Showing posts with label football. Show all posts
Showing posts with label football. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Cepatnya...

Tak sangka, pejam celik-pejam celik aku sudah menjejaki 45 hari tempoh berpantang. Maknanya aku sudah abis pantang lah yer? Pantang 44 hari ke 45 hari ye? Tak kisah lah 44 ke 45 ke yg penting aku dah masuk hari yg ke-45. Yea..yea.. Merdeka...

Tapi walaupun begitu, aku tak nak lah merdeka sangat.. tetap nak berpantang sampai 60 hari..ecececeh... Maksud aku, takdelah aku nak tinggalkan terus rutin bertungku, berbengkung (pakai girdle je) dan tak nak lah belasah jer makan itu ini. Ais pun aku cuba elakkan jugak.

Tadi gi jumpa doktor utk Post-Natal Check-up. Doktor kata luka bersalin sudah sembuh sepenuhnya. Tapi aku rasa lepas 2 minggu bersalin luka dah baik dah. Doktor kata lagi semuanya sudah back to normal. Dia kata dah jadi macam sebelum pregnant. Pastu wat pap smear sekali. Nanti aku wat entry pasal appointment ni ye. Ni nak citer panjang pun tak syok sbb takde gambar. Harus lah ada entry bergambar dengan doktor kesayangan aku nie.

Bila waktu berpantang dah habis, ini bermakna cuti aku jugak sudah semakin sikit.. tinggal berapa hari je lagi utk aku mengadap Marissa 24 jam. Pastu dah kena kerja dah. Macam mana lak tinggalkan dia nanti. Plan nak extend cuti lah. Annual leave pun byk lagi rasanya. Tgklah camne.

Oklah nak layan bola kejap. Sian asben tgk sorang2. Antara Spain ngan Belanda, rasa2nya sape menang? Aku pilih Belanda. Walaupun Paul si sotong meramalkan Spain yg menang. Pandai2 jer dia menelek yer. Tapi kalau betul pun ia hanya kebetulan semata-mata. Mana leh percaya kan.

Monday, August 10, 2009

Kisah Dia Lagi

Minggu ni aku takde aktiviti, tetapi asben aku sibuk ngan aktiviti dia. Apa lagi ngan game bola dia tu lah. Hari Sabtu pagi2 dia dah bangun nak gi main bola kat stadium kat Kampung Baru. Ada perlawanan Inter DG. Dia ajak aku pergi, tapi aku malas. Koser aku nak melangut tepi padang pagi2 hari tu, lebih baik aku berguling kat atas katil.

Balik dari main game, dia kasi aku kamera, "nah nanti update kat blog". Wah sesuka hati dia jer kan? Dia kata dia membantu aku mencari bahan tuk entry kat blog ni. Walaupun aku tak terlibat dalam ini cerita??.. Koser aku. Tapi takpe, aku kan baik. Buat jelah. Hah lagi satu, ayat tak boleh blah dari lakiku "kalau boleh shah nak 5 entry dalam satu hari". Errk.. konpius aku seketika.

Amboi kemain melampau dia sekang nie yer.

Bersama pasukan DZAG

Tengah bertarung

Jadual waktu

Keputusan - aku pun tak tau nak explain

rajin pulak dia bergambar sekarang nie yer

Aku ingatkan laki aku dah tak fit dah nak main bola. Al-maklumlah dah veteran. Hehe. Tapi jangan tak sangka rupanya masih perform lagi. Asben aku berjaya menyumbatkan dua gol utk pasukannya. Dengan hasil jaringan daripada dia, maka team dia berjaya mendapat tempat naib johan. Ermm not bad.. aku ingatkan dah pancit dah. Rupanya masih bertenaga lagi

Ni wat pe plak nie? main ni kot.. Jan jan jalo jalo itik jalo ayam.. berapa lubang kancil.. seratus lima puluh...

Piala-piala sebagai hadiah tuk kali ini. Bagus gak. selalu asyik dapat baju lah, kasut lah, beg lah.. so sesekali kasi piala kan syok..

Piala tuk naib johan

cea.. suka dapat hadiah tuh..

Bersama piala pusingan

Amboi cerianya kanak2 nie.. kanak2 aku kata?..

Apapun tahniah wat pasukan DZAG. Team korang memang handal2 lah.. Keputusan keseluruhan Juara - DZAG B, Naib Juara DZAG A, Tempat ketiga D'ONE, Tempat keempat D'MRAK. Tahniah jgk buat pasukan aku D'ONE. Aku ngan asben tak sama team pun. Oh ya perlawanan ini adalah di antara staff2 kat tempat kerja aku nie.

Thursday, June 25, 2009

Asal Main Jer Ada yg Injured

Hari tu aku ikutlah laki aku gi lepak kat padang belakang rmh nak tgk satu perlawanan bola. Perlawanan antara kawasan lah kiranya utk Piala Menteri Besar.

Tapi standardlah asal main bola jer mesti ada yg injured.

Tgh syok2 tengok derang tgh bermain, salah seorang pemain telah tercedera di serang pihak lawan. Ingatkan injured sikit2 jer. Tapi tgk lama gak dia terlentang kat tgh padang tu. Rupanya kecedaraan agak serius.


Mangsa yg menahan kesakitan.

Aku pun tak taulah apa yg terjadi kat mamat tu. Org nak hantar klinik tapi tak mo. Nasib bukan laki aku yg cedera tu, kalau tak mesti aku dah melalak kat tepi padang. Aku memang over. Nak dijadikan cerita org menyerang dia tuh adalah baru kawen pada tengaharinya itu. Boleh ko baru kawen ko gi main bola.

Yelah mana tau ko main2 bola pastu tetiba ko tercedera patah kaki, lutut lari ker. kan tak pasal2.. ko tu pengantin baru.. darah pun masih manis lagi.. Adakah bola yg lebih penting? Musykil tul aku ngan lelaki nie fanatik betul ngan bola. Seb baiklah yg cederanya bukan si pengantin tu. Kalau pengantin yg cedera? Sian pengantin pompuan.. hehe

Yg lelaki ni pun agak2lah pun.. kot yer ko nak ngelat cuci periuk ke apapun....ingatlah bini kat rmh tu pun...

Tapi kami ni memanglah isteri2 yg sentiasa memberikan sokongan kepada suami2 masing. Walaupun mereka tidak bermain pada hari kejadian, tapi sangguplah jugak memberi sokongan sambil duduk di tepi longkang.


Watie, aku, Yantie & anak dia



kemain anak yantie tgk aku gitu sekali yer


dari belum kawen sampai dah beranak pinak memang ikut jer laki masing2 ke padang



Kepada kaum lelaki sila sayangi diri anda. Bersukan itu bagus. Tapi janganlah asyik cedera sini, cedera sana. Sape yg susah bini gak yg susah nanti.

Wednesday, June 24, 2009

Main Bola Pulak

Masa beli barang2 kat supermarket tu adalah promosi Tiger. Bukan harimau yer. Tapi promosi kek Tiger, ala yg macam kek Apollo ngan swiss london tu lar.

Aku pun terjebaklah beli 2 kotak. Satu kotak baru RM1.99 tak salah aku. Aku beli perasa cokelat ngan perasa pandan.

Kebetulan ada satu amoi dtg kat aku dia kata kalau beli 2 kotak nanti boleh cuba game yg menjanjikan hadiah misteri.

Jadinya lepas membayar, gigihlah aku ke tempat promosi tu balik, dengan harapan nakkan hadiah misteri itu. Apa ko ingat ko leh dapat tv ke pun setakat pembelian tak sampai 4 hengget tu?

Tapi sebelum dapat hadiah misteri tu kena main satu pemenan dulu. Kena tendang bola masukkan ke dalam gol. Kiterang apa lagi bila dah masuk bab bola2 ni apalagi kami pun paksa lah laki2 kami ni utk menjaringkan gol. Apa guna laki2 masing2 kan pemain bola.

Mula2 derang cam tak nak ar.. ala2 malu lah nak main game bebudak tu.. apa orang kata tak macho lar.. tapi atas desakan isteri2 tercinta mereka main gak lar.


Ingat senang ker nak masukkan ke dalam lubang yg kecik tu?

Masa time kiterang beli kek tu, takdelah ramai sgt org kat area tu. Tapi bila laki2 kami masing2 mengambil tempat tuk menendang bola, tgk org ramai berkerumun tgk. Takpe, kami ni memang muka bawak rezeki.

Tapi dapatlah jugak menjaringkan beberapa gol

Korang ingat laki2 kiterang tu suka2 jelah nak main game bdk2 tu kat situ?? Jangan haraplah kalau takde amoi2 promoter yg comel2 nie.. Bukan tak tau org lelaki nie. Pantang.

Am pun sama tak ketinggalan mencuba


Keputusan jaringan, laki aku aku mendapat tajaan produk tiger selama 2 thn free.. eh tak.. aku tipu, dia dapat satu beg kecik tiger ngan sebatang pen tiger. Manakala Am pula mendapat pen tiger sebatang.

Thursday, May 22, 2008

Manchester United vs Chelsea

Hari ni mesti ramai yg mengantuk kan? sbb berjaga malam tadi tengok bola. Spt yg dijangkakan MU berjaya mengalahkan Chelsea. Tu pun menang penalti (7-6) selepas seri 1 sama. Betul ker aku ulas ni? sori yer aku bukan peminat setia bola pun, ni bagi pihak asben aku jerk, dia penyokong kuat MU.

Di sebalik kisah bola ni:-

Malam tadi asben aku (ngan aku2 sekali) tido awal. Blm kul 10 dah tido pun. Asben set jam kul 2 pagi. Aku pun terjaga sekali. Dia bangun, calling2 kawan dia mana nak jumpa. Bola nyer pasal cargas btl dia. Aku nak ikut? Koser, baik aku sambung tido aku yg lena itu..

kul 5 pagi aku terjaga, tengok dia tak balik lagi, aku call tanya nape lambat sgt, dia kata game lambat abis ada masa tambahan, pastu ada penalti lagi tu lambat. Ape2 ajelah janji esok jgn nak merungut mengantuk sudah. 5 lebih dia sampai rumah. Dia tido kejap.

Pagi nie gi keje kuar rumah cam biasa. Sampai ofis, member aku text aku " hebat tul laki kita subuh baru balik". Nak wat camne dah itu derang minat...

p/s: nilah first time asben aku kuar malam/pagi sorang2; hanya kerana bola. kalau tak mana pernah dia melepak tanpa aku..