Showing posts with label Bumbo Seat. Show all posts
Showing posts with label Bumbo Seat. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Turun-Temurun




Baju adalah baju kakak Marissa. Bumbo seat pun Marissa punya dulu. Untung anak no 2... mcm2 leh dapat. Untung gak yg no satu sbb serba-serbi dapat yg baru :p

Tapi walaubagaimana pun tiada bezanya kasih syg utk yg no. 1 dan no. 2. Sayang ketat2 Marissa dan Inara.

Inara dah pandai dah duduk sendiri dan tak koser pun dia nak duduk kat dalam bumbo seat tuh, tengok sampai melentik-lentik dia... Time Marissa dulu pun pakai kejap jer.. ok kita simpan utk yg ketiga pulak. InsyaAllah...


Thursday, October 28, 2010

Gelagat Marissa Dengan Bumbo Seat

Memang dah lama aku berhajat nak belikan Marissa bumbo seat nie. Tambah lagi sekarang ni dia tak suka dibaringkan. Yelah balik2 baring, baring, baring tgk syiling rmh atau kipas. Budak pun tau boring ok. Tu pasal kalau dia dok rengek2 time baring, dudukkan dia atau berdirikan dia. Terus diam.

Jom tengok aksi dia masa mula2 diletakkan kat bumbo seat tuh. Gambar pakai kamera phone jer. Malas nak tunggu asben kuarkan kamera dia. Aku dah tak sabar katakan.


Teruja dapat duduk sendiri







kemain eksen lagi muka bila duduk kat situ



alangkah berbeza saiz kerusi org dewasa dgn bayi



dari sisi




geram





Inilah hadiah sempena Marissa 5 bulan


" Thank u mama :)"
Dah lama lah aku dok survey bumbo seat ni secara online. Tapi kebanyakannya sumer dah sold out. Takde stok. Tgk gak kat littlewhiz hari tu, memang ada offer dan murah tapi takde stok. Dorang kata next week stok baru sampai.

Tapi dah nama mak ni kan memang lah kalau dah nak satu2 benda tu tak sabar nak nunggu. Kebetulan pulak masa jenjalan kat Sogo ternampak pulak bimbo seat ni kat bahagian baby. Padahal selama ni takde lah pulak. Since dah ternampak tu, terus lupa online, dan dan tu jgk terus rembat. Tapi harga memang jauh berbeza lah. Kalau aku sabar sikit mgkn leh lah save dalam RM100. Jauh beza tau. Aku tgk kat littlwhiz harga baru RM139.90 dengan play tray set. Harga kat Sogo RM249.90. Seat getah gitu jer pun harga kemain kan. Import katanya kan. Tapi takpelah dah aku yg tak sabar sgt kan.. so pejam mata sudah. Yang penting seat itu sudah menjadi milik anak dara aku.

Bumbo baby sitter

Apa kegunaan bumbo seat ni?
Bunbo seat membantu bayi duduk secara tegak. Boleh digunakan bila bayi boleh menyokong kepala mereka sendiri. Digunakan di atas kawasan rata dan selamat.

Sila layari http://www.bumbo.co.za/ utk penerangan lebih lanjut tentang baby seat ini.