Showing posts with label Our House. Show all posts
Showing posts with label Our House. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Sambung Balik Citer Raya

Aku tak pasti lah ni raya keberapa. Tapi ni kiranya tetamu kedua atau ketiga lah yg sudi berkunjung ke teratak kami.  Kecik tapak tangan, porch kereta kami tadahkan, bila diberitahu yg si dia ni nak datang. Knowing them, laki bini tersangatlah penuh dengan aktiviti kalahkan YB.

Sape lagi kalau bukan mummy & daddy to be ni. Tapi masa dorang datang hari tu, rasanya dorang pun masih belum tau kot pasal good news tu. Anyway, tahniah buat mereka berdua & we are so happy to hear the good news. Sesungguhnya perancangan Allah itu sgt hebat dan adalah yg terbaik. Kalau Dia berkehendakan sesuatu itu, maka jadilah ia. Kita doakan yg baik2 sesama kita yer. InsyaAllah.

Mula2 dorang plan nak datang petang, tapi dipospon ke malam sbb petang tu dorang ada family meeting. Sib baiklah jugak tak jadi datang petang kalau tidak kelam kelibut aku nak masak sengsorang kat dapur, sbb asben adalah kerja time tuh.  Dahlah Marissa asik wat hal jer hari tuh. Tak boleh berenggang langsung, aku ke dapur, dia ke dapur, aku ke dpn, dia ke depan, aku ke jamban pun nak ikut.. hey payah tul... pastu sikit2 "cpt mama.. cpt mama".. stress mak ko.

Tapi taklah sestress bila mana dia telah membanjirkan dapur. Punyalah aku naik hantu hari tuh. Yelah dah lah malam sebelum tu dia dah banjirkan dapur bila dia main bekas air tupperware yg besar yg ada pili tuh... ko bayangkan air dalam bekas tu penuh boleh jadi kosong ok.... aku tak dengar bunyi air sbb air tu terus masuk kat dalam laci kat kabinet tempat letak air tuh. Tau2 laci dah penuh air, lantai pun dah basah. Itu kes malam. Ingatkan dia dah seriklah nak buat lagi.

Tapi no no no... siang tu dia buat lagi... tapi bukan dengan bekas air yg tu (yelah bekas tu pun dah kosong kan), kali ni dia main jug air (saiz besar lah jugak) yg diletakkan kat atas meja makan. Aku kemain bz kat dapur, dia pun sama bz gak, patutlah elok senyap jer dia, tapi rupa2nya dia pun wat kerja gak.. Tau2 jug tu elok jer tertonggeng dan kosong. Meja lantai sumer dah penuh air.... naik hantu lagi sekali mak dia... Tau takut bila kena marah... ulang2 kali dia mintak maaf... tapi bila kita dah maafkan dia, dia boleh react cam biasa jer, cam tak bersalah... adoihai.  Terus hilang mood aku nak memasak. Tapi petang tu aku masaklah jugak mee goreng. Kot lah ada tetamu lain yg nak datang. Memang ada pun, kawan adik aku (girlfren kot) nak datang, katanya nak jumpa Marissa. Oklah tu, dia datang ngan adik dia. At least ada something lah utk aku hidangkan. Bagus sgt budaknya, walaupun adik aku sekarang ni kerja di lautan sana, tapi si dia ni tetap datang menziarah. Elok wat menantu ni. Hehehe.

Eh kelaut dah citer aku nie. Ok back to the story.... sbb neena kata dia nak datang malam, maka kita tukar menu kita utk makan malam pulak. Kita jamu nasi berlauk lah yer. Aku pun dah lupa apa yg aku masak hari tuh, errmm gulai ikan tenggiri dengan belimbing buluh, pastu sambal sotong, pastu sayur togey, pastu ada ikan goreng sikit. Rasanya tu jer kot yg sempat aku masak


me and mummy to be

Gambar adalah tak byk sbb asben tah apa yg dia settingnya kat kamera, habis gambar sumer menjadi golap gulita, pastu kalau tak gelap gegar pulak. Yelah asben ai bukan photographer cam en. teman kan. hehe. so kita maafkan jelah dia.
Sampai2 jer.. tak yah borak panjang2 kita terus jer makan dulu yer... yelah hari pun makin lewat, kang makan lewat tak elok...lepas makan kang kita boraklah yo sampai pagi.

sila lah yer

Aku memang risau jer kalau dorang laki bini takmo makan, sbb siangnya tu dorang ada open house kat rmh sedara dorang, so takut lah kot masih terkenyang lagi.. knowing my fren ni pun kengkadang tu giler mendiet jugak. Tapi seb baik hari tuh, mereka makan bertambah. Alhamdulillah. Tak sia2 aku berkuntau kat dapur.

Lepas makan aku hidangkan pulak triffle puding sebagai pencuci mulut. Alah bukan aku buat pun, aku tempah kat member aku kat cupcakechapter. Makan sejuk2 memang sedap lah.

Marissa tengah makan triffle aku punya

Lepas makan, sambil layan movie kat tv, kiterang berbual2 dan berkongsi cerita. Byk yg dikongsikan tapi sorry tak leh kongsi ngan korang...hahahaha

Apapun i like her new appearance. Alhamdulillah. Sedar tak sedar, borak punya borak tengok jam di dinding dah pun menunjukkan dekat pukul 3 pagi. Kiterang memang ajak jer dorang overnite jer kat rmh, tapi dorang nak balik jugak sbb katanya tak nak ganggu program kami next morning tu tuk ke family day. Kalau takde family day maybe dorang stay lah kot.

tengok anak aku pun dah terbungkang kat situ

 
the husbands

Ni jelah gambar yg ado, gambar2 lain sumer reject.. yer yer nampak cam byk sgt laki aku snap on that night....

To my dear fren... tq for coming. Ok pasni korang kena kurang2kan sikit aktiviti tau... take care and selamat menempuhi the beautiful pregnancy moment.

Oh ya, kiterang memang tak buat open house ke apa raya hari tuh, tapi rmh kami memang sentiasa terbuka tuk menerima kunjungan.

Tuesday, July 31, 2012

Mencari Tiles Pulak

Oh no.. bulan ni paling lemau aku mengupdate blog...macam2 citer tapi sumer terdampar di draft...

ok kita sambung lah lagi kisah yg dah basi nie... lepas ukur2 panjang dan lebar porch kat rmh tu, tengahari tu kami terus pergi ker Super Ceramic Tiles yg terletak di Kota Damansara sana. Dia macam gudang lah kat sana. Macam2 design dan kaler yg ada... memang rambang mata dibuatnya..

Macam2 contoh jugak dorang displaykan kat sana..

contoh bilik air




contoh2 lantai porch

 


tiles

Macam2 saiz dan macam2 kaler yg ada.

bersama mereka yg bertanggungjawab membawa kami ke sini

bincang2


yg menjadi pilihan

Masa kiterang pergi haritu kira ada sale lah.. dorang ada kasi special diskaun.... aku memang dah set dari rmh nak tile warna gelap like kelabu ker.. kalau boleh nak hitam, tapi asben tak berapa kenan dengan hitam.. tapi tile hitam sebenarnya cantik tau.. aku tengok yg dorang display tu, pergghh kemain kilat hitam dia.. cantik.. tapi harganya pun cantik jugak...

time ni dah settle wat payment segala cuma menunggu kan lori jer

 

alololo lawanya nangis si kenit nie

Bukan nangis sbb apa, sbb nak perhatian lah tuh.. dia ada nampak budak baya2 dia main i-pad ker tab kat situ, pastu tetiba dia cakap ngan aku "mama nak tab"... tetiba ok, terkejut gak lah aku, yelah first time dia mintak, selalu kalau nak dia cuma cakap "nak main bird (angry bird) tetiba kali ni sebut tab pulak, aku pun tak pernah ajar nama2 gadget kat anak.

Lepas tu terus dia duduk kat meja kat situ.. amboi budak ini kecik2 pun pandai tak nak kalah dengan rakan sebaya.... tak menahan tul aku...

yer yer jer dia


warehouse ni dua tingkat tak salah aku, first floor lebih kepada cat2 dan tiles berada di tingkat dua

budak yg notti

Ok dah tu jer nak update, at least bertambah gaklah entry utk bulan ini...hehehe

Tuesday, July 24, 2012

Ukur Mengukur

Ini kisah 2 minggu sebelum puasa. Masa tu kiterang laki bini tengah berbincang pasal kenduri yg kiterang nak buat seminggu sebelum puasa, tup2 tetiba terplan pulak nak pasang tile kat porch rmh kami.

Rmh kami ni dah 4 tahun rasanya, tapi tak kesempatan lagi nak pasang tile kat porch, sbb sebelum ni rasa cam tak berapa perlu sgt. Tapi sbb terfikir nak wat kenduri rasanya lebih selesa kalau porch tu ditilekan, lagipun kan dah nak raya ni, apa salahnya mekap rmh sikit2 kan..tapi yg sebenarnya bukan sbb tu pun sgt, tapi sbb my bespren si Watie tu baru dapat kunci rmh baru dorang, so sekarang ni dorang tengah membuat macam2 lah dengan rmh dorang, so kami pun teringatlah masa saat dapat kunci rmh dulu, rasa syok sgt... so sbb rmh kami pun dah 4 tahun gituh, so, nak gaklah feeling2 dapat rmh baru kan... kebetulan pulak asben si watie ni ada kenal dengan sorang kontraktor yg boleh tolong pasangkan tile lepas tu yg paling bagus dorang boleh buat immediately.. maknanya by 2 3 hari boleh lah siap, maknanya before kenduri boleh lah siap sumer.. tapi dengan syarat tile kiterang beli sendiri...

Apalagi sebelum ke kedai jubin kami asben pun ukur lah keluasan lantai porch. Tapi sbb tak tau nak baca bacaan yg mana satu kat tape ni maka asben just snap2 jer lah. Senang nanti sampai kedai tunjuk jer gambar panjang dan lebarnya.


 aku pun tak pandai nak baca.. ikut meter ker ikut kaki ker...

 ukur lebar

 rmhku syurgaku

Ingat tak dalam beberapa bulan lepas aku ada citer yg aku kami tambah bumbung kat porch kami? Ada kat entri ini . Kalau sebelum ni kawasan yg belah kiri tu kosong, takde bumbung so kalau letak dua kereta kat dalam, confirm satu kereta kena hujan. Memandangkan time tu jiran sebelah nak pasang bumbung kat porch dia maka kami pun join lah sekali so dapatlah sekata jer bumbung kami tuh.. Nampak cam memang originally dari pemaju kan.. seb baiklah dapat atap yg lebih kurang patern dan kalernya.. eh terciter bumbung lah pulak.. takde lagipun hari tu aku pernah janji kalau dah siap nanti aku show tapi terus kelupaan...

 budak tecik yg sentiasa sibuk jer

asben yg takde rupa jadi kontraktor


Kawasan yg tak bersimen tempat asben berdiri tu kan, kalau sebelum ni kemain lah panjang lalang di situ, ni pun clear sbb sebelum tu mak aku tolong cabut2 kan... mak aku memang kalau bab laman memang dia takleh duk diam...tu pokok daun pandan tu pun import dari rmh mak. Org tanam pokok bunga kami tanam pokok pandan.. oklah berguna gak time aku wat nasi lemak ngan bubur jagung hari tuh.... ada satu pokok lagi yg kami tanam iaitu pokok limau kasturi... tu jelah 2 pokok yg ada kat rmh kami.


Sbbkan kami laki bini ni bukanlah rajin sgt nak menguruskan rumput segala, maka kami decide tuk menutup sahaja bahagian tu dengan simen dan tile. Longkang tu pun akan ditutup dengan meletakkan palung kat dalam tu, so that nanti bila dah siap porch kami akan bertambah lapang dan luas.

Ok nanti sambung lagi dengan proses seterusnya...

Friday, July 20, 2012

Majlis Kenduri Hari itu

Sekarang mood adalah sedikit merajin sempena bakal menyambut bulan Ramadhan esok. Di kesempatan ini diucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan maaf zahir batin jika ada salah dan silap sepanjang berbloging ini.

Sebabkan ada sedikit rajin jugak marilah kita update blog ini. Ok kita mulakan dengan majlis kenduri hari tu.

Majlis adalah kecil2 lan sajer dengan anggaran tetamu yg diundang sekitar 100-150 org termasuk jiran tetangga dan sahabat handai. Member2 yg rapat sumer aku invite thru sms jer, pastu jiran2 kat sini pulak kiterang jemput mulut jer, tapi sbb kadang2 adalah agak payah tuk bersua muka dengan jiran2 maka kami DIY jugaklah kad undangan daripada kad2 perayaan yg tidak digunakan. Senang citer letak jer kat mailbox memasing. Member2 ofis pulak aku email jer kat sumer.


 takde banner2, kita wat backdrop pakai tv jer

Asben lah ni terover rajin kaedahnya.. aku tak tau pape tgk2 kat skrin tv dah terpampang dah ni..

kata2 aluan lah kiranya

Dalam pukul 9:30 pagi rombongan kumpulan marhaban pun datang. Mak aku adalah salah sorang daripada ahli kumpulan. Kalau ikutkan schedule dorang memang pack lah tambah lagi nak bulan puasa ni, tiap minggu ada jer undangan. Ni pun time hari tu actually dorang dah penuh, aku jemput tengahari tapi dorang tak free, maka dorang request tuk datang pagi... aku pun tak kisahlah, dapat datang pun dah ok dah...

 jemput masuk yer makcik

 sila-sila

Sebab dorang datang pagi, aku tempah lah jugak set sarapan pagi jugak, kalau tidak aku order utk lunch jer, tapi cam keji pulak kalau tak jamu apa2, maka sebelum sesi bermula aku jemput dorang sarapan pagi terlebih dahulu. Simple jer pun, mihun goreng dengan kuih muih dan air teh.

 sesi pindahkan sarapan pagi ke dalam rmh, mula2 hidang kat luar tapi mereka sumer selesa minum di dalam saje

Maklumlah baru pestaim wat event camni kat rmh sendiri so, agak kelam kabut sikit lah, yelah kita lah tuan rumah katakan, selalu wat kat rmh mak, aku tukang selit jer. Bila makcik2 tu tanya yg mana satu tuan rmh, aku cam tersipu-sipu jer nak mengaku..haha apa2 ntah..

Tengok hidang pun main letak jer kat atas tikar tu, takde beralas bagai..ampunkan saya,.. maklumlah pestaim kan, so cam gelabah sikit lah...

 baca doa makan beramai2

 Marissa yg dedar di hari kejadian

Anak dara ni tak taulah tetiba pulak macam demam pulak pagi tuh, tu yg aku tepekkan jugaklah cool fever kat dahi dia, pastu nasib baiklah dia tak menolak bila aku pakaikan jubah masa gi Umrah hari tuh... senyap jer dia... seb baik.. kalau tidak asal nak pakai baju jer pening pale aku nak ikut pilihan dia..

 kita makan dulu


Mula2 dorang refuse jugak nak makan, biasanya dorang terus ngaji dulu or marhaban ke pastu baru makan, tapi sbb kang kalau tak makan sape yg nak makan makanan ni, dah tentu nanti bila dorang dah habis karang aku nak jemput dorang makan tengahari pulak kan. So, aku paksa gak dorang makan... wah bunyi cam kejam jer tuan rmh...kih kih

Lepas makan maka kami pun mulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil.

 maka mengajilah bersama-sama


 aku join lah jugak kat sudut tepi tu

Marissa pulak memang dah fesyen dia asal aku mengaji mesti dia landing kat riba aku, pastu mula lah nak sayu2 sampai sedu sedan sorang2.. yer anak aku ni jiwa dia lembut sikit.. cam mak dia gak..  Pastu tak lama tu dia pun terlelap.

 dah lelap pun.. tapi sopan sgt dengan kain terselak.. bear kesayangan senantiasa di sisi

Lepas habis baca yassin, tahlil dan doa segala, maka dijemputlah mereka tuk jamuan makan. Tapi kesian dorang, sbb terpaksa menunggu sekejap sebab akak caterer aku time tu tak sampai lagi hantar makanan. Yelah dah kumpulan ni habis tercepat pulak kan... tapi tak lama sgt pun tunggu. Sementara menunggu tu kami pasangkan semula rakaman marhaban oleh kumpulan tersebut semasa majlis akikah Marissa dua tahun lepas. Masing2 pun khusyuk tengok muka masing2.

Yang Marissa pulakkan, dia tak leh tengok rakaman masa dia cukur jambul tu... dia mesti macam rasa sedih2 pastu cebik2 pastu mula lah nangis.. seee sgt lah lembut hati dia nie.... aku pun tak taulah apa yg dia fikirkan... but deep inside my heart i know my daughter ni memang lain sikit sifat dia, mudah tersentuh hati,.. tu yg aku sayang saaangaat kat dia nie..

 ok makanan dah ready... silah menjamu selera

Aku adalah pentamak, sumernya pun aku nak order kat akak caterer tuh dan apa yg aku order tu adalah berdasarkan apa yg aku suka makan...  tu pun akak tu dah tapis2 sikit menu aku tuh, kalau tidak kang mau penuh meja, pastu org pun tak tau nak makan yg mana satu..hahaha

Mari kita tengok apa yg ada...

 menu yg berderet

 sambal tempoyak ikan bilis + petai. sebelah tu pulak ulam-ulaman dimakan bersama sambal belacan - sgt mabeles

 ayam goreng rempah - mabeles gak

 sayur campur - mabeles jugak

 sambal tumis udang - paling mabeles - really meet my expectation

gulai nanas + ikan kering - pun mabeles jugak

Pendek kata sumernya pun mabeles...tak sia2 aku order kat akak caterer tuh, makanan dia sumer memenuhi citarasa aku, dan yg penting harga pun berbaloi-baloi....

Oh ya, selain itu sebagai pencuci mulut, aku mintak akak tu buatkan bubur kacang kuah durian... wah memang meletop... sedap...

sedang menjamu selera

Lps kumpulan Marharban ni balik, adalah kaum2 ibu, jiran2 kat sini yg datang.. bila tanya mana suami2 masing2, dorang kata suami akan datang nanti lepas Zohor nanti sekali dengan jemaah surau.

Maka lepas Zohor sampailah jemputan dari jemaah surau dan kaum2 bapa yg berdekatan.

 majlis bermula

 dah selesai apa lagi.. sila lah menjamu selera

 jgn segan yer bang

 melayan tetamu - Ijat & family

 pak mertuaku

Jgn main2 siap ada DJ ngan PA sistem bagai, dah macam kenduri kawin pulak gayanya...apa nak buat pak mertuaku kat seorang DJ... aku pun tak sangka lah jugak dia angkut segala kelengkapan dia.. terima kasih ayah memeriahkan majlis kami :)



jejaka kesepian


Eh macam en. teman jer.. memang en teman lah tu.. tapi mana si gonjengnya???

 sorang di sana, sorang di sinun

Sgt pandai en. teman membawa diri pada hari tu.... yg si isterinya apa lagi biasalah kan dah jumpa geng pompuan yg lain...

 my bespren: neena & watie

 my biras & her anak zhafran

 kami

 kami lagi

 mereka si suami


 
Oklah rasa cam panjang sgt lak entry nie... tetiba cam nak stop kat sini.. boleh?.... apapun aku syukur sgt majlis selamat berjalan seperti yg dirancangkan dan aku berterima kasih sgt pada semua yg hadir pada hari tersebut. Pada yg tak dapat datang tu takpe aku paham masing2 pun ada komitmen kan.... takpe2.. nanti bila2 free leh jer datang ker rmh kami ok, pintu sentiasa terbuka :)...