Wednesday, November 30, 2011

Nak Update, Tapi Macam Malas, Tapi Tangan Gatal jer Nak Menaip, Maka Entry Apa2 Jelah Yer

Apa nak citer yer... takde apa2 kot... ada tu ada.. tapi nanti lah bila rajin sikit baru nak update panjang2, tgk ada jer gambar2 dalam draft nie maka kita wat jelah entry lite2 di petang hari ini.


Gambar di atas adalah adalah gambar seorang budak kecit yg suka duduk kat atas tangga. Naik tangga kemain nak tunjuk berani dah hebat, pastu sangat penakut dan gayat bila nak turun. Mula lah terpanggil2 kita suh amik dia bawak turun. Sebelum ada org cakap jangan biarkan anak main kat tangga, baik aku beritahu dulu yg aku ada mengawasi dia tiap kali dia naik tangga. Sekian.

Gambar di atas pula ialah percubaan seorang budak kecit yg ingin memakai tudung mamanya. Tu tudung yg aku pakai masa dinner hari tuh. Oleh kerana saiz kepala adalah tidak sama, maka tudung melurut sampai ke leher.

Gambar di atas pulak ialah gambar seorang budak tadika eh bukan2 budak ni belum tadika lagi. Tapi aku suka bila dia pakai baju nie tgk cam baju sekolah jer. Cam dah layak jer anak aku ni dihantar ke sekolah. Haha.

Oh ya... dah lama tak update birthday dia tiap2 bulan, yelah dah setahun nie malas pulak update perkembangan bulan demi bulan. Tapi nak gaklah wish selamat harijadi yg ke setahun setengah buat Marissa Qaisara, anak kesayangan hamba dan suami.  28 November lepas genap lah dia berusia 1 tahun 6 bulan...dah macam2 peel dia dah. But, i love her so muchh.... coz she's my cuppycake, my hunnybunch, my everything lah.. senang citer..

Friday, November 25, 2011

Paling Pantas, Paling Simple, Paling Pemalas dan Paling Sedap

Nak jugak sedap di hujung tu kan.

Hari tu kan ada game Malaysia lawan Syria kan. So, masing2 lah semangat balik rmh cpt2 nak tonton bola, tambahan pulak sebelum tu Malaysia telah mengalahkan Indonesia dalam Sukan Sea. Termasuklah jugak asben.

Disebabkan itu, kiterang plan nak tapau jelah makan malam. Malas nak masak2, kang tak konsentret lak nak tgk bola. Bukan aku yg nak kena konsentret, aku tak heran pun nak tgk. Tapi asbenlah, dia takut nanti time aku masak, dia kena tgk2 kan Marissa. Yelah Marissa bukan boleh org buat dek je ngan dia. Dia nak org main2 ngan dia.

So, balik kerja tu singgahlah kedai makan berhampiran dengan rmh kami. Ingat nak tapau jelah nasi dengan tomyam ker apa ker. Tapi org ramai pulak yg sedang menunggu, pastu nasi pulak kehabisan. Nak tak nak terpaksalah pulang kehampaan. Bila balik rmh, ngan baju keje tak bukak, terus masuk dapur terus start masak. Cemerlang. Tak sampai berapa minit semuanya pun siap. Tara... makan malam yg terpaling simple..


kobis goreng, ikan goreng dan sambal telur

Seb baik Marissa pun memberikan kerjasama yg baik, dia tak ganggu ayah dia sgt. Pandai pulak dia main sorang2. Aku pun kagum jugak sbb dalam 15 min camtu, semuanya dah terhidang di atas meja makan. Apa taknya dua-dua dapur aku guna sekali.  Adalah amat jarang aku nak masak dua dapur sekali, kan aku kata aku ni tak reti sgt nak bermultitasking semasa memasak.  Haibat. Ekeleh itu pun hebat ke pung??


Kemudian, kami anak beranak pun makan malam lah dengan juadah yg amat sederhana. Walaupun lauk ala2 ajer, si suami tetap makan dengan jayanya. Ayat si suami "nasib baik tak beli tomyam, kalau tidak tak dapat makan sesedap ini". Sajelah tu kan nak kasi bini semangat nak memasak lah tuh..

Thursday, November 24, 2011

Baju Baru Lagi

Inilah rupa paras baju baru Marissa. Sebenarnya, mula2 aku saje jer amik sehelai gown pastu aku saje lah tunjukkan kat Marissa, langsung minah tu amik pastu bila kita nak letak balik dia tak bagi. Ke hulur ke hilir dia bawak baju tu, cam suka sgt. Mak nya pun memang suka je pun, maka tanpa fikir panjang terus amik selai, sbbkan buy 1 free 1 maka carilah lagi sehelai. Maka inilah hasilnya......

cantik tak

Aku jatuh cinta dengan kaler baju tuh.. memang rambang mata lah kat situ, byk gown yg lawa2.  Pastu terfikir pulak, baju gown memang dah byk, tapi baju t-shirt cam tak byk pulak, lebih2 lagi kalau nak kuar malam, takkan nak bergown jugak kan. Maka up lagi sehelai baju tuk Marissa.

t-shirt lengan panjang kaler ungu

Aku suka sgt kuar jalan ngan budak kecik ni tau.. kiterang lepaskan jer dia bebas nak kemana-mana, terkedek2 lah dia berjalan,  tapi asben follow lah kat belakang, aku pulak mestilah sibuk memilih kan... yg aku suka time pilih2 ada suara budak panggil2 MAMA... MAMA.... sambil meluru kat kita.

Aktiviti Weekend Yang Sangat Best

Weekend memang lah best kan. Tapi tak weekend pun best jugak. Hujung minggu adalah utk hari bersama keluarga. Ataupun hari utk mengemas rmh. Hehe.

Actually kiterang bercadang utk keluar awal hari tuh, kononnya nak bfast kat luar, pastu jalan2, shopping2, pastu lunch, pastu sambung shopping, pastu minum petang, pastu shopping, pastu dinner, pastu shopping, pastu baru balik. Itu konon2nya lah tapi.

Disebabkan pada hari itu kami laki-bini bukan main rajin, maka aktiviti yg diplan itu pun terdelay.  Tetiba pulak semangat nak mengemas rmh. Si suami men-vakum, si isteri mengemop. Si anak tido. Atas bawah ok.. Tak cukup dengan itu, husband jugak telah men-drill semula kayu langsir sliding door yg ditanggalkan oleh tukang pasang air-cond. Dorang ni dah pandai tanggal, tak pandai pasang pulak.

Sambil buat kerja sambil dengar2 gossip kat Melodi. Pastu tgk jam eh dah pukul 2 lah, pukul berapanya nak keluar jenjalan nie??? Perut pun dah lapar. Nak masak, memang tidaklah sbb kepala otak dah set mau makan di luar. Maka siap2 cepat dan cau cin cau.

Ok, aktiviti di atas adalah tiada gambar. Tapi aktiviti luar adalah sedikit gambar.

Maka ke The Curve lah kami. Sambil2 tu konon nak singgah Ikea, lama benar tak jengah ke sana. Tapi ya ampun byk sgt manusia di sana. Apa ke best sgt Ikea tuh aku pun tak taulah. Pape hal kita makan dulu.

Melilau-lilau lah mata nak makan apa. Hujung2 kami ke Waroeng Penyet. Janji tempat selesa sudah.  First time makan kat situ.

No 60 adalah no. table kami

Mula2 aku tak perasan lah yg tag itu adalah no meja kami. Masa aku nak tambah order kat cashier, dorang tanya berapa no table, dengan konfiden aku jawab takde nombor pun. Maka cashier tersebut bagi aku satu lagi tag berupa di atas. Cuma nombornya berlainan. Baru aku perasan lah nombor meja rupanya. Ingatkan sajer2 nak letak.

Sementara menuggu food ready, kita amik2 gambar lah dulu.

buat muka nakal. Tau jer kita nak amik gambar.

godek2 hp

Citer pasal hp nie, semalam asben nyaris2 kehilangan bb dia ni sbb tertinggal kat toilet ofis. Pastu bila pergi balik tgk dah takde. Cek kat playback from cctv berhampiran toilet. Masa tgk playback, ada seseorang datang memulangkan bb tersebut. Syukur. Kalau tidak kang tak pasal2 aku kena presentkan dia pulak sempena birthday dia nanti. Memang betul pun apa yg aku fikirkan ni tau, sbb asben citer memang itu yg dia fikirkan masa hp dia hilang tuh. Kurang asam kan?

menu di Waroeng Penyet


Sementara menunggu makanan siap, aku order keropok nie. Dalam menu tu dia tulis keropok indonesia, aku ingatkan cam keropok ikan ker keropok udang ker sbb Marissa suka makan, tapi alih2 ini yg sampai.....

eh bukan ke ini keropok mony?

Keropok mony... sila nyanyi cam dalam iklan tu yer... bukan keropok ni tak sedap ke apa, tapi kat rmh aku ada satu balang keropok ni yg aku goreng tuk Marissa. Takpelah belasah jelah.

cendol tuk aku

Marissa dengan keropok mony nya

hamboi seriusnya makan

Tak lama tu makanan kami pun sampai...


ayam penyet tuk aku

bawal penyet tuk asben

ditambah pulak dengan kangkung goreng belacan

Mula sampai aku cam pelik, aku ni order batang kangkung ke apa?? sbb penuh ngan batang jer, daunnya ciput ajer.  Tapi tak kisah lah... perut dah melapar jangan byk bunyi boleh? Dahlah sambal cam pedas gituh, kang byk cakap kang kena tempeleng pulak ngan asben.

asben yg kepedasan

Diam jer cik abang ni makan. "asal senyap je yang?". "Shah pedas2 ni rasa nak meradang jer". Haha cute kan?  Tapi pedas2 pun...

abis jugak

So far, aku dah pernah try ayam penyet wong solo, ayam penyet AP dan waroeng penyet. Antara ketiga-tiga ini aku rasa Wong Solo punya ayam penyet lagi terbaiklah kot. Sambal dia kicap dia sumer power.

Lepas makan, sambung jalan2. Tapi memandangkan hari pun dah lewat petang, tak sempat pun nak tawaf satu the curve dan ikea. Takpelah dapat jalan2 kejap pun oklah.

fesyen terbaru Marissa bila diminta bergambar

Aku pun tak tau apa fesyen dia sekarang nie bila org nak amik gambar jer dia otomotik tundukkan badan dia cam ala2 nak menyangkung pastu tepuk2 tangan ala2 comel. Korang tau tak tepuk tangan ala comel tu camne?  Ala tepuk pelan2 tapi tak bunyi.

Yang paling kelakar time naik eskalator tau.

eskalator ke namanya nie? tapi takde tangga, takpe kita namakan ia eskalator rata

Masa naik eskalator rata ni kiterang biarkan Marissa berdiri sendiri kat atas tuh. Tak pegang pun tangan pun dia. Keras jer macam patung badan dia korang tau. Tangan tu camtu jer. Pastu kepala pun taknak goyang. Yang kelakar dia nak tengok org kat sebelah eskalator tuh, tapi dia tak gerakkan kepala dia, dia gerakkan mata jer... mcm main jeling 2 pulak.. lawak jer aku tgk.

"apalah mama nie, Marissa gayatlah"

takpelah kalau tak nak pegang Marissa, Marissa pegang tiang jelah

Masa jalan2 kat The Curve, adalah promosi jual mop megik tau, kebetulan pulak yg pagi tu kiterang baru lepas mop rmh, so bila tgk mop tu rasa cam best jer, rasa nak beli jer. Tapi rege dia RM149. Tu harga offer, kalau normal price RM199. Gila kan mop pun sampai ratus2. Nyaris2 nak terbeli, tapi tak beli pun sbb mop kat rmh tu pun elok jer lagi.

Tak beli mop, tapi beli benda2 perkakas rmh yg lain. Tak ketinggalah jugak, beberapa helai baju Marissa. Balik2 baju anak, balik2 baju anak. Tapi yelah sekang nie, brg sendiri cam tak berapa nak heran sgt, tapi bila tgk baju budak rasa menggila sangat. Alih2 baju dia yg penuh satu almari.


Wednesday, November 23, 2011

Dia Memang Suka Sibuk2 Sekali

Ok ni kiranya sambungan entry budak ini.  Masa aku sibuk2 cari baju ngan tudung, dia pun sibuk jugak nak pakai tudung. Pastu masa aku sibuk nak pack kan beg kain baju dia, dia pun nak sibuk jugak.

Ko tengoklah aku masukkan, dia keluarkan. Pastu kemain lah muncung sedepa tanda tengah konsentret lah tu sebiji cam ayah dia.

Punggah lah nak.. punggah

Pastukan bila kita nak amik gambar dia lagi, dia takmo dah, amik kain tutup muka. Dah tak beri kerjasama dah. Ceh! bajet retis pulak anak aku nie.

cover lah konon tu kan

Ko geram tak? Meh sini aku tolong cubitkan...

Tuesday, November 22, 2011

Bangun Pagi, Sarapan Nasi Lemak, Pastu Lepak2 dan Bergambar2, Pastu Balik Lah

Tetiba tak tau pulak nak letak tajuk apa. Belasah jelah labu.  Sambung entry PD yo.


Dari tirai kamar

anak dara yg masih lena tido

Dia kalau dapat tido fesyen cam di atas memang sedaplah dia tido.
nak minum susu pun kena kejutkan


Marissa memang jenis tak bangun malam tuk minum susu, dia cuma minum sebelum tido, pastu sampai lah ke Subuh. Tapi kadang2 tu kalau sedap sgt tido, dia tak bangun pun, kita yg kena kejutkan dia minum susu. Kadang tu kelat jer mata dia, sambil minum susu, mata pejam jer.

ngantuk2 pun minum gak susu. Lepas minum susu dia sambung balik tido

Sementara itu, kat dapur akak aku sibuk menyiapkan sarapan pagi. Ala wat nasi lemak je. Nasi lemak lagi..takpelah kali ni resipi akak aku punya pulak. Cara dia lain, cara aku lain.

sarapan dah sedia

Benda wajib tuk nasi lemak adalah:

telur rebus

timun

sambal tumis

dan yg paling penting mestilah nasi lemaknya


Akak aku punya sambal tumis lain sikit, dia ada bubuh santan sikit. Aku tak pernah try lah wat camtuh, tapi ok gak ada lemak2 sikit lah sambal tuh. 

Selain itu, ada gak lah sedikit kuih-muih yg dibeli.

ada lepat, kuih koci, keria, karipap, cucur badak dan cekodok pisang

 
budak 2 org ni tah sibukkan apa

Dah moh moh sumer kita breakfast. Marissa pun dan ready dah nie.

suka sgt wat muncung cam tuh.. jentik nak?

 
Lepas makan sape yg nak swimming dipersilakan, aku tak koser. Sambil tu kiterang berkemas-kemas tuk pulang.

mengisi borang tuk check out


kemas2 apa yg patut

Cam biasa sebelum balik haruslah ada sesi berfoto gedik. Walaupun dah belas kali atau puluh kali ke sana tetap lah mau amik gambar jugak.

gimme 5

kesayanganku - marissa berwajah nakal

 

dia muncung lagi

Gambar beramai-ramai adalah wajib.

Inilah dia keluarga saya

satu lagi

tukar tempat pulak


Ko ingat senang nak amik gambar ramai2 camni, dah lah tak bawak tripod pastu kena lah letak kat atas apa benda yg boleh diletakkan. Tu satu hal, yg budak2 kenit ni pun bukannya nak beri kerjasama, kita dah setting dorang tah kemana.

kat playground kat luar pulak


Adam sporting pulak time nie

 
ajuk org lah tuh

with ucu

with emak

puteri lilin yg tak leh kena matahari


get ready to leave


Nak kata balik tu taklah jugak, sbb ada destinasi seterusnya...

meneruskan perjalanan

Dah on the way tu kan, kami singgah ke Nilai 3 tuk cari persiapan kawen adik pompuan aku tahun depan. Tapi hujan kemain lah melebat time itu, jadinya tak berapa nak shoppinglah.

Gambar kat Nilai 3 takde, tapi adalah sikit gambar2 yg diambil curi oleh adik aku sewaktu menunggu di dalam kereta.

Marissa dan 'babah'

Nampak Marissa angkat tangan? Tah kat sape pulak lah dia angkat tangan tuh, kat Bangla jual karpet kat situ kot... Sian dorang lepak jer kat kaki lima kedai sementara we all ladies masuk ke kedai2.

Pastu kami pun balik. Eh patutnya tajuk entry ini ialah Bangun Pagi Sarapan Nasi Lemak, Pastu Lepak2 dan Bergambar2, Pastu Pergi Nilai 3, Pastu Balik Lah.