Ok ni citer masa cuti merdeka hari tu.Cuti 3 hari tu tak gi cuti mana2 pun, duduk rmh jer, tapi kalau klu duduk rmh saje pun boring gak kan... sian budak2, maka bawaklah dorang gi main2 kat Tasik Perdana.
Ajak anak2 buah aku sekali; Ain dan Adam. Marissa dan Inara pun happy lah kakak dan abang pun join sekali. Aku pun happy gak, sbb senang sikit kerja aku aku sikit sbb ada org tengok2 kan budak2 berdua tuh.
Siap berkhemah bagai
Marissa pun bawak basikal dia
Puas sikit dia nak mengayuh kat taman yg luas tu. Kalau tidak asik berbasikal kat dalam rmh jer. Nii basikal dah bawak keluar tak boleh lah nak main kat dalam rmh lagi. Maknya tak rajin nak cuci2 bagai.
Biarkan budak2 bebas bermain
beriadah sambil berkelah di bawah pokok
Bawak bekal mihun goreng jer
Tu pun balance sarapan pagi punya. Nak masak yg lain2 tak sempat pulak, sbb aktiviti tak dirancang. So, kita bawak apa yg ada jer. Tu pun byk benda yg aku tertinggal nak bawak. Air sirap yg aku dah siap bekukan tertinggal kat fridge. Kalau tidak memang heaven lah dpt teguk air sirap sejuk2. Tikar pun kami tertinggal jugak.
adik kengkonon makan lah tu... tapi lebihnya buat main je tu, pastu kalau tak tumpah memang tak sah lah
kemain happy inara dapat bonceng kakak dia
Sampai si kakak semput lah jugak nak mengayuh. Alih2 dia mintak kami tolakkan especially time naik bukit.
bwk budak2 naik tram
Kebetulan tgh jenjalan ada satu tram tengah berhenti amik penumpang. Apa lagi kami pun join lah sekali. Dewasa RM2. Budak2 RM1. Inara free je.
ain yg dah meningkat remaja
Tudung pun nak lilit2 jer. Kemain lagi.
budak2 playground ni lah yg dorang tak tahan nak tuju
mainlah korang sepuasnya
Tu yang bagusnya aku bawak Ain ngan Adam sekali, dorang boleh bawak anak2 aku gi main. Kalau nak harap aku jer, tak larat aku nak mengekor jer Marissa tu pergi main.
adik-beradik. tu yg 2 org kat belakan tu tah apa dibuatnya
Dengan Inara boleh jer peluk
Inara si budak selamba
Suka gambar nie
meh kita amik gambar kat garden
tengok air pancut. Inara macam nak terjun kat kolam jer
kami berjalan. Marissa berkayuh
hai adik sorang je ke?
macam lukisan jer
kat atas tram
kami anak beranak. Payah nak amik gambar sama2. Budak2 tu bukan boleh klu kita paksa2
Kemain lah kami dengan sport attire bagai.. macamkan nak berjoging sgt. Disebabkan sport shoes aku dah bertahun kat dalam stor, bila pakai tetiba tengok tapak dia tertanggal. Patutlah masa aku jalan rasa lain macam jer. Nasib asben ada bawak kasut spare. Boleh lah pakai tapi besar sikit lah. Tapi belasah jer lah.
Best lah aktiviti camnie, nanti kalau ada masa nak bawak lagi budak2 ni gi rekreasi lagi. Dari bawak shopping mall baik bawak ke sini. Tapi shopping mall pun best jugak boleh shopping2... tapi yg penting kita bawak mana yg budak2 happy lah. Barulah rasa berkualiti masa bersama mereka. Yang penting, jangan time ni memasing sibuk mengadap hp. Tak tercapat jugak matlamat kalau camtu. Tapi kalau pegang hp sbb amik gambar takpe. Hehe.











.jpg)














