Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Kantoi. Kena Skodeng

Lama kan tak jaja muka sendiri semenjak deliver the second one. Tapi tu tak bermakna aktiviti selca (self capture) terhenti begitu sahaja. Aktiviti sebegitu masih berjalan seperti biasa. Ini buktinya. Patutlah Marissa pun ikut perangai nie.

Ni gambar aku kantoi tengah syok sendiri.


mula2 ok lagi camni

 
pastu tak puas hati lagi




Terus jadi seperti di bawah





hok oloh hodohnya

eh eh ada org skodeng kitew lew

Ala takmo amik gambar curi2. Nak amik gambar meh lah amik betul2.... ok nah..

ngan kak long marissa, adik time ni tido dalam kereta

 
saya terkini

Takdelah terkini sangat pun, time tu selepas lebih kurang 2 bulan melahirkan Inara. Giler tak menyabar, baby kecik2 dah diangkut bawak berjalan. Rasa2nya kami ke mana tu? Eleh nak main teka teki pulok.

Tuesday, October 9, 2012

Gedik Anak-Beranak Jap

Semangat sangat hari ni bila tengok gambar2 nie. Aku jelah yg semangat, korang tak yah semangat pun takpe, korang kalau nak semangat gi tatap gambar korang ngan anak korang pulak yer. Hehe.

Takpe kali ni kami berdua-duaan dulu bergedik santai, nanti tak lama kita bertiga-tigaan pulak ye.

Lama dah tak berfoto gedik camnie.. anak makin besar ni payah sikit nak bergambar bersama, kengkadang ok, kengkadang tak ok. Tapi yg byknya tak oklah. Asal hala kamera kat muka dia, mula lah dia pusing kat tempat lainlah, gerak2lah.. saje nak kasi mak dia sakit hati.

Tapi kelmarin dia mood baik, agaknya sbb bawak dia gi jenjalan kot. Ke mana? nanti aku stori mori yer.. now cuma nak share gambar dua beranak ni jer....

Hari tu agak kelam kabut nak kuar, so rasa cam tak sempat pulak nak melilit tudung bagai, pakai tudung segera jer sudah. Tulah satu2nya tudung awning yg semenggah yg aku ada. Aku memang jarang pun pakai tudung yg ada keras2 cam topi nie.  Tapi ni terpaksa beli sempena wedding adik ipar hari tu, yg nakkan kaler warna peach. Ikutkan aku, aku manalah pernah pakai warna lembut2 nie, kalau purple yer... berjenis2 purple aku ada. Dan nilah first time aku beli tudung sampai harga ratus2, selalu beli tudung sepuluh inggit je pun... so, takkan nak simpan terus kan, so suka tak suka kita ulang pakai lah jugak yo.

Eh.. bukan nak citer pasal tudung yg benarnya... cuma nak tepek gambar2 gedik2 ni jer ha.. suka pulak tengok Marissa yg agak2 sporting nie...


 eleh jeling2 mama pulak - suka tengok lesung pipit dia kalau senyum

 belajar2 senyum.. biasanya Marissa kalau kita ajak bergambar dia suka wat2 mulut.. nganga2 lah

 senyum nakal

 eh ternampak pulak  toilet kat situ

 olololo... like mother like doter

 geram geram geram.. rasa nak cubit pipi dia

 geram ngan ni jugak


 bertongkat dagu lagi

 start boring dah cuba nak lepaskan diri

 mula lah wat aksi nganga2 mulut tanda malas nak layan dah

 tapi terus dipaksa oleh mak dan ayah dia

maka inilah jadinya.... abis aku kena himpit


Aku ni pun kan, dah time sarat2 ni kan kemain lagi kat depan kamera kan. Dulu2 cam pantang jer bila org hala kamera kat aku. Nampak tak cam dah 33 minggu? Mak ai cptnya masa berlalu...

Thursday, May 31, 2012

Anak Mama Jugak

Eh mana aci letak gambar anak ngan ayah jer kan... mama dia nak lah jugak...mana leh anak jer dating ngan ayah dia, mama dia mesti lah ikut sekali kan..

Ok now picture anak dan mama nya pulak...ayah sila jeles jer!..



like mother like daughter

 

Gambar di atas di ambil masa wedding anak ofismate kat Taman Tasik Titiwangsa beberapa minggu yg lalu.

Tambah lagi sikit gambar kami nie... masa ni kami anak beranak tengah breakfast kat luar.





Sekian, update ringkas2 sahaja wat masa ini.

Wednesday, February 22, 2012

Berpegangan Tangan

Mama akan sentiasa berada di sampingmu sayang.... I love you so mucccchhhhhhhh





Bila-bila tengok gambar2 ni sumer, aku berazam ingin menjadi dan terus menjadi ibu yg terbaik buat anakku.

Thursday, February 16, 2012

Sama Tak Serupa

Ramai kata Marissa ni byk ikut ayah dia. Ada org kata kalau anak pompuan byk ikut ayah dia, org kata sejuk. Apa yang sejuk tu aku pun tak taulah. Sampailah satu hari tu, ada sorang kakak nie dia tanya aku anak ikut rupa sape? Sbb ramai sangat kata cam asben so, aku pun jawab jelah ...ntahlah kak.. tapi ramai org kata ikut ayah dia... pastu akak tu sambung.. baguslah tuh... sejuk jer... Aku pun amik kesempatan lah balik bertanyakan dia...  apa yang sejuk tu kak?? mak dia ker? ayah dia ker? anak ker?  Pastu dia pun explainlah.... maka aku pun paham lah sedikit sebanyak.

So, nak tau ker apa yg sejuk tu? Bukanlah sejuk gigil2 ke apa, maksudnya kehidupan berkeluarga tu harmoni lah kiranya, suami dengan isteri, anak dengan mama dan ayah, kira menyeluruh lah...Alhamdulillah.. harap2 begitulah yer... InsyaAllah kalau sumer cakap macam tu maka ia pun menjadi doalah kan... so terima kasih kepada mereka2 semua yg mendoakan. Macam jugak org kata kalau isteri lebih tinggi dari suami, InsyaAllah murah rezeki, tu pun doa jugak kan. Sebenarnya bukan sbb isteri tinggi ker apa, tapi sbb dah sumer kata benda yg sama maka jadi lah ia doa. Cerita pasal doa, teringat entri ini di sini.

Tapi tidaklah pulak kata kalau anak pompuan tak ikut ayah dia lebih kepada ibu maka jadi panas pulak.. korang jangan mandai2... rupa bentuk sumer bukan kita yg tentukan hokey.... yg penting tetap ada rupa mak bapak dia kan??


mak senget

Ok gambar berikutnya adalah gambar kami dua beranak jugak... syok pulak bersyok sendiri dengan anak.. yg bestnya dia ikut jer apa yg kita buat...

So, bila tgk gambar2 ni aku rasa Marissa ni adalah acuan daripada kedua-dua ibubapanya... takdelah bapak dia sorang jer nak bolot kan...

sama tak?

 
nah kiss from mommy

 
bukak mulut plisss

 
gigiiiiii

 
gambar sisi pulak

 
aku bukak spek dia pun bukak spek jugak

Again, entry light2 lagi di hari ini.....hehehehee...

Friday, March 5, 2010

Misi Menyopping

Citer ni dah few weeks back. Elok jer dok kat dalam draft ni lupa nak publish2.

Ni masa satu petang me and asben gi jenjalan door and window shopping kat Jusco Kepong sana. Saje nak cuci mata dan sambil tu kalau ada yg berkenan leh terus rembat sekali. Biasalah kan benda kalau time kita memang nak beli, memang susahlah nak jumpa. So, lebih elok takyah plan nak beli apa2, kalau ada yg terjumpa dan perlu, zass jelah beli kan.



dapatlah kasut sepasang, suar sepasang dan jaket sepasang

mak buyung tak buyung, kalau time shopping kemain lah cargas kan

tak letih2


Ingatkan laki aku nak amik gambar kasut yg aku tgh try tu, rupanya dia dok amik gambar sendiri


Sebenarnya takdelah misi shopping ke apa, saje jer nak dating2 keluar di petang2 hari bersama asben. Yelah nak dapat time dia time weekend memang agak payah sikit lah. Kalau tak kerja, dia involve ngan bola lah futsal lah apa lah. So, kalau ada masa tu, memang kena gunakan peluang yg adalah.

Sebelum pulang, lepaklah kejap minum2 petang pulak. Tingin nak minum air cekelat.

mengorder


rasa nak landing jer kat atas sofa tu


Tingin lah pulak nak pekena starbucks lepas tgk blog neena yg masa dia kat wad yg dia wat party starbucks tu. "woi, tak aci tau ko beli byk2 camtu ko kena bayar RM15 je tau".


Selepas itu kami pun balik. Eh yer ker kami terus balik? eh tak salah aku lepas tu kiterang gi ke satu tempat pulak. Niat di hati kami laki bini nak wat facial, tapi malang nasib kami, time tu ramailah pulak org. Kalau nak buat gak kena tunggu lama sikit. Koser nak menunggu kami pun balik. Facial ditunda ke minggu berikutnya.

Tuesday, January 19, 2010

Miss Me?

Boring pulak blog ni, dah lama takde gambar2. Ok hari ni aku rajin sikit aku update bergambar sekali.. hoye...tepuk tgn utk diri sendiri...

Ni gambar nak kata latest tu taklah latest sgt, sbb ni sumer gambar masa hujung tahun lepas, masa vacation bersama keluarga tersayang kat Little London. Wah London lah sangat padahal kat Fraser Hill sajer. Actually, percutian yg tak dirancang tuk pergi bersama family, sbb plan asal nak gi sama2 ngan member2, tapi sbb ramai yg cannot make it, jadinya daripada nak cancel resort sumer, aku pun ajaklah family aku sumer dan mereka sumer pun ok saja. So, proceed saje lah.


kami



aku


kami lagi


dan kami lagi

hahaha serius tak tau nak buh caption apa... nanti aku sambung lagi pasal cuti2 ni yer.... sebelum tu aku tinggalkan dengan muka2 sengal kami yg tak mandi pagi... fuh sejuk giler kat atas tuh...