Showing posts with label My Cook. Show all posts
Showing posts with label My Cook. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Mampu Buat Nasi Tomato Pagi2 Buta?

Memandangkan hari ni hari special si anak, maka si emaknya gigihlah masak special sikit utk keluarganya yg tercinta. Takdelah special mananya pun. Dah memang tiap2 pagi pun aku memasak. Dah jadi cam rutin harian. Kalau tak masak rasa lain mcm pulak.

Lama dah tak share pasal makanan or bekal-bekalan yg aku siapkan tiap2 pagi. Ok nanti aku share. Tapi hari ni nak share menu hari nie jer. Sbbkan dah takde idea sgt nak masak apa pagi tadi, maka aku decide buat nasi tomato je dah lah.

Aku ni sebenarnya tengah try masak jelah apa2 yg anak2 suka dan boleh makan. Kadang kita nie masak kemain lah kan tapi anak jamah makanan tu sesuap dua jer.. sentap hati mak nak. Ni pun aku tak tau lah budak2 suka ke tak makan nasi tomato aku buat nie. Yang paling penting ini adalah pertama kalinya aku buat nasi tomato. Dilawankan pulak dengan daging masak hitam. Pun pertama kali gak masak daging masak hitam. Nak buat ayam masak merah tapi sbb dua hari lepas dah masak ayam, maka hari ni kita tukar lah.

Maka inilah hasil memasak pukul 5:30 pagi tadi.

My simple nasi tomato + daging masak hitam

Ok yg ni bekalan tuk aku. Dah alang2 masak tu kan, alangkah cam rugi jer klu tak tapau utk diri sendiri. Simple jer nasi tomato aku tu, nak buat acar timun manalah nak sempat, kita potong jelah timun camgitu jer. Pastu tengok atas meja ada acar buah ofismet bagi tempohari, oklah boleh lah letak sikit kat nasi.

Bekal di atas dah selamat aku makan pagi tadi. Rasa cam kagum dengan sendiri dengan rasa masakan tersebut. Maafkan saya masuk bakul angkat sendiri. Yelah kata first timer kan.. haruslah kagum di situ. Takyah nak tanya2 resipi sgt. Gugel kan aje.

Ok nanti aku sharekan bekalan/makanan yg aku masak for the past few days ok.

Sebelum tu entri ini diakhiri dengan gambar anakanda ku yg super cool. Kakak tengah teriak menangis pun dia lena jer tido takde masalah.

ini adalah kesinambungan gambar dalam entri sebelum ni yg korang nampak kaki dia jer kat dalam gambar kakak dia yg tgh menangis tuh.. (perlu ke pun nak caption panjang lebar cenggini?


Oh ya, birthday cake dan hadiah tuk birthday girl, bukan birthday girl termasuk ayah dia jugak sudah setel aku beli tadi. Semoga mereka suka dan gembira. Luv u my familia.

Tuesday, May 20, 2014

Misi Meng'wrap'

Dah lama sangat aku nak cuba buat wrap ni sendiri. Selalu baca kat blog org buat wrap ni. Baca sekali cam eh eh senang nya buat. Bahan2 memang senang jer nak dapat kat supermarket. Takpun bahan2 memang sedia ada jer kat dapur rmh masing2 cumanya wrap tu jelah yg kena beli.

Maka pada satu weekend tu aku pun pagi2 turun ke dapur dan terus membuat wrap ini. Time tu suami dan anak2 sumer masih tido lagi. Elok sgt lah tuh,  lepas siap satu terus aku ngap. Takde gangguan. Kejap jer dah siap. Kejap jer dah kenyang. Aku ni jenis pagi2 memang melapar. Kena makan awal2. Memang takde tunggu2 yg lain dah. Kang kalau lambat makan boleh menimbulkan marah.

gulungan yg tak berapa nak kemas

Tapi untuk percubaan yg pertama kalinya aku rasa oklah tuh. Bungkuslah camana pun rasanya tetap cenggitu jugak.


Mission wrap yg menjayakan misi mengwrap ku

Cara nak buat dia pun senang. Keluar wrap dari plastik. Terus letak atas pan. Takyah letak minyak. Masaklah dalam beberapa minit.

agak2 dah garing2 sikit kuar kan ia


Untuk isi dalam wrap tu, aku pakai daging burger jer. Hancur2 kan daging burger tuh. Potong bawang pastu tumiskan bawang. Masukkan sekali daging burger tuh. Pastu letak lah segala sos yg ada kat dalam peti ais tuh. Yang ni aku letak sekali sos bolognese balance masak spageti hari tuh.

isi wrap yg simple jer.. takde sayur cuma daging burger dan bawang

Yang penting ada sos2 di bawah, baru lah tangkap leleh.

Sos barbeku, sos cili dan mayo

sebelum digulung

Takyah nak letak penuh2 sgt, kang payah nak gulung. Kalau ada salad lagi syiok. Ni aku ada daun kobis ngan tomato jer. Boleh lah.

Sekian entri di waktu sedang lapar.

Friday, March 14, 2014

Banyaknya Beg.. Bawak Apa Tu?

Buat yang selalu nampak aku bawak beg banyak2 dan pastu tanya bawak apa tu.. byknya beg dia.. Ni aku nak gitau apa yg aku bawak nie. Ceh bajet org yg tanya tu baca blog aku lah kan.. Ala pompuan biasalah memang aku perati kebanyakannya mesti bawak lebih dari satu beg. Dengan henbegnya lah, beg jinjingnya lah. Pastu kat dalam beg tu nanti ada lagi beg2 yg lain, beg mekap lah, wristlet lah, purse lah, segala macam lah yg diangkut oleh pompuan. Tu belum lagi kang ngan paper beg dan plastik beg segala macam. Hahaha.


Buat masa sekarang, ni lah beg2 yg aku hangkut tetiap hari

Hari ni aku nak tunjukkan apa yg ada dalam beg tu. Yang dalam beg cekelat tu jer. Yang dalam henbeg takyah. Rahsia kerajaan. Takut nanti org ragut pulak sbb dalam tu ada byk duet. Hahaha. Tak lawak.

Ok kat dalam beg cokelat tu ada pulak satu lagi beg. 

 nampak?

Tu nama dia beg di dalam beg. Beg biru ini adalah cooler bag utk aku menyimpan EBM. Yer aku masih lagi menyusu anak dan masih lagi meneruskan aktiviti mengepam. Sampai bila? Selagi ada rezeki dan demand, aku akan teruskan aktiviti ini. InsyaAllah.


 Dalam beg ni, ada pack ice dan botol susu

Selain ada beg biru di atas, kat dalam beg cekelat tu ada lagi benda2 lain yg aku bawak. Nak tau aku bawak apa? Bekal u ols... dengan bangganya nak gitau sekarang ni ntah nape aku suka pulak bawak bekal gi kerja. Feeling satu macam sangat bila ko makan bekalan ko sendiri. Teringat zaman persekolahan dulu. Mak selalu bawakkan bekal tuk sekolah petang. 

Mulanya aku terbawak bekal ni bila masa dulu, buat kan bubur anak pastu cam terbanyak, pastu aku pun bawaklah sikit gi ofis, anak makan bkn byk mana pun, dari terbuang baik aku bawak gi kerja.

bubur nasi yg sungguh tak menyelerakan kelihatannya

Nampak jer cam tak sedap, tapi sedap tau, aku bubuh ikan jenahak sekali. Ikan tu dah lah sepotong 4 hengget lebih, kang kalau tak abis kan membazir, so betterlah aku sebat sikit makanan dia. Sampai lah aku pun rasa boring dan kembang tekak nak makan bubur. Inara  pun sama. Lepas umur setahun 2 bulan, dia cam tak koser dah nak makan bubur2 nie. So, aku pun stop lah masak bubur pagi2 hari.

Bila dia dah tak mkn bubur aku dah tak tau pulak sediakan dia makanan apa. Dia bukan suka sangat dah makanan2 berunsurkan makanan2 bayi ni, feeling dewasa lah tuh. Maka aku pun switch lah menyediakan makanan yg berunsurkan kedewasaan sikit. Bila dah prepare makanan ni, aku rasa cam eh.. better aku bawak sekali tuk diri sendiri. Bertitik tolak itu, maka bermula lah aku seorang isteri yg dinihari2 memikirkan apa yg nak dibawak/dimasak.

bekas purple yg sedia berkhidmat

Ni menu utk pagi ini. Nasi goreng dan nugget ayam. Bukan Inara jer yg bawak bekal ni. Baik aku, asben, Marissa semuanya membawa bekal sama ke destinasi masing2. So, ko bayangkan tiap2 pagi aku wat benda nie, bersusun tupperware kat atas meja. Satu utk engkau, satu untuk aku.

nasi goreng ngan nungget. dalam bekas biru tu pulak cili sos

Eh siap ada tambahan pulak tu tu bekalan utk aku nie.

roti disapu peanut butter with strawberry jam & carrot cake

Nasi goreng, nugget ngan roti dah abis aku bedal. Carrot cake tuk dimakan ptg2 sikit.

Ok yang ni pulak menu semalam.

roti dan pau utk breakfast

Semalam special sikit sbb aku bawak bekalan tuk lunch sekali. Hehe semangat rajin bawak bekal sbb dah janji ngan my opismet tu bawak bekal together2, so boleh makan berjemaah.  Gigih pagi2 sinsing lengan. Ok aku bangun kol 5 pagi tuk wat nie sumer, pastu nak iron baju lagi. Kadang2 rasa cam ibu dan isteri misali sgt. Puii. 

Nasi, ikan masuk taucu dan telur dadar

Yang penting kicap tidak dilupakan. Mesti kena tuang kicap dulu baru rasa lengkap. Yang kat atas tu menu semalam.

Ni aku nak share pulak menu kelmarin. Almost hari2  masak dan bawak bekal.  Perghhh giler rajin bini sape lah nie... hahaha. Kelmarin punya memang complete set lah. Dari set breakfast hinggalah membawa ke hi-tea.

amik ko bersusun

lets see apa yg aku bawak tuh...

makan roti lor

ni nama dia roti telur sos leleh.  Memang meleleh

Simple jer tapi sedap rupanya. Aku tak tau nak wat apa, aku just buat telur mata pastu bubuh sikit blackpepper pastu letak mayo ngan sos. Mmpphhh.. cuba lah.

Untuk lunch plak ni menu dia.

Nasi kicap, sambal sotong dan telur mata

Telur tu tuk buat syarat tuk tambah2 lauk jer. Hehe. Cam tak syok lah kan sejenis jer so kita gorenglah telur makan dapatlah dua lauk. Gituh.  Hah jangan cakap lauk2 ni sumer balance semalam punya ke apa yer... i is gigih masak pagi2 hokey. Mampu kol 5 pagi tumis sambal kat dapur?

carrot cake tuk minum petang

Memang complete lah sajian hidangan aku kelmarin. Carrot cake tu aku beli kat La Boheme Aeon. Kek dia memang sedap. Red velvet dia pun sedap. Aku kalau pergi memang akan borong 2 kek tuh. Pastu kat rmh, harapkan aku jer yg makan kek tuh, so, dari dia expired kat dalam esbok better lah aku bawak sikit2 ke ofis. Lama2 pun habis.

Yang ni pulak bekal minggu lepas.

 nasi lemak telanjang

Jangan gitau Chef Wan yer. Boleh aku lupa pulak nak hiris timun. Kacang memang takde lah. Ikan bilis goreng pun tak sempat nak buat. Tapi ni pun dah kira ok dah. yang penting rasa nasi lemak dia. Nasi lemak tu, sambal dia aku masak malam sebelum tidur. Sbb kalau nak masak pagi2 cam lambat kot sbb aku kalau wat sambal tumis memang lama kat atas kuali. Nasi tu aku masak pagi2. Pakai santan kotak jer. Daun pandan segala takde. Tapi nak dapatkan jugak aroma tu, aku hiriskan sedikit halia.

hasilnya.... licinnnnnn

Ok pasni leh meniaga nasi lemak kat depan rmh. 

Ni pulak breakfast2 hari sebelumnya.

nugget, karipap, popiah sayur, mayo & sos


Nasi goreng telanjang

cucur jagung

Bila tengok balik entri/gambar2 nie rasa cam tak caya jer aku mampu buat semua nie... malah aku rasa happy sgt dan puas hati sangat dapat menyediakan ni semua tuk keluarga tercinta.  Cam tak caya aku dapat uruskan masa aku sebegini sekali. Yelah nak uruskan bebudak lagi, bapak budak lagi. Org len ada gak lah bibik yg boleh tolong2 sikit. Eh orang bujang pun nak siap diri sendiri pun kelam kabut nak gi kerja, kengkadang nak mekap pun tak sempat, mekap kat dalam kete/train/toilet dll. Alhamdulillah, so far walaupun kelam kelibut sempat gak pagi2 aku lilit2 tudung dan mekap lite2. Tapi takat sempoi2 jelah bekal aku tuh. Jenis yg cpt dimasak sedap dimakan. Sedap lah sgt kheennnnn...

Korang cubalah bawak bekal gi kerja. Best tau. Rasa puas sgt. Tak taulah nak cakap camne kepuasan dia. Tambahan pulak, makanan tu korang sediakan tuk ahli keluarga yg lain. Dan dan tu jugak korang rasa nak berhenti kerja pastu nak jadi surirumah sepenuh masa. Ni aku rasa lah. Korang aku tak tau.

Ok selamat membekal u ols.

Tuesday, September 10, 2013

Jom Main Masak-Masak

Ok dah lama tak share gambar masakan. Nak share macamana, dah masak pun tidak... berapa kali sgt pun memasak sekarang nie?? tapi masak makanan utk Inara memang masak selalu. Utk makanan dia aku buat sup seperiuk pastu aku frozen kan. Cukup tuk bekalan dia seminggu. Simpan dalam beberapa bekas. Satu hari amik satu bekas. Pastu pagi panaskan sup yg sudah dicairkan pastu blend kan nasi. Siap satu menu. Pastu utk bfast set dia, aku siapkan pulak puri buah2 tuk dia.. puri ni pun kengkadang babysitter campurkan kat dalam nestum. Stok puri pun aku wat utk seminggu gak. Kalau nak buat hari2 pengsan... nak kupas buah, nak stim, nak blend... memang lah tak sempat..makanan baby jer yg aku rajin..

Utk kami2 yg dah dewasa ni cukuplah makan nie sebagai dinner...yg penting cpt dan mudah.. tau2 tinggg dah siap...


buat pizza je lah
Ni pun sbb roti tu pun dah nak expired. So kita bakarkan jer dia buat pizza. Eh senang wat pizza ni rupanya yer. Tgk dalam almari adalah sos spageti, kat dalam freezer pun ada sosej, keju pun ada.. ok lets buat pizza.
Sapu roti ngan sos spageti tu, lepastu letak sosej yg dipotong nipis pastu tabur jer keju kat atas tu. Pastu masukkan jelah dalam oven.



kat dalam oven keju dah pun mencair

Aku ni nama jer ada oven kat rmh, tapi jarang sgt digunakan, nak membaking tak reti, tak mengukis apatah lagi... actually tak berapa minat pung, tapi makan minat.. keh keh keh... so, sekali sekali kita make use gaklah oven nie. Oven ni pun bukan aku beli pun, tapi adik aku punya dia dapat cabutan bertuah masa pertandingan memancing.. pastu tak guna2, pastu aku pinjam jap nak masak lasagna hari tuh, teruslah sampai sekarang ni jadi harta aku dah oven tuh.. ceh cakap buat lasagna macam kan hebat jer bunyi dia.. padahal takat masukkan dalam oven jer..


siap utk dimakan
Not bad.. sedap jer rasa cam beli kat kedai roti jer... terus repeat next day pun buat lagi, buat bekal utk ke ofis.. sampai ofis eh cam tak cukup jer dua keping.. patut bawak 3 keping tadi..



char kuew tiau aku buat

Kan aku ni kira baru balik dari Penang kan. Masa kat Penang berapa kali aku duk ulang makan char kuew tiau, cam tak puas2. Last weekend terasa cam nak pekena char kuew tiau lagi.. maka lets buat char kuew tiau sendiri..

Walaupun takde cili potong bagai, tapi oklah menepati citarasa aku. Tak kisahlah tak cukup bahan, janji udang ada. Jadi. Marissa pun suka makan. Budak pandai bodek tu ckp aku aku Masterchef. Siap buat thumb up lagi. Apa2 lah nak.


Eh eh Inara dah leh duduk kat meja makan


Monday, September 10, 2012

Rasa Cam Makan Ayam Kenny Rogers

Masa hari raya ke-empat hari tu, my big boss nak datang beraya. Memang tiap tahun pun tak pernah missed pun datang ker rmh. Bila dapat sms kata dia nak datang, gelabah lah jugak fikir nak serve apa kan.. Rendang, ketupat segala memang nan ado lah kan, katanya dah raya ke-empat, nak buat sendiri rasa cam tak cukup masa jer. Maka geledah lah peti ais dan tengoklah apa yg ada.

Bahan yg ada time tu dan rasanya yg agak mudah tuk disediakan adalah spaghetti dan grilled chicken. Kali ni nak buat kuah carbonara pulak. Sib baik sumer bahan cam mushroom, cheese, fresh milk sumer ada, so menjadiklah jugak source carbonara aku.

Pastu takkan nak hidang tu jer kan, sib baik lah aku ada beli beberapa keping chicken quarter hari tuh. Terus datang idea nak panggang ayam tu. Bahan2 perapan pun aku ada beli siap2. Sgt lah senang nak wat ayam panggang. Just perap kan ayam dengan bahan perapan pastu letak jer kat atas grill pan.

Pastu tengok ada kobis ngan carrot. Rasa cam nak buat coleslaw pulak. Lagipun memang tingin lama dah makan coleslaw tapi sbb sebelum tu kan puasa, so memang tak pergi KFC langsung, maka aku pun trylah wat coleslaw tuk ketama kalinya. Ala bukan susah pun hiris kobis, carrot pastu hiris bawang sikit pastu letak jelah coleslaw punya sos dari ladyschoice. Pastu gaul2 kan pastu siap lah ia.

Maka inilah dia set grill-chicken ala2 kenny rogers resipi sendiri.



dap dapnya....


Gambar spaghetti takde. Hari tu memang aku tak masak nasi dan tak masak lauk pun. Tu pun spaghetti tu punya byk lebihnya. Yelah yg datangnya pun berdua jer, pastu makan pun sikit jer, sbb katanya baru lepas makan pun... takpelah walaupun dorang bukan datang nak makan sgt pun tapi lebih kepada nak menziarah, tapi kita yelahkan, harus nak serve something jugak kan.

Takpelah dorang tak makan, biarlah budak ini yg makan. Macam lah makan sgt pun. Makan sesuap dua dah dia kata "kenyangnyaaaaa"..
lebar nya gelak

Lagi satu peel Marissa kalau nak mengelak makan, dia akan cakap "Icah acerr..". (Marissa puasa). Puasa lah sgt kan padahal sikit2 kang mintak susu. Pastu bila kita makan kat dpn dia kang dia jerit kat kita "Hah tak acer yer!!!!"  Tu belum lagi asal dengar azan jer dia berlari kat meja makan. Nak buka puasa lah kononnya tuh.. memang menggeram budak ini.

Tuesday, July 24, 2012

Bukan Juadah Buka Puasa atau Bersahur Tapi Bolehlah Kalau Nak Jadikan Idea Kalau Tak Tau Nak Masak Apa Petang Ini


Hohohoho panjang giler tajuknya. Yelah baik aku gitau siang2 yg gambar2 lauk ni bukanlah juadah masa buka puasa atau bersahur, tapi ni gambar2 masakan tengahari beberapa minggu sebelum berpuasa. Tak nak kalah lah kan, org lain sumer tepek gambar makanan, aku pun nak jugak walaupunn kan....

Ok kalau korang tak tau apa nak masak petang nie, meh apa kata cuba lah salah satu juadah di bawah ini...
 
sambal sotong

Aku kalau nak masak kan aku mesti akan membayangkan rupa dan rasa macam mana yg aku hendak. Aku memasak hanya berdasarkan bayangan, no resipi2... ikut suka hati dan kreativiti sahaja. So, time aku kuar kan sotong tuh, aku imegin aku nak rasa sotong tu camgitu, sambal dia kena macam tuh, maka hasilnya jadi lah seperti yg aku bayangkan.

 
Ikan selar goreng


Ikan goreng memang kegemaran suami dan anak. Tak kisahlah ikan apa2 pun. Kalau asben pulak dia suka ikan yg digoreng rangup.


 ikan masin tenggiri
 
Ikan masin ni aku beli kat Pasar Tani kat rmh mak aku hari tuh, selalu beli yg dalam botol tak berapa sedap, tapi kali ni beli ikan masin yg betul2 fresh. Aik ikan masin pun ada ker freshnya pun... maksud aku ikan masin yg agak baru lah...first time beli dan first time gak goreng... sila percaya sgt lah sedap makan ikan masin ni kan... tapi tak eloklah dimakan selalu.. pastu kalau nak makan pun kena makan sikit2 jer.. sbb kan masin..kang darah tinggi pulak.. nak lagi best letak bawang dengan cili api...
 

 tuk ulam2 pulak hirislah timun nie
 
Kalau rajin tumbuklah sambal belacan sekali, tapi time aku masak ni aku tak berapa rajin tu yg mengelat tak masak sayur just gantikan timun jer sebagai sayur...nak cpt..
 
 
Ok menu dibawah ni pulak menu lunch tuk hari yg lain pulak.... ceh cakap macam masak setiap hari lah pulak, padahal time weekend jer pun... hehehe
 

 gulai peria bersama ikan kembung ker ikan selar
 
Sorilah aku ni masak boleh lah sikit2 tapi bab nak ingat nama ikan ni agak fail sedikit... tapi bukan tak tau langsung tapi kadang2 agak konpius.  Sape suka makan peria? saya suka, tapi ada org kata peria pahit.. tapi aku rasa takde lah pahit pun. Peria ni sedap gak kalau wat goreng berlada, wat gulai pun sedap gak.. ai loike... kalau peria katak tu, ala peria  yang kecik2 tu, buat ulam pun ok... rasa cam makan timun jer... tak pahit langsung.. tak caya..sila cuba..
 
 

 sambal ikan bilis petai
 
Ini pun feberet aku gak. Selalu org masak petai ni org buang dia punya kulit kan, tapi yg ni kita potong sekali dengan kulit2 dia, pastu goreng sampai garing... pastu sambal tu pun goreng sampai masak/kering pastu baru masukkan semula ikan bilik dan petai yg digoreng tu... rangup jer... kalau tak pernah cuba sila cuba yer... aku ni suh org cuba tak tak kasi resipi camno? alaa aku rasa takat masak simple ni sumer org pun boleh.. bahan pun sumer yg basic2 jer... yelah aku masak pun tak pakai resipi camne pulak aku nak kasi resipi... aku masak pun takde sukatan bagai.. campak2 masuk kuali jer...
 
tempe goreng

Kalau nak wat tambah2 lauk lagi, goreng jelah tempe ni hah.. potong2 sikit pastu lumur dengan garam dan kunyit... pastu goreng sampai garing... wah memang sedap.. makan macam tu jer pun ok.... tu pun tempe tu pun ada yg tinggal separuh, elok kuar kuali terus masuk mulut.. gelojoh tul.... pastu bila dah settle masak tengok eh tinggal berapa ketul tempe jer...

Ok sekian sajer entry menayang makanan di petang hari...hahahaha  tak baik sungguh kan kita..kalah bebudak...hahaha

Thursday, June 14, 2012

Ikan Nyok-Nyok Masak Kari

Tak tau lah nak update citer apa sekarang ni... belek2 hp ada gambar makanan2 ni, oklah kita up entry ni dulu lah yer..

Actually peti ais aku dah lama kosong, rasa malas jer nak beli barang basah, sbb ada jer barang2 yg akan terbuang sbb rosak disimpan terlalu lama dalam peti ais, tapi semenjak dua menjak ni pulak terjebak pulak membeli freezermate dari tupperware ni, tetiba terajin pulak pergi pasar tani beli ikan, ayam segala. Padahal nak masaknya ntah kan bila.  Semata-mata nak isikan freezermate ittew.

So, hari tu temankan mak gi pasar tani, sambil teman aku pun beli gak lah sikit barang2 tuk rmh sendiri. Takde lah beli byk pun, takat beli ikan nyok-nyok seekor, ikan selar sikit, ayam separuh, udang sikit pastu beli sayur2 sikit.

Setelah dua minggu duduk menetap kat freezer, akhirnya ikan nyok-nyok tu telah selamat aku masak weekend lepas. Masak kari jer.
Dah lama giler tak masak kari nie, nasib tak lupa. Alah nak lupa2 pulak kan, padahal bukan susah nya pun janji ada serbuk kari babas, konpom jadi lah kari.

kari ikan letak tomato jer

Sebenarnya nak letak ada sayur tu, tapi boleh kami laki bini terlupa apa ke nama sayur tuh... ala yg kalau org India wat kari mesti letak sayur tu.. tolong gi tau aku apa ke nama sayur tu, supaya senang aku nak cari kat supermarket nanti.

Tetiba tgk kari ni rasa lapar pulak... sedapnya kalau dpt makan ngan roti ker...  ok nanti nak repeat lagi masak kari, pastu nak letak sekali sayur yg apa ke nama dia tuh...

Selain masa kari pada hari tersebut, aku masak lah jugak sekali kangkung ikan masin ngan belacan. Pun terangkat jugak... masuk bakul sila angkat sendiri..sendiri masak, sendiri nak puji...
kangkung ni kalau tak terlebih masak lagi best.. tapi yg ni agak ter over cooked sikit

Ditambah pulak dengan sotong goreng tepung ini
sotong goreng tepung yg bukan dimasak sendiri, tapi dibeli di supermarket Jusco...sedap


Ikan nyok-nyok tu agak besar dan dipotong 4. Kepala, ekor dan 1bahagian tengah tu, aku masukkan kat kari yg satu bahagian tu lagi aku bakar jer non-stick pan. Untuk Marissa lah kononnya.
seketul ikan utk anak

Lepas siap masak, terus senduk nasi panas2, terus makan secara berjamaah bersama keluarga. Kicap manis cap kipas udang jangan dilupakan. Aku memang kalau takde kicap memang macam tak sah. Ditambah pulak dengan bancuhan air sirap ais. wah.. memang mabeles... sirap oh sirap kenapa ko sedap... sekarang ni, bukan aku jer penggemar sirap, asben ngan marissa pun dah sama2 suka minum air sirap. hahahaa


aku punya air sirap

Maka apa tunggu lagi... sila lah menjamu selera....
yo yo jer si kenit macam makan lah sgt

Aku kan sebenarnya ada masalah problem ni... Marissa ni sekarang payah sangat nak makan nasi... kadang2 tu sampai nangis2 dibuatnya sbb tak nak makan nasi.. aku tengok anak org makan senang jer... jeles aku tgk.... Marissa ni, nasi kadang2 dia tak nak telan langsung, paling tak pun dia akan makan lauk jer..pastu makan 3 4 suap pastu takmo dah.. kenyang ke gitu??? hish susah hati aku.... ker kena kasi ubat selera makan kat budak ni? Tapi dia bukan takmo makan langsung, benda2 lain cam buah, roti, biskut dia makan pulak. Kadang tu biskut kering cicah air teh lah yg dia selera sgt nak makan. Tak paham aku.








Friday, June 1, 2012

Minggu Rajin Hari Tu..

Ni kisah minggu ntah bulan bila tah...  aku ni kalau rajin kemain lah rajin, dari breakfast sampai ke malam tak abis duk kat dapur, memasak, tapi kalau malas tu, dari breakfast sampai lah ke dinner sumernya pun kedai yg masak. Tapi aku tak nak citer malas aku sekang ni, tapi nak citer pasal rajin.

Pagi hari tu, pagi2 dah bangun. Turun bawah tengok apa yg boleh tuk dimasak. Si ayah dan si anak masih sedang lena di bilik.  Ni kalau nak tunggu dorang bangun, konpom nasi lemak yg makcik tu jual pun dah abis paling tidak kang mungkin dia dah kemas barang2 niaga dia. Takpelah kasi chance dorang bangun lewat sekali-sekala.

Ala takat goreng kuih karipap dan buat megi goreng jer pun. Pastu bancuh air teh o. Karipap tu pun bukan aku yg gentel pun. Karipan frozen je pun, masuk minyak, panas kuali, pastu siap sudah. Kalau aku rajin sikit mungkin aku dah buat nasi lemak kot. Tapi sbb lunch nanti aku plan nak masak sumting maka, pagi masak megi jer cukuplah. Kang kalau wat nasi lemak, konpom tengah hari aku tak masak dah.


breakfast yg simple jer

Elok jer sumer makanan terhidang kat atas meja, dua org kesayangan saya pun turun ke bawah, dan menuju ke meja makan. Eh eh dorang ni cam tau2 jer food is ready.


Lepas jer breakfast, lepak2 kejap pastu terus ke dapur semula. Utk masak lunch pulak. Kali ni nak buat ikan sumbat versi ibu mertuaku. Dah lama tak masak lauk kegemaran en. suami ni. Kena masuk dapur awal sikit sbb tuk wat menu ni kena amik masa lama sikit sbb kena masak sambal tu garing2.


ikan sumbat resipi mak mertua

Pastu buat ni pulak..


kailan ikan masin

Main dish utk hari tersebut jugak adalah masak lemak udang + nanas. Gigih ok aku perah santan. Aku kalau masak lemak memang jarang guna santan yg dah siap diperah tu atau santan segera, aku ikut cara mak aku guna gak kelapa parut, pastu perah sendiri.



Kelam kabut jugak aku memasak hari tu, sbb pukul satu petang camtuh, aku kena make sure everything is ready. Sebabnya lunch hari tu kami ada tetamu. Tu yg bersilat gaklah aku kat dapur hari tuh.  Takut nanti tetamu dah sampai aku kat dapur lagi tumbuk cili.

Hah citer tumbuk cili ni, aku ada gak buat sambal tempoyak tau. Senang jer wat ni tumbuk cili api beberapa ketul pastu gaulkan ngan tempoyak... cicah pulak ngan timun.. memang mebeles.

By 1 lebih camtu sumernya sudah siap terhidang... aku pun cpt2 naik bilik  tuk bersiap.

lunch is served

Tengah2 bersiap, intai dari tingkap bilik, tengok kat bawah nampak tetamuku sudah sampai.... siapakah gerangan tetamu ku itu? Cekidaut. Yo yo o jer ending aku nie....