Tuesday, June 30, 2009

Main Lestik2

Baca kisah nie kat blog Mya. Terus aku teringat nak citer pasal nie. Korang nak tau tak camne nak hapuskan cicak dari rmh korang? Aku ada petuanya.

Kat rmh mak aku memang ada cicak. Setakat sekor dua tu kira halal lah. Tapi ni sampai dah beranak pinak hidup bahagia jer kat syiling rmh. Aku memang geli ngan cicak. Tapi tak tau nak buat camne nak menghapuskan dia. Takkan nak spray pakai shieldtox pulak kan?

Husband aku pun memang tak suka cicak. Dia memang anti dengan cicak. Dia kata cicak jahat. Cicak lah yang mengiakan satu perbualan ketika di dalam gua ketika zaman Rasululllah S.A.W dulu. Aku nak citer pasal ni pun aku ingat2 lupa lah.. nak tau lebih lanjut silalah bukak buku2 kisah Rasul dan sahabat yer.


Eh, nak watpe pulak ngan getah2 nie yer?

Hah getah2 tulah bhn2 yg perlu ada utk menghalau2 cicak2 yg bebas berleluasa itu. Bagaimana caranya? Alah korang lastik jer. Mesti lari bertempiaran cicak2 itu.

Mesti korang tak caya kan? Mesti korang ingat nanti cicak tu mesti datang balik kan?

Tapi nilah yg dilakukan oleh husband aku, hari2 kerja dia melestik cicak. Sampaikan cicak kalau nampak dia pun siap menyorok kat belakang frame. Tu belum lagi kalau derang nampak husband aku tgh pegang getah. Pastu lama2 cicak2 tu pun fedap terus tak berani nak menunjukkan muka dia lagi..

Tapi petua ini, membuatkan mak aku bising seketika, kerana mengakibatkan getah bersepah-sepah jadinya kat atas lantai. Tapi bila tgk hasilnya, mak aku pasrah ajer ngan menantunya ini.

Ok. Sekian, selamat mencuba...

Mari Menjawab

Tag ni dah lama gak dah... tag dari cik pah.. saje aku simpan lama2 buat modal kalau takde idea nak blog apa....

apa perasan sekarang - Happy sgt2 sbb tak lama lagi nak meraikan anniversary yg ke-dua. Alhamdulillah walaupun dah 2 thn tapi rasa mcm 2 bln. How time flies. Perasaan sentiasa di alam fana cinta gitu.




saya nak makan - Yong Tau foo yg dekat sogo tu. Suka sgt makan yong tau foo kat sana.




saya x suka - Suami saya kentut merata-rata. Tapi saya tak kisah dan tak marah pun. Kerana itu adalah lumrah alam. Tapi saya tak suka bila kita tak sengaja 'terlepas' dia seboleh2nya nak bukak fan kuat seolah-olah kentutan kita tu mcm kentut sgt. Apa aku cakap nie?

impian saya - saya inginkan keluarga yg bahagia dan hidup dalam keadaan sederhana taknak mewah2 sgt. Sbb nanti kalau kaya sgt suami nak pasang2 lebih pulak, sbb dah terlebih mampu kan.

haiwan yg saya tidak suka - Kita tak boleh benci haiwan sebarangan kerana dia juga makhluk Tuhan. Tapi sekarang ni saya tak suka haiwan ini kerana sbb dialah gejala selesema ini berleluasa. Abislah kena samak blog aku nie.




saya harapkan - Suami saya menghadiahkan sesuatu yg istimewa sempena wedding anniversary yg tak lama jer lagi nie.. Saya cuma berharap sajer, tapi tak nak lah mintak2, tak baik mensusah2kan suami.. tapi sekiranya dia terbaca entry ini, paham2 jelah yer..hehe.. tapi gambar ini hanyalah sebagai contoh sahaja...




jika boleh diputarkan masa - Berpijak pada bumi yg nyata, masa takkan boleh diputarkan semula. Yg lepas biarlah lepas...



saya pada 10 thn akan datang - Mungkin beginilah kot.. InsyaAllah..





hp saya adalah - Nokia 3500 Classic





saya pernah bercinta sebanyak - Tak ingatlah byk kali lah... ewah.. camlah byk benar boipren aku yer...Ala cinta tipu2 jer. Tapi cinta yg betul2 hanyalahh sekali sahaja... dan terus kawen..

Start soalan seterusnya aku dah malas nak google gambar2 lagi dah...aku letak jawapan jer.. penat pulak nak cari gambar.. tapi ada ke org suh letak gambar?? aku gak yg terover rajin kan...

saya suka pada - kecantikan. Suka tgk pada benda2 yg cantik. Tak kisah lah org ker, pemandangan ker. kalau cantik memang saya suka tgk. Byk benda lagi yg aku suka. Tapi bila dah byk sgt sampai aku pun tak tau nak tulis apa. Tapi yg penting saya suka pada suami saya.. hehe bodek jgn tak bodek...

kawan2 saya - sumernya best2 belaka. Boleh share apa saja. Yg penting takde hasad dengki antara satu sama lain. Tempat bercerita dan berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Kawan2 juga haruslah suka menggedik di dpn kamera....

pernah dikhianati - Tak pasti pulak.

apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda - Biarlah Allah yg menentukan...

senaraikan 8 orang untuk di tag - aku nak jawab tag ni pun seksa nak siapkan sambil menahan kenc**g, ni nak fikir sape pulak yg nak aku tag. Mau aku terkenc gak kat sini. Malas nak fikirlah. Sape rajin buat lah yer. Terutama kalau korang takde menda nak update ape yer..

Speak Up!

STICKY MODE . PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY .
Sila scroll ke bawah utk entry2 Baru
************************************************************************************

Ada contest lagi.......

Korang nak hadiah tak???? Aku bermurah hati nak kasi korang hadiah nie.. Eh.. bukan aku sebenarnya tapi Digi yg nak kasi...

Antara hadiah2 yg ditawarkan:-

Nuffnangers Pride CategoryGrand Prize
– RM3000 CASH
– Consolation Prizes iPod Shuffles x4
*Only eligible for Nuffnang bloggers who blog about it and on DiGi network


Early Bird Specials Category
A pair of GSC Movie Passes x100
*Only eligible for Nuffnang bloggers who blog about it, on any mobile network


Public Category
LG Cookie mobile touch phone x8
*Open to all DiGi users only



Bagaimana nak memenangi hadiah2 di atas? Sila lawati laman web seperti di bawah ini..

http://www.nuffnang.com.my/digi-speak-up-malaysia/digi-how-to-win

Takpe kalau korang malas nak click meh aku gi tau bagaimana caranya.. Korang cuma perlu amik gambar tentang apa yg korang rasakan perlu utk menjadikan Malaysia lebih bagus...terpulang kepada kreativiti korang ler. Jgn lupa masukkan caption sekali kat gambar tu.. Nak contoh? click jelah link kat atas tu..

Lepas tu hantar MMS tersebut ke 016-6029788. Jgn lupa sertakan sekali nama dan lokasi anda.

Lepas tu jgn lupa blog kan ia dan hantarkan email kepada dgmms@nuffnang.com. Selain itu syarat2 nya adalah seperti di bawah ini:-

Terms & Conditions

Speak Up Malaysia runs from 18th June 2009 till 30th July 2009.
Entries will be judged based on creativity, content and style by representatives from DiGi.
Judges’ decisions are final.
Winners of the contest will be notified via email or phone.
Winners are required to collect the prizes from Nuffnang Sdn Bhd at 12B-6, Heritage House, Jalan Yap Ah Shak, 50300 Kuala Lumpur within 4 weeks after notification.
For DiGi customers to activate MMS, SMS SETUP to 2000

So... come on guys... lets speak up!

Monday, June 29, 2009

Tinggal Kulit Sahaja

Asben kata sedap lala yg aku masak tu. Yes, menjadi jugak eksperimen aku tuh... hahaha masak pun nak bereksperimen bagai.


Kulit2 tu sumer adalah hasil yg dimakan oleh asben aku sorang dengan sekali hadap sajer... berbunga-bunga jer rasa hati bila asben makan laju jer. Pastu siap ratah2 lagi....

Maknanya....... sedaplah tu kot masakan aku tu...

Tulah dalam malas2 aku nak masak pun, sebenarnya timbul satu kerajinan bila melihat suami makan bersunguh2.

Jom Nandos

Kesian.... dah tua2 ni tak reti2 lagi Nandos tu apa. Boleh aku ingatkan Nandos tu Pizza. So, nampak sgtlah yg aku ni bukanlah layan sgt fast food2 nie..hehe cover line jer nie...

Gini citernya, hari tu member aku ajak makan kat Nandos, boleh aku kata "takmo lah.. taknak mkn pizza". Padahal memanglah takde pizza pun, ayam adalah kan...

Sebenarnya masa member aku sebut Nandos aku terbayang Dominos. Dominos kan Pizza.




Hah apa2 lah.. yg penting Nandos ni memang lazat dan sedap. Mcm Kenny Rogers lah jugak. Dah lama benar rasanya aku tak makan Nandos nie, tu yg aku hilang ingatan sekejap tuh..

Tak Pernah Bayar

Beginilah bil elektrik ngan bil air rmh kami setiap bulan. Tak pernah dikenakan bayaran. Syoknya.. Setiap bulan RM0.00 ringgit.

Yelah nama pun tak duduk sana sepenuhnya kan.



Tapi memang lah tak yah bayar bil rmh tu, tapi bil kat rmh mak aku ni haruslah kami yg membayarnya... Bil pulak tak agak2, bil elektrik jer mau menjangkau seratus lebih. Kalau bawah seratus tu maknanya bulan tu cuaca sejuk lar tu sbb kurang pasang aircond & kipas.

Sunday, June 28, 2009

Lalala... Hari Ni Masak Lala Pula

Amboi cam gembira pulak aku masak hari nie yer... yelah hari ni aku masak lala.. haruslah ber lalala...



Lala masak apa ntah.. aku main bedal ikut suka hati aku ajer.. yg penting ada rasa..


Bukannya selalu pun masak lala ni kat rmh. Mak aku pun tak pernah masak ni kat rmh, sbb kat rmh ni kureng sikit makan lala, kerang, kupang, siput or adik badik dia. Aku belajar2 makan ni pun kat tempat makan kat tempat kerja aku. Sbb sedap aku pun cubalah ia di rumah.

So, bila tiba2 tingin or dah muak nak makan ikan or ayam maka sekali-sekala kita cubalah pula tukar dengan lala ni pula.

Sekian, selamat mencuba.. tetiba jer nak suruh org cuba walaupun aku tak kasi resipi pun tuk korang cuba... hahahaha. Bkn tak nak kasi, tapi aku takde resipi pun.. aku ikut suka jer nie.. ala2 eksperimen gituh....

Saturday, June 27, 2009

Aku Tak Halalkan Dia Sentuh Aku

Memang macam cilaka betul tau. Geram aku. Bongok punya org. Eeeeeeeeiiiiii geram!!!!!!

Semalam aku balik kerja naik komuter. Semalam train ada terdelay sikit ar. Org dah tentu ramai lar. Nasib bila train sampai, dia berhenti pintu dia betul2 depan aku. So, aku dapat gak lah menyelit masuk. Kalau tak memang takde harapan lah nak masuk sbb penuh. Bila pintu train terbukak jer, aku tak yah susah2 nak rebut, sbb org2 kat belakang akan menolak-nolak. Bila dah menolak2 aku pun akan tertolak ke dalam sekali. Tak yah aku susah2. Kes tolak ni satu hal lah. Tapi aku tak kisah lah, janji ko bukan nak amik kesempatan aku kan.

Tapi yg aku bengang giler nie, masa kat dalam train, cam biasa sesaklah kan. Kalau setakat berlaga buntuit tu memang dah biasalah. Berlaga sesama jenis ar. Tapi kalau berlaga ngan lelaki harus dielakkan lah. Tak kuasa aku.

So, masa aku berdiri, kat belakang aku memang aku tau pompuan. So, aku cam tak kesahlah kalau belakang aku terkena/tersentuh ngan belakang dia. Yelah, train pun penuh, takkan aku nak berlapang-lapangan pulakkan.

Nak dijadikan cerita, aku terpandang badan aku belah kanan (kat bahagian pinggang lar), cam ada tangan sedang berpaut. Aku pelik lah tangan sape pulak kan? Aku ingat kan pompuan kat belakang akulah. Pastu aku pusing belakang. Rupa2 ada sorang mamat sial sedap jer berpaut kat aku. Babi betul! Bila dia dah perasan yg aku dah terperasan terus dia lepaskan tangan dia. Pastu buat muka tak bersalah. Macam sial sgt.

Aku pulak terkejut lah. Tak tau nak buat apa. Nak bersuara tak berani. Takut kang aku pulak yg dimalukan. Aku cuma pandang dia dengan renungan tajam sambil mengatakan stupid kepada dia.

Serius dia memang buat muka biasa jer, sambil balas balik pandangan aku tu. Nampak cam lelaki biasalah, ada rupa sumer. Takdelah nampak cam lelaki yg gila seks. Geram betul aku. Memang aku haramkan dia kalau dia memang sengaja mengambil kesempatan menyentuh aku. Kalau tak sengaja lain citer lah.

Ikutkan hati memang aku nak keluarkan jer hp pastu amik gambar dia. Pastu papar gambar dia letak dalam blog nie. Tapi aku takut. Aku sorang ketika itu, buatnya time aku amik gambar dia pastu tetiba dia mengamuk "ko pehal amik gambar aku?!" pastu nanti dia rampas hp aku pastu dia buang, camne? Kalau ada geng tu aku berani lah sikit.

Pasni aku akan lebih berhati-hati lagi. Kalau ada org wat camtu lagi, aku akan pijak kaki dia dengan tumit kasut aku. Pastu kalau aku berani aku akan jerit "Awas, kat sini ada org gila seks!" Kalau tak berani aku cakap dalam hati jelah.

Sejak Dah Pandai Membaca

Hari Sabtu biasalah si Ain ngan Adam memang ada kat rmh aku lah. Derang memang seronok kalau aku tak keluar time derang ada kat sini. Yelah aku kan suka melayan derang.

Si Ain cam biasalah sibuk nak main laptop. Nak main game F1 tuh. Aku letak jer laptop kat depan pastu pandai2 dia sendirilah. Tapi memang pandai pun. Sbb dia yg gak yg ajar aku camne nak main.

Tapi problemnya pulak budak ni sekarang, bila aku nak berchatting, berblogging pulak susah bila sekarang ni dia dah boleh membaca ngan lancar. Rasa cam tak aman jer aku nak menaip. Abis segala msg aku nak dibacanya. Pastu bila aku nak baca blog org pun dia nyibuk gak. Mana boleh kan.. kengkadang ada gak blog yg tak sesuai ngan budak2 kan..

Dah besar rupanya anak buah aku nie...thn dpn nak darjah satu dah.

Aku Masak Apa Hari Nie?

Selera nak makan tempoyak masih tak abis lagi. Hari ni aku masak ikan bilis masak cili api ngan tempoyak. Lauk ni memang feberet aku dari kecik2 lagi. Aku suka kalau mak aku masak lauk nie. Sekarang ni, kalau nak makan tu, takyah suruh mak lagi, sbb aku sudah teror tuk membuatnya.

Pastu ingat nak masak sayur campur tapi cam tak berapa masuk pulak dengan sambal tempoyak tu. Aku tukar menu. Aku rebus pucuk ubi. Errmmm barulah masuk....

Tapi takkan lah ni ajer kan.. kang laki aku kata aku malas pulak, so aku tambah lagi satu menu.. aku buat ayam goreng kfc. errrmmm maveles.. Sambil goreng aku makan yg dah siap tu.

Sorilah. Hari ni takde gambar, tapi aku kasi resipi jerlah cara2 tuk buat sambal tempoyak tu. Memang senang sgt2 lar..

Bhn2 yg perlu ada:
  1. Cili api
  2. Kunyit
  3. Daun kunyit
  4. Serai
  5. Tempoyak lar.. kalau takde tempoyak tak jadi lar..
  6. Ikan bilis
Cara2nya:-

Mula2 kisarkan cili padi ngan kunyit. Letaklah ikut suka hati korang, kalau nak pedas letaklah cili lebih.

Sambil2 tu gorenglah ikan bilis tu kat kuali. Tak yah garing2 sgt pun tak pe. Lepas tu kuarkan ikan bilis dari kuali. Masukkan pula cili yg dah siap dikisar kat kuali. Masukkan juga serai dan daun kunyit sekali. Gorenglah cili tu sampai agak2 masak.

Pastu masukkan tempoyak ke dalam kuali. Tambahkan sedikit air supaya dia berkuah sikit. Kalau tak kang pekat sgt. Pastu kacau lah. Bab garam & perasa tu tak yahlah aku gitau yer.. korang pandai2 lah letak. Takkan tu pun nak ajar gak kan.

Pastu rasa cam dah agak2 nak masak, tuangkan ikan bilis tadi ke dalam kuali. Kacau sehingga rata. Pastu tutup api dan hidangkan. Sesuai dimakan dengan nasi yg panas2.

Friday, June 26, 2009

Membuat Rawatan Mata

Kalau nak ikutkan mata aku yg teruk sikit dia nyer eyebag. Tapi mengapakah ini pulak yg terjadi?



Ini bukan mata aku. Pesal lak nak letak mask kat mata laki aku pulak kan?

Tapi apa nak buat dah nama laki kan, kalau dia suh kita buat, kita buat jerlah. Laki aku ni suka jer ikut apa yg aku buat. Aku pun just layankan ajer.
Tak cukup tu siap suh aku wat facial lagi kat muka dia tuh. Takpe kita kita wat jer...



tompok2 aku letakkan night cream kat muka dia

Aku pun memang takde hal nak layan dia.. aku pun buatlah facial lagi kat muka dia.. tapi takdelah aku cuci muka dia, sbb dia dah siap2 cuci masa mandi sebelum tu.

Aku just sapukan tonner pastu letakkan night cream.

Selepas krim telah diratakan. Pastu suh dia rilex for a few mins.. kasi mask tu menyerap dan kering

memang rilex jelah dia..lelap lah jugak kejap

After a few mins dia pun terjaga suh aku tanggalkan eye mask dia tuh. Ngada tau.. padahal boleh jer tarik sendiri..

"ok dah tanggalkan mask ni, pls"

si isteri pun tanggalkan lah ia secara perlahan-lahan

Hampir selesai
So, ginilah hasilnya.......

berseri-seri tak? hahaha yg nyata mata tetap sepet bila bergambar..

Akhir kata kalau bukan kita yg nak 'cantikkan' laki kita sapa lagi yang buat kan? Tapi jgn esok dah cantik2 gi cari pompuan lain pulak yer! eh cantik ker? tak sesuai.....

Apa yg Dibeli?

Sebenarnya takde apalah sgt nak dibeli pun, cumanya ingat nak cari2 baju. Tapi lain yg dicari, lain yg dibeli. Beginilah yg akan terjadi sekiranya keluar shopping tanpa membawa list2 yg perlu dibeli.

Tu pun mujur time shopping nya singkat, katanya lepas kerja kan, pastu balik pun nak kena cpt2 sbb esoknya kan nak kerja. Kalau kuar shopping weekend lagi lar masak.. yelah mau dari tengahari sampai malam kot.. so, lebih bagus shopping ketika weekdays berbanding weekend kerana sedikit sebanyak boleh mengawal perbelanjaan.


Tak byk pun barang yg dibeli. Cuma plastik jer yg besar lebih


Ok jom kita tgk apakah benda2 di dalam plastik2 itu?


2 Biji bantal

Memang empuk bantal nie. Sedap betul tido kat atas bantal. Tapi sesedap mana pun bantal tu tetap aku takkan lupakan bantal bucuk aku tuh..hihi


crystal vase. Vase ke nie? ke bowl?

Yang ni bukan tuk aku tapi nak diberikan hadiah kepada org yg nak kawen.


Mekap2. Ni memang tuk aku lar.. takkan tuk laki aku pulak kan


Yg dalam botol tu aku tak tau nak panggil apa tah.. mist apa tah namanya.. aku baru first time beli semburan nie. Neena yg recommend aku pakai, dia kata kalau pakai ni nanti mekap pun tahan lama & muka nampak segar-bugar. Aku pun sajelah nak try.


Bedak NW30 & lipstick Pink Nouveau

Lipstick tu aku dapat free jer tau. Sbb aku telah meredeemkan 6 bekas compact powder yg telah habis. Bagus Mac ni recycle balik. So, sebagai ganjaran derang tukarkan ngan sebatang lipstick. Warna atas pilihan sendiri. Korang pilih jerlah nak yg mana just for free. Oh ya, harga lipstick tu adalah RM68 tak salah aku.

Nak tgk hasilnya tak bila dah pakai benda2 seperti di atas tu?


with flash

without flash

Kesimpulannya, aku dapati eyebag aku semakin lama semakin teruk. Harus lakukan sesuatu nie!

Sesungguhnya ia satu penutup yg tidak relevan sekali dengan tajuk entry.

Tadi Kami Pergi Shopping

Org gi shopping hujung2 minggu. Kami shopping tgh2 minggu. Tak kisahlah yg penting hujung bulan kan.

Bukan apa, nak gi weekend mungkin tak dapat lah kot.. sbb hujung minggu ada macam2 hal lain yg nak dibuat. So, balik kerja tadi terus berdesup ke Sogo. Mana lagi kan...

Nanti aku sambung citer lagi yer.. penat lah pulak. Lagipun tak sabar nak tido ngan bantal baru nie..

Daaaaaa.....

Thursday, June 25, 2009

Asal Main Jer Ada yg Injured

Hari tu aku ikutlah laki aku gi lepak kat padang belakang rmh nak tgk satu perlawanan bola. Perlawanan antara kawasan lah kiranya utk Piala Menteri Besar.

Tapi standardlah asal main bola jer mesti ada yg injured.

Tgh syok2 tengok derang tgh bermain, salah seorang pemain telah tercedera di serang pihak lawan. Ingatkan injured sikit2 jer. Tapi tgk lama gak dia terlentang kat tgh padang tu. Rupanya kecedaraan agak serius.


Mangsa yg menahan kesakitan.

Aku pun tak taulah apa yg terjadi kat mamat tu. Org nak hantar klinik tapi tak mo. Nasib bukan laki aku yg cedera tu, kalau tak mesti aku dah melalak kat tepi padang. Aku memang over. Nak dijadikan cerita org menyerang dia tuh adalah baru kawen pada tengaharinya itu. Boleh ko baru kawen ko gi main bola.

Yelah mana tau ko main2 bola pastu tetiba ko tercedera patah kaki, lutut lari ker. kan tak pasal2.. ko tu pengantin baru.. darah pun masih manis lagi.. Adakah bola yg lebih penting? Musykil tul aku ngan lelaki nie fanatik betul ngan bola. Seb baiklah yg cederanya bukan si pengantin tu. Kalau pengantin yg cedera? Sian pengantin pompuan.. hehe

Yg lelaki ni pun agak2lah pun.. kot yer ko nak ngelat cuci periuk ke apapun....ingatlah bini kat rmh tu pun...

Tapi kami ni memanglah isteri2 yg sentiasa memberikan sokongan kepada suami2 masing. Walaupun mereka tidak bermain pada hari kejadian, tapi sangguplah jugak memberi sokongan sambil duduk di tepi longkang.


Watie, aku, Yantie & anak dia



kemain anak yantie tgk aku gitu sekali yer


dari belum kawen sampai dah beranak pinak memang ikut jer laki masing2 ke padang



Kepada kaum lelaki sila sayangi diri anda. Bersukan itu bagus. Tapi janganlah asyik cedera sini, cedera sana. Sape yg susah bini gak yg susah nanti.

Membuat Sambal Tempoyak

Sekarang ni kan mcm musim durian jer. Kat tepi jalan byk jer org jual durian. Tak ketinggalan jugak ngan tempoyak. Balik kerja tadi berhenti kat tepi jalan beli lah 2 bungkus tempoyak, asben teringin nak makan sambal tempoyak.

Balik2 rmh gigih aku menumbuk cili dengan lesung batu. Bukan senang ok aku nak menumbuk cili. Kalau dulu sebelum kawen jangan haraplah aku nak tumbuk cili sbb asal aku tumbuk jer mesti tangan aku rasa cam hangat jer. Tapi sekarang ni ok jer, takde pulak rasa hangat2 tu.

Senang jer nak buat sambal colek nie, tumbuk2 cili pastu letak garam sikit pastu gaul lah dengan tempoyak itu. Maka jadilah ia seperti ini.

Lagi sedap kalau cicah ngan ulam-ulaman

Hari ni aku memang jadi bini misali lah. Lepas siap makan aku lipat kain pulak. Ala setakat lipat kain pun nak kecoh yer? Mana tak kecoh, aku lipat kain tuk minggu lepas punya sekali ok. Gila menggunung tinggi kain2 yg tak dilipat. Selama ni kain2 tu humban jer kat bilik adik lelaki tu, yelah dia kan takde kat sini. Tapi sebelum mak aku bising baik aku lipat siap2 kain2 baju tu sumer. Terima kasih jugaklah kat laki aku yg sudi menolong.

Lepas siap kerja sumer, sekarang ni barulah masa utk aku berblogging and ber-online. Tapi tgk sumer org sunyi sepi pulak malam nie.

Wednesday, June 24, 2009

Main Bola Pulak

Masa beli barang2 kat supermarket tu adalah promosi Tiger. Bukan harimau yer. Tapi promosi kek Tiger, ala yg macam kek Apollo ngan swiss london tu lar.

Aku pun terjebaklah beli 2 kotak. Satu kotak baru RM1.99 tak salah aku. Aku beli perasa cokelat ngan perasa pandan.

Kebetulan ada satu amoi dtg kat aku dia kata kalau beli 2 kotak nanti boleh cuba game yg menjanjikan hadiah misteri.

Jadinya lepas membayar, gigihlah aku ke tempat promosi tu balik, dengan harapan nakkan hadiah misteri itu. Apa ko ingat ko leh dapat tv ke pun setakat pembelian tak sampai 4 hengget tu?

Tapi sebelum dapat hadiah misteri tu kena main satu pemenan dulu. Kena tendang bola masukkan ke dalam gol. Kiterang apa lagi bila dah masuk bab bola2 ni apalagi kami pun paksa lah laki2 kami ni utk menjaringkan gol. Apa guna laki2 masing2 kan pemain bola.

Mula2 derang cam tak nak ar.. ala2 malu lah nak main game bebudak tu.. apa orang kata tak macho lar.. tapi atas desakan isteri2 tercinta mereka main gak lar.


Ingat senang ker nak masukkan ke dalam lubang yg kecik tu?

Masa time kiterang beli kek tu, takdelah ramai sgt org kat area tu. Tapi bila laki2 kami masing2 mengambil tempat tuk menendang bola, tgk org ramai berkerumun tgk. Takpe, kami ni memang muka bawak rezeki.

Tapi dapatlah jugak menjaringkan beberapa gol

Korang ingat laki2 kiterang tu suka2 jelah nak main game bdk2 tu kat situ?? Jangan haraplah kalau takde amoi2 promoter yg comel2 nie.. Bukan tak tau org lelaki nie. Pantang.

Am pun sama tak ketinggalan mencuba


Keputusan jaringan, laki aku aku mendapat tajaan produk tiger selama 2 thn free.. eh tak.. aku tipu, dia dapat satu beg kecik tiger ngan sebatang pen tiger. Manakala Am pula mendapat pen tiger sebatang.

Buat Facial Pastu Jumpa Amy Mastura

Watie ngan Am datang rmh aku hari tu. Ajak keluar. Plan nak gi mandi-manda lah, nak tgk wayang lar, mcm-mcm lah janji keluar tak duk kat rmh. Tapi alih2 kami tak ke mana pun. Lepak kat rmh ajer borak2 sampai ke tengahari. Sambil melepak-lepak tu sempatlah kami nie mengfacial muka laki masing2. Ntah sejak bila pulak rmh aku jadi pusat kecantikan. Tapi belasah lah, kami ni memang sengal, dari dulu sampai sekarang macam2 aku buat ngan kawan aku si Watie tu. Katanya kawan dari kecik kan. Yg bagusnya laki masing2 pun redha jer tadah muka kat bini masing2.

Pastu, bila dah tengahari baru tergerak nak keluar. Tapi nak keluar makan jelah. Plan mandi2, tgk wayang sumer dah ke laut. Sudahnya sekadar pergi The Store dekat rmh jelah. Tak kesahlah janji keluar kan.

Sesampai jer kat sana, tgk ada artis undangan pulak. Apa lagi tumpang jelah sekaki tgk si Amy yg comel, slim melim beraksi kat atas pentas tu.

Amy yg comey


Sambil tu promo album "Happy" dia tu.. tu pasal pakai baju smile tu



Tak patut.... bini2 pulak yg kena bawak laki..

para suami yg malas. dua2 duk belakang

Amacam berseri tak muka lakiku, setelah disental oleh aku?

Lepas tgk Amy nyanyi, kiterang pun pergilah makan. Pastu gi beli2 barang sikit kat Supermarket.

Pilih-Pilih Gambar

Kan dulu aku ada gantung frame gambar kat dinding. Tapi kiterang just gantung jer frame tu without gambar kami, yg ada cumalah gambar budak2 yg memang sedia ada di situ.

So, aku amik kesempatanlah masa balik rmh kejap hari tu, aku pilih2 gambar tuk diletakkan kat frame tuh

Sebelum..

Album kawen & hanimun


Dulu2 aku takde blog. Pastu tgk blog org byk gambar makanan. Aku pun, taim hanimun amiklah segala makanan yg aku makan. Nak abadikan dalam blog time tu takde. Aku abadikan dalam album jer. Tapi sanggup ko print gambar2 tu sumer. Padahal sekarang nie, gambar sekeping pun haram nak hantar print.


Cop, aku takdelah pilih gambar makanan2 tu tuk diletakkan kat dalam frame tu. Baik aku letak gambar aku kan.

Bila tgk album hanimun terasa pulak cam nak pergi lagi.. ni tak sabar nak pergi lagi nie..


Ni album kawen pulak. Sonoknya kawen. Wah.


Album banyak tak diangkut lagi. Masih lagi kat rmh mak. So, hanya 3 album saja yg ada di sana. So, aku pilih jelah mana yg ada. Lagipun yg nak dipilihnya cuma 4 keping sajer pun.

Hasilnya, ini sajelah yg sempat dipilih. Aku pun malas sebenarnya. Asal dan jer aku pilih, lagipun asben aku yg mendesak aku pilih2 padahal aku sedap jer ngah landing time tuh.

utk frame kali ni aku cuma abadikan saat manis kami berdua bergelar suami isteri