Thursday, April 30, 2009

Sepet ker Apa?

Aku tak taulah camne nak amik gambar laki aku taw. Asal amik gambar jer mata mesti terpejam. Ker laki aku ni alah ngan flash kamera. Kalau dapat gambar dia mata dia elok jer tu kira nasib baiklah. Sebab kebiasaannya mesti seperti ini..

first attempt


second attempt

3rd attempt


Finally... bila dah susah sgt dia buntangkan jer mata dia besar2..

Kalau korang tak caya gi lah tgk gambar asben yg ada dalam blog ni. Kebanyakan mata mesti terpejam.

Sesi Menghabiskan duit

Pas abis menonton dan makan2 kami pun berwindow & door shoppinglah. Ada dua benda aku nak beli. Satu kasut kerja & lagi satu present tuk seseorang.


Nampaknya mata saya semakin teruk. Apa org panggil tu? Eye bag yer? Harus lakukan sesuatu!


Eh eh.. seluar.. seluar sape tu??


Menunggu asben yg dok try seluar

Sepatutnya aku yg nak shopping kan.. Tapi nampak gayanya laki aku pulak yg lebey.

Siap nyangkung2 nak try keselesaan suar tu..

Dari sisi


Dari belakang

Tak abis lagi.. aiyoo mau beli ke tak mau?


Sabar sajer menunggu. Aku kan dah lali ngan menunggu2 nie..


Aku pulak cari kasut. Tapi sumer kedai aku masuk takde pun yg menepati cita rasa aku. Ada yg aku suka, kaler pulak takde yg aku nak. Ada kaler yg aku nak, saiz pulak takde. Bencik tau.


Jadi, adakah barang2 yg dibeli pada hari tersebut?


Eh mana leh balik ngan tangan kosong. Harus ada sesuatu jugak. Jika tidak keluar hari itu akan dianggap sia2 jika tidak mendapat hasil (hasil shopping lar).


Ini sajer hasil2 nya..


Seluar satu (bkn aku punya)


Kasut satu (aku punya lar). Tak berapa menepati citarasa aku.


Ada lagi satu barang yg aku beli. Tapi takleh tunjuk sini. Nanti bocor rahsia. Tu aku nak kasi org dow...(tetiba ada dow kat belakang- isk terikut-ikut lar nie).

Tapi aku amat kecewa. Present tu aku mintak org kat servis kaunter tolong wrap kan. Tapi hasilnya amat mendukacitakan. Ain balut lagi cantik kot. Harus aku bukak balik balut lain. Dahlah wrapper tu mahal dow...

Wednesday, April 29, 2009

Tengok Wayang Secara Maraton

Benda wajib dibeli utk menonton


Akhirnya tercapai gak niat aku nak tgk citer Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam. Aku pun tak tau nape aku terpengaruh nak tgk citer rempit2 ni. Tapi aku memang suka citer yg ringan, citer yg tak perlu nak fikir2. Pada pendapat aku oklah citer tu. Terhibur gak lah tgk gelagat bohsia2 ngan mat2 rempit tu. Ada unsur2 lawak gak lah.


Pergi ngan sape lagi kalau bkn ngan asben



Bahasa yg derang guna tu memanglah bahasa2 yg sering digunakan oleh budak2 remaja sekarang. Tapi aku tak leh masuklah ngan certain2 ayat yg digunakan oleh mat2 rempit tu. Ada dow kat hujung ayat. Contoh ayat "Apasal ko gelabah dow...??"(ni Nabila anak Amy Search selalu sebut). Lagi satu waklu.. ada lagi lah a few words yg derang gunakan. Maybe aku ni dah tua kot so tak biasa guna perkataan2 tu.


Tapi aku suka salah sorang mat rempit yg mencarut guna ayat " kepala bu...... dak ko!"


Sungguh pelik pose aku nie..tang kaki tu hah


Mula2 kami sudah tersilap masuk panggung. Akulah konfiden jer masuk panggung 12. Tgh cari2 seat aku tgk skrin ada citer org putih...seb baik tak halau org yg duk kat no seat kiterang.. tanpa rasa bersalah kuar balik. Rupa2nya panggung sebelah menyebelah..




Sori aku tak reti nak citer balik or nak summary kat korang pasal citer Bohsia nie. Nak tau gi tgk sendiri hah..

Abis tgk citer tu kiterang gi tgk next film lak. Yang ni citer pilihan asben pulak. Citer Fast & Furious. Permulaan citer ni memang best giler. Tapi bila dah tgh2 sikit aku cam lost sikit. Sbb aku terlelap seketika. Kan aku cakap aku tak suka citer yg kena fikir2 ni. Pastu towards the end of story best balik.


Muka excited dpt menonton


Pun aku malas nak citerkan citer ni mengisahkan apa. Nak tau gi tgk sendiri. Alah ntah2 korang pun dah tgk kan citer tu pun dah lama dah tayang. Aku jer yg ketinggalan.

Tapi kan hari ni citer X-Man dah kuar. Ikutkan hati asben memang nak sambung pulak ngan citer X-Man tapi aku membantah.


Yelah tak kematu bontot ko nak duk jer kat dalam wayang tu. Kalau lum kawen tu memanglah cam syiok jer layan wayang cam org kat sebelah aku tu. Ntah tgk wayang ker ntah ker wat apa. Yang penting tangan asyik merayap jer.

Lagipun aku ada agenda lain. Kalau sambung tgk citer lain bila masanya pulak aku nak menyoping kan....

Abis tgk wayang perut pun lapar. Terus gi foodcourt makan. Aku makan kuewtiau goreng. Asben pulak amik nasi goreng sambal udang petai. Sebenarnya aku yg tingin nak makan sambal petai tu tgk si Peej asyik makan sambal udang petai terliur aku dibuatnya.


Makan dalam kuali kecik



Lps makan gi cuci mata. Tawaf satu Mid Valley hingga ker The Garden. Apa yg dibeli? Next entry ya..



Last Minute Baru Nak Buat!




Apa ke halnya lembap giler e-Filing nie. Tulah padan muka aku baru sekang terhegeh-hegeh baru nak buat.

Aku dah lama buat dah sebenarnya cuma aku save jer tak send2. Bayangkan dari kul 6 pagi tadi sampai lah ke lar ni tak siap2 lagi. Aku sampai dah katam kuar masuk baca blog korang.

Oklah aku nak bersiap. Japgi nak gi menonton filem & bershopping-shopping. Jangan jeles aku cuti hari ini.

Tuesday, April 28, 2009

Gambar Sesaja

Amaran: Entry kali ni penuh ngan gambar2 yg syiok sendiri.

Malam minggu tu pas abis game bola tu terus calling2 ngan member. Katanya nak dating kan. Mula ingat nak jumpa kat Ampang View Point tu (kat sana amik gambar kan cantik), tapi dah mlm sgt, nak panjat bukit cam malas jer. End up berjumpa di Old Town kat Jln Yap Kwan Seng sajer (dulu kemain aku kata aku banned Old town - apakah?)



Kita mulakan entry ngan wajah2 suami isteri ini

Sampai kat sana, member aku tak sampai lagi. Asben amik kesempatan gi tgk tv kat kedai sebelah, since masa kuar tu dia tak sempat abis tgk masa tambahan Selangor vs. Kelantan tu. Aku ditinggalkan sorang2. Napelah kat Old Town takde TV?

Tak lama pastu member aku ngan husband dia pun sampai..

Neena & her hubby

Mula2 kita kasi can laki2 kita bergambar dulu..

Para suami yg mempunyai perangai 2 kali lima


Sibuk dok citer pasal kamera... sehinggakan kami dipinggirkan..

membuatkan si isteri2 menjadi hangen..


Neena telah 'merampas' kamera.. apa lagi.. time for us to pose..

mancung juga hidung kami dari sisi ya..


Like this pica... terror gak my asben dapat snap semasa neena juga tengah snap..


Dari atas utk mengurangkan kadar kelebaran wajah

Kembar tak berapa seiras


So sweet..... jelingan dan senyuman menawan...



Memang selamba dek jer kami ni bergambar di sana. Flash sana sini. Harus org2 di situ tension dengan perlakuan kami. Tapi apakan daya kamera sukakan kami.

Sebenarnya malam itu adalah malam special for my fren because she's celebrated her birthday. Takdelah apa2 sambutan among us pun, cuma hangout sesaja sambil minum2. Lagipun ptg tu dia dah potong kek & celebrate ngan family dia.

bithday gift for birthday girl


Di situ juga dibuka... photo frame.. knowing her suka sgt bergambar

Malam itu kami cuma berbual, bergambar, berbual dan bergambar. We really had fun...
Terima kasih kepada jurugambar2 tak bertauliah:-

My husband

& Neena's husband; Anuar - sampai buntang mata Nuar tgk hasil gambar dia

Puas hati dengan model2 beliau..hehe

Tanpa mereka tiadalah kami bergambar tak hengat2. Terima kasih kerana sporting melayani isteri2 yg sebegini.

Lepak tak lama (2 jam tak lama?) sbb next dah tu my fren ada wedding, so dia balik dulu. Aku ngan asben tak terus balik. Kami pergi 'berhibur' seketika. Ni yg syiok dah kawen ni, sesuka hati jer nak balik kul baper. Kul 4 pagi baru balik.


p/s: More photos to be uploaded @ facebook

Monday, April 27, 2009

Kerana Bola Bohsia Tewas

Kat toilet ofis. Masa ni aku singgah ofis jap, nak amik present tuk seseorang


Petang Sabtu, seperti dijanjikan oleh asben utk membawa aku menonton wayang maka kami pun keluarlah pada petang itu. Tiket asben dah siap2 booking on-line. Cerita adalah atas pilihan aku sendiri iaitu Citer Bohsia. Aku terpengaruh bila tgk iklan dia kat TV. Terus cam terminat nak gi tgk. Lagi satu aku cam suka jer lagu kat dalam iklan tu. Show pukul 9.30mlm kat Mid Valley.

Sebelum ke Mid Valley aku ajak asben singgah balik rmh family dia. Memandangkan sudah lama aku tidak bertemu dengan mertua. Bkn senang nak dapat anak menantu begini yer. Hehe. Takde lagipun FIL sudah telefon aku katanya dah lama kiterang tak balik sana. Bkn takmo balik sana, masalahnya asben aku ni sekang ni kerja dia sgt lah tak tentu masanya.

We all kuar makan ngan MIL. FIL tak dapat join dia ada hal. MIL tanya apa plan pas makan. Aku cakaplah yg kiterang nak tgk wayang. Sekali dia kata dia nak ikuttt. Tiket we all book 2 sahajer. Tanpa semena-mena asben suh aku ngan mama dia jer yg gi tgk citer.

Jahat kan asben aku, dia nak lepaskan diri lah tu. Supaya dia leh tgk BOLA (seb baik Selangor menang). Sampai hati dia tau, kalau tau malam tu ada bola wat pe dia book siap2 tiket tu. Aku tak kisah. Ngan sapa2 nak tgk pun takpe. Tapi MIL tak nak pergi pun sebenarnya, dia sajer jer.. lagipun dia ada hal malam tu.


Gambar selingan. Takde gambar lain.. aku letak jelah gmbr nie


Bila dah camtuh aku pun rasa cam malas jer nak tgk citer tu, lagipun cam tak best pulak nak tgk, dahlah aku jer yg beria nak tgk citer tu, buat nya citer tu cam hampeh mau aku kena gelak ngan asben. Pastu aku cam tak sampai hati tgk asben cam nak sangat tgk perlawanan bola tu.


Setakat tgk wayang lain hari pun boleh kan??

Jadi aku wat keputusan just stay je lah kat rmh MIL utk menonton bola. Tapi lepas abis game aku ada date ngan seseorang.

Punyalah aku sabar nak tunggu game tu abis cpt. Boleh lak dua2 pasukan tak gol2 gak. Sampai perlukan masa tambahan. Sungguh tertekan aku tau. Akhirnya pukul 11 baru lah kami keluar. Sempat aku tertido ok.

Seorang isteri yg baik hati sanggup mengenepikan kehendak diri


Tapi aku tidaklah sebaik yg korang sangkakan wah baguslah deqna sanggup berkorban kerana suami. Yer berkorban, berkorban gak tapi dia kena bayar ganti rugi perasaan kat aku. Aku cakap ngan asben..

"Org tak kisah pun tak tgk citer tuh... tapi ngan syarat......."

"Apa dia? Apa dia? Shah tak kisah"

"Elaun bulan ni extra 2 ratus. Sebagai ganti rugi memainkan perasaan org"

"ok ..ok..no problem.. janji shah dapat tgk bola nie"

Mata duitan sungguh aku ni kan?

Tak abis lagi ko menggediks? Sajer nak tunjuk T-shirt Elle yg aku beli hari tu. Baru pestaim pakai tu yg beria nak amik gambar tu..

Cerita Hari Sabtu


Wah.. kemain ceria muka aku dapat kuar ngan asben. Cadangannya nak gi tgk wayang. Suka.. suka...

Dah lama aku tak tgk wayang ok.


Tapi nape muka asben cam tak sonok jer. Tgk gaya cam tak rela ajer.

Hahahaha..

Apa taknya aku ajak dia gi tgk citer melayu. Dia nak tgk citer lain, tapi terpaksa jelah...

Panjang lagi citer nie.. nanti aku sambung lain yer...