Kalau ikutkan dah alang2 kami ke JB hari tu memang nak lah singgah ke Singapore kejap gi USS tapi disebabkan pasport kami laki bini dah hampir expired dan tak sempat utk direnew, memang kami pendamkan jelah hasrat dihati. Maka tak dapat lah ikut mak mertua dan adik ipar aku dan family mereka bersuka-ria di sana. Dorang gigih gi renewkan jugak pasport walaupun turun naik imegresen sbb asiknya lah sistem down. Kiterang dah sampai JB hari Sabtu tuh, pasport mak mertua aku baru siap. Siap jer pasport terus berdesup mereka ke JB. Kami adalah berjumpa malam masa mereka sampai, sempat lah dinner sesama pastu kami berpecah. Dorang memang plan nak ke Singapore. Takpelah mereka ke USS kami ke Hello Kitty Town jelah bawak budak.
Walaupun sebelum ni Marissa beria nak ke Legoland, tapi kami tak plan utk ke sana, sbb beberapa faktor. Faktor pertama anak2 aku ni kecik lagi, apa jer mainan yg dorang leh main, pastu dahlah time tu time cuti sekolah. Memang giler ramai lah umat manusia. Memang pilihan bagus gaklah kami tak beli tiket ke Legoland, kami tgk dari kejauhan tersangat ramailah maknusia. Nak main satu2 game kena beratur panjang. Kalau datang lambat lagi lah rugi, penat beratur jer, pastu tak sempat pun nak explore sumer.
Maka kita bawak jelah bdk2 kat tempat yg bersesuaian dengan mereka. Maka ke Hello Kitty Town lah kami.
Udah sampai
Bayaran yg dikenakan utk memasuki Hello Kitty Town ini adalah RM55 seseorang. Tu pun harga diskaun bila tunjuk mykad. Kalau tak de mykad bayarannya ialah RM75. Kecik besar sama jer bayarannya. Cuma budak bawak 3 tahun jer free. Tu pun kena tengok ketinggian gak. Cam Marissa baru 3 tahun lebih tapi tetaplah kena bayar gak bila diperiksa ketinggiannya.
Hello Kitty Town ni terletak di Puteri Harbour Family Theme Park yg terletak di Kota Iskandar. Selain Hello Kitty, dekat Puteri Harbour Family Theme Park ni ada jugak karakter kartun lain cam Thomas and Friends, Barney, Bob the Builder, Angelina and Pingu. Yang tu nak masuk kena bayar lain pulak. Bayarannya pun sama gak tak salah aku. Aku pulak nyaris2 nak purchase kedua2 tiket, konon nak bawak anak2 masuk kat dua2 theme park, tak sedar yg kiterang sampai pun dah dekat kol 3. Nasib baik lah budak yg jual tiket tu suruh aku confirm betul2 sbb park tutup pukul 6, so kalau beli tiket utk kedua2 park rasanya tak sempat nak hbs explore sumer kot. Nanti rugi. Dahlah time tu pun org memang ramai, kalau nak main2 game kat dalam tu pun sure kena tunggu. So, purchase tiket tuk hello kitty jerlah. Maka tak dapatlah nak kasi Marissa dan Inara naik keretapi Thomas and Friends. Huhu. Takpelah anak2 mama kan gigirls so kita masuk Hello Kitty jer lah yer. Len kali kita dtg lagi yer. Lagipun masing2 dah semangat dengan memasing dah siap2 pakai baju Hello Kitty.

Inara tgh tido time nie
tgh main permainan budak2, naik kerusi pusing2 sampai pening tuh
org besar pun leh join anak2 gak, tapi alahai tempat duduk dia kecik sgt.. muat lah separuh bontot..haha
Marissa sibuk pijak2 kepala kitty tuh..
Activity card
Utk game yg kita join kat situ dapat lah cop. Byk cop maknanya banyaklah aktiviti yg dilakukan kat dalam tuh. Antaranya Hello Kitty Costume, Hello Kitty Jewellery, photo session, Hello Kitty Black Wonder dan macam2 lah, aku pun cam tak koser nak ingat sumer.
Marissa in costume apa aku pun tak tau ni watak sape
Inara pakai kepala kitty jer lah
Minum air kotak yg harganya RM5 sekotak
Kat dalam ni ada kafe. Tapi harga boleh lah tahan cekik darah. Air kotak tu jer RM5, muffin biasa2 ajer pun RM8. Tapi sbb dah lapar belasah je lah labu.
Rehat sebentar
Berpura2 tengah dining
kalau berlakon kita kasi jer kat Marissa
feeling2 kat bilik sendiri layan game
almari hiasan kitty
adik belajar piano dari kakak
akak nak conquer sorang.. suh adik gi duduk tmpt lain
dapur hello kitty
bestkan kalau dapur camnie
bilik kitty Inara
adik ni mau tido kat atas ni.. dahlah ia memang kuat tido
Suka lah marissa tu dengan perhiasan kitty
cara2 utk mendapatkan gambar sekeluarga
feeling2 tgh mandi. Siap buat gaya tengah mandi tau budak nie
nak suruh org amikkan gambar payah. so amik sendiri jelah
lepas mandi nak lah pilih2 baju dalam gobok kitty
selca lagi
hah byk baju kitty dan perhiasan kitty kat sini
Tak lama pastu, ada show Hello Kitty. Lets watch lah anak beranak.
joget2 nyanyi2
suruh Marissa join sekali bdk2 tuh, tapi dia buat keras jer.. nak tengok jer katanya
main2 ball
adik nak memanjat
gigih ini budak
misi mencari kitty yg dicolek
Adalah kod2 rahsia yg perlu kami cari, tapi takde maknanya... layan anak2 jer..
Marissa feeling pelancong sgt..sibuk nak amik gambar
"hai kitty nampaknya saya tak dapat nak selamatkan awak"
meh ica amik gambar ayah
dapat sijil penyertaan jgk
Walaupun satu soalan pun kami tak jawab. Hehe. Alih2 budak yg jaga kat situ yg tolong jawabkan. Maka dapat gaklah sijil. Aku pun tak tau nak wat apa ngan sijil nie. Bolehlah kasi budak2 suka.
tak abis2
Inara dah mcm boy pulak pakai seluar pendek camnie
dua2 pun dah kepenatan
Aku pun dah penat gak taip entry ni. Okbai.