Just ignore jerlah entry terdahulu. Rupanya tak hilang apa yg aku dah taip semalam.
************************************************************
Assalamualaikum semua... wah wujud lagi rupanya blog nie.. Nak login ni pun tadi siap ada error lagi kat blogger terus cuak kot lah blog aku ni takleh nak update lagi ke apa. Yelah sbb rasanya dah lama giler aku tak bukak blog. Nasiblah masih ingat lagi password.
Ok sebelum bebel lebih panjang, tak terlewat tuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada kengkawan semua. Lama aku tak update. Semenjak kejadian tempoh hari terus rasa down seketika utk mengupdate blog. Kejadian di mana aku telah keguguran (anak yg ketiga).. eh jgn terkejut.. memang tak ramai pun yg tau yg saya preggy ketika itu, even diri sendiri pun tak tau jgk masa mula2 tuh walaupun dah nak masuk 3 bulan. *sedih*. I think i will blog about it later. Utk kenangan saya di masa depan. Walaubagaimanapun kehidupan harus diteruskan dan semoga dengan kehadiran tahun baru ini membawa sinar kebahagiaan kepada kita semua. InsyaAllah.
Ok ni sebenarnya baru nak warm up balik nak update blog setelah sekian lama ditinggal sepi. Baru2 ni kami sefamily keluar bergather-gather sempena meraikan harijadi akak aku yg sulung. Akak aku lahir awal tahun, aku lahir hujung tahun. Patutnya hujung tahun hari tu pun nak gather2 kat sefamily sambil
celebrate birthday diri sendiri tapi sebab masing2 pun tak available maka tak jadi lah program tersebut. * ingat senang nak kumpul sumer org satu masa. Kami berfamily gathering di Flora Cafe kat Ampwalk sana. Tempat adalah dipilih oleh birthday girl sendiri. Ok lets pics do the talking yer. Gambar aku main upload jer sumer kat sini, tak sempat aku nak pilih2 ker nak edit2.. memang tak koser..so sorilah adik badikku kalau gambar korang ada herot2 ke muka tak ready ker kat sini.. yg penting muka aku menten.. pui
kami semua
Memang ramai sbb akak aku jemput sekali ipar duai dia sekali. So, sekali harung jer.. tak yah nak celebrate byk kali. Hehe. Basically bukanlah sajer nak sambut birthday tapi more to family gathering jerlah. Akak aku memang suka wat makan2, biasa dia ajak makan2 kat rmh dia, kali ni mungkin dia malas nak kecah2 kat rmh dia almaklumlah anak dia pun dah semakin melasak. Dah setahun setengah pun budak kecik tuh.
dari kejauhan
yg ni anak buah aku Amni nama dia.. mata kemain bulat
mak with cucu dan menantu
Kami makan kat bahagian luar cafe, sbb bilangan kami yg terlalu ramai, tapi ok gak.. kat luar pun dorang deco cantik gak, kalau kat dalam lagi lah cantik, namapun flora cafe.. haruslah byk flora2nya.
Dan disebabkan agak lama utk kami menunggu makanan disiapkan maka sebagai mengisi masa lapang berselfie lah kami, tu lah punca terlampau byk gambar dalam entri ini.
nampak si kecik tu sibuk nak panjat tanggat - tulah dia Tihani anak akak aku
my jelly bunny
Kenapa jelly? sbb Inara suka lembik2kan badan dia, lentok kan badan kat kita, manja2 gitew.. tak macam Amni yg keras jer badan dia. Asal pegang jer dia tegakkan badan dia stret.
bagi main sudu dulu supaya tak boring menunggu
buku menu - harga boleh tahan cekik darah- tapi org nak belanja kita cekik je lah.. haha
Marissa si anak dara pakai sepit tapi cam nak tercabut
waiter tgh amik order. muka waiter macam ustaz Don
cermin mata baru kiteww... saya suka
Cermin mata pemberian suami sempena birthday saya hujung tahun lepas. Sekali-sekala kena kasi mata rehat kejap dari memakai contact lense. Dah berbelas tahun pakai contact lense hari2 sampai baru2 ni mata cam kena kena infection. Power pun dah semakin bertambah. Dah 200 lebih.. harus nak cuba lasik pasni.
adik makan biskut baby dulu yer
menunggu makanan tiba
menunggu dan terus menunggu
Nampaknya makanan saya sampai terlebih dahulu. Maka boleh lah makan, ai is lapar. Kang kalau tunggu yg lain2, makanan jadi sejuk dan terus hilang kick. So, sila makan lah dulu. Ok asben sila jaga anak dulu okey..
Mee udang
Pastu makanan datang berperingkat, mana yg dapat dulu teruslah makan. Yang tak dapat lagi sila lah telan air liur..haha.. tapi takdelah lama sgt pun. Gambar makanan2 yg lain takde pulak diambil.
Habis makan, borak2 kejap, pastu apa lagi sesi bergambar-gambar lah.
saya sekeluarga - Marissa nangis sbb dia tanak join tapi kena paksa gak
mother and doter
OOTD lah sgt.. baju baru, tali jam baru, kasut baru, spek baru, shawl baru.. puiii
cover perut nampak..hehe
Di depan Flora Cafe
Terletak di Ampwalk
Tapi takde lah ramai sgt org kat sini, sbb semenjak Great Eeastern Mall dibuka ramai yg dah beralih ke sana kot.
Inara main benda jurai2 tuh
Selfie kat cermin kat escalator
Ok lets bergambar bersama ahli keluarga yg lain.
my familia
pernah menjadi destinasi jalan2 cari makan
macam bersalji pulak nampak
mula2 marissa tak interprem.. ajak dia berdiri sekali dia tak mo, padahal dia ada kat tepi tu
dia tanak berganjak maka kami lah berganjak ke arah dia. dapat lah jgk gambar sama
all ladies
kalau tiba time gediks..
eh terselitt pulak gambar tgh makan kat sini
Ain yg dah darjah 5. Walaupun adik sebenar ada sorang tapi kena jaga 4 lagi adiks. Boleh harap sgt.
Ain
Adam
Org yg baju putih tu lah belanja makan
peace yo
kat dalam lift pun boleh
Ok bai nak balik dah. Memandangkan keesokan harinya adalah hari bekerja maka takdelah nak singgah mana2 sbb mcm2 kerja nak kea settle kan kat rmh. Kalau tidak memang panjang jer langkah memasing nak ke Pavillion. Sian makcik tak sampai2 gak ke sana.