Hari ni besday aku. Biasa jer takde apa yg special pun. Cumanya aku cuti tapi asben aku kerja. Kalau dia cuti sekali tentu best, boleh dating2 kat luar.
Apapun aku ucapkan terima kasih kat asben aku yg meraikan harijadi aku tepat jam 12 tgh malam tadi. Adalah sedikit kejutan utk aku. Walaupun tak berapa kejutan sbb dia tiru idea aku letak bawah bantal. hahaha.
Aku memang dah terasa ada sumting kat bawah bantal tapi aku saje wat selamba jer, last2 asben aku yg angkat bantal tu & tunjuk kat aku apa yg ada bawah bantal tu..
Di bawah bantal itu terdapat sekeping kad ucapan yg super cantik & beserta cokelat Forrero roche.. Kad itu adalah sangat cantik kerana asben aku begitu kreatif menghiaskan kad itu dengan gambar2 kami... i love it so much darling... plus ngan kata2 yg sungguh menyentuh perasaan.
"Thank u so much sayang. Hargainya sgt. But I'll more appreciated it if the card come together with the birthday present...hehehe. Takdelah deqna gurau jer... Itu pun sudah memadai wat Deqna. Ingatan tu yg penting sebenarnya".
Hadiah? oh ya actually kiterang dah plan yg tahun ni no more expensive birthday present kerana kami ingin menghadiahkan sesuatu untuk kami berdua. Tak paham? Kiranya dia beli tuk aku & aku pun beli tuk dia. Takpelah nanti bila kiterang dah beli aku gitau yer...
Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada korang sumer yg mengingati dan mengucapkan selamat hari lahir kepada diriku ini. Thanks for your thought darlings.
p/s: Syukur Alhamdulillah.