Bagus tul kawan
blogger aku nie tau. Aku tau lah sekang ni aku ni memang lembap sikit nak update blog.. sekali dia kasi tugasan kat aku. Konon dengan cara ini sedikit sebanyak blog aku berupdate lah kan.. Tapi memang betul lah kot.. see terus aku rajin update blog nie...terima kasih kerana merajinkan saya.
Rasanya penyakit malas aku dah berlalu pergi kot... Sekarang saya sudah kembali rajin.. Tak tau lah rajin sampai bila pun...
1.Bekas kekasih saya adalah :Aku pun tak pasti sama ada aku pernah ada kekasih lain selain daripada asben aku. Bukan asben aku ke kekasih awal dan akhir aku..hehehe.
Tapi kan bekas kekasih saya (eh tetiba lak pulak ada bekas kekasih ni) sudah menjadi bekas yg tidak berbekas lagi di hati saya ini. Pedulikan saje dengan bekas itu, kerana saya sudah memiliki bekas yg baru yg berjenama Tupperware. Tahan lama dan tahan lasak. Apa yg ko merepek ni labu???
2.Saya sedang mendengar :gossip2 hangat mengenai diri saya. Wah ko ingat ko artis ker?? Tak sangka kengkadang diri ini menjadi bahan bualan org2 sekeliling. Ingat.. tak baik mengumpat tau...kalau nak citer pasal yg baik2 jer tau...
3. Mungkin saya patut :Berterus-terang bahawa sekarang ini saya sedang dalam proses utk menjadi seorang ibu sekiranya diizinkan Allah s.w.t.
4. Saya suka:Bila org lain pun suka. Saya tak suka kalau suka sorang2. Biar apa yg saya suka tu, org lain pun suka jugak. Tapi jgn ko suka ngan laki aku pulak sudahlah.
5.Sahabat-sahabat baik saya:Mereka yg bergembira dan bersedih bersama-sama. Mereka yg tidak mempunyai sedikit perasaan lebih atau kurang dari diri ini. Mereka yg benar2 ikhlas. Mereka yg memahami. Tidak pernah mengatakan sesuatu yg buruk di belakangku.
6.Saya tak faham :kenapa soalan kat tag ni panjang sgt.. sampai 30 soalan kau...kengkadang aku pun tak faham apa lagi yg nak aku rapukan..
7.Saya kehilangan :Beg guess saya yg kaler hitam itu. Tak tau mana laki dah pergi bungkus dan campak itu beg.
Ok tu kehilangan yg tak berapa berharga lah..
Tapi kehilangan yg tidak mungkin dijumpai semula dan tiada galang gantinya adalah kehilangan ayah tercinta pada usia aku 8 thn.
8.Ramai yang berkata :"Murah rezeki korang". ..
Alhamdulillah.
9.Makna nama saya :tak pastilah pulak.. tapi kalau 'N' itu ditukar kepada 'M' ia membawa maksud seseorang yg suka menderma...
10.Cinta itu adalah :Perasaan yg datang dari hati dan tidak dibuat2.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :tido dengan lenanya tanpa gangguan oleh isteri beliau.
12.Saya akan cuba :menjadi seorang anak yg diredhai ibunya, menjadi seorang isteri yg diredhai suaminya dan menjadi seorang ibu yg baik yg dapat membimbing anaknya ke jalan yg benar.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :Bukan sekejap...
14.Telefon bimbit saya :Malu lah nak cakap.. sbb hp budak sekolah lagi canggih pada hp aku. Tapi ada aku kesah.. sbb aku pun tak heran nak pakai hp2 canggih walaupun aku mampu.. wah.. Ok berpijak pada bumi yg nyata hp aku hanyalah sekadar Nokia 3500 classic. Adalah gak niat nak pakai blackberry, tapi aku rasa kalau takat aku nak beli sendiri tak mo lah.. tapi kalau ada org nak hadiahkan ... kecik tapak tangan... tapak kaki aku tadahkan.. eh birthday aku pun tak lamo je laie...
15.Bila saya terjaga dari tidur :Akan ku belai insan yg berada di sebelah ku itu dengan penuh kasih syg... sampai dia terjaga dan tertido semula...
16.Saya paling meluat apabila :Org cam tunjuk bagus jer.. tapi takdelah bagus mana pun sebenarnya..
17.Pesta/Parti adalah :Malam pesta muda-mudi. Bertemasya dan menari. Suka ria dalam hati (mengikut lagu allahyarhamah Saloma)
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :Buyeen.. kucing kesayangan asben aku yg dah kena colek... pastu tak dapat dikesan kemana hilangnya..
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:Dari dulu sampai sekarang saya rasa seronok. Sentiasa berasa diri ini berumur 19 thn.
20.Hari ini :Adik aku yg kerja offshore tu balik. Semalam dia kata dia beli mcm2 buah tangan nak bawak balik. Dia kata cokelat jer dah sampai beratus dia shopping.. tu baru cokelat... tak taulah apa lagi yg dia beli.. ni tak sabar nak balik nie..
21.Malam ini saya akan :Mengepau adik saya yg baru balik itu. Saya bakal mendapat sejumlah wang daripadanya. Jgn jeles yer... Takde maknanya aku nak pau duit dia.. aku nak mintak balik duit bil hp dia yg aku bayarkan hari tuh....
22.Esok pula saya akan :Pergi bekerja cam biasa seperti hari ini. Tapi esok kena gi ngan komuter lah...tapi balik asben jemput aku di ofis.
23.Saya betul-betul inginkan :Berkat dan rahmat Nya di dunia dan akhirat
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :Nape jerawat ni tak susut2 gak nie? Hilang satu, tumbuh satu.. bak kata pepatatah.. patah tumbuh hilang berganti..
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :Haruslah tempat membeli-belah.... di situlah tempat terapi minda yg berkesan.
26.Makanan Barat atau Jepun:Tak reti aku nak makan makanan Jepun.. sumernya nak mentah2... uwek... tapi western ok lagi lah...
27.Bilik yang terang atau gelap :Ermmmm aku suka gelap... tapi laki aku suka terang...terpaksa lah aku tutup mata aku ngan bantal busuk.. tak retilah nak tido lampu terang. Silau.
28.Makanan segera adalah :KFC atau pun Mc D.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?Ok Thanks.
Ada lagi soalan last suh aku cari mangsa tag seterusnya.. tapi aku dah terdelete. Pastu aku tak nak taip balik. Jadinya korang2 sumer terselamat dari menjadi mangsa tag yg panjang giler nie.... tapi kalau anda nak tag diri sendiri.. dipersilakan...