Hari ni nak citer pasal driving. Dalam entry lepas aku ada ckp yg aku ni ada trauma sikit masa driving.
Aku ni pantang kalau aku jadi penumpang, and org yg memandu tu pulak bawak laju2, kaki aku ni mesti cam menekan-nekan brek. Asben aku dah notice dah tabiat aku nie. Kengkadang tu dia siap cakap "yang, tak yah lah tekan2 kaki tu".
Sebab apa aku jadi camnie?
Tanggal 20 ke 21 December 2006, cam biasa aku drive utk pergi ke tempat kerja. Eh taklah sampai ofis, sampai stesyen komuter jer. Aku dulu2 bawak kereta ala2 merempit. Laju nak mampus. Yelah nak kejarkan train, kalau aku lambat nanti aku tertinggal train. Pantang org depan aku slow, mula lah aku follow dekat2, kalau ada can aku potong jer. Pastu aku suka pasang radio kuat2 sambil nyanyi sambil drive. Yelah nak dapatkan mood untuk gi kerja lah konon.
Sampailah ke satu simpang. Aku nak masuk ke kanan. Kat depan aku ada kereta wira aeroback. Kete tu pun nak ke kanan gak. Aku yakin masa kat simpang tu memang aku dah slow pun.
Ntah nape tiba2 masa aku nak masuk ke kanan tu, masa nak tekan brek, boleh kaki kiri aku tergelincir pulak. Nak dijadikan cerita, kereta depan tu tetibalah brek emergency. Jarak kereta aku ngan dia taklah rapat sgt pun. Aku yg bijak pandai ni boleh pulak pakai kaki kanan aku ni pulak nak tekan brek. Tapi apakan daya.... Tetiba BOoOOM! aku terlanggar bontot kereta org kat dpn aku tu. Semuanya berlaku sekelip mata. Seb baik aku pakai seat belt kalau tak dah tentu aku terhantuk kat stereng.
Panik jangan nak katalah. Tambah lagi tgk kete kat depan dah remuk giler. Masa tu radio aku masih kuat lagi. Tapi aku dah tak dengar dah. Tetiba kuar lah pulak bini si pemandu kereta yg aku langgar tu. Tengok gayanya memang cam nak mengamuk dah. Laki dia cool jer kuar sambil tgk bontot kete dia tu. Yg si bini dia tu terus tuju kat kete aku sambil ketuk2 cermin kete aku suh aku bukak kete.
Dari dalam kete aku dah panik dah tgk pompuan tu dah separuh gila terjerit-jerit suh aku unlock pintu kete. Aku cam blank jer waktu tu. Aku pun bukak lah pintu kereta aku tu. Aku bukak jer pintu kete terus aku kena serang. Aku kat driver seat lagi, pompuan tu terus pukul2 aku sambil terjerit-jerit. "Perlahankan radio tu! Perlahankan radio tu!!" "Nape ko langgar kete aku? Ko butakah? Bodoh!". Ya, aku kena road bully. Aku telah dibelasah dengan kejamnya oleh pompuan itu. Tapi time tu memang aku cam batu jer, tak rasa apa pun dia pukul2 lengan aku nie. Aku betul panik & pasrah jerlah dia nak wat ape pun kat aku.
Pastu bila laki pompuan terperasan yg bini dia telah mengganas terus dia marah bini dia suh duk dlm kete. Pastu baru aku kuar dari kereta. Masa tu aku dah ok sikit. Aku leh lah berfikiran rasional, aku suh brader tu park kat tepi jalan, since kereta kat belakang pun dah panjang jam nya.
Seb baik tempat tu dekat je ngan balai polis. Tapi tak leh report kat situ, kena report kat polis traffic. Sebelum tu aku siap2 call mak aku, call Shah (masa tu tak kawen lagi), call ofis dll. Masa call tu memang aku dah nangis2 dah kat tepi longkang. Yelah aku sorang jer time tu.
Kalau korang nak tau berbirat lah jugak tangan aku ni kena belasah dek pompuan tu. Lebam2 badan aku. Masa aku buat report kat polis aku cakaplah yg aku kena belasah. Derang suruh aku report kat bahagian jenayah. Kalau aku report memang aku menang kes ni, aku boleh saman pompuan tu. Tapi aku malas nak besar2kan citer, lagipun dah aku yg langgar kete diakan. Tapi apapun dia takleh serang aku camtuh, namanya pun eksiden kan.. biarlah undang2 jer yg tentukan, ni dia lak yg memandai nak belasah2 org. Lagi pun suami pompuan tu dah call aku dah mintak maaf bagi pihak bini dia. Siap dia suh aku wat rawatan, & dia akan cover segala belanja perubatan.
Tapi Shah time tu still tak puas hati gak. Yelah tgk badan aku lebam2. Dia nak pompuan tu sendiri yg mintak maaf ngan aku. Shah ugut kat laki dia, kalau tak, kiterang akan panjangkan kes tu. At last, pompuan tu call gak aku & mintak2 maaf kat aku. Dia kata dia memang tak waras time tu, sbb kete dia pun trauma gak sebab kete dia dah byk kali pun kena sondol.
Moral of the story: Berhati-hati semasa memandu & Bersabar & bersopanlah semasa di jalan raya...