Rasa cam baru jer hari tu sambut
birthday Marissa yg pertama tahun lepas. Tup2 dah 2 tahun dah Marissa sekarang nie. Cam tahun lepas jugak tahun ni punya sambutan pun ala kadar dan sederhana sahaja.
Ok kita mulain dengan gambar birthday girl dengan keknya.
teruja dengan angry birdnya
cute balloons on the cake
kek lagi
Kek bukan lah dari Secret Resipi ke apa, tapi ditempah khas dekat my ofismate yg memang berbakat besar dalam baking membaking nie. Sesape nak tempah leh tempah kat sini. Gerenti tidak menghampakan. Korang request jer nak deco camne. Cam kek Marissa ni aku request dia deco dengan patung2 angry bird sbb Marissa suka angry bird.
the red velvet cake turns to 'kelabu asap' hehe
Aku ni mujur lah tak reti buat2 kek atau apa2 jer yg perlu dibaking, kalau aku reti konpom aku buat sendiri birthday cake utk anak2. Untungkan sape pandai wat kek ni, nanti nak belajar lah jugak. Tapi kalau nak belajar ni kena ada minat, tapi aku tak berapa minat sangat baking2 ni... masak2 aku minatlah...
Marissa is 2
Sambutan hari tu kiterang buat malam, sbb siang tu kan masing2 bekerja, aku ngan asben pun keje cam biasa jer, padahal malam tu nak buat 'party' kat rmh. Makanya, merasalah balik kerja, sampai2 rmh terus duk kat dapur, buat kerja dengan pantas. Lepas Isyak para tetamu dijangka sampai. Kelam kelibut lah jugak.
Tengah prepare food - sila percaya yer
Tak sampai berapa minit everything is served on the table. Tadaaaa.....
macam2 ada
Sila lah jgn percaya, mana lah aku nak sempat nak masak sumer tuh, eh ada gak yg aku masak, aku masak tomyam hokey... tak tipu... hehe.. actually aku just panaskan balik tomyam jer... eh kira masak lah jugak tu kan...padahal sumer makanan adalah siap diorder sehari sebelum hari kejadian. Petang tu kami just amik jer makanan yg dah siap tuh. Selain daripada satay yg dibeli dari Satay station, let's see apa yg ada...
kembong masak stim
udang goreng tepung yg dah macam cekodok pulak rupanya
sotong goreng kunyit
Siakap sweet sour
sayur campur
Gambar tomyam campur yg aku masak tidak lah pula diambil oleh asben. Gambar satay ngan kuah kacang pun nan ado. Gambar sambal belacan dan timun pun takdo. Tapi tu je lah kot makanan2 yg dihidangkan malam tuh. Jemputan malam tu adalah dianggarkan dalam 14 org. Ala keluarga terdekat jer pun, my family and asben's family. Alhamdulillah semuanya dapat meluangkan masa. Terima kasih semua.
kerabu mangga
Masa tunggu ketibaan tetamu yg lain
kemain Marissa menjemput nanny ngan pak ngah dia masuk dan tak sabar2 nak tunjukkan kek angry bird dia
ok sumer dah sampai marilah kita makan dulu
sila2 jangan segan2 yer
Bacaan doa oleh atuk Marissa
Lepas baca doa, barulah upacara potong kek.
Marissa to blow the candle
setelah berapa kali percubaan barulah lilin tu terpadam. Apetaknya Marissa tiup sangat lah lemah lembut angin pun sepoi2 bahasa jer..
Happy birthday Marissa sayang..
eh ayah teruja lebih
my in laws family
adik2 ipar & biras
birthday girl yg diraikan
dah besar panjang dah
Aku wat majlis ni sajer jer nak celebrate anak, sambil tu ingin wat makan2 tuk ahli keluarga, takdelah expect hadiah birthday ker kan... lagipun sumernya pun very last minute, tapi they were kind enough to bring the presents to Marissa. Atuk lagi sempoi, dia kasi duit jer kat Marissa. Apa lagi suka budak kecik tuh, memang dasar mata duitan, suka sgt dengan duit. Tah sape ajar ntah.
marilah kita bukak hadiah2
Doctor set from abah a.k.a pak long & lagi satu dalam box yg dibungkus dengan angry bird wrapper tu adalah helikopter mainan yg comel siap ada lampu2 dengan muzik from Ain & Adam
Ada lagi satu pemberian paklong iaitu sepasang baju, gambar takde lah pulak. Pandai paklong cari present tuk Marissa walaupun mak (mak long) takde. Yang Ain ngan Adam pulak sgt lah susah hati start dari aku jemput dorang datang rmh, susah hati sbb takut tak sempat nak belikan Marissa hadiah. Siang hari tu, masa kat rmh nenek, dorang paksanya ucu dorang bawak dorang keluar utk cari present tuk Marissa. Pastu bila dah balik siap sorok mainan tu daripada Marissa nampak. Mak aku sendiri pun dorang tak kasi tengok. Nak seperais lah kononnya tuh.
lepak2
Lepas makan, lepak2 kejap dan masing2 pun beransur pulang. Yelah besoknya hari bekerja kan. Kalau cuti boleh jer lepak sampai pagi.
Org lain dah sibuk nak balik, budak dua org ni yg lebih excited dengan hadiah2 Marissa. Hadiah yg dorang kasi Marissa tu pun dorang yg tak sabar suruh Marissa bukak. Tapi bila dah bukak dorang lah yg tukang main pun. Marissa tau apa sgt lah kan.
sorang doktor dan sorang pesakit
To all my family members, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan memeriahkan majlis sambutan yg serba sederhana ini. Thanks to husband jugak yg rajin tolong kemas rmh sebelum dan selepas majlis. Gigih ayah Marissa tiup belon eh tak tiup pun just pakai pam jer dan gantungkan kat dinding. Belon2 adalah lebihan daripada tahun lepas punya sambutan. Yang paling tak menahan, belon tu kan plain jer, asben siaplah tulis2 dan lukis2 kat belon tu ngan marken pen. Tengoklah hasil kerja ayah Marissa.
wahahaha siap ada angry bird lagi
Sesungguhnya tiada apa yg menggembirakan hati ibubapa selain melihat anak2nya gembira. Marissa sgt happy on her big day. Sekali lagi ucapan tuk anakanda tersayang.. Selamat Hari lahir sayang, semoga sentiasa terpelihara olehNya dan membesar dengan sempurna.. ayah dan mama akan sentiasa doakan yg terbaik buat anak2 kami.