Showing posts with label mac. Show all posts
Showing posts with label mac. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Beli Mekap Kemain Kalau Tak Lawa Jugak Tak Taulah...

Tapi memang tak lawa pun jugak. Hehe. Untuk kepuasan diri sendiri apa salahnya kan..

Sejak daripada peristiwa itu, dah lama aku tak nyopping barang2 mekap. Mula2 ingat nak beli ini saje.....


Compact powder & lipstick

Bedak lama yg masa beli dulu ada lagi sebenarnya, tapi bedaknya dah retak2 sbb terjatuh ke lantai. Aku kalau dah retak2 harus nak tukar baru sbb nanti bedak tu kotorkan beg.

Tapi bila dah sampai sana lain pulak jadinya. Dari dua benda yg aku nak beli terus jadi beberapa benda.

limited edition

Counter Manager tu lah yg kata limited edition. Tak taulah kot aku dia tipunya ke apa kan. Tapi tak kesahlah yg penting layanan dia tu 100x baik daripada promoter hari tuh. Sbb kan tulah aku terjebak. Nak tgk apa di dalam kotak2 itu?

mcm2 ada

Mac ni pandai tau.. jual benda2 tu tapi tak kasi berus sekali. Nak tak terpaksalah beli berus sekali. Padahal boleh jer pakai berus lain, tapi sekali lagi aku terjebak beli berus sekali. Tgh offer katanya. Aku memang dari dulu tingin nak beli berus dari mac ni tapi mahal nak mampos, since ada offer hari tu, aku pun rembat jelah.

4 jenis berus berserta pouch

Dan inilah hasil penyopingan

Alah sekali sekali kasi reward kat diri sendiri apa salahnya kan. Ni adalah reward tuk diri sendiri selepas bersalin dan menghabiskan tempoh berpantang dengan jayanya. Wah jayalah sangat kan. Walaupun reward tuk diri sendiri, tapi sebelum tu haruslah mendapatkan keizinan dari suami terchenta. Kalau dia tak approve memang aku tak beli lah...


Wednesday, March 31, 2010

Sombong Kemain!

Ini kira sambungan entri2 sebelum ni lah yer. Insiden masa kat Mac Sogo tu lah.

Camni, aku memang plan nak beli beberapa barang kat MAC tuh. Tapi semasuk2 aku kat situ takdpe sapelah yg datang approach tanya nak apa2 ke.. Masing2 wat dek jer, sambil memekap muka sendiri.

Tu pun aku yg dok panggil2 derang suh amikkan apa benda yg aku nak. Apa ingat aku ni memboyot camni dah cam makcik2 dah tak boleh ker nak beli mekap2 nie?? helllo..
apa ko ingat mekap ko ni mahal sangat ker??


Pastu adalah sorang promoter tu datang. Aku pun malas nak panjang2 citer ckp jer barang apa yg aku nak, pastu dia pun amiklah brg2 yg aku nak tuh. Sebenarnya, adalah benda2 lain yg aku nak beli, tapi tgk layanan derang cam nak tak nak tuh.. maka 2 benda tu jelah aku beli.. bedak & lipstik. Eh, lipstik tu aku tak beli, aku dapat free je, sbb aku tukar dengan 6 casing produk MAC. tuh pun ada lagi bekas2 kosong kat rmh yg aku tak redeem lagi.
Tgk.. betapa setianya aku ngan produk dia, tapi ada dia nak appreciate customer?


Pastukan yg paling aku bengang kan, time nak gi bayar.. aku pun tak tau lah apa konsep MAC ni sibuk nak bawakkan barang kita kat kaunter cashier, pastu dok tunggu kita kat kaunter tuh. Padahal boleh jer kalau customer yg bawak sendiri jer barang tuh, atau kalau takut customer bwk lari barang tanpa membayar, kasi jer cash memo tu dulu, nanti bila customer dah bayar, taulah customer ni nak claim barang2 dia balik kan.

Ini tidak, dia bwk lah barang aku kat kaunter cashier terus tanpa tanya aku. Yelah kita ni pun haruslah sambil2 tu dok sibuk tgk barang2 lain kan, takdelah sibuk menonong ke kaunter cashier sana kan.


Aku pun tak perasan lah yg si promoter tuh dok tunggu aku kat kaunter cashier tuh.. takdelah lama sangat pun dia tunggu aku pun. Tapi aku perasan muka dia sikit punya moncong.. dia ingat aku tak nampak dia wat muka kat aku masa kat dpn cashier tuh. Tapi aku wat dek jelah kan. Wat slow motion gituh, saje nak menambahkan hangen dia.

Aku tau dorang si promoter2 ni akan tunggu sampai customer buat bayaran kat cashier tu, pastu akan collect balik derang punya cash bill tu lah. Kira cash bill tuh komisyen tuk dorang lah.

Pastu bila dia dah dapat dia punya cash bill tu kemain lagi dia nak bermanis muka dan berbudi bahasa sambil berkata "Thank you yea..." very the PLASTIK...


p/s: gambar promoter di atas bukanlah promoter yg dimaksudkan. Pastukan ada sorang tu siap sound laki aku sbb amik gambar kat situ. Tu pun nak kecoh, laki aku amik gambar aku, bukan gambar ko lah.. kecoh jer.. Padahal masa kat tempat bahagian babies tuh, promoter kat situ relax jer, siap suggest lagi nak amik gambar apa...

Tuesday, October 27, 2009

Dah Lama Tak Buang Duit

Wah buang duit katanya. Bukan buang2 saje2lah.. maksud aku dah lama tak buang duit tuk shopping2 diri sendiri.. Raya hari tu pun takde shopping apa sgt pun adalah sekadar beberapa helai baju kurung. Yang lebihnya cuma shopping kuih raya yg mencecah sampai 5 ratus lebih. Giler beli kuih raya sampai byk camtuh. Itulah kesannya bila order sana order sini. Alih2 sampai Deepavali nie pun kuih kat rmh tu pun byk lagi. Nak simpan raya haji confirm kuih sumer dah berkulat. Hahaha.

Tapi memang betul pun time raya hari tu aku memang baik, takde shopping sakan pun tuk diri sendiri.. Dah abis raya nie, baru terasa nak buang2 duit yg masih berlebih nie.. wah ayat riak tak agak2.. takdelah shopping apa pun adalah sekadar satu dua benda je pun..

Bukan apa, dah lama aku tak wat entry beli2 barang nie... yg sebenarnya dah takde bahan kan..so kita cari jelah bahan apa yg ada.. supaya dapat gak dijadikan satu bahan...kalau tidak kang.. ada jer org bising..sbb blog aku sunyi dan sepi..



Kasut, compact powder & blusher


3 barang saje buat kali ini

Sebenarnya, ada hati lah jugak nak beli barang2 lain.. cam lipstick, eyeliner, perfume dll.. tapi masa tidak mengizinkan utk aku shopping di kala time lunch hour yg terhad masanya. Takpelah nanti aku sambung beli di lain hari pulak.

Friday, June 26, 2009

Apa yg Dibeli?

Sebenarnya takde apalah sgt nak dibeli pun, cumanya ingat nak cari2 baju. Tapi lain yg dicari, lain yg dibeli. Beginilah yg akan terjadi sekiranya keluar shopping tanpa membawa list2 yg perlu dibeli.

Tu pun mujur time shopping nya singkat, katanya lepas kerja kan, pastu balik pun nak kena cpt2 sbb esoknya kan nak kerja. Kalau kuar shopping weekend lagi lar masak.. yelah mau dari tengahari sampai malam kot.. so, lebih bagus shopping ketika weekdays berbanding weekend kerana sedikit sebanyak boleh mengawal perbelanjaan.


Tak byk pun barang yg dibeli. Cuma plastik jer yg besar lebih


Ok jom kita tgk apakah benda2 di dalam plastik2 itu?


2 Biji bantal

Memang empuk bantal nie. Sedap betul tido kat atas bantal. Tapi sesedap mana pun bantal tu tetap aku takkan lupakan bantal bucuk aku tuh..hihi


crystal vase. Vase ke nie? ke bowl?

Yang ni bukan tuk aku tapi nak diberikan hadiah kepada org yg nak kawen.


Mekap2. Ni memang tuk aku lar.. takkan tuk laki aku pulak kan


Yg dalam botol tu aku tak tau nak panggil apa tah.. mist apa tah namanya.. aku baru first time beli semburan nie. Neena yg recommend aku pakai, dia kata kalau pakai ni nanti mekap pun tahan lama & muka nampak segar-bugar. Aku pun sajelah nak try.


Bedak NW30 & lipstick Pink Nouveau

Lipstick tu aku dapat free jer tau. Sbb aku telah meredeemkan 6 bekas compact powder yg telah habis. Bagus Mac ni recycle balik. So, sebagai ganjaran derang tukarkan ngan sebatang lipstick. Warna atas pilihan sendiri. Korang pilih jerlah nak yg mana just for free. Oh ya, harga lipstick tu adalah RM68 tak salah aku.

Nak tgk hasilnya tak bila dah pakai benda2 seperti di atas tu?


with flash

without flash

Kesimpulannya, aku dapati eyebag aku semakin lama semakin teruk. Harus lakukan sesuatu nie!

Sesungguhnya ia satu penutup yg tidak relevan sekali dengan tajuk entry.

Thursday, June 19, 2008

Mekap

Dulu aku pakai bedak clinique.. siap aku simpan lagi dia punya casing sampai sekarang, adalah berbelas.

Aku pun tak tau pesal lah aku simpan.. buat nyemak jer. Tengok tu tin cokelat cadbury yg asben aku kasi masa bercinta dulu tu pun aku simpan gak.

Lepas bertahun aku pakai bedak tu rasa cam boring pulak, so sekarang beralih arah ke Mac. Pakai Mac ni best sikit sebab kalau korang simpan any 6 of the casing tak kiralah casing bedak ker, lipstick ker, blusher ker, korang boleh tukar balik kat kaunter Mac utk dapatkan sebatang lipstick. Kira oklah jugak kan? atlis ada samting lah kan.. kalau nak ikutkan sekarang aku dah ada 4 casing bedak, 1 blusher & 1 lipstick. Tapi still tak leh nak tukar lagi sebab blusher ngan lipstick tu tak abis lagi.. Korang kalau ada rasa2 nak buang casing korang tu baik kasi kat aku, aku tak sabar ni nak tukar lipstick baru. Nak tunggu abis ni mcm lmbt lagi, sbb banyak lagi, takkan aku nak tenyeh bagi cepat2 abis.

Dah. Aku sebenarnya dah takde citer sangat dah nie.. entahlah naper tetiba rasa cam tak reti lak nak nulis ape..