Tuesday, June 23, 2009

Tah Mana Belajar Ntah?

Aku ni kalau weekend or cuti akan on jer laptop kat kat atas katil dalam bilik. Anak2 buah aku pulak suka jer melepak kat dalam bilik aku. Pantang pintu terbukak. Menyusup jer lah derang masuk.

Aku kat dapur masa tu. Tengah masak ikan masak asam pedas. Aku memang jarang buat asam pedas, sbb asyik tak jadi jer, bukanlah tak jadi, tapi cam kurang kick. Baru2 ni baca dlm blog peej, dia ada kasi resipi wat asam pedas. Tgk cara, bhn2 memang cam senang jer. Pastu tgk gambar lauk dia tu pun cam sedap dan lazat jer aku pun nak cubalah try.

Eh, aku bukan nak citer pasal lauk sebenarnya nie. Aku nak citer pasal budak 2 org nie. Di kala aku sedang memasak di dapur, akak aku duk terpekik2 lah cari diorang. Rupa2nya sedang melepak dalam bilik aku.
Nak tau apa yg derang buat?

khusyuk 2 beradik nie tak buat apa tah

Si adik sudah terperasan 'Ayang' nya.. manakala si kakak tidak endahkan keadaan sekeliling


Tgh layan game rupanya

Sebenarnya selama aku guna laptop ni, tidaklah pernah aku tau kewujudan game ini dalam laptop aku. Lagipun aku ni memang tak layan pun game ni sumer. PS pun haram aku nak sentuh.
Tak pernah pulak aku ajar pun derang camne nak main sumer, sbb aku pun tak retilah sgt.

jari-jemari halus yg mengontrol pergerakan kereta

Ntahlah budak2 sekarang kalau bab2 ni memang cpt jer tangkap. Cuba time zaman aku dulu, dah sekolah menengah pun nak pegang komputer pun takut2.

Lagi satu jangan tak tau, si Ain telah mengrequest PSP dari ibunya sekiranya dia dapat periksa no 1 dalam kelas tadikanya itu. Boleh? Tak padan ngan tadikanya. Dia ingat PSP tujuh posen agaknya:P

Baru2 nie si Ain tunjukkan aku kertas exam dia, BM ngan BI, dua2 dapat 100%, dengan muka riaknya dia hulur paper tu kat aku. Sambil senyum sumbing. Alar aku tau niat hati dia sebenarnya nak claim hadiah dari 'Ayang' dia lah tu. Dari kecik sampai besar memang lah budak tu suka kena sogok ngan hadiah. Adoi.

Apapun kedua-dua mereka ini memanglah aku syg sangat.

Adam si lesung pipit

Ain si kurus

Kesimpulannya, asam pedas yg aku masak tu, jadilah jugak, tapi tak sepekat cam peeja punya. Camne nak kasi pekat yer? Aku tau aku pun bengong yg aku bubuh air satu periuk tu sape suruh?

No gambar for the asam pedas.

5 comments:

Anonymous said...

Haa dh pndai wat Asam Pedas plak yea Yang..blh geng ngn org Johor nie hehe..
My favret tue Asam Pedas..lgi2 Asam Pedas ikan pari ltk lda hitam n daun kesum..wah marveles tu Yang..

NeenaAnuar said...

tetiba rindu sgt kat anak buah aku... :(

anyway.. ko dah buat aku tersenyum dek kerana asam pedas ko! harus lar cair kalau air dah satu belanga kann... hehehee...

Hasra_Razali said...

Mmg budak2 skrg sgt cepat menda2 alah teknologi ni....pasni dah takde yg tau main congkak, main getah, main baling selipar tu dah kan...smua duk kt umah aje, ngadap laptop...:p

Suki Cida said...

budak2 sekarang mmg pandai la deqna... jangan terkujat kalau ain ada blog... ahak! macam anak buah cida... fb, friendster, myspace, urspace, ourspace... ahak!semua ada...

Deqna said...

MamaQaseh - Bolehlah.. tapi tak marveles sgt sbb kuah cair.. akan diimprove lagi nanti..hehe

NeenaAnuar - :( sian ko kan.. takpe derang bukan jauh pun ngan ko kan...

hiks.. tu mak aku cakap byk sangat kuah nya..

HasraRazali - tulah bezanya bdk2 dulu ngan bdk2 sekarang kan..

Suki Cida - buat blog mungkin ain tak reti lagi lah kot.. tapi baca blog dia dah reti.. wah sekarang ni sejak dah laju membaca, kemain lagi dia tau.. msg org pun dia nyibuk nak baca..