Showing posts with label prezent. Show all posts
Showing posts with label prezent. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Dapat Hadiah

Jangan jeles aku dapat hadiah tau..

Hari tu aku adalah suka2 hati jer masuk satu kuiz kat blog ini . Aku pun tak ingat lah apa soalan dia..
berkenaan dengan duit kot. Dia suh teka. Aku main teka2 ajer...

Pastu ada gaklah a few yg meneka. Dan semuanya pun salah, termasuk aku punya.  Tapi jawapan aku adalah yg paling hampir lah, tapi tak berapa tepat.

Aku pun tak bajetlah nak dapat apa2 pun.... tapi tup2 semalam aku dapat ini.... hand delivery lagi....

terima kasih

tau tak apakah ini?

Mungkin ada yg tau dan ada yg tak tau. BNM ada melancarkan new currency notes... dah diedarkan kat public dah pun... tapi yg limited edition lar ....
ini adalah duit RM20

 
disertakan sekali dengan penerangan mengenai duit berkenaan


Tapi janganlah pelik pulak kalau korang belum dapat pun lagi duit baharu ni. Ini kerana duit ini akan boleh digunakan start pertengahan tahun ni kot. Tapi duit syiling yg baharu tu dah leh pakai dah.... korang pernah jumpa tak? ada duit dua posen kaler gold ok... so jangan ingat tu wang pelesu pulak eh....

Apapun kepada k. ila terima kasih atas hadiah tersebut... saya akan tabungkan wang itu utk anakanda tercinta. Hehe.


Thursday, November 3, 2011

Dapat Hadiah

Akak aku memang pengumpul tupperware tegar. Kat rmh dia memang takde barangan plastik melainkan dari tupperware sahaja. Dan baru aku tau jgk yg tupperware ada jugak mengeluarkan botol susu bila mak long hadiahkan botol susu tupperware kepada Marissa.

kotak adalah cantik

taraa... hadiah tuk Marissa

Kemain excited Marissa dapat botol susu baru. Aku pegang sikit pun tak boleh. Ko tengok aku nak pinjam kejap jer letak atas meja, belum habis snap dia dah rampas dah botol susu dia tuh. Tu yg tangan dia interprem sekali kat gambar ni.

Set botol susu ini didatangkan sekali dengan satu bekas tuk menyimpan susu. Dua2 nya pun comel jer sesuai tuk anak2 dan mak2. Ini adalah botol susu Marissa pertama yg agak panjang sikit. Sebelum ni botol susu dia memang comel2 jer.. ala sekali minum pun takat 4oz jer... Lebih sikit confirm tak habis. Kalau guna botol ni, jawabnya separuh dari botol ni je lah susunya.

Bukan Marissa jer dapat hadiah, mamanya pun dapat jugak. Disebabkan aku pun dah start duduk kat rmh sendiri, akak aku hadiahkan dua bekas tupperware tuk isi bawang2 or kentang.

 tempat letak bawang/kentang/benda2 kering

Pasni kena beli bawang, kentang, dan barang2 kering. Bekas masih kosong lagi, sbb kat rmh pun bawang ada 5, 6 ulas jer... katanya rajin masak kan...heheh... tak.. aku memang beli sikit2 jer.. sbb pernah bawang sampai dah tumbuh pokok tau....

nway thank u to my sister.. semoga terus dimurahkan rezeki:)

Friday, January 21, 2011

Ke Poh Kong Ler Kita

Actually, tak terlintas pun kat kepala aku ni nak tindikkan Marissa. Aku yg tua2 ni pun, kalau mak aku tak tindik aku masa kecik dulu, mau aku takkan tindik telinga ni sampai bila2. Takut ko. Hai camnelah org yg tindik deret2 kat telinga tuh. Tak sakit ker?

Semalam asben ajak aku kuar. Tujuannya nak cari hadiah tuk aku. Hadiah belated birthday katanya. Memang very very late pun. Bukan apa, takde masa sebelum ni nak kuar sama2 & pilih2. Cadangannya nak pergi berdua saje. So, kami pun bersiap2lah tatkala Marissa sedang tido. Elok kiterang nak kuar, terjaga pulak budak kecik tuh. Nak tinggalkan tak sampai hati pula. Maka terpaksalah bawak jugak.

Tu yg bila dah bawak tu, nak tak nak tetiba asben kata nak tindikkan Marissa. Aku kata tunggulah nanti2. Tapi asben kata, nanti ke sekarang ke sama saja. Lebih baik wat jer sekarang. Org kata dah besar2 nanti lagi payah.



pilih saje. suami bayar. ewah.

buat muka pulak dia nie


dia tak tau yg kejap lagi dia nak kena 'tembak'


bapa pegang anak. Mak nak buat pilihan nie.


haih sampai garu hidung ke?


taraaaa.

Thank you sayang. Mama dapat. Marissa pun dapat jugak. Kalau Marissa tak ikut, mungkin mama sorang je yg dapat. Hehe.

Macam mana reaction Marissa masa kena tindik tuh? Fuh dia punya nangis. Tak pernah aku dengar dia nangis camtuh. Kalau sebelum ni, baik kena enjet ke sunat ke elok jer dia tak nangis, tapi kali ni memang terbaik. Aku pun nak nangis sama tgk dia. Ok mama janji pasni mama tak buat dah. Mama mintak maaf yer sayang. Mungkin dia terkejut kot. Tak lama pastu dia pun ok dah. I know u are strong darling!

Tuesday, December 28, 2010

Pumpkin Patch Utk Marissa & Cokelat Utk Aku

Marissa dapat hadiah daripada seseorang. Fresh from Aussie. Nanti aku tayang yer apa dia. Yang pasti ianya berwarna pink. Polka dot pink dress. Cantik.


Tak lupa jugak tuk mama dia pulak diberikan cokelat. Memang tiap kali orang ni ke sana, ini lah habuan aku. Ye ye jer aku kata hari tu tak nak beli cokelat lagi. Tapi tup2 lately ni ramai pulak yg kasi aku cokelat. Takpelah, aku tetap suka jer. Makan cokelat kan bagus.



Terima kasih kepada seseorang itu. Walaupun kita dah lama berjauhan, tetapi tetap dekat di hati. Yang penting ingatan tu kan. Thanks again!

Thursday, October 28, 2010

Gelagat Marissa Dengan Bumbo Seat

Memang dah lama aku berhajat nak belikan Marissa bumbo seat nie. Tambah lagi sekarang ni dia tak suka dibaringkan. Yelah balik2 baring, baring, baring tgk syiling rmh atau kipas. Budak pun tau boring ok. Tu pasal kalau dia dok rengek2 time baring, dudukkan dia atau berdirikan dia. Terus diam.

Jom tengok aksi dia masa mula2 diletakkan kat bumbo seat tuh. Gambar pakai kamera phone jer. Malas nak tunggu asben kuarkan kamera dia. Aku dah tak sabar katakan.


Teruja dapat duduk sendiri







kemain eksen lagi muka bila duduk kat situ



alangkah berbeza saiz kerusi org dewasa dgn bayi



dari sisi




geram





Inilah hadiah sempena Marissa 5 bulan


" Thank u mama :)"
Dah lama lah aku dok survey bumbo seat ni secara online. Tapi kebanyakannya sumer dah sold out. Takde stok. Tgk gak kat littlewhiz hari tu, memang ada offer dan murah tapi takde stok. Dorang kata next week stok baru sampai.

Tapi dah nama mak ni kan memang lah kalau dah nak satu2 benda tu tak sabar nak nunggu. Kebetulan pulak masa jenjalan kat Sogo ternampak pulak bimbo seat ni kat bahagian baby. Padahal selama ni takde lah pulak. Since dah ternampak tu, terus lupa online, dan dan tu jgk terus rembat. Tapi harga memang jauh berbeza lah. Kalau aku sabar sikit mgkn leh lah save dalam RM100. Jauh beza tau. Aku tgk kat littlwhiz harga baru RM139.90 dengan play tray set. Harga kat Sogo RM249.90. Seat getah gitu jer pun harga kemain kan. Import katanya kan. Tapi takpelah dah aku yg tak sabar sgt kan.. so pejam mata sudah. Yang penting seat itu sudah menjadi milik anak dara aku.

Bumbo baby sitter

Apa kegunaan bumbo seat ni?
Bunbo seat membantu bayi duduk secara tegak. Boleh digunakan bila bayi boleh menyokong kepala mereka sendiri. Digunakan di atas kawasan rata dan selamat.

Sila layari http://www.bumbo.co.za/ utk penerangan lebih lanjut tentang baby seat ini.

Thursday, April 22, 2010

Inilah Dia

Nak tau apa yg aku dapat hari tu?
Ala takde lah apa sgt pun... tapi cukup menggembirakan hati.

Inilah dia apa yg asben kasi aku hari tu.

Teka lah..

Cincin kah? Jam kah? Jam dan cincin kah? atau pun langsir kah?

Gedik pulak kan nak suh org teka2 pulak. Pastu korang pun katalah..."ada aku kesah ko dapat apa?"

Ala teka lah... teka lah... guess what? hah aku dah kasi clue dah...

Teka lah apa dalam ni?

Hah dah tau dah? betul lah antara komen korang sebelum nie. Selain mendapat jam yg sudah ditukarkan bateri itu, aku juga mendapat jam baru seperti di bawah ini.

Cantik tak? kalau korang cakap tak cantik pun takpe.. aku tak kecik hati.. yg penting aku kata cantik dan aku suka dgn pemberian tak diduga ini.




Seratus peratus pilihan si suami. Tau jer citarasa bini dia. Memang aku tak pernah pun berura-ura nak beli jam baru ke apa ker... yg aku tau aku suka jer jam yg sebelum ni yg juga pemberian asben sempena perkahwinan kami hampir 3 thn yg lalu.

Tak yah cakap byklah aku nie.... yg penting aku nak cakap.. aku tak sangka sgt2 pun... yelah dalam waktu sekarang ni memang tak terfikir pun nak beli sesuatu tuk diri sendiri pun, sbb asal kuar shopping harus terfikir tuk baby sahaja.

Tapi org kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. "Terima kasih sayang".


Ni bukan tapak tangan aku. Ni tapak tangan laki aku yer



I'm loving it

Kelebihan jam ni ialah, mudah diejas sama ada nak panjangkan dia atau nak kecikkan dia. Tak perlu nak pakai alat bagai... nak ejas dia sama cam nak pakai or bukak jam jer. ermm korang wat2 paham jelah yer.

Once again, thank you to my darling husband. I really appreciate it.

Oh ya kalau asben aku kasi ni sebagai penghargaannya kerana mengandungkan anak dia, aku juga ingin berterima kasih kepadanya kerana memilih aku sebagai ibu kepada anaknya. Eh nape tiba2 bergenang air mata lak nie? Kan... aku ni memang lah....

Tuesday, April 20, 2010

Mintak Tukar Bateri Jer...

Dah berapa hari aku tak pakai jam tangan. Sbb sudah kehabisan bateri. Masalahnya aku ni bukanlah watch collector, jadinya aku takdelah back up jam tangan lain. Aku ni memang pesen kalau pakai jam itu, jam itu jelah sampai ke sudah. Sampai dah rosak ataupun hilang. Then, baru beli lain. Tak mcm asben aku, dia memang hantu jam. Suka tukar2 pakai.

So, setelah beberapa hari tak pakai jam tangan, sbb tak sempat nak gi tukar bateri, aku pun mintak tolonglah si suami tolong tukarkan bateri. Susah jugak bila takde jam nie, sikit2 kena tgk kat hp bila nak tgk time.

Maka dengan penuh rasa tanggungjawabnya si suami pergi ke kedai jam tolong tukarkan bateri jam isteri kesayangannya.

Jadi sekarang ni aku cuma nak gitau yang jam aku dah ok dah... dah boleh pakai dah... tapi yg syoknya selain aku dapat pakai balik jam aku tuh.. aku juga telah menerima sesuatu daripada asben.. sungguh mengejutkan... hujan takde, ribut takde.. aku dapat sesuatu...

Nak tau apa?????? nanti aku sambung lagi yer...
kena amik gambar dulu baru syok nak citer...

What a Suprise!

Happy... happy... happy...

suka sgt.....

hari ni bukan birthday aku...

bukan juga anniversary...

Tapi dapat hadiah... & i love it so muuuucccchh....

Sangat2 tak sangka...



terima kasih yg memberi.. really make me feel damn happy..


p/s: rezeki baby mungkin... pagi tadi lak ada ofismet kasi baju2 baby & barut.... tq so much. Murah rezeki org yg memberi. Aminnn..

Tuesday, July 14, 2009

Lu Pikirlah Sendiri

Ramai je yg nak tau apa yg Neena kasi masa malam kejadian hari tu. Ok lah.. ok lah aku share gak lah ngan korang. Tapi aku tak letak secara nyata dan terang lah. Kata eksotik kan.. so mana leh tunjuk betul2.. Aku pun tak mintak korang teka2 tau.. Dah tgk jer pastu dendiam sudah.





Ok puas hati? Apakah ia? Lu fikirlah sendiri. Hehe. Ingat ni bukan peraduan teka-teki yer.

Thursday, July 9, 2009

Hadiah Untuknya Pula

Aku memang bengang nie. Entry ni patut dah siap. Penat aku karang2, aku susun2 gambar tapi tah camne boleh dia hilang begitu sahaja. Aku memang musykil lah dgn blogspot nie. Dah lah autopublish takmo keluar, ni entry dalam draft pun hilang begitu sajer.

Bila dah hilang aku pun angin lah. Hilang mood aku.

So, post yg ni aku malas nak citer2 letak gambar sudah. Gambar pun aku malas nak susun2. Biar tunggang langgang. Sbb aku memang hangen nie.



Cuba teka. Apa di dlm ini?

Jam tangan pilihan si suami. Sape jawab betul tadi memang pandai. Tepuk2.

Dah beli terus pakai time2 tu jugak. Jam lama terus disimpan dan dipandang sepi. Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang. Tapi jam lama tersebut tidak dibuang kerana ia masih elok.

Gedik nak pegang2 tangan pulak



Nak tunjuk gak apa yg aku dapat.


Lepas dapat hadiah gi makan bersama pula di Restoran Tupai-Tupai




Durian belanda & Epal jus



Kailan ikan masin


Tomyam campur


Lala masam manis - tapi asben aku cakap lala yg aku masak dulu lagi sedap pada ini. Tapi aku makan sedap jer.


kami juga dihidangkan kacang semasa menunggu hidangan siap


Time nak balik dah


Restoran Tupai2 yg tak begitu clear kerana pakai kamera biasa dan diambil dari jarak jauh. Asben kata kalau pakai kamera mcm Lee punya gambar mesti terang dan sharp. Masih tak putus asa nak kamera itu.

Memang aku malas bercerita kat entry ini. Aku penat nak taip balik. Koser aku. Padan muka blogspot. Sape suruh main2kan aku.

So, itulah pemberian aku kepada suami terchenta sempena ulangtahun ini. Eh, tapi ada lagi satu tau. Yang tu nanti2 lah diceritakan yer.