Thursday, November 3, 2011

Dapat Hadiah

Akak aku memang pengumpul tupperware tegar. Kat rmh dia memang takde barangan plastik melainkan dari tupperware sahaja. Dan baru aku tau jgk yg tupperware ada jugak mengeluarkan botol susu bila mak long hadiahkan botol susu tupperware kepada Marissa.

kotak adalah cantik

taraa... hadiah tuk Marissa

Kemain excited Marissa dapat botol susu baru. Aku pegang sikit pun tak boleh. Ko tengok aku nak pinjam kejap jer letak atas meja, belum habis snap dia dah rampas dah botol susu dia tuh. Tu yg tangan dia interprem sekali kat gambar ni.

Set botol susu ini didatangkan sekali dengan satu bekas tuk menyimpan susu. Dua2 nya pun comel jer sesuai tuk anak2 dan mak2. Ini adalah botol susu Marissa pertama yg agak panjang sikit. Sebelum ni botol susu dia memang comel2 jer.. ala sekali minum pun takat 4oz jer... Lebih sikit confirm tak habis. Kalau guna botol ni, jawabnya separuh dari botol ni je lah susunya.

Bukan Marissa jer dapat hadiah, mamanya pun dapat jugak. Disebabkan aku pun dah start duduk kat rmh sendiri, akak aku hadiahkan dua bekas tupperware tuk isi bawang2 or kentang.

 tempat letak bawang/kentang/benda2 kering

Pasni kena beli bawang, kentang, dan barang2 kering. Bekas masih kosong lagi, sbb kat rmh pun bawang ada 5, 6 ulas jer... katanya rajin masak kan...heheh... tak.. aku memang beli sikit2 jer.. sbb pernah bawang sampai dah tumbuh pokok tau....

nway thank u to my sister.. semoga terus dimurahkan rezeki:)

4 comments:

AdanyaKauUntukku said...

akak pun tingin nak beli bekas bawang tu..

tapi sampai la nieH..
tak beli2..
sbb tak de ruang dah n ak letak..

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

InaAchik said...

kite dah lama teringin bekas bawang tu tapi bila tgk harga, terus prefer guna bekas dari kedai 2 hengget! hehehehe...
tunggu ada rezeki lebih sikit nak jugak bekas ni nanti... ;)

Irfa said...

akak pun dah jatuh chenta sapa tupperware..terus jadi ahli.skrng tengah mengumpul ..hehe

SURIA AMANDA said...

Deqna..anada di tag....jom masuk contest..senang jer..