Semalam barulah berkesempatan berbuka puasa bersama2 mereka. Ada org tu bermurah hati tuk belanja buka puasa secara buffet. Di mana? Di Satay Station (SS). Eh, ada buffet ker kat sana? Aku pun tak tau sebenarnya. Actually asben call SS nak reserve tempat, ingat nak makan satay lah, tapi derang cakap bulan puasa ni derang wat buffet. Hah lagi lah baguskan, so asben pun zass jelah membooking tempat.
Kami
Ayah & ibu mertuaku
with mama
Special RamadhanPakej hanyalah RM38 per head. Utk kanak2 pula cuma RM19 sahaja. So, sampai pun dah dekat2 kul 7 ptg, duduk2 jap pastu terus gi amik makanan siap2.
Kali ni kami memilih utk makan di bahagian luar sbb malas nak makan kat dalam, kalau makan kat dalam kena duduk bawah, amatlah tak selesa nanti bila perut dah penuh. So, duduk luar senang, nak amik makanan pun senang, dpn mata jer.
Makanan utama dia makanan kampung lah. Ada beraneka lauk2 yg disediakan. Pastu ada jugak gerai2 yg menyediakan makanan2 lain seperti lamb, ikan bakar, char kuew tiau, mihun/mee & minuman.

Gerai ikan bakar
Gerai BBQ kambingTak kisahlah berapa kali nak tambah pun, selagi daya makan lah puas2. Tapi satay tak termasuk buffet tau. Nak satay kena order. Kena bayar lain lah.
Antara makanan2 yg diambil utk trip yg pertama
Popiah basah dan dibelakang itu adalah kek cokelat
Kambing golekKambing adalah sedap. Tapi aku makan tak byk pun. Sbb tak berapa biasa makan kambing pun.
Satay ayam & daging - cuma order 20 cucuk sahaja
Inilah rupa paras kambing bbq itu - memang sedap
lauk pauk
Dengan sabarnya menunggu masa berbuka
lagi lauk pauk
dah masuk waktu ke belum nie?
Sabar...
Dah azan ke belum nie?
Sudah masuk waktu berbuka. Kita minum dulu.
Aku pulak tak nyabar nak menyuap. Tgk air sampai dua. Air oren ngan mata kucing. Mana tak kembung
sate pun bedal gak
Sambil makan sambil dihiburkan persembahan dari kumpulan ghazal
kepuasan
Kekenyangan sambil tersandar
sambil makan sambil berbual-bual anak beranak
Mereka pun puas hati gakWaktu utk buffet adalah sehingga jam 9.30 malam tak salah aku. So, boleh lah duduk kat sana lama2 dan melantaklah sehingga pengsan.
Kami pun duduk kat sana lamalah jugak. Bukanlah makan ker apa tapi.... sambung kat entry selepas ini...