Showing posts with label Surprise. Show all posts
Showing posts with label Surprise. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

Inilah Dia

Nak tau apa yg aku dapat hari tu?
Ala takde lah apa sgt pun... tapi cukup menggembirakan hati.

Inilah dia apa yg asben kasi aku hari tu.

Teka lah..

Cincin kah? Jam kah? Jam dan cincin kah? atau pun langsir kah?

Gedik pulak kan nak suh org teka2 pulak. Pastu korang pun katalah..."ada aku kesah ko dapat apa?"

Ala teka lah... teka lah... guess what? hah aku dah kasi clue dah...

Teka lah apa dalam ni?

Hah dah tau dah? betul lah antara komen korang sebelum nie. Selain mendapat jam yg sudah ditukarkan bateri itu, aku juga mendapat jam baru seperti di bawah ini.

Cantik tak? kalau korang cakap tak cantik pun takpe.. aku tak kecik hati.. yg penting aku kata cantik dan aku suka dgn pemberian tak diduga ini.




Seratus peratus pilihan si suami. Tau jer citarasa bini dia. Memang aku tak pernah pun berura-ura nak beli jam baru ke apa ker... yg aku tau aku suka jer jam yg sebelum ni yg juga pemberian asben sempena perkahwinan kami hampir 3 thn yg lalu.

Tak yah cakap byklah aku nie.... yg penting aku nak cakap.. aku tak sangka sgt2 pun... yelah dalam waktu sekarang ni memang tak terfikir pun nak beli sesuatu tuk diri sendiri pun, sbb asal kuar shopping harus terfikir tuk baby sahaja.

Tapi org kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. "Terima kasih sayang".


Ni bukan tapak tangan aku. Ni tapak tangan laki aku yer



I'm loving it

Kelebihan jam ni ialah, mudah diejas sama ada nak panjangkan dia atau nak kecikkan dia. Tak perlu nak pakai alat bagai... nak ejas dia sama cam nak pakai or bukak jam jer. ermm korang wat2 paham jelah yer.

Once again, thank you to my darling husband. I really appreciate it.

Oh ya kalau asben aku kasi ni sebagai penghargaannya kerana mengandungkan anak dia, aku juga ingin berterima kasih kepadanya kerana memilih aku sebagai ibu kepada anaknya. Eh nape tiba2 bergenang air mata lak nie? Kan... aku ni memang lah....

Wednesday, April 21, 2010

Terharu lagi Mengharukan

Semalam aku ada citer aku dapat sesuatu kan.

Camnie citernya, semalam my husband tak kerja, so tgh hari tu dia call aku ajak lunch sesama. Ala lunch kat ofis je pun. Masa lunch tu, kami tak makan berduaan, makan reramai ngan geng2 lama. Lepak2 sampai kul 2 ptg. Pastu masing2 bersurai ke ofis masing2.

Aku pun mintak izin suami lah nak naik ke ofis. Dah tu takkan nak melepak sampai kul 3 pulak kan. Asben suh tunggu kejap, dia kata dia nak kasi aku jam yg dah ditukar bateri tuh. Aku kata takpelah.. nanti2 pun takpe.. no hurry..

Tapi dia nak kasi gak time tuh. Dia pun kuarkan lah sesuatu dari beg dia.

"Jam Deqna dah ok dah. Tapi Shah ada sesuatu tuk Deqna. Amik lah."

Aku pun tak tanpa tunggu2 lagi, kat situ gak aku bukak, kotak tuh. Memang fresh from kedai lagi lah. Terus cam teruja & happy sesangat.

Memandangkan masa dah semakin suntuk (dah kul 2 dah) aku pun tak sempat lah nak bertanya panjang kat asben. Yang nyata aku suka lah kan. Tapi tertanya2 lah jugak, pesal pulak tetiba nak kasi hadiah nie?

Masih tak berpuas hati... balik kerja semalam.. aku pun bertanya..

"Ni sempena apa ni syg kasi hadiah nie? Nak kata birthday bukan, anniversary pun bukan".

dan sambil tersenyum dia menjawab...

"Kerana mengandungkan anak Shah".


Uwaaaaaa aku rasa nak nangis.. aku memang lah cengeng...
Aku janji akan ku jaga anak ini sebaik mungkin because i love both husband and baby very very much..

Tuesday, April 20, 2010

Mintak Tukar Bateri Jer...

Dah berapa hari aku tak pakai jam tangan. Sbb sudah kehabisan bateri. Masalahnya aku ni bukanlah watch collector, jadinya aku takdelah back up jam tangan lain. Aku ni memang pesen kalau pakai jam itu, jam itu jelah sampai ke sudah. Sampai dah rosak ataupun hilang. Then, baru beli lain. Tak mcm asben aku, dia memang hantu jam. Suka tukar2 pakai.

So, setelah beberapa hari tak pakai jam tangan, sbb tak sempat nak gi tukar bateri, aku pun mintak tolonglah si suami tolong tukarkan bateri. Susah jugak bila takde jam nie, sikit2 kena tgk kat hp bila nak tgk time.

Maka dengan penuh rasa tanggungjawabnya si suami pergi ke kedai jam tolong tukarkan bateri jam isteri kesayangannya.

Jadi sekarang ni aku cuma nak gitau yang jam aku dah ok dah... dah boleh pakai dah... tapi yg syoknya selain aku dapat pakai balik jam aku tuh.. aku juga telah menerima sesuatu daripada asben.. sungguh mengejutkan... hujan takde, ribut takde.. aku dapat sesuatu...

Nak tau apa?????? nanti aku sambung lagi yer...
kena amik gambar dulu baru syok nak citer...

What a Suprise!

Happy... happy... happy...

suka sgt.....

hari ni bukan birthday aku...

bukan juga anniversary...

Tapi dapat hadiah... & i love it so muuuucccchh....

Sangat2 tak sangka...



terima kasih yg memberi.. really make me feel damn happy..


p/s: rezeki baby mungkin... pagi tadi lak ada ofismet kasi baju2 baby & barut.... tq so much. Murah rezeki org yg memberi. Aminnn..

Saturday, March 8, 2008

Announcement

Gambar sekadar hiasan

Hari ini 7hb. Maka hari ini genaplah 8 bulan kami hidup bersama sebagai suami dan isteri.


Setelah 8 bln, maka, dengan ini kami suami isteri telah pun bersedia untuk...










to be continued...

(Korang jangan nak mandai buat spekulasi yerk)



p/s: Aku baru je hantar sms kat asben hantar ucapan sempena anniversary ni (eh blm cukup setaun lah-kecoh je aku)