 2. Sibuk citer pasal PD lupa lak nak wat wish entry tuk dia.



Happy Birthday to my sister
27 May 2009

Melukis Potret

Sebelum pulang kami singgat ke Teluk Kemang kejap. Tujuan asal nak cari baju bunga2 tuk Nuar pasal derang kan nak gi bercuti kat satu tempat tu. Tapi takde satu yg berkenan.



pilih jangan tak pilih

apsal nampak rambut aku blonde giler? cahaya kot..

Cuaca memanglah panas giler ketika itu. Tekak pun haus menggila. Duduklah kat gerai kat tepi pantai wat seketika sambil menikmati air kelapa.

Tapi mana kelapanya?

Candid

Member aku sorang ni tak abis2 lah ngan kamera.. itu pasal lah gambar kami byk giler
Bak kata member aku nie gambar kat PD ni lebih byk daripada gambar masa dia gi Perth dulu. Apa taknya bila dah ada geng lagi menjadilah kan.

Kami memang giler, tak cukup ngan bergambar, nak jugak wat potret. Mula2 takmo buat, tapi bila tgk bro tu lukis sorang budak & kelihatan sungguh jadi, terus kami pun dengan gediknya nak mencuba.

Dalam proses nak melakar aku


Dah ada bentuk


masih dalam proses


Terjebak jugak... pestaim wat lukisan potret.. adalah malu nak duduk di situ dan diperhatikan



Ada rupa tak? Boleh lah iras2 sikit


bersama lukisan memasing

Brother yg melukis.. sape yer nama dia.. zakir Amir kot..

dah amik gambar ngan bro tuh.. harus amik gambar ngan asben pulak..

Tak sangka time kat tempat tu ada seorang blogger ternampak aku. Tapi tak berani nak tegur. Nape tak tegur? Sori yer tak perasan pulak. Kalau tidak boleh kita minum2. Kan?