Tuesday, November 30, 2010

Syyyhhh...


Nak wat surprise nie... Harap2 menjadi..

Kesayanganku


Sekejap je dpt bermain ngan Marissa. Lps menyusu terus dia tertido. Suka melihat anak tido. Tenang setenangnya. Asben selalu berpesan klu nak pahala lebih selalu tgk wajah anak ketika tido. Tgk wajah suami tido pun dpt pahala tau.

Ole2 Dari India

Akak aku yg sulung suka makan angin. Tiap2 kali makan angin tiap2 kali tu jugak dia tak lupa kasi kami adik badik dia ni ole2. Bulan lepas dia ke India ke Taj Mahal sana. Tak lupa dia membelikan kami kain sari sorang satu.


Kainnya belum dihantar ke taylor lagi. Ingat nak hantar tapi baju yg dihantar dari bulan 9 lepas pun ada yg tak siap lagi.

Saje jer post entry ni. Satu nak cukupkan target 50 entry for this month. Satu lagi sbb nanti nak tunjukkan pulak ole2 dari Korea /Beijing pulak.

Boleh Pegang-Pegang



Sungguh seronok bila anak dah start pegang2 dan peluk2 kita. Paling best time tido dia peluk kita. Kalah bapak dia peluk ok. Hahaha.

Boleh Mandi

Ada org kata kalau chicken pox tak boleh mandi. Aku pun masa mula2 Marissa kena chicken pox tu, aku tak mandikan dia. Aku just lap2 jer. Tapi sehari tu jelah aku tak mandikan. Lepas jumpa doktor, doktor lagi galakkan mandi. Kalau boleh 5 kali sehari. Sbb tak nak kasi baby berpeluh dan rasa panas. Bila rasa berpeluh dan panas, baby akan rasa gatal2.









Masa ni memang tgh time teruk. Nak mandikan Marissa pun penuh berjaga-jaga dan berhati-hati. Takut terpecah pulak gelembung2 air tuh.
Pasni aku nak kongsikan petua2 atau apa yg kami lakukan semasa Marissa diserang chicken pox hari tuh. Yelah mana tau kot esok lusa ada anak sape2 pulak yg kena. Tapi harap2 takdelah.


Ukur-Ukur

Sebelum dapat quotation dan drawing hari tuh, kerja2 pengukuran dilakukan terlebih dahulu. Ni gambar2 masa kerja pengukuran.

Buat kat belah wet kitchen jer

Wet kitchen pun kecik, so senang lah bajet. Nak wat kat satu dapur tu belum lagi lah rasanya. Itu tunggu2 nantilah. Lagipun ni sebagai langkah permulaan nak pindah rmh. So, siapkan yg perlu2 jer dulu.


tgh lukis design

hasilnya

Barulah nampak cam betul2 kerjanya. Tak macam yg kontraktor yg mula2 kiterang panggil ukur tuh. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Tapi yg ni punya kontraktor bagus, sama2 kasi pendapat.

ukur kat master bedroom pulak

Memandangkan barang kami laki bini boleh tahan byk nyer, sampai nak ranap almari sekarang ni, terus nak wat wardrobe yg besar tuk kami berdua. Plan nak buat L shape. Lagipun ruang bilik utama tu agak luas sikit.




pattern2 tuk dipilih


Nanti kalau dah siap aku share kat korang yer.. Kalau puas hati akan kami rekemenkan kat kawan2 sumer. Deposit sumer dah siap bayar last weekend. Kalau takde aral third week next month dorang akan datang pasang.

my home sweet home

Giler lama tak jenguk rmh nie... dah tak terurus dah. Tak sabar nak pindah....

Makan Suap

Nak share something yg aku dengar semalam from radio oleh Dr. Fadzilah Kamsah.
Pasal makan suap. Bukan makan suap yg rasuah tuh, tapi makan bersuap.

Dr. Fadzilah kata hujung2 tahun ni byk dapat undangan perkahwinan. Dia kata org kata musim mengawan. Haha. Dia kata lagi tiap2 kenduri kawen mesti ada makan beradap. Pastu mesti ada makan suap2. Dia kata bagus makan suap2 tuh, tapi lagi bagus kalau diteruskan sampai bila2. Not only masa nak amik gambar tu jer.

Menurut kajian yg dibuat. Tapak tangan kita (yang belah kanan) kalau dilihat seperti berangka 18 (huruf arab) dan byk rahsia2 yg terdapat kat tapak tangan kita nie.

Antara rahsianya ialah enzim2 yg dikeluarkan oleh tapak tangan kita semasa kita makan. Dia kata lagi, menyuap suami boleh menghilangkan tekanan kepada suami. Begitu juga sebaliknya. Begitu juga suapan ibu kepada anak. Boleh menghilangkan tekanan terhadap anak.

Bila masing2 dah takde tekanan, hidup berkeluarga pun semakin bahagia. Tapi dia kata lagi, suap masa isteri/suami bila dah tua, dah tak kira, sbb time tu suap bubur pakai sudu. Suap yg dikehendaki ialah suapan dari tangan ke mulut.

Masa dia dok citer pasal suap2 ni tingat lah kisah pagi Ahad lepas kat rmh. Aku makan roti canai. Sambil tu dok suapkan Marissa nestum. Tapi aku ni tak berapa perfect kasi anak makan, mesti comot2. Tapi kalau ayahnya kasi elok jer takde comot. Maka ayahnya pun amik alih lah menyuap nestum kat anak. Aku pulak teruslah makan roti canai tuh. Sambil tu aku suap2 asben roti canai tuh. Gilir2 lah. Mula2 suap mulut sendiri. Pastu suap asben pulak. Yang asben pulak suap Marissa. Satu rantaian yg menarik sekali.

Monday, November 29, 2010

Kawan Baik?

Semalam genap usia Marissa 6 bulan. Selepas 6 bulan nie, tetiba barulah kawan baik ni datang menjenguk. Rasa sungguh tak biasa sekali. Yelah kalau nak ikutkan dah setahun lebih dah kawan baik ni tak datang menjenguk. Start dari masa aku mula2 pregnant September tahun lalu.

Rasa cam tak biasalah pulak. Rasa sedih pun ye jugak. Pape ntah nak rasa sedih pulak. Yelah dah lama sgt tidak dikunjungi dia. Rasa cam baru kenal pulak. Datang tak gitau awal2... terpaksalah aku menyelongkar almari mencari...




Mujur masih ada lagi baki yg dulu2. Tapi aku musykil adakah yg datang ini benar2 kawan baik? Sbb dia datang 'sikit'2 ajer...

p/s: Korang camne? bila kawan baik korang datang menjenguk?

Ini Kerja Mereka

Minggu lepas adalah turn si ayah menjaga anak. Minggu sebelum tu was my turn. Terpaksa gilir2 jaga anak. Pertama sbb Marissa kena chicken pox. Kedua sbb akak aku yg jaga anak aku ni gi coti2 lagi. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik malam tadi. Pergi ke Korea dan Beijing sana. Elok dia kat sana, tgk kat tv kat Korea ada pergolakan cam nak perang.

Mak aku pun selamat sampai malam tadi gi rombongan cik Kiah ke Kelantan & Terengganu. Syukur. Mula2 cam tak kasi nak pergi sbb dah lama benar mak aku tak naik bas tapi takpelah dorang pun nak enjoy ngan kawan2 jugak kan.

Yang penting last week minggu cuti2 buat mereka, tapi minggu duduk rmh buat kami. Takpe nanti bila Marissa dah sihat, kami pulak nak gi jenjalan.

Nilah kerja 2 beranak ni masa aku takde. Like father like daughter. Sama2 gedik.

Mula2 kasi warm-up dulu.


warm up 1


warm up 2



warm up 3


Nak tgk bapak Marissa bergambar sengal?



sengal 1 - Marissa pun cuba nak muncung



sengal 2 - Mungkin lidah Marissa juga terjelir tetapi terlindung oleh teddy bear


sengal 3 - hampir sama tapi tak serupa




yang paling tak tahan adalah gambar di bawah ini......





the best pose of Marissa Qaisara


Kemainlah dia senyum. Very the anak ayah kan???

Entry Copy Paste Pasal Susu Ibu

Dicopy dari sini.

Baru-baru ini seorang rakan sekerja merungut kerana susu tepung naik harga hampir 10%. Saya sungguh bersyukur kerana dengan bermodalkan sebuah pam manual Avent yang dibeli lebih dua tahun lepas saya berjaya menyusukan kedua-dua anak kesayangan saya.

Bukan faktor kewangan saja yang menjadi ukuran sebenarnya. Kalau diikutkan penyusuan susu ibu memerlukan bermacam pengorbanan. Pengorbanan dari segi masa tidur. Maklumlah kalau menyusukan bayi tentu tak boleh bertukar tempat berjaga dengan suami untuk membancuh susu bila si kecil dahaga di tengah malam. Apa lagi kalau yang co-sleep dengan bayi, nak bermanja-manja pun susah.

Waktu rehat tengah hari di tempat kerja pulak terpaksa berkejar cari stor atau meeting room untuk sediakan stok esok hari. Lambat perah alamatnya membengkak la jawabnya. Suami pun terpaksa berkorban juga. Tak sedikit wanita bekerjaya yang tidak memilih menyusukan bayi mereka sebab takut badan tak lawa. Payudara jatuh. Takut suami cari lain. Sedangkan orang lelaki, dapat isteri cantik jelita pun nak pasang dua juga. Lumrah alam.

Mungkin kerana semua pengorbanan inilah, Islam mewajibkan seorang anak menghormati ibunya sebelum ayahnya. Bagi suami, hargailah pengorbanan isteri. Walau pun susu ibu tu FREE, masih terlalu sedikit wanita di Malaysia ni yang menyusukan bayi mereka sepenuhnya sehingga 2 tahun. Masih ramai yang masih mengagungkan susu Formula yang semakin mahal harganya.

Byk info yg boleh didapati dari blog ini. Sila2 lah..

Sunday, November 28, 2010

Genap 6 Bulan

Bererti sudah setengah tahun umur Marissa Qaisara. Happy birtday to my dear darling! Apa perkembangan anak mama sekarang nie?

  • Berat semakin bertambah - sudah 7kg lebih dekat 8kg
  • Sudah start makan nestum dan farley's rusks
  • Suka tido mengereng
  • Meniarap kadang2 - Micah memang malas nak meniarap
  • Suka berdiri
  • Boleh tido sendiri
  • Pandai kissing
  • Suka main toys especially pink teddy bear dia
  • Kuat berborak - walaupun bahasa sendiri
  • Dah ada perasaan - cebek, ketawa
  • Suka mandi
  • Suka bila diurut lepas mandi
  • Respon bila org panggil nama dia. Walaupun byk nama yg dipanggil; Marissa, Micah, Cacah, Misya, Maisya, Marissya - byk sungguh gelaran dia nie
  • Membalas senyuman
  • Menangis sampai kuar air mata kalau buat2 marah kat dia
  • Suka naik kereta - sepanjang perjalanan diam sambil memerhatikan sekeliling
  • Suka dengar lagu
  • Kuat mencubit
  • Kuat menggigit jugak
  • Kuat menyembur - brrrurr brrruuuurr sambil muncung2
  • Boleh tanggalkan sarung tangan or sarung kaki sendiri
  • Dah start masukkan jari kaki ke mulut
  • Tido semakin melasak. Kejap kat sana. Kejap kat sini. Kaki terangkat sebelah kat bantal.
  • Kenal ayah dan mama dia.
  • Suka didukung. Kalau nangis2 dukung ajer diamlah dia. Dia suka menyibuk tgk kita buat apa.
  • Time tido pandai cari nenen sendiri. Mata terpejam, mulut menyonyot.
  • Takde nangis2 tgh malam.
  • Tido dengan nyenyak selagi dia tgk mama ngan ayah dia ada kat sebelah. Tapi kalau kita bangun, dia pun terjaga sama.
  • Semangat yg kuat - masa diserang chicken pox nampak dia kuat, tidak meragam2.
  • Suka kentut - macam ayah... haha
Byk lagi perkembangan2 lain. Mama penat nak senaraikan satu2. Yang pasti Marissa membesar seperti bayi2 yg lain yg seusianya juga.

Walau apa pun Mama sayang sangat kat Marissa. Doa mama sentiasa bersamamu anakku. Membesarlah dengan sihat dan sempurna dan jadilah anak yg soleh.

Micah with her best fren


adakah Marissa akan panjang seperti mama atau sebaliknya? hehe

parut chicken pox semakin hilang


Sempena birthday Marissa yg ke-6 bulan ni, mama dan ayah Marissa tak bercadang pun nak bawak Marissa ke mana2 pun. Ayah kata Marissa kena kuarantin sampai Marissa betul2 sembuh sepenuhnya.

Friday, November 26, 2010

Sudah Start Makan

Ini gambar baru yg diterima oleh encik suami yg sedang memberi makan kepada anak tercinta. Makan nestum tak salah. Sebenarnya ini bukan kali pertama Marissa start makan.




Micah tengah mamam

Masa Marissa chicken pox tuh, aku dah start dah suapkan dia nestum dan biskut baby tuh. Rasa kesian sgt bila tgk dia terkulat2 bila tgk kita makan. Tambah lagi tika tu dia demam kan. So, aku pun menyerah kalah je lah kasi dia makan walaupun usia belum genap 6 bulan. Alah dah 5 bulan 2 minggu lebih pun time tu. Hari Ahad ni dah masuk 6 dah pun. Apa salahnya kan. Lagipun tgk Marissa pun cam dah bersedia utk diperkenalkan dengan solid food.

Makanan pertama yg masuk ke perut Marissa adalah Nestum. Mula nak masak bubur. Tapi takde idea pulak nak buat bubur apa, so bancuh nestum sajer. Lagipun kata nak test test je kan.

my very first food

Mula2 memanglah terkial-kial dia nak telan. Asiknya meleleh keluar jer. Bak kata mak aku tak sampai pun makanan tu kat perut. Tapi takpelah at least dapat merasa melalui lidah ok. Kita belajar dulu yer nak..

cedaplah.. pasni mama jgn lah kedekut kasi micah makan yer

Apapun syukur sangat2 kerana diberikan peluang utk menyusukan anak sehingga usianya 6 bulan. Misi seterusnya nak sampaikan ke setahun pulak. Bila dah sampai setahun nanti nak teruskan sampai 2 tahun pulak. Kalau ada rejeki lah. InsyaAllah.

Chicken Pox Update

Since Paed yg merawat Marissa suruh kami ingat bila Marissa kena chicken pox sampai bila2. Maka aku pun wat lah entry ni. Paed kata lagi nanti Marissa tak yah kena kena jab utk chicken pox bila 15 bulan nanti. Katanya tubuh dah immune.

Bermula 14 Nov. Marissa macam dedar. Pastu ada satu biji merah kat dahi. Kami fikir itu adalah kesan gigit nyamuk. Tapi since suhu cam tinggi sikit just letak je cool fever kat dahi kasi turun sikit suhu.

Ayah pun gedik nak tepek kat dahi gak




Menjelang petang tu, biji2 semakin bertambah kat muka Marissa.




masa ni dah saspek dah mesti chicken pox


15hb baru bawak Marissa jumpa paed. Masa tu hari Isnin. Siang tu aku kerja. Malam baru gi klinik. Doktor mengesahkan itu adalah chicken pox. Doktor kata biji2 merah akan bertambah byk keluar by end of week. Maka aku pun standby amik cuti siap tuk menjaga anak.




Makin kelihatan


16 Nov - mula tumbuh kat badan. Tapi yg paling byk tumbuh kat muka dan kepala. Hari tu jugak nanny Marissa datang rmh bawak daun semambu. Atuk marissa yg suruh nanny hantar daun tu pagi2 tu jugak. Siap atuk suruh sorang India carikan daun Semambu itu. Daun tu buat lapik tido Marissa. Air rebusan dia pulak buat mandi Marissa. "Thank u to atuk & nanny".

kat leher pun mula nak tumbuh


17 Nov - Makin berleluasa biji merah. Kat badan, kat kaki sumer kuar. Masa ni hari raya Haji. Tak beraya mana pun. Kesian tgk Marissa. Takut dia gatal ke apa.




18 Nov - Biji2 merah semakin mengelembung. Time ni sumer org takut nak pegang Marissa. Takut biji2 tu pecah. Tapi bila dah jadi mak ni sumer pun jadi berani. Cuba ni anak sedara aku yg kena mesti aku sakit2 bontot tengok. Tapi tulah.. bila anak yg kena kita pun jadi strong. Kalau bukan kita nak jaga, sapa lagi kan..




Walaupun begitu Marissa tetap cam biasa sajer. Biasalah baby kan mana tau sakit sumer kan. Syukurlah Marissa ni jenis tak byk ragam. Mama bersyukur sgt. Makan ubat pun mudah. Syok agaknya sbb dapat merasa sesuatu yg lain dari susu ibu dia kot.


ceria cam biasa


Tapi walaupun begitu, bila cek2 suhu Marissa, rupanya tinggi. Memang kami sentiasa monitor supaya suhu dia tidak terus tinggi.

cian dia

Malam tu pun Marissa demam. Setiap setengah jam ayah Marissa tukar tuala kat dahi Marissa. Merengek-rengek tu adalah. Mungkin baru dia rasa tak selesa. Tapi mujur Marissa still menyusu seperti biasa. Tu yg buat dia kuat agaknya.




cian dia


Tak tau nak citer apa lagi, kita tgk jelah perkembangan Marissa hingga ke hari ni ye.




19/11



19/11 - bear tetap di sisi



20/11



22/11

24/11


25/11


Pagi tadi

Satu perkembangan yg menggalakkan. Alhamdulillah Marissa semakin baik. Kesan2 pun semakin menghilang. Marissa semakin sembuh. Tapi walaubagaimanapun ayah Marissa masih mahu mengkuarantikan anak dara dia ni. Kebanyakan gambar adalah masa beliau tido kerana mudah sikit nak amik. Kalau time jaga, harus gambar bergegar2, dah tu dia bkn boleh duduk diam kan.

Terima kasih kepada kawan2 yg mengambil berat dan terima kasih atas doa2 kalian semua. Hugss & kissess from baby Marissa.. mmmmmuaaahhhhhh

<>

Anak ke Adik?

Ni citer sengal. Baru tingat nak citer. Adalah dalam 2 minggu lepas. Asben showed satu borang sempena baby expo kat mid valley weekend nie. Borang tu adalah utk melayakkan diri masuk contest pada hari expo itu. Eh rasanya hari ni dah start kot. Kiranya early registration lar ni.

Aku tgk cam ada serba tak kena kat borang itu.

Father's Name: Shahrizal Ikhmar bin Jamil
Baby's Name: Marissa Qaisara binti Jamil

Memang ada yg tak kena. Hahahahahaha.

update: borang itu adalah diisi sendiri oleh ayah Marissa.. dia tershashul lah tuh..

p/s: Tak taulah dapat pergi ke tak.. Marissa belum baik sepenuhnya. Event weekend ni pun tak taulah leh join ke tak.. dengan weddingnya, cukur jambulnya, re-union nyer... Asben dah kata No-No. Maklumlah dia kan syg bangat kat anak dara dia tuh.

Thursday, November 25, 2010

Quotation & Drawing

Macam ni lah yg kami nak. Cepat dan detail.



inilah projek kecil2 lan kami



Korang rasa2 ok tak? ke ada org leh offer yg terbaik lagi?

Tido Dalam Iman Daaa...

Gambar terlatest

Dalam pada tido tu leh lagi senyum bila aku snap nie. Cam tau2 jer aku nak amik gambar dia. Budak ini memang suka senyum2 time tido. Time jaga kemain sombong takmo senyum.

I love ur smile darling!

Tak Sabar Sgt.. Kan Dah Kena

Ntah nape semalam aku jumpa ramai ngan org yg tak menyabar. Dari pagi nak pergi kerja sampai lah petang balik kerja.

Aku ni tak abis2 nak citer pasal komuter yer... takpelah layan jelah dah itu kenderaan rasmi aku. Sampai kat Stesen Bank Negara, memang ramai lah penumpang yg nak kuar dari tren. Termasuk lah jugak aku. Tapi yg aku heran ape kehal nye lah minah kat belakang aku tak sabar2, dok sondol2 aku dari belakang, apa ko tak nampak ker aku pun nak kuar sama?

Sampai kat tempat gate nak masukkan tiket tuh. Pun adalah lagi satu makhluk yg dok berebut nak masukkan tiket. Padahal dah aku kat dpn dia kan. Beratur boleh tak?

Takpelah, aku pulak dilanda mood yg penyabar semalam. Sumernya aku kasi saje lah laluan. Ko nak cpt sgt kan.. gi lah.. ko sorang jer yg nak punch card nak jaga attendance sumer kan?? Oklah paham org pagi2 sumer nak cpt kan.. takut lambat masuk pejabat kan. Ok, berpositif di situ.

Tapi yg aku tak pahamnya .... ok ni citer belah petang pulok. Time balik kerja.

Camni kesahnya, masa nak kuar parking dari stesen komuter tuh, aku nampak adalah satu couple (somi isteri kot) dia park kat selang sebelah ngan kete aku. Ko dah nampak dah yg kete aku nak kuar dulu.. napelah ko nak jalan jugak.. kan dah tak pasal keta mu tersangkut dekat divider tuh. Salah kan ku.. jgn salahkan ku... aku tak bersalah ok.. ko yg tak sabar sgt nak kuar kan.

Motif ko beria2 nak berlumba ngan aku?

Aku pun rilex jelah.. mula2 aku tak tau yg kete dia sangkut.. so, aku tunggu jelah dia jalan dulu.. tapi sudah tak gerak2.. aku pun apa lagi.. sambil senyum aku pun blah...

Biar lambat asal selamat bang!

Wednesday, November 24, 2010

Banyak Taik Lalatnya

Hasil dari cik Chicken pox yg datang menyerang minggu lepas.

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>



Kalah Sharifah Aini ok..

Dun worry baby, kesan-kesan itu akan hilang jua nanti. Mama kena chicken pox dulu pun teruk jugak. Penuh merata muka dan kepala. Tapi hilang jua kesannya. Mama kena lagilah, dah tua kebana baru kena. Yang penting baby mama ni sihat2 selalu.

Sebagai bapak yg perihatin tiap2 malam ayah Marissa dok sapu bio-oil kat Marissa. Ala Bio Oil masa aku peknen dulu punya belen. Mana nak abis, aku beli hari rabu, tup-tup hari Jumaat dah beranak. Beli botol besar pulak tuh. Sampai ke lar ni ada lagi.