Thursday, October 28, 2010

Gelagat Marissa Dengan Bumbo Seat

Memang dah lama aku berhajat nak belikan Marissa bumbo seat nie. Tambah lagi sekarang ni dia tak suka dibaringkan. Yelah balik2 baring, baring, baring tgk syiling rmh atau kipas. Budak pun tau boring ok. Tu pasal kalau dia dok rengek2 time baring, dudukkan dia atau berdirikan dia. Terus diam.

Jom tengok aksi dia masa mula2 diletakkan kat bumbo seat tuh. Gambar pakai kamera phone jer. Malas nak tunggu asben kuarkan kamera dia. Aku dah tak sabar katakan.


Teruja dapat duduk sendiri







kemain eksen lagi muka bila duduk kat situ



alangkah berbeza saiz kerusi org dewasa dgn bayi



dari sisi




geram





Inilah hadiah sempena Marissa 5 bulan


" Thank u mama :)"
Dah lama lah aku dok survey bumbo seat ni secara online. Tapi kebanyakannya sumer dah sold out. Takde stok. Tgk gak kat littlewhiz hari tu, memang ada offer dan murah tapi takde stok. Dorang kata next week stok baru sampai.

Tapi dah nama mak ni kan memang lah kalau dah nak satu2 benda tu tak sabar nak nunggu. Kebetulan pulak masa jenjalan kat Sogo ternampak pulak bimbo seat ni kat bahagian baby. Padahal selama ni takde lah pulak. Since dah ternampak tu, terus lupa online, dan dan tu jgk terus rembat. Tapi harga memang jauh berbeza lah. Kalau aku sabar sikit mgkn leh lah save dalam RM100. Jauh beza tau. Aku tgk kat littlwhiz harga baru RM139.90 dengan play tray set. Harga kat Sogo RM249.90. Seat getah gitu jer pun harga kemain kan. Import katanya kan. Tapi takpelah dah aku yg tak sabar sgt kan.. so pejam mata sudah. Yang penting seat itu sudah menjadi milik anak dara aku.

Bumbo baby sitter

Apa kegunaan bumbo seat ni?
Bunbo seat membantu bayi duduk secara tegak. Boleh digunakan bila bayi boleh menyokong kepala mereka sendiri. Digunakan di atas kawasan rata dan selamat.

Sila layari http://www.bumbo.co.za/ utk penerangan lebih lanjut tentang baby seat ini.

11 comments:

shuhadah Zainol said...

alololo....comelnye marissa tu... eeee....geram...

Softtouch [Hanim] said...

alahai comelnya marissa duduk...siap apkai hairband lagi..darissa xde pun bumbo seat nie..

misha.w said...

saye pon dh dok aim jek bumbo seat ni. tp tggu raisya 4,5 bulan lah. btw, kejap je marissa dh 5 bulan kan? geram tgk. makin comel! :)

nasaoji said...

cumei..cumei...nak carik gak, ek..hehe..

tp, konsepnya sama ngan tmpt duduk bg makan tu ke?..

riak muka pic 2 memang agak "belagak" dpt duduk...hoho..

bebudak gitu kot, sufi klu bg susu smbil dia duduk, siap kaki dia tu goyang2 lagi..cam org beso..

mama-syira said...

ha dah ada gambo. hehe akhirnya dapat yg diidam2kan (oleh maknya). sama pulak kaler ijo cam irfan punya. best tak dia dok dlm tu? k lah pasni senang nak wat keje. hehe

Mimy Hamid said...

nice la benda alah ni..gud info bebeh...aku baru tau fungsi dia

nora said...

la.. hai" sian nya nanny nengok marissa, dah pandai duduk tegak ye?.. suka nya nanny nengok walau apapun luv u rissha!!

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

kejap nye masa berlalu ek... tau2 je princess ni dah boleh duduk...
sonok la mummy dia tu... :D

NeenaAnuar said...

memang elok bende nie kann... senang budak cepat dapat bentukkan posture badan dia biler nak duduk nanti! :D

Fahreen_Fredo™ said...

deqna, bumbo seat neh memang reen dok usha gak.. ee nak beli jugak lah.. sian fahrin susah nanti nak makan kan?

err tengok kat website bumbo seat tuh dia boleh letak kat high chair ye? kalau nanti nak beli high chair tuh mane nak carik eh?

azzey said...

Deqna: geramnya tgk marissa duduk kat Bumbo Seat tu sambil pandang kamera!