Friday, March 30, 2012

Sedikit Gambar2 Dari Gtab Nie

Ini ada sedikit gambar yg sempat dirakamkan, mostly gambar semasa berangkat. Bila sampai Madinah terus simpan tab tak keluar2. Tapi takpe gambar adalah byk kat kamera asben. Ni kira teaser jelah dulu yer.

Update ringkas je dulu. nak buh caption pun payah. Tapi bolehlah wat pelepas rindu setelah 2 minggu tak bersiaran kan.













Sudah Selamat Kembali Ke Tanah Air

Alhamdulillah syukur, kami dah selamat pulang dari mengerjakan umrah petang kelmarin. Walaupun sudah pulang, tapi hati kami masih berada di sana. Masih teringat-ingat keadaan di Madinah dan Mekah. Hanya kesyukuran yg dpt kami panjatkan kerana Dia menjemput kami menjadi tetamunya.

Alhamdulillah kami sihat sepanjang di sana, cuma time nak balik tu, ada batuk2 skt sampailah sekarang. Marissa pun sgt2 ok sepanjang di sana. Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

Sekarang ni dah pukul 3 pagi, tapi mata ni tak mau lelap lagi, kalau kat mekah sekarang ni mesti dlm pkl 10 mlm. Argh masih terngiang2, terasa pantas 15 hari, 13 malam di sana, rasanya baru semalam bertolak. Rindunya.

Selama dua minggu tu jgk, hati ini tak terfikir benda2 lain pun, memang kita lupa pada dunia buat sementara waktu, lupa masalah dan lain2. Now, bila dah blk, baru teringat pasal kerja. Takpe ada 3 hari lagi sebelum memulakan tugas seperti biasa.

InsyaAllah, jika ada masa, kami akan kongsikan perjalanan umrah kami. Kenangan terindah dlm hidup ini.

Salam buat semua sahabat yg dirindui. Terima kasih atas doa2 kalian.

Friday, March 23, 2012

RahmatNya

Autopublish Entry:

Sesungguhnya Allah SWT menurunkan 120 rahmat setiap hari kepada para tetamu-Nya di Masjidil Haram as-Syarif yang mana 60 rahmat-Nya dikurniakan kepada orang yang melakukan tawaf. 40 rahmat-Nya dikurniakan kepada orang yang solat, membaca al-Quran, berselawat, beristighfar, berzikir dan sebagainya, dan kepada jemaah yang hanya memandang atau melihat kaabah, dikurniakan sebanyak 20 rahmat.  Inilah salah satu bukti betapa Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Kita duduk-duduk sahaja, bersantai di Masjidil Haram sambil memandang kaabah mendapat kurnia sebanyak 20 Rahmat Allah SWT. Jadi alangkah beruntungnya menjadi tetamu Allah. Semuanya ini membuatkan hati ini bertambah rindu untuk ke sana


credit to http://msaadhamid.blogspot.com/

Wednesday, March 14, 2012

Saat Ditunggu Sudah Tiba

Assalamualaikum sahabat semua.

Saya dan keluarga sekarang ni sedang dlm perjalanan ke KLIA. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf atas salah silap yg pernah saya lakukan. Doakan juga keselamatan perjalanan kami. dipermudahkan segala urusan dan semoga kami mendapat umrah yg mabrur. InsyaAllah.


Sekiranya diizinkanNya kita akan bertemu lagi.

Wassalam.

Monday, March 12, 2012

Selesai Sudah

Fuh lega rasanya bila dah siap pos korang2 ni punya order. Kalau tidak susah hati aku tau.

barang2 yg siap dibungkus

Nasib baiklah jugak ramai yg datang collect sendiri. Kalau tidak pitam aku nak bungkus satu2. So, korang2 yg bakal menerima bungkusan ini, sila jangan terkejut dengan hasil balutan yg sgt tah hape2 tah ini. Ada tu, aku tak balut aku buh jer dalam envelope. Tapi ada conteng2 sikit lah envelope tu. Jangan mare ar...

So, korang2 yg dah bayar tu, tunggu jelah bungkusan sampai kat alamat yg korang berikan itu yer. Seb baik ada cik suami yg boleh tolong saya ke pejabat pos utk proses pengeposan. 


bukti penghantaran

Mungkin taim korang terima parcel ni aku berada jauh di sana, so misal kata korang tak terima2 jugak atau ada yg tak puas hati, nanti korang contact aku balik dua minggu lagi okey.

Akhir kata, mintak halal terkurang terlebih na.

Friday, March 9, 2012

Kap .. Kap

Masa mula2 Marissa sebut kap.. kap.. sambil tangan sebelah terbukak, tangan sebelah usik pipi (bayangkan org pakai compact powder camne), penat aku pikir apalah yg dia buat nie.. rupa2nya dia kata Mekap (make-up). Adoilah hai sape lah yg ajar mekap2 nie. Eh lagi mau tanya, dah tentu lah hari2 tiap2 pagi dia tengok mak dia nie menepek bedak, lipstik segala.

Ok itu intro sahaja.. sebenarnya nak cerita semalam aku dah redeem aku punya casing2 mac yg dah bersepah2 kat dalam laci kat almari.  Cam biasa setiap 6 casing (apa2 jua barangan) boleh ditukarkan dengan sebatang lipstik.

Lipstik aku pun memang dah tinggal hujung2 dah. Nak pakai lipstik lain memang nan ado. Sbb aku ni memang tak reti nak ada berbatang-batang lipstik, nanti aku tak tau nak pakai yg mana satu, so ada sebatang jer cukup.  Nak habis baru cari lain.

ada 9 casing, lagi 3 kita simpan for next round

Semuanya tu aku dah tak pakai dah, nak kata dah habis licin, memang masih ada sikit2 lagi kalau nak pakai, tapi aku jenis, kalau dah nampak macam nak habis memang dah siap beli yg baru, bila dah ada yg baru, yg lama terus tak pakai. Hah gituh sgt membazir, padahal habiskanlah betul2 sampai titisan terakhir tapi tidak.

Dengan penukaran bekas2 itu dapatlah aku sebatang lipstik secara percuma tanpa perlu membayar. Tapi warna yg aku nak takde stoklah pulak, tapi sbb malas nak tunggu, just amik jelah apa yg ado.
lipstick and lip glass

Memandangkan lip glass pun dah nak habis so beli lah satu, yg ni tak free, kena beli dan regenya RM68. Lipstik pulak tak salah aku harga dia dalam 50 lebih kot.. tak ingat harga sbb selalu dapat free ajer.

Jubah Sudah Siap

Hari tu korang suruh aku tunjukkan jubah aku tu kalau dah siapkan. Nah ni dia jubah2 yg siap ditempah hari tuh. Alah jubah plain jer, takde design ker manik2 ker... adalah 4 pasang kesemuanya. Nak tgk rupa aku pakai jubah camne, nanti2 lah yer.

jubah-jubahku


Lebih daripada kain aku tu, taylor aku ada buatkan tuk Marissa punya sekali jugak. Aku pulak memanglah kalau ada je benda baru memang lah tak sabar2 nak try. Ni pun aku tak sabar2 nak tgk rupa Marissa berjubah camne. Aku pun sarung jelah kat badan dia. Tu pun dia ngamuk2 tak nak, amboi kalau beli baju gaun kaler2 kemain tak sabar nak pakai, ni pakai jubah kaler plain ko tak mau pulak yer... not gud not gud. Pastu bila dah siap pakai aku nak amik gambar dia main lari2 pulak. Saje tak kasi aku nak amik gambar dia.

tengah melarikan diri

aku paksa jugak dia berdiri tegak, terus menangis

Ala sian menangis sampai keluar hingus bagai. Saje je kan. Meh kat sini meh pakai telinga rabbit nie


alolo hingus meleleh sian dia
kalau taknak gambar sorang2 meh amik gambar sama ngan mama ye

eh yayah pun ada ..

Rasa Sedih Pulak

Aku tak pernah citer kat korang yg kat rmh aku ada kucing kan. Bukan kucing aku, tapi akak aku mintak tolong jagakan kucing kesayangan dia. Bukan kucing sebarangan, tapi kucing yg bulu kembang2, makan makanan mahal, kena bawak gi klinik, kena injection, pendek kata nak jaga kucing ni macam nak jaga seorang baby lah. Nama kucing ni Happy.

Aku tak pernah amik gambar kucing nie, sbb dulu kalau amik gambar kucing jer mesti dia hilang atau mati. Ok bukan nak percaya, tapi cam memang taknak amik gambar kucing tuh sbb dia sgt cantik.

Tapi pagi ni, masa nak kuar dari rmh nampak dia tak sihat. Duduk terjelepok jer, nak berdiri pun tak larat. Melepek sangat. Bila keluarkan dia dari cage, dia langsung tak nak bergerak. Tapi bila kita panggil dia, dia sahut lah jugak... pastu tengok dia kesian sgt.  Uwaaaa... aku tak boleh lah tengok binatang sakit nie... tu pasal aku tak suka pelihara haiwan peliharaan.

Aku dah call akak aku, karang dorang akan bawa kucing tu ke klinik. Harap dia tak apa2 lah. Risau aku tengok dia. Harap2 dia sembuhlah.


Update:  Happy dah mati. *mode sedih*

Thursday, March 8, 2012

Dah Lama Tak Masak

Semenjak dua menjak ni aku membizi sikit, so nak masak pun kengkadang tak sempat. Pastu asal weekend jer keluar so bilamasanya nak masak kan. Bila dah keluar haruslah makan kat luar. Pastu nak masak time weekdays, bila dah balik rmh, rasa letih pulak, so tak masak jugak. Tapi hari Isnin lepas aku masak jugak lah, sbb nak keluar cari makan pun malas, tapi masak sempoi2 jelah, takat telur mata taruk sos+kicap+bawang pastu gorengkan ikan seekor. Tu jelah dinner kami hari tu. Tapi licin gak lah.

Tapi aku rasa pasni langsung tak berasap dah kot dapur aku. Sbb aku kan sibuk jual ypad.  Sebab gas memasak kat rmh aku sudah pun kehabisan. Malam tadi nak buat susu Marissa, tuang air dari flask, air dah tak panas apa pun, sejuk jer. So, jerang lah air secerek kat atas dapur. Belum sempat air mendidih, api sudah terpadam. Asben tuduh aku tutup api, aku pulak tuduh asben tutup api, rupa2nya tertutup sendiri. Cek punya cek rupanya gas dah habis.

Wah cpt tul gas ni habis. Masaknya sekali sekali jer, takkan dah abis kot... oooo baru aku tingat... ok ni aku nak citer pasal gas pulak yer... sila ambil perhatian..

Jangan buat main2 ngan gas yer, boleh membahayakan, ada keluar berita hari tu pasal seorang wanita terkorban akibat letupan/kebakaran gas.

Aku kan kalau kat rmh, asben aku ni concern sgt pasal kepala gas nie, asal aku abis masak jer mesti dia cabut kepala gas tuh. Hinggakan aku pun dah terbiasa, padahal sebelum tu memang aku tak pernah lah kerja nak pasang cabut kepala gas nie. Tapi sbb dah asben prektik camtuh, aku pun amalkan jelah.

Satu hari tuh, aku abis memasak, aku pun terus lah nak cabut kepala gas tuh. Cabut2 tetiba ada bunyi gas keluar... sssssysyyyyysssshhh camtulah bunyi dia, pastu bau gas pun kuat lah kat dapur.. gelabah gila bahabi aku dibuatnya.

Panik giler. Terus jerit panggil asben. Pastu terus dukung anak. Bawak lari jauh2. Time tu rasa, abislah..abislah..  asben pulak tenang jer, dia masuk dapur dan angkat tong gas tu bawak keluar. Aku dah macam apa dah.. takut tetiba kang meletup pulak tong gas tu. Nauzubillah.

Asben bawak keluar tong gas tu jauh2 dari rmh kat seberang jalan. Seb baik dpn rmh aku takde rmh. Time tu gas still keluar lagi dari tong tuh tak henti. Bunyi dia kuat tau. Aku pulak tak abis2 fikir abislah meletop ni kang....

Asben gitau aku yg tong gas ni takkan meletup tak tentu pasal. Dia ada ciri2 keselamatan. Cuma apa yg perlu kita tau, kita kena pastikan jika ada terbau gas ker, jangan kita hidupkan api, api akan menyambar, pastu bukak tingkap dan kasi udara bebas keluar masuk. Kalau tidak kang, the moment ko nyalakan api, akan berlaku sambar-menyambar.

Tapi at the same time, kiterang call lah pakcik aku yg kerja bomba, tanya dia apa yg perlu kiterang buat sekarang ni sbb gas tu tak renti2 keluar. Pakcik aku suruh cek dekat lubang gas tu sbb mesti pin dia tersangkut tu pasal gas keluar tak henti. Kalau nak paham korang imegin botol perfum lah, kalau korang tekan perfum akan keluar kan... lebih kurang cenggitu lah...

So, asben pun ceklah, memang pun cam ada benda tersangkut kat lubang tu, pastu asben pun tarik lah bawak keluar, terus gas pun berhenti keluar.

Jadi aku rasa sbb kan peristiwa tu lah gas memasak kat rmh aku ni sudah kehabisan, sbb memang byk giler gas yg keluar time tuh. Tapi apapun syukur sangat takde apa2 kejadian yg tidak diingini berlaku. Bila gas dah abis ni so, adalah alasan supaya tidak memasak lagi dan lagi....

Sib baik ada kettle elektrik kalau tidak mana nak cari air panas nak bancuh susu Marissa.

Saya Rasa Seronok Jer :)

Mau tak seronok business semakin kencang lah katakann.... wahahahaha bisnes lah sgt kan.... ok bukan bisnes, suka2 ajer.

Ok, terima kasih kat korang2 sumer yer, sangat disiplin sekali, bila kata nak collect, memasing datang collect, pastu korang2 yg jauh pun cecepat bank-in payment kat aku takut aku serah kat org lain kan. Cumanya aku tak poskan je lagi, jap ye kasi aku masa sikit lagi. Jangan bimbang kalau tak sampai barang kat korang, wang anda akan dikembalikan. Apapun, aku suka sgt deal ngan korang2 sumer.

Tapi ada a few lagi yg masih tidak diketahui status sama ada jadi atau tidak.. aku dah reserve tuk korang tau, tapi as i said earlier aku tunggu sampai esok yer, kalau takde pape, maka aku akan let go kan kepada mereka2 yg berada di dalam waiting list aku ni. Berderet ni tau.

Ok, apa aku nak citer nie yer, berdasarkan feedback2 dari client aku, wah client katanya.. bagi chance lah ahkak ni feeling business juta2 yer... dorang sumer kesian ngan aku, sbb apa kesian? sbb dorang risau aku ada untung ke tak jual ypad nie. Ok ni bukan motif keuntungan ke apa yer... tapi aku rasa untung jer... untung sgt2:). Siap customer yg suruh naikkan harga. Sayang korang... tapi taklah... kalau aku bebetul berniaga mungkin aku akan jadi tamak, dan mark up gegila, tapi balik kepada niat asal adalah nak menolong kengkawan so agak2 lah kan.

Sbb apa aku kata untung? Sbb aku dapat kenal ngan korang2 tambah2 lagi yg silent2 reader. Pastu dapat balik bertemu dengan member blogger yg dah lama terputus hubungan.

Suprise sangat semalam jumpa dengan kawan blogger aku sorang nie, tapi sekarang dia tak blogging dah, tu pasal lah cam terlost contact sikit, yg si dia pulak memang lah nak wat seprais kat aku sepanjang contact2 sebelum tu langsung tak kenalkan diri. Tup.. tup bila bersua muka.... larrrr.....kooo rupanya....  apapun nice to see you fren :) tapi aku tak leh dengar ayat dia lawak tul... "aku tak sampai hati lah nak byr byk ni kat ko..." amboi amboi mentang lah bonus petronas berbulan-bulan kan... takpe sok ko punya jer aku naikkan harga... kah kah kah.

Tu semalam punya citer, hari ni pulak my silent reader datang nak collect ypad. Jumpa kat lobi ofis jer kejap. Kalau datang time lunch konpom aku ajak lunch sekali. Terharu sgt bila dia cakap dia baca blog aku lama dah cuma tak pernah komen ke apa, dia pulak memang takde blog, tapi suka baca blog jer. Terus termalu, apa sgt lah blog aku yg terhapa hape ni kan. Hargai sgt2.

Ingatkan aku jer yg nak serah barang kat dia, tup tup sebelum berpisah dia pulak serahkan sesuatu kat aku. Taraaaaa

Set Mc Donald

So sweeeeet.. dia kata ni tuk lunch aku hari nie. Sgt2 terharu hokey... she's such a nice person... so happy meeting with her. InsyaAllah ada rezeki lagi kita jumpa lagi yer Miza :).

Sbb jumpa pun tempat tak strategik, bukan boleh minum2 ke apa, so takdelah lama sgt pun dapat berbual, so nanti kita repeat lagi perjumpaan yer. 

sukalah tu.. dapat berger

jemput makan semua

Punyalah menggiurkan burger tu, belum time lunch lagi aku dah perabiskan burger tuh. Terima kasih byk2 yer awak. Next time kita makan sesama pulak ye.

Korang2 aku mintak maaf lah yer kalau terblur ker, terkurang layanan ker, ter hape hape ker, terover ke, yelah aku kan kalut sikit, pastu jumpa pertama kali pulak tuh kan. Mula lah tak tentu arah. Aku ni kan jenis pemalu. Malu lah sgt kan.
saje nak tayang lagi kasi korang lapar


Ok dah ni jer nak update sehingga ketemu lagi di lain entry. Kebelakangan ni asik citer ypad jer.. cam takde citer lain pulak..haha

Wednesday, March 7, 2012

Kau Ada?

Aku ada rmh besar dua tiga... Kau Ada?
Aku ada kereta Bentley.. ferrari.. Kau Ada?
Aku ada gucci, prada..bla bla.. Kau Ada?

bla bla bla
bla bla bla
bla bla bla

Apa yg aku ada tak semestinya dia ada
Apa yg dia ada tak semestinya aku ada


ok ni bukanlah entry nak meriak tak pepasal... tapi ni adalah seni kata lagu Kau Ada??? aku tak ingat sangat pun seni kata dia, tapi lebih kurang gitulah lirik dia.... korang pernah dengar tak lagu ni? aku adalah dah 2 kali dengar.. menarik gak lagu nie...tak salah aku nama kumpulan dorang ni kumpulan Two/To/2 Win.. aku pun tak tau camne ejaannya...

So Kau Ada dengar tak lagu nie?  Aku ada..

Semuanya Sudah BerTuan

Ok ini adalah second batch stok yg aku amik dari neighbour aku malam tadi. Semuanya pun sudah bertuan. Tunggu nak serah jer.  Ok sebelum ada org len nak mengorder lagi, ni aku nak gitau yer, aku tak amik order dah.. ni yg last lah wat masa ini.

new stock

So, sesape yg dah confirm ngan aku, yg nak collect direct dari aku, aku kasi masa sampai hari Jumaat ni jer, kalau tak collect2 jugak, aku let go jer pada sape2 yg berminat. Begitu jugak yg hendak diposkan, kalau aku tak terima notification pembayaran latest by tomorrow, aku akan let go jugak. Sbb masih ramai lagi yg dalam waiting list aku nie. Permintaan adalah melebihi daripada penawaran nie. Keluar dah istilah ekonomi aku. I need serious buyer only. Dan aku rasa buat masa ni, sampai sini jelah aku amik order. Aku byk benda lain nak konsentret nie. Lainlah kalau aku betul meniaga, memang aku pulun abis lah... lagi ramai customer lagi aku suka kan, tapi ni lagi ramai yg mintak lagi risau aku dibuatnya. Nampak sgt bukan jiwa business.




Lagi satu aku nak gitau, pada sape yg dah bank-in kan payment kat aku, aku ucapkan terima kasih, tapi aku kena tunggu lagi yg lain2 ni pun bayar sama, bukan, apa aku malas nanti nak kena ke post ofis 2 3 kali. So, aku tunggu sumer bayar, baru aku gi wat penghantaran. Tu pasal aku kasi masa sampai esok jer tuk korang jelaskan. Then, by Friday or weekend aku leh ke post ofis. Kalau tak sempat gak, makanya paling lewat yg aku akan poskan adalah hari Isnin. Sbbnya aku adalah tersangat pack wat masa ini. Next week pulak I'll be away for about 2 weeks. Tu pasal aku nak clearkan semuanya cpt2.
pembantu kecil saya

Sekali-sekali jadi peniaga ni seronok gak kan. Bak kata wife neighbour aku ni, berniaga ni seronok walaupun tak untung kadang2 tapi bila dah start berniaga akan timbul rasa seronok. Betul betul betul.. yg penting kita ikhlas kan..... aku pun mana tau, kot lah sebabkan jual y-pad ni aku bakal jadi businesswoman pulak kelak... wah verangan pulak:P

Yelah mana tak feeling businesswoman, aku ni idaklah wat promo ker iklan ker atau suh korang beli mainan ni pun.... tup2 tanpa sebarang apa2 dapat order sebegini rupa, mana tak terkejut beruk aku...mungkin pasni kot aku leh pertimbangkan tuk serius dalam bidang nie. Wah... apapun setiap rezeki adalah datang dariNya. Alhamdulillah.

Tuesday, March 6, 2012

Nak Tolak Tak Sampai Hati Pulak

Serius, aku ni memang tak pernah berniaga pun selama nie. Tah camne pulak aku leh terjebak jual ypad ni pun aku tak tau pulak. Kah kah kah. Ok niat asal adalah tuk membantu kawan2 jer tu dapatkan permainan tuk anak2. Lagipun aku suka jer tgk budak2 hepi kan.

Tak sangka pulak mendapat sambutan yg agak menggalakkan. Phone aku pun tak renti2 gak org call/sms.. dah fefeeling businesswoman kaedahnya. Email pun leh tahan gak. Ada gak yg email kat email yahoo, msg kat fb... sori lah aku jarang cek. So, memang akan ada yg overlooked.

Ok, sbbkan aku pun tak sampai hati utk menolak permintaan kaum ibu sumer yg masing2 pun nak kasi permainan kat anak2/anak buah/dan sebagainya... so aku akan bukak order lagi sehingga pukul 5:00 petang ini. Kalau korang berminat just drop je pesanan kat komen kat entry ini. Bagi tau nak berapa dan tinggalkan email korang, pastu pandailah aku contact korang.  Sbb aku takde masa nak bukak bukak email itu, bukak fb... tak terkejarlah... ewah macam lah business woman sgt.  Lepas jer pukul 5:00 ni, segala tempahan, rayuan dan apa2 yg sewaktu dengannya adalah tidak dilayan. Tuan blog, nak meneruskan kehidupan seperti biasa. Ai tak biasalah busy terlebih macam nie. Wahahahahaha.


p/s:
1. nak tau harga korang cariklah kat entry2 yg sebelum ni yer...
2. mana2 yg dah confirm ngan aku sebelum ni, dah takyah order kat sini lagi. Kang jadi double pulak.



sekian, terima kasih.

Selling Fast

Ok stok y-pad aku dah amik malam tadi.  Aku pun dah email kat korang2 yg order sebelum ini. Sesape yg aku dah email, tapi tak respon aku consider korang tak berminat lah yer dan aku akan let go jer kepada sesapa yg nak. Aku malas nak simpan lama2. Aku pun tak amik deposit apa2 dari korang kan, dan aku telah advance kan duit aku dulu tuk amik y-pad2 nie.



Sekarang ni stok yg ada kat aku ni adalah terhad. Aku tak beli lebih, takut nanti korang2 tak jadi beli pulak, aku nak wat pe pulak dengan y-pad ni melambak2 kat rmh. Marissa dah tak berapa heran sgt dah, sbb dia dah ada sebijik. Aku just tolong korang belikan jer, sbb mungkin kat luar sana harga jauh mahal dari yg aku offer ni.



panjangnya jari org ni

Tu bukan tangan dan jari aku yer, tu gambar yg aku snap jer dari kotak y-pad tuh. Aku tak amik order baru dah yer... tapi neighbour aku kata kat dia sekarang ni adalah lagi stok, in case ada sesape yg nak. Aku minggu ni jer boleh nak bawak dan deliver y-pad nie. Next week tak leh... aku nak gi oversea :P

tokey y-pad yg blur huahahahaha

Dah tu jer nak update. Tuan belog tengah membizi dengan bisnes ypad nie. Hahahaha. takde maknanya, aku bukan berbisnes yer, aku tak pernah pun promote suh korang beli, korang yg suh aku belikan kan. Since, benda pun tak payah mana tuk aku dapatkan so, aku tolong lah mana yg boleh yer. 


Monday, March 5, 2012

Pemberitahuan: Y Pad Dah Ada Stok

Semalam neighbour aku gitau yg stok y-pad dah sampai. Petang ni mungkin aku gi amik. Ok, sape yg dah email kat aku hari tuh, aku akan email kat korang yer tuk kasi nombor akaun sumer. Aku tak amik order baru dah tau. Aku tak meniaga, aku tolong belikan ajer yer.

Sesapa yg berada di sekitar KL boleh jer collect dari aku, tak yah aku nak gi pejabat pos, tapi kalau yg jauh2 tu aku akan post jugaklah.

So, sesapa yg order tu sila baca email yer.  Sekian, terima kasih.


p/s: kalau ada lebih nanti aku gitau korang yer.. sekarang ni stok terhad.


*sesape dah order tapi tak dapat email dari aku sila tinggalkan msg kat sini yer. takut terlepas pandang.

Friday, March 2, 2012

Wah.. Kagum Sekejap.. Kecik2 pun Dah Ada Perjanjian


Source: forwarded e-mail


Aku tak taulah sape yg tukang buat perjanjian nie. Tapi berdasarkan tulisan dan kertas ni aku rasa ni mesti budak2 sekolah lah kan. Anak lawyer kot. Siap ada agreement gitu.. kellass sgt budak2 ni... walaupun 3 ringgit hokey...

Kita pun patut tiru gaya budak2 nie kot... siap ada saksi bagai... :P

Tazkirah Untuk Hari Ini

Entry copy paste utk dikongsikan bersama.
***************************************************

Hasad Dengki Membinasakan Diri

Terasa ingin membicarakan hal berkaitan dengan hasad dengki ini. Sememangnya, sebagai seorang manusia biasa, yang sering sahaja terlupa, perasaan hasad dengki boleh dikatakan dirasai oleh semua orang. Yang menyedihkan, seringkali disinonimkan sikap hasad dengki itu dengan orang Melayu. Di Malaysia, apabila disebut sahaja berkaitan dengan hasad dengki, maka sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu. Seolah-olahnya masyarakat Melayu memang terkenal dengan sebuah masyarakat yang mempunyai hasad dengki yang tinggi.


Adakah tanggapan ini benar?


Sekiranya kita mengatakan benar, adakah hanya masyarakat Melayu sahaja mempunyai sifat mazmumah ini? Sekiranya kita mengatakan tidak benar, seolah-olahnya kita menafikan realiti yang berlaku dalam masyarakat. Sedangkan realiti yang pernah disaksikan memperlihatkan bagaimana jatuh bangunnya pemimpin Melayu, perniagaan Melayu, dan sebagainya akibat hasad dengki.


Kata Imam Al-Ghazali, hasad dengki ialah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, "Ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu," – (Hidayatus Salikin 206).


Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah – Riadus Salihin 4:1441) Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:


1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.


2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.


3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

Bersama-samalah kita menjauhi perbuatan hasad dengki ini. Ayuhlah kita suburkan persaingan yang bersifat sihat yang digalakkan di dalam Islam. Sesungguhnya sifat hasad dengki ini hanyalah akan merugikan umat semata-mata.


Wassalam

Source: Forwarded email

Kalau Lah Kita Dapat Ke Sana....

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.




1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Wassalam

*Semoga satu hari nanti kita dipanggil olehNya utk menjadi tetamuNya ke sini. Amin.

Source: Forwarded e-mail

Thursday, March 1, 2012

Hilang Sudah Kasih Sayang

Aku pelik lah apsal lah sekarang ni macam2 hal berlaku. Org dera anak, org bakar org, org penggal org. Eisssh nyawa tu cam apa jer agaknya pada diorang eh.

Aku semalam emo betul tengok klip video pasal budak2 yg dekat nursery yg kena bungkus ketat2, kot ye pun kalau kata nak bedung baby2 tu, tak perlu lah sampai ketat, sampai kejung jer budak2 tuh. Pastu siap tampal pulak tape kat satu mulut baby tuh. Pastu daripada tape tu nampaklah ada kesan puting, ni mesti dia tampal tape tu dengan puting2 sekali supaya puting tu tak jatuh2.

Tak berhati perut langsung, siap dia kutuk2 lagi budak2 tuh. sikit pun takde rasa kesian ke dorang nie??? dah lah bayi2 tu muka suci bersih jer, tido pulak tuh... ada satu tu macam rupa Marissa pun ada.. terus teringat anak sendiri... kita ni tgk budak tido, takyah budaklah, malah2 kalau tengok sesapa tido pun akan terbit perasaan kesian dan sayu. Ni tak lagi dia gelak2 kan baby tuh.. dasar....

Tapi yg aku pelik tuh, boleh pulak budak2 ni tido secara serentak semua, pastu tengok kemain lah lena sesangat, aku saspek dorang ni kasi ubat tido ke apa kat budak2 nie. Yelah kita kengkadang nak tidokan anak sorang pun payah, siap tepuk2 punggung pun tak tido2 jugak, dah nyanyi2 pun tak tido jugak.. ini nak tidokan budak2 secara berjamaah... musykil.. musykil...

Terus aku rasa takut jer nak hantar anak kat nursery, terus terfikir kalau dapat jaga sendiri kan best... mestilah best.. tgk anak membesar depan mata..


Pastu ada pulak terlihat satu klip kat fb pasal pembantu rmh letak air kencing kat makanan..siot betul... selamba jer dia tadah kencing dia kat makanan.... pastu korang rasa makanan tu dia nak buat apa? takkan dia nak makan pulakkan, dah tentu2 dia nak pedajal majikan dia...

Habis camne nie??? tinggalkan anak kat nursery pun macam2 hal, nak tinggalkan anak kat bibik pun satu hal jugak.. kalau dapat sumernya ok.. baguslah.. Alhamdulillah.. kalaua tak ok mau tak senang hati lah mak pak bebudak kat tempat kerja.....

Pastu malam tadi kat berita, ada pulak berita pasal penemuan mayat tanpa kepala, dipercayai dipenggal.. Whattttt??? apakejadahnya ko nak penggal kepala org... eeeii tak paham tul aku... takde perasaan ke apa manusia ini? Tu belum lagi kes yg sebelum ni org kena bakar lah, apalah.... macam2 lah...

Aku saspek org2 yg berkelakuan macam ni adalah org2 yg kurang kasih sayang... bila dia kurang kasih sayang dia pun takde lah kasih sayang nak dicurahkan....

Mama...mama nieeee........peace




Huru-Hara

Seb baik hari ni tak lambat ke ofis.

Lepas mandi dan bersiap, aku ke dapur nak wat breakfast. Wah rajinlah pulak hari ni kan wat breakfast bagai. Rajin tak rajin, kena rajin kan jugak. Sbb kalau tidak, roti gardenia satu bungkus tu karang expired macam tu ajer. Tambahan pulak, masa ke Lavender hari tu, aku ada beli sebotol kaya, sbb macam tertarik jer dengan packaging dia langsung aku beli kaya tu. Kaya pun bukan bertahan lama pun seminggu lagi ni expired lah dia. So, tanak membazir, daripada terbuang begitu sahaja meh aku sapukan butter dan kaya kat roti ni. Leh aku bawak bekal ke ofis, dan Marissa pun leh makan kat rmh.

Aku pun sapu lah cpt2 butter dan kaya. Adalah separuh bungkus daripada roti tu aku sapukan. Siap sapu, aku potong 4 roti tu. Pastu masuk dalam bekas. Pastu letak dalam bakul anak. Pastu siapkan bekalan susu anak pulak. Barang2 sumer aku park kat satu tempat, tugas asben pulak masukkan sumer2 barang tu ke kereta.

Ok kita kasi short cut jelah... panjang pulak nak citer kalau citer step by step ni. Ok tapi nak baca ni bukan nada tenang2 tau, kena baca cam kelam kabut sikit sambil membayangkan kekabutan aku di pagi ini.

Sampai rmh mak, aku transit tukar kereta, hari ni kena bawak kete sendiri, sbb asben masuk kerja petang. Bawak kete, tapi taklah drive sampai ofis pung cuma ke stesen komuter sahaja. Bawak kete pun selaju yg boleh sbb nak kejarkan train yg pukul 7:23 tak boleh terlepas, kalau terlepas kenalah menunggu 20 minit lagi for the next train, pukul 7:50 baru dia datang, kalau dia hegeh2 konpem aku sampai lewat ke ofis.

Bumper sumer aku redah jer, takde lah nak brek2, terlonjak2 aku dalam kereta. Nasib laki takde kat sebelah kalau tidak mampos aku kena marah... jgn risau yer sayang, kete ni jer org buat camni...kalau bawak kete lagi satu, sumpah saya akan pandu dengan sopan santun. Bak kata member ofis aku hari tu, kiterang gi open house rmh bos aku, dia follow aku dari belakang, tensen member aku ni tgk aku sikit2 terbrek-brek... terbrek-brek.. bumper brek, lubang sikit slow... yelah sopan santun kan.

Tapi sopan-santun tu hilang bila aku nak kejar masa, nak kejar train, pastu mula lah nak menyumpah kalau ada org kat dpn bawak cam siput kat dpn. Mula lah aku nak menyondol2. Kalau ada chance aku overtake jer.

Hasil dari ketidaksopanan aku memandu pagi tadi, maka aku berjaya sampai ke stesen komuter sebelum train sampai. Cpt2 aku parking, parking pulak tu jauh lah jugak nak kena jalan, sbb parking yg dekat2 sumernya dah penuh. So, terpaksalah berlari2 anak, bayangkan dengan kasut bertumit, dengan menjinjit dua buah beg aku bermaraton di pagi hari.

Pastu bayar duit parking 3 ringgit kat pondok parking. Jalan memang menonong jer tak pandang apa2... pastu naik tangga sikit utk ke stesyen utk beli tiket... dah sampai atas baru perasan pulak yg laluan tu ditutup sbb baru lepas simen (sekarang ni ada construction sikit kat stesen tu), dorang halang lah dengan tali yg macam polis selalu letak kat kawasan kes/kawasan larangan tu. Ada jalan lain, tapi aku kena turun balik tangga, dan jalan ikut tempat khas utk laluan oku/berkerusi roda. Kalau patah balik konpom aku terlepas train. Nak langkah tali tu kang terselak pulak kain ni, tak sesuai pulak dah muslimah2 gini nak selak2 kain pulak. Dah lah tali tu tegang pulak, tak leh nak kendur2 kan. Aiyaaa. camne nie.... patah balik kang lambat.. arggggghhh redah jelah... aku selamba lah lalu kat bawah tali tu, aku bongkokkan badan pastu mencelah masuk... tapi aku taklah terus pijak kawasan yg tengah bersimen tuh, giler, dah lah pakai kasut tumit, mau berlubang pulak simen yg tak keras tuh, Aku just pijak kawasan yg tak bersimen.

Ok settled. Lantak lah org nak pandang ke apa, kalau dah darurat memang jadi tak malu dah. Elok jer lepas beli tiket, nampak kepala train dah nak sampai dah... sbbkan nak naik train kena naik landasan yg belah sana, maka terpaksalah bermaraton sekali lagi. Kena naik tangga pulak tuh. Sekali lagi hilang sopan santun. Lari pecut ko. Kalau hari2 camni memang tak yah gi gym dah sbb memang dah mcm wat workout dah kaedahnya.

Fuh SEMPAT pun aku naik train.. walaupun..SEMPUT.. tercungap2lah jugak seminit pertama masa kat dalam train. Masa tengah berdiri konon nak update lah status kat FB nak cakap "sempat pun walaupun semput....." tapi tab takde bateri pulak, so simpan balik tab dalam henbeg.

Pastu nak tengok jam, baru perasan, tak sempat pakai jam sebelum tu. Keluarkan jam dan cincin dari dalam henbeg. Konon nak efficientlah, malam2 aku memang letak jam dan cincin siap2 dalam henbeg. Takut kalau pagi2 dah kelam-kabut kadang2 leh tertinggal dua benda nie.

Cincin memang aku masukkan sekali kat tali jam tuh. So, memang dia tak lari ke manalah. Kalau jam ada, cincin pun adalah. Aku pun keluarkan lah menda2 ni dari dalam beg. Tapi sebelum tu hati terdetik, takyah pakai dulu, kang ada jer benda nak terjatuh. Knowing me, clumsy tak tentu pasal, kadang nak pakai cincin pun leh jatuh tergolek dulu cincin tuh. Tapi aku konpiden, ok kali ni tak jatuh, sbb aku dah alert dah ni.

Sekali ko.... elok jer aku pakai salah satu cincin tu, belum sempat masuk ke jari dia dah jatuh tergolek ke bawah. Ok..ok tenang.. tenang.. jangan panik.. wat selamba. Walaupun cincin tu dah masuk kat bawah kain org yg tengah duduk.

Ok amik nafas. Kenal pasti cincin mana yg jatuh tadi. Aku ni pakai 3 bentuk cincin ni hari2... serik dah nak tinggal2... kang tak pasal kena kebas pulak. Frust ok cincin risik dengan satu cincin birthday aku pun kena kebas dek perompak yg masuk hari tuh.

Mujur yg 3 bentuk ni memang aku pakai. Satu cincin nikah, satu cincin tunang dan satu lagi cincin birthday. Gedik ok.. berapa cincin birthday ko ada nie???

Setelah dikenal pasti, cincin birthday lah yg jatuh tergolek dok itu. Ok amik nafas dalam2 pastu wat muka selamba..

Tundukkan badan dan.....




"Sorry yer kak, ada barang saya terjatuh nie..." (sambil selak kain kakak tu.. tapi taklah selak tinggi2.. ko nak kena penyepakk pak pak???

fuhhh lega..seb baik lah cincin tu elok jer park kat bawah kain akak tuh.. kalau dia berguling jauh, tak ke naya berapa byk kain nak kena aku selak???? huahahahahaha

Pastu dengan rasa gembira, aku amik cincin tu dan sarungkan ke jari tangan. Yelah.. takkan jari kaki pulak kot..

Ok.... maka selepas itu aku pun berdirilah dengan tenang utk ke pejabat. Tapi panas tak sampai ke petang, hujan di tengahari...ewah2 bermadah pulak kan...

Masa kat setesen Kepong Sentral, pintu train tak leh tutup pulak. Tutup bukak tutup bukak tutup bukak.. ntah berapa kali tutup bukak ntah... mungkin sbb org terlampau meramai kat pintu tu... tu yg takleh nak katup habis tuh.. tapi akhirnya boleh jugak ditutup.. tupun masing2 kena kempiskan perut2 masing2. Haha.

pastu baru jalan sikit, dia berhenti pulak... aiyaaa org dah lah penat kempiskan perut nie.. dia berhenti pulak di tgh jalan. katanya ada landasan rosak, so kena switch landasan satu lagi, tapi takleh nak jalan sekarang, sbb kena bagi laluan train ETS dulu.. yelah kalau tak kang tak pasal2 bertembung pulak...

Whatever lah... aku dah tak koser nak meroyan2 ngan komuter nie.. pasrah jelah.. kalau lambat pun... tapi syok pulak tengok kelakuan org kat dalam tuh..

Pagi tadi siap ada gaduh lagi... kelakar sgt.. aku tak tau lah apa citer dia.. tapi mungkin yelah bila train dah sesak to the max, maka adalah org yg terhimpit sana, tersepit sini, mungkin adalah henbeg yg terkena kepala org lah, apalah...

yg aku dengar..."can u put your bag down???????" pastu aku tak dengar lah org tu menjawab ke apa... nak tengok pun memang tak nampak.. tapi aku pasang telinga jelah.....

pastu org tu tak puas hati lagi.. dia cakap.. "what is sooo great carrying your bag like that????"

hai lah seb baik lah org tu bkn kaki gaduh.. mungkin dia wat bodoh jer kot.. yelah separuh org.. tu mesti dah berbalas2 pantun dah...

Huru-hara sgt kan?????


Ok kita pendekkan cerita.. walaupun macam2 yg aku tempuhi pagi ni, akhirnya syukur Alhamdulillah aku sampai gak ke ofis sebelum waktunya. Dan roti butter dan kaya telah habis aku makan dengan licinnya. Sedap hokey! Rasa tidak cukup pulak.... huahahahaha