The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Thursday, May 27, 2010
Masa Memberikan Nama dan Org Yg Berhak Memberikan Nama
Berdasarkan berbagai hadis Rasululullah SAW maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari kelahirannya atau tiga hari sesudah kelahiran. Jika masih belum diberi nama dapat ditunda sampai pelaksanaan aqiqah.
Berdasarkan keterangan di atas maka para ulama fiqah berpendapat bahawa memberikan nama kepada anak harus dilakukan sama ada pada hari pertama, hari ketiga, hari ketika aqiqah ataupun beberapa hari selepas itu.
Tentang siapa yg berhak memberikan nama apakah ayahnya atau ibunya, maka terjadilah perselisihan. Mungkin sahaja dapat dilakukan dengan berbincang antara suami dan isteri ketika ingin memberikan nama anak menurut Nasya'at Al-Masri hak memberi nama dilimpahkan kepada ayah. Kerana di dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayahnya bukan kepada ibunya.
Doa Ketika Memberi Nama Anak (terjemahan):-
"Ya Allah, jadikanlah nama ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yg Engkau redhai menjadi cita2nya. Menuntut ilmunya menjadi perjuangannya dah akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-Nabimu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yg halal lagi baik. Dan dekatkanlah perkara yg baik dan jauhkanlah dia dari perkara2 yg buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai yang Maha Pemurah lagi Mengasihani."
Amin.
Nama Anak
Citer pasal nama anak nie, aku serahkan jer kat asben utk memilih nama tuk anak dia nie. Takde gaduh2 lah. Apa dia pilih aku setuju ajer.
Sekarang pun bila dia berkomunikasi ngan baby kat dalam perut ni pun, dia panggil2 nama dah. Aku pun sama gak, panggil gak nama, tapi kadang2 panggil baby jer.
Tapi walaubagaimanapun, aku suh agak asben to get ready with nama lelaki, mana tau sok kuar baby boy pulak ker kan... Yelah byk jer kes yg bila scan kata girl, alih2 kuar boy... tak pun bila scan kata boy, alih2 kuar girl pulak.
Apapun, semoga baby nie menjadi Permaisuri yg bersopan-santun buat mama & papa dia. InsyaAllah.
Wednesday, May 26, 2010
Model Ibu Mengandung
Asben memang rajin nak mengambik gambar, tapi byk nyer aku mengelak lah. Bukan apa rasa horror pulak tgk diri yg kembang sana dan kembang di sini. Tapi kadang2 turut gak lah kemahuan dia tuh. Jangan tak tau, gambar2 yg dia amik tu siap dia print lagi. Paling tak boleh blah bila dia dok menghantar gambar2 kat peraduan2 kat majalah2 ibu2 nie. Aku ni tak pernahlah terfikir nak buat tu sumer. Patutlah hari tu majalah aku hilang tah kemana dgn tiba2.
Ni adalah sikit gambar2 masa kat spital hari tuh. Masa ni tgh tunggu turn lah tuh.
"dah lah tu yang oii.. dah sakit pinggang dah nie"
Tuesday, May 25, 2010
Sementara Masih Berdua
Ni gambar fotogedik kami ketika menunggu masa kat spital hari tu. Mak aii.. giler punya ramai patient hari tuh, selalunya tak ramai camtuh. Ko bygkan, aku sampai kul 9:30am camtuh.. register, pastu cek urine & bp pastu kiterang gi breakfast. Kiterang breakfast pun lama gak lah.. adalah sejam lebih lepak2.. sbb tau pun mesti lama punya kena tunggu.
Balik pada breakfast tu pun kena tunggu lagi sejam lebih. Dlm kul 12 baru dapat jumpa doktor. Adoi sampai sakit pinggang dibuatnya. Tapi aku suka gaklah cara doktor tuh, walaupun patient dia ramai camne pun, takdelah dia cek sambil lewa jer patient2 dia... paling2 kurang pun mesti 15 minit lah patient berjumpa ngan dia. Takdelah nampak dia kelam kabut ke apa. Rilex & cool jer dia.
Macam2 benda kami buat tuk menghilangkan boring menunggu. Surat khabar sampai berulang-kali dan lunyai aku baca. Duduk pun macam2 posisi dah. Serba tak kena dibuatnya.
Tapi kalau nak hilang bosan senang ajer.. bermain2 dengan kamera lah jawabnya.. Selamba badak jer kami bergedik2 kat depan kamera tuh. Gambar2 kat bawah ni lebih kurang sama jer.. asben dia set sekali snap sampai 4 shot. Best jugak.. sikit2 snap, sikit2 snap.. pastu terkekek2 gelak.
37th Weeks - Check Up
Ok gambar kat entry sebelum ni, adalah gambar masa check-up hari Ahad lepas. Ahad lepas doktor kata aku dah 37 minggu. Aku ingatkan 36 minggu.
Biasanya aku excited nak gi check up nie. Yelah dapat jumpa baby kan.. tapi kali ni punya check up, aku excited, excited lah jugak. Tapi takut sikit lah. Sbb org kata bila dah nak hujung2 ni doktor akan cek bukaan a.k.a cek bawah. Fuh seriau aku. Nasib cek time tu doktor tak cek bukaan lagi... Selamat
Tapi doktor kan.. dia tau lah apa yg dia buat.. takkan aku nak kata "eh doktor jangan tekan.. sian baby saya"..hehe.. Yelah doktor kenalah tekan2, check2.. nak tgk position baby kat dalam perut tuh.
So, as in the previous entry, doktor kata baby dah engaged. But, dia kata aku tak dijangka kan lagi bersalin dalam minggu nie. Apapun kena datang check-up lagi Ahad ni pulak. Start from now, kena datang setiap minggu lah pulak.
Doktor ni citer pasal ada patient dia ni.. nak bersalin lah. Masa tu patient dia kat rmh, patient dia ni call lah doktor, kata perut sakitlah, apa lah.. pastu doktor suruh lah ke hospital cpt2..pastu tiba2 line putus.. tapi sebelum line tu terputus doktor tu dengar patient dia jerit "Adoi!". Pastu doktor tu pun call balik, tanya what happened.. rupa2nya baby sudah terkeluar...
tulis report - next appointment on 30 May nie
Baby..baby duk dulu baik2 kat dalam perut ni yer.. kalau nak kuar kasi hint dulu tau.. make sure time tu ayah pun ada sama. Eh papa. eh ayah. Lawaklah.. kiterang kan laki bini kan.. tak tau lagi nak bahasakan diri apa nanti ... mama & papa ker, mama & ayah ker. mummy & daddy ker? Sekarang ni main ikut sedap mulut jer....Tak kisah lah baby nak panggil apa pun. Ikut keselesaan baby yer...
Tak taulah charge ni yg latest ker tidak.. tapi rasanya, takdelah mahal sgt like other private hospital...
Sudah ke Belum?
Friday, May 21, 2010
Ini Juga Tidak Kurang Pentingnya
Hari tu menggagau aku mencari kain batik kat dalam almari. Ada tu memang adalah, tapi tak pernah berpakai lah, tersimpan jer kat dalam almari. Tengok2 satu pun kain batik tu jenis yg belum berjahit lagi. Now, kain2 tu ada kat taylor. Dah 3 hari hantar, sampai sekang ni tak siap lagi. Apa ntah.. bukan susah sgt pun nak jahit, tupun nak amik masa jugak kah?
Ada 5 helai kain batik
Now aku terfikir camne nak pakai kain batik nie nanti? Mau terlucut jer nanti. Aci tak kalau pakai ngan tali pinggang?
Lagi satu benda yg penting jugak semasa pantang adalah tuala wanita. Aku beli yg jenis maternity dan jenis yg biasa punya tuk heavy flow. Dua2 Kotex. Baru2 ni aku bukaklah nak tgk camne rupa paras maternity loop tuh. Tapi dia bkn mcm pad biasa lah. Ada tali kat hujung2 dia. Tali tu nak wat ape wei? Nak sangkut kat celah mana? Ajar aku sikit boleh...
Ini pun mau letak kat blog kah?
Mengeras dan Menegang
Lepas tu (.)(.) pun rasa cam sakit2 sikit. Org kata kalau (.)(.) sakit tandanya ada contraction.
Apapun ada lebih kurang 3 minggu before my due date. Tapi org kata kalau dah masuk 36th week ni, kira dah anytime lar...
wohoo i can feel the baby kicking lar...kejap bonjol kat sini, kejap bonjol kat sana.. takpe baby teruskan aktivitimu itu.. mama suka jer...
Adab Suami Terhadap Isteri Ketika Mengandung
Ketika isteri sedang mengandung, suami hendaklah benar2 bertanggunjawab terhadap isteri. Kerana perasaan isteri saat itu sgt sensitif, mudah tersinggung, mudah merajuk dan sebagainya. Ia sangat memerlukan perhatian dariapada suami yg disayanginya.
Ada beberapa perkara yg perlu suami lakukan terhadap isteri yg sedang mengandung.
- Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isterinya, sebagai teman hidup yg paling dekat.
- Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri, serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
- Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yg berlaku dengan isteri sebelum masuk ke tempat tidur.
- Jangan terlalu mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri, seperti perkataan "aku ceraikan engkau" dan yg serupa dengannya.
- Ketika seorang wanita yg mengandung itu hampir masanya utk melahirkan anak maka ia dan suaminya dianjurkan supaya membaca doa sebagai berikut. "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimiin" . Ertinya: Tiada tuhan yg disembah melainkan Engkau Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan org2 yg zalim.
- Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
Suami yg soleh ikut merasakan penderitaan yg dirasakan oleh isterinya. Walaupun suami tidak merasakan secara langsung kesakitan spt yg dideritai oleh isteri, setidak-tidaknya ia insaf dan merasakan bahang penderitaan dan rasa sakit ketika isteri melahirkan anak. Ketika itu suami akan merasakan bahawa dia betul2 menyayangi anaknya begitu juga isterinya.
Suami harus byk terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatiannya terhadap isteri. Oleh sebab itu suami hendaklah berada di samping isteri ketika isteri sedang sakit bersalin dan ingin melahirkan anak. Suami memberikan motivasi kepada isterinya agar tetap tabah dan sabar. Di samping itu suami harus byk berdoa kepada Allah SWT serta byk istighfar, dan selawat. Dgn cara itu perasaan isteri menjadi tenang, sehingga memudahkan proses melahirkan anak.
Begitulah seterusnya bahawa perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan. Dari ketika hamil, melahirkan dan kemudian menjaga anak adalah suatu pekerjaan yg perlu dibantu oleh pihak suami, agar isteri merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menanggung beban yg berat tersebut.
Sumber: Buku Amalan Ketika Mengandung dan Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi.
Actually panjang lagi yg ditulis dalam buku ni hah.. tapi tangan aku penat lah nak taip satu2 so aku pendekkan jelah yer.. Nanti ada masa aku share lagi apa yg ada kat dalam buku2 yg aku baca itu.
Sebahagian dari Persiapan Juga
Antara koleksi majalah & buku2
Takdelah byk sgt pun koleksinya. Tapi biar tak byk janji khatam kan. Bila masa nya aku membaca? Tak tentulah, ikut suka jer.. yg penting buku2 or majalah tu mesti ada kat atas katil, senang nak capai. Biasanya, sebelum tido memang aku akan membacalah sampai tertido. Tapi kalau hari tu aku penat sgt, memang tak sempat nak membaca pun. Tapi misal kata aku terjaga tgh malam ker, nak terkencing, pas bangkit tuh aku akan continue membaca lagi lah. Macam org nak gi exam lah layaknya. Hehe.
- Johnsons - Mother & Baby (rakan kasi)
- Pendidikan Anak2 Dalam Islam (Bakti kasi)
- Ibu Dibelai Anak diBuai (aku beli)
- Amalan Ketika Mengandung dan Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi (aku beli)
- Indahnya Hidup Bersyariat (aku beli)
Semua buku2 di atas memang byk membantu aku. Aku memang rekomen kat ibu2 kat luar sana tuk membaca buku2 spt di atas terutamanya buku yg no. 3 tuh. Yang lain2 pun aku rekomen gak. Tak rugi kan kalau banyak membaca. Buku no. 4 tu pun bagus gak, penuh dengan doa2 dan surah2 utk diamalkan.
Tapi takpe, ada gak entri yg aku tulis kat blog nie aku petik dari buku2 yg aku baca tuh.. kita kongsi sama2 yer..
InsyaAllah pasni, aku nak teruskan habit membaca ni walaupun baby dah keluar esok. Aku ni sebelum ni, memang takdelah rajin sgt membaca, cuma bila preggy ni tu yg start membaca balik. The more you read, the more you get. Tak gituh?
Thursday, May 20, 2010
Set Bersalin
Ikutkan aku, memang aku takde mana2 preference tuk set bersalin ni. Di tambah pulak masa aku ke toko jamu hari tu, aku tanya kat tuan kedai tu, produk apa yg org paling ramai sekali amik. Dia kata, kat kedai dia paling ramai org amik Sendayu Tinggi. Aku pun apa lagi... zass jelah Sendayu Tinggi. Dia kata Sendayu Tinggi ni sesuai tuk org yg beranak kali pertama, dan katanya lagi, sesuai tuk breastfeed. Tak taulah.. kot dia nak lakukan produk ke apa kan.
Nanti aku try dulu yer.. kalau ok, oklah.. kalau tak ok aku gitau korang yer.
Bermula Episod Cuci-Mencuci
Elok tersidai semuanya
Penyangkut kain baju tu merupakan salah satu hadiah yg kami terima masa kawen dulu. Akhirnya berguna jugak penyangkut itu. Senang pakai tu tuk menyangkut benda2 yg kecik cenonet.
Yang paling tak larat, kemain lagi asben aku letak penyidai tu kat betul2 kat depan laman rmh. Nak cari tempat panas lah tuh. Harus jiran2 aku ingat aku dah beranak kot bila tgk baju2 baby sudah bersidaian di luar rmh.
Memang mak aku kata pun dekat sejam gak asben duk kat luar tu menyidai kain baju tu sumer. Apa taknya, sambil dok menyidai, sambil tu jgk dia dok mengambil gambar. Itu pasal lah demi menghargai apa yg asben buat tuh, aku letak lah byk2 gambar yg dia amik tu kat blog ini.
Yelah lepas cuci ada jelah benang yg terkeluar sana sini kan. Haruslah dipotong terlebih dahulu. Nak lipat kain yg cenonet ni pun makan masa gak tau. Bukan sebab apa, tiap kali nak lipat tiap kali tu asben nak snap. Layan kan jelah.
Akhirnya siap jgk melipat kain2 yg dicuci utk first round itu.
Sikit-Sikit Jelah
Aku Sombong?
"Amboi sombongnya kau yea deyna. FB aku ko tak approve lagi".
Gitulah smsnya.
Puas berfikir sapelah gerangan yg hantar msg tuh, sbb hp aku kan hilang sebelum ni, so contact list pun byk yg hilang gak lah.
Ni nak gi tau ni, kengkawan sumer, aku memang tak aktif sgt lah fb tuh. Memang jarang update pun. Aku on-line pun layan blog ajer. Tu pun sekang ni ikut mood gak lah. So, jgn sentap yer if ada sape2 yg aku tak approve yer.
Apapun thanks to my old fren Betty sbb sms aku. Kalau tidak hampir lost contact lah kita yer. Terima kasih atas support dan nasihat ko tuh utk aku deliver nanti. Suka dapat cakap ngan ko.
Setiap Kali Tgk Ni, Setiap Tu Jugak Aku Menangis
Asben tunjukkan aku klip ni, katanya nak kasi aku semangat nak bersalin nanti. Semangat memang semangat lah, tapi pada masa yg sama aku rasa sgt2 tersentuh. Berguguran air mata bila tgk klip ni.
"lar.. nape sedih2, nangis2 pulak? Shah nak kasi Deqna semangat".
"Bukan sedih, tapi terharu. Bukan ibu jer berjuang, malah anak dalam perut ni pun berjuang sama tuk dalam tempoh 9 bulan".
Saksikan lah... tapi jgn lupa turn on your speaker yer. Lagu dia lagi membuatkan jiwa tersentuh.
p/s: Daripada berjuta.. satu jer yg berjaya. Subhanallah..
Tuesday, May 18, 2010
Hot Mummy
Pagi, petang, siang dan malam aku rasa hot. Tak kira masa. Lepas mandi pun hot, tak mandi lagi lah hot. Wahahaha.
Kat dalam air-cond pun still berpeluh-peluh. Memang rasa panas all the time. Cam ni rupanya yg dirasai oleh ibu2 mengandung semua. Tambah lagi bila usia kandungan mencecah hujung2.
Aku ni kat dalam ofis yg sejuk ber air-cond ni still lah lagi peluh memercik2. Siap berkipas2 tangan lagi. Sempat lagi tuh berfikir, bagus gak peluh2 nie, tak yah excercise tapi berpeluh. Boleh kurus gini. Tapi jangan mimpilah bukan boleh kurus pun, makin bulat adalah. Hehehe.
Pastu kan bila dah rasa panas2 ni, rasa nak minum jelah kerjanya. Pastu nak minum had yg sejuk2 pulak tuh. Kalau tak sejuk rasa tak puas. Walaupun cuba mengajar diri tuk tidak meminum ais, tapi tidak berjayalah. Konon nak wat preparation masa pantang nanti lah, tak minum ais, tak minum air sejuk, tapi takde maknanya. Tak termampu aku nak lawan godaan dari minum ais / air sejuk nie. Tu belum lagi member2 cakap "bila lagi nak minum ais.. sok masa pantang lagi lah tak leh minum langung, belum bersalin boleh jer minum".. aku pun apalagas...
Air feberet aku adalah...
masih di carta teratas ... air sirap ros... hahaha
Selain itu, air bandung, air kelapa, air cokelat, lin ci kang & jus buah2 han.
Back to the topik panas ini, bila dah panas ni, muka pun cpt jer berminyak. Mekap pun cpt je lah luntur. Tang hidung pun berkilat jer.
Anyway, I'm not complaining.. just want to share.. that's it :P
Monday, May 17, 2010
Ayang.. Nape Perut Ayang Gemuk?
Kalau main2 ngan dia mesti conversation ini terjadi.
Adam: Ayang.. Nape perut ayang gemuk?
Aku/Ayang: Mana ada gemuk...
Adam: Ia... (sambil nak tepuk perut aku - tapi aku elak)
Aku/Ayang: Yelah kat perut ayang ada baby...
Adam: Mana? Nak tengok.. sambil cuba selak baju aku
Aku/Ayang: Mana boleh nampak, tunggu baby keluar nanti yer...
Tak putus asa lagi tu.. satu hari tu dia amik torch light suluh kat perut aku, katanya nak tgk baby...
Adam: Nak tgk baby
Aku/Ayang: Nantilah tunggu baby keluar yer... nanti adik tolong jagakan baby yer..
Adam: (sambil muncung) adik tak suka baby... nanti dia rebut tgk tv ngan adik.. adik nak tgk kartun
Aku/Ayang: tak.. baby tak rebut tgk tv.. sbb baby keje dia tido ajer... Adik nanti sayang baby yer..
Adam: Haa yelah...
Aku/Ayang: Meh sayang baby sikit
Adam pun cium perut aku..
Adam: Tulah ayang.. makan banyak sampai boncet.. kan dah ada baby....
Aku: ?????
Kadang2 tu susah sikit nak explain kat budak2 nie....tanya banyak kali. Tak tau nak jawab camne lagi dah..
Wednesday, May 12, 2010
Biasalah.. Ada Yang Perihatin Ada Juga yang Sebaliknya
Tambah malang kalau train delayed. Dia punya pack tu memang tak tau nak cakaplah. Memang kesian anak aku kat perut ni tercepit. Tapi ada dorang kesah?
Cam satu pagi nie lah.. train delayed, bila sampai kat station aku naik, seat sumer dah penuh. Takde kosong. Aku pun takdelah hard up sgt nak sua perut kat org mintak simpati supaya kasi tempat duduk.. yg penting kalau ko perihatin, ko akan offer jelah seat ko tuh kan.. tak yah nak purak2 tak nampak atau purak2 tido.
Takpe mummy & baby kuat kan? Biarlah sakit2 sikit ni mummy tanggung, takkan mummy nak mengemis tempat duduk kan.
Ada seorang young lady yg berdiri di sebelah aku. Sangat perihatin orgnya. Aku respek kat dia.. tiba2 dia bersuara kepadaku "I think you patut duduklah". Aku hanya mampu tersenyum sambil mengangkat bahu dan melihat org2 yg duduk semuanya sedang lena diulit intan. Lepas itu, that young lady bersuara kuat "Ada sesapa yg boleh kasi tempat duduk?" Terus org2 yg duduk kat depan aku tu terkesima lantas bangun dengan serta merta dan memberikan aku tempat duduknya. I thanked a lot to that young lady. Masa duduk tu rasa cam menangis ko tau..tah ape2 kan aku nie.
Tapi tulah.. ini adalah nasihat tuk org2 kat luar sana, dan juga nasihat tuk diriku sendiri... InsyaAllah kalau kita berbuat baik pada org, kita akan mendapat balasannya kelak. Walaupun balasan itu bukan dari org yg kita tolong, tapi kita akan dapatnya kembali in many ways.
Korang tau tak betapa gembiranya org yg korang tolong tu.. sebagai contoh cam kes aku nilah.. bila let say ada org offer seat dia kat aku.. serta merta aku ngan baby bersyukur dan mendoakan kesejahteraan org yg berbuat baik itu. Tak kiralah org itu Islam ataupun bukan. Korang tau kan doa ibu mengandung ni InsyaAllah makbul jika diizinkan Tuhan.
Hadiah Buat Saya
Terima kasih jugak kepada asben yg tak kekok tinggal bersama-sama keluarga mertua, dan melayan mak aku mcm mak dia sendiri. Aku jugak bangga kerana dia memang merupakan seorang anak yg baik, dan tidak pernah mengabaikan ibu dan bapanya. Sentiasa mengambil berat tentang mereka. Aku harap anak yg dikandung ini akan mewarisi sifat2 cam bapanya jugak.
InsyaAllah esok, bila baby dah lahir mungkin kami akan tinggal di rmh kami sendiri. Cuba tuk hidup sendiri. Tgklah maybe by end of this year. Buat masa ni, rmh kami tu memang jadi istana hinggap jelah. Tapi kadang2 tak terhinggap2 pun kat sana.
Adoi.. panjang pulak mukadimahnya...
Sebenarnya cuma nak ceritakan pasal my check-up untuk minggu yg ke 34 pada hujung minggu lepas.
Pastu time yg paling best adalah time scan perut. Saat yg ditunggu2. Dapat tgk baby. Walaupun dia kat dalam perut jer tapi rasa rindu tu meluap2 ok walaupun setiap 2 minggu dapat tgk dia.
Mengikut kata doktor, baby dah menjangkau berat sebanyak 2.2kg. Kepala baby jugak sudah berada di posisi bawah. Air ketuban normal, dan uri berada di belakang baby. Kalau takde halangan InsyaAllah dapatlah melahirkan secara normal. Tapi tu semua bergantung kepadaNya. Semoga urusan dipermudahkan olehNya.
Dan yang paling seronok apabila dapat melihat wajah baby yg ada di dalam perut ini. Sebelum ini adalah agak payah utk melihat muka baby. Walaupun dalam pada dia tak leh duk diam kat dalam perut ni, dapat gaklah doktor rakamkan wajah dia nie. Tu pun terhalang sikit dengan tangan dia. Baby memang suka letak tangan kat muka dia.
Dapat tgk samar2 pun jadi lah. Masa tgk kat screen, tak tergambar perasaan dalam hati nie. Rasa terharu sgt, dan rasanya inilah hadiah yg tak ternilai buat kami. Terima kasih baby sbb kasi can kat mummy & daddy tatap rupa baby. Aku anggap itu adalah sebagai hadiah sempena hari ibu darinya.
Bukan itu saje, doktor jugak bermurah hati menghadiahkan vitamin2 kepada aku, 2 kotak obimin pluz dan 2 botol vitamin Pro-Q200. Ubat bukan dari farmasi yer.. tapi direct dari doktor sendiri. Suka..
Next appointment will be on 23 May. Hubby pls update your reminder yea.....
Tuesday, May 11, 2010
Sampai Jugak Akhirnya
Sekarang ni kan mcm2 on-line business yg tumbuh bak cendawan. Aku pun adalah terpengaruh sikit2. Tambahan pula benda yg aku nak tuh susah sgt nak jumpa kat pasaraya ataupun di shopping complex. Ada tu ada lah, tapi tidak menepati citarasalah.
Dalam 2 ke 3 minggu yg lepas akhirnya benda2 yg aku tunggu sampai jugak kat tangan aku nie.. seronok rasa, cam dapat hadiah lah pulak..
2 parcels for me.. yihaaa
Mari kita lihat apa ke bendanya dalam kedua2 beg plastik itu. Dalam plastik yg besar itu adalah barang2 baby seperti di bawah ini.
Bila aku dapat ni, aku rasa suka sgt2. Puas hati sangat dengan barang yg diorder itu. Sgt menepati citarasa dan jahitannya sangat kemas sekali.
Barut tali & barut lekat
Untuk 2 helai bedung dan 5 helai barut termasuk harga pos, aku cuma kena bayar RM52.00 sahaja. Amacam? Berbaloi tak? Kain yg digunakan juga adalah jenis kain yg berkualiti.. tak salah aku material yg digunakan adalah dari jenis cotton flannel.
Anda berminat? Bolehlah lawati ke laman web ini. Berbagai-bagai jenis warna dan corak kain bedung dan barut yg ditawarkan. Dan ada macam2 lagi keperluan ibu dan bayi dalam website ini. Kepada bakal2 ibu sila lah terjah ke blog ini yer.
Barang kedua yg aku beli pulak adalah.....jeng jeng jeng..
nak aku sebut kan ke ni apa?
Mesti korang kata ek eleh nak beli bra pun nak gitau gak ker... hehe.. ini bukan bra biasa yer.. ini adalah nursing bra. Ni aku dapat daripada sini. Aku terpaksa beli secara on-line jugak sbb adalah payah sgt nak cari nursing bra ni kat shopping complex. Kalau ada pun selalu out of stock. Yang tinggal sumer saiz yg besar2 ajer.
Utk 2 helai nursing bra dan termasuk harga pos aku hanya dikenakan sebanyak RM71.65. So, kalau bakal2 ibu mencari-cari sesuatu utk diri sendiri boleh lah ke website ini. Macam2 keperluan ibu ada di sana.
Akhir kata, selamat ber on-line shopping u ols...
Teringin Nak Makan Nasi Minyak
Memandangkan aku pun dah nak hujung2 mengandung dah.. dan terasa teringinlah pulak nak makan nasi minyak org kawen. Pastu teringat pulak air sirap (biasanya kenduri mesti serve air sirap). Aku ni kan sekarang ni suka sgt ngan air sirap. Tah tang mana sedapnya, aku pun tak tau lah.
Kebetulan asben dapat undangan perkahwinan kawan sekerja minggu lepas. Maka aku gagahkan lah jugak keluar pergi kenduri tuh. Mungkin last kenduri yg aku pergi lah before aku deliver nie.
Adalah sedikit menghampakan bila air sirap yg diimpikan bertukar menjadi air anggur. Zaman sekarang ni jarang dah org serve air sirap kan. Huhu.. Takpelah air anggur pun anggur lah.. Cuaca panas2 ni apa2 air pun kalau sejuk sumernya sedap kan.
Apapun diucapkan Selamat Pengantin Baru buat Jusrizal dan isteri. Semoga berbahagia selamanya.