The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Wednesday, November 24, 2010
Suka-Suka Dia Jer
Maka datang lah org tersebut utk buat ukuran sumer.
Lepas siap ukur2 maka kamipun duduk berbincang nak design camne dan bincang harganya sekali. Rasanya kami takdelah byk songeh pun. Kami ikut jer apa yg dia suggest.
Alih2 sehari selepas itu dia hantar msg kat asben. "Maaf En. Saya rasa saya tak dapat buatlah"
Pastu asben replied. "Maksud encik tak dapat buat utk bulan 12 ni atau tak dapat buat langsung?"
Pastu dia balas balik. "Tak dapat buat semua. Tapi tgk lah camne.."
Pastu bila asben try call dia, langsung dia tak jawab. Ni lah bukan nak kata apa, kalau berurusniaga ngan melayu cam nilah jadinya. Kita ni nak lah tolong melayu.. tapi...dorang ni nak meniaga, tapi tak kena gaya.
Langsung asben pun hantar msg kat dia. "Camnilah En. Z**saya batalkan saja urusniaga dengan En. Z**"
Hangen jer rasa dengan org ni tau. Aku kemain lah dah berangan dan excited. Tak pasal2 kena cari org lain pulak. Tapi takpe org yg lain ni tgk gaya lebih berkeyakinan dan profesional. InsyaAllah projek akan diteruskan. Alah projek kecil2 lan sajer.
Tuesday, November 23, 2010
Sebelum Kena Chicken Pox
Lepas jenjalan kat Taman Tasik Permaisuri tu kiterang terus pergi ke rmh in law. Rmh nanny Marissa lah. Kebetulan pulak, time2 kiterang sampai nanny & atuk Marissa tgh membaca blog ini. Dorang memang asal rindu jer, blog ni lah yg diterjah. Sambil tgk blog sambil tanya "budak2 ni datang ke tak hari nie?". Tup2 dah terpacul kiterang kat depan pintu rmh. Panjang umur org kata.
Lepak2 kat sana sampai malam. Dekat pukul 11 camtuh rasa cam nak kuar minum plak. Apa lagi, ajaklah segerombolan ahli kelorga sumer. Tgk Marissa pun cam behaved jer, tu yg tak fikir panjang nak kuar malam tuh.
Blogger lah katakan. Di mana2 pun mau amik gambar. Cam nanny Marissa, walaupun dia ada blog, tapi tak berapa tegar lah, tapi dia punya lah update baca blog2 kegemaran dia. Kadang2 aku pun tak tau yg isu tu tgh panas ke tak. Alih in-law aku yg tau dulu. Hehe.
Malam tu aku punya haus sampai dua gelas jus aku order. Jus mangga & mangga laici. Ais pulak tuh. Dah lah cuaca kat luar time tu pun hujan renyai2. Sebenarnya tak nak minum ais sbb bf Marissa kan, tapi ntahlah dah haus sangat. Yelah org kata kalau bf baby elakkan minum ais2 kang anak kena selesema pulak. Tapi alhamdulillah, Marissa tak kena selesema.... tapi...
... kena chicken pox. Huhu.
Tak taulah mana menjangkitnya. Pasrah. Yang kelakar, kebetulan masa kat restoran tu, ada sorang makcik tu (kawan MIL) tetiba jer nak dukung Marissa. Aku biasalah mula2 cam berat hati gak nak kasi, yelah org tak kenal ko.. tapi sbb fikir kang kecik ati pulak mak mertua aku. So, kasi jelah.
Elok makcik tu beredar, terus MIL aku kata "kang lap2 sikit pipi Marissa tuh, mama tak kenan betul dia pegang Marissa".. hahahahaha rupa2nya...
Tapi idaklah kami menuduh beliau penyebab Marissa kena chicken pox ini. Kerana sebelum tu lagi dah Marissa dah ada biji merah kat dahi dia, cumanya kiterang ingatkan kena gigit nyamuk.
Macam ni lah muka dia time makcik tu pegang dia. Muka takde perasaan. Puaslah diagah sikitpun tatak mau senyum.
Ingatkan Marissa mengantuk ke apa. Tapi barulah kami tau, mungkin time tu Marissa dah rasa tak sedap badan. Tapi anak mama memang kuat lah. Mama bangga dengan anak mama. Kuat menahan sakit.
Aku tau camne rasanya nak kena chicken pox ni. Rasa cam tak sedap2 badan. Kalau kita pun tak larat apatah lagi baby kan.
Sian anak aku. Kalau aku tau takdelah aku melepak keluar malam tuh. Malam tu Marissa tido cam biasa. Takde meragam, menangis ke apa.
Tapi bangkit2 pagi hari Ahad tu, biji2 merah semakin byk ditubuh Marissa.
Sunday, November 21, 2010
Marissa dan Bear Kesayangannya
Bear pink ini adalah first toy Marissa. Masa mula2 beli dulu Marissa blm pandai memegang lagi. Tapi sekarang bear pink itulah peneman dia. Nak tido pun senang. Kasi jer bear tu. Pastu nanti dia main2, polok2 pastu tak lama tu terus tertido. Sejak Marissa kena chicken pox ni, dia pandai tido sendiri. Takyah nak tepuk2 nak dodoi, tau2 sudah tido tapi dgn syarat dia dah minum susu. See chicken pox Marissa pun dan semakin baik.
Saturday, November 20, 2010
Jom Jalan-Jalan!
21 Nov 2010 (Ahad)
Waktu?
6:30-11:30am
Di mana?
Kuala Lumpur: Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa
Penang: Polo Ground, Jalan Sepoy Line
Kuantan: Padang MPK 1
Johor Bahru: Taman Sri Stulang
Penampang: Sports Complex Stadium
Kuching: Waterfront

Keterangan lanjut sila klik sini.
Best tau jenjalan ramai2 ni, ingat masa join terry fox run masa hujung tahun lepas. Sonok sgt. Walaupun Marissa time tu ada dalam perut tapi tidak menjadi halangan buat aku.
Pengganti Lisa Surihani
Dulu kan adalah aku main2 ajak dia masuk Mari Menari kalau ada next season. Pastu dia kata "boleh.. tu boleh tapi nanti Lisa jeles cemana? Shah menari ngan Lisa ok tak?''
Boleh... boleh blah!!!!!
Ok just for fun.... kiterang memang suka merepek2. Marilah kita berhibur dengan lagu ini yo!!
Friday, November 19, 2010
Baby and Toys Contest
Setiap pertandingan haruslah ada syarat2nya ye tak.. Syarat-syaratnya adalah seperti di bawah ini:-
1) Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia..
Bagi bloggers yang dok overseas, boleh join gak... tapi mesti ada alamat kat Malaysia(tak kira umah mak ker atau sebagainya)- DONE - alamat aku memang kat mesia
2) WAJIB jadi follower Dilazfamily
dan mesti letak blog dilazfamily kat bloglist anda utk update hadiah -DONE - tak pastilah follower yg ke berapa dah..
3) Mesti dan wajib buat satu entri pasal Contest ni..
Jangan lupa letak banner (Qistina) tue kat dalam entri & sidebar blog anda..
WAJIB ada link back ke entri nie tau.. -DONE
4) Upload hanya SEKEPING gambar BABY AND TOYS mereka..
(Terbuka kepada Baby berumur dalam lingkungan 0 hari - 5 Tahun)
Tak kesah samada Baby itu anak anda @ anak sedara @ anak jiran....
-DONE - nasib mintak sekeping jer.. ni pun jenuh aku cari kat hard disk.. nak amik gambar baru Marissa kena chicken pox...
5) Sila nyatakan sekali Nama Baby dan Umur Baby...-DONE
6) Akhir sekali, tag 2 rakan anda...lebih lagi baik
( kawan anda mesti tahu yang dia ditag tau) -DONE
7) Complete semua, tinggalkan komen di entri ini...
-DONE
Hadiah untuk Pemenang:
Bear dan Pin Kartun (Comel tau) - Menang kalah tak jadi hal..sbb memang saje2 nak masuk to have fun kan...
Pemenang:
2 Orang pemenang (Baby Lelaki dan Baby Perempuan)
(Dipilih secara cabutan bertuah oleh QISTINA) - "Qis nanti cabut gambar Marissa yer, nanti aunty belanja eskem" - giler bodek
Tarikh Tutup :
30 November 2010 - sempat lagi nie
Seperti dimintak oleh syarat2 di atas dengan ini aku nak tag dua org ibu2 ini utk join sekali contest ini.
mamafahrin with her baby boy & mama Darissa with her baby girl... dengan ucapan "jom kita memeriahkan contest ni jom"
Dan berikut adalah gambar yg dipertandingkan utk contest ini.
Marissa and her toys
Nama baby: Marissa Qaisara binti Shahrizal Ikhmar
Umur: 5 bulan 3 minggu
Membalas Komen
ok dikesempatan Marissa yg baru jer tido ni, dan aku pun belum ada idea nak buat entry apa2, kang balik2 entry chicken pox, tak pasal2 korang pulak berjangkit, baik aku membalas komen2 terkini dari kawan2 sumer. Walaupun aku tau, korang pun kadang2 tak hirau pun tuan blog balas ke tak ker kan.
Lepas abis balas komen, akan aku buat kunjungan hormat kat blog2 kawan sekalian pulak yer. Tapi bergantung pada si kecik ni lah. Dia bukan boleh aku takde kat sebelah dia sekang nie. Fuh semakin besar semakin panjang akal dia. Dia kan sambil tido pun leh celik sebelah mata, nak spot check kita ada ke tak sebelah dia. Kalau kita ada, dia akan sambung tido balik. Tapi kalau dia tgk org takde, otomatik terus dia menjerit. Bukan merengek hek hek hek.. tapi terus.. uwaaaaaa meraung cam kena apa tah..
Terima kasih kerana melawati blog ini! Blog yg memang tah ape ape jer kan.
Semakin Baik
p/s: still lah nak berkepit ngan aku. pantang tinggal kejap pun.
Sup Tulang
Tak de apa nak citer psl raya haji. Memang tak rasa raya sbb Marissa tak sehat. Tapi dpt dgr takbir raya cukuplah rasa kemeriahan terutamanya yg berada di tanah suci. Belum terlewat lagi nak ucapkan selamat hari raya aidiladha tuk kawan2 sumer kan.
Marissa tgh tido, ni baru berpeluang nak msk. Bukan apa, kalau dia jaga nak berkepit ngan aku jer. Ni pun seb baik dia tak jaga. Sbb biasanya dia tido kalau aku tido sama2 ngan dia. Pantang aku bergerak. Dia pun bangun sama.
Hari ni nak masak sup tulang daging korban hari tu. First time masak sup tulang harap menjadi seperti yg diidamkan.
Cepat Sembuh Ye Sayang!

Sebijik mcm aku kena 8 thn yg lalu. Penuh kat muka dan kepala. Aku tak kisah chicken pox tu keluar. Tapi tak leh tgk Marissa demam dan menangis tak selesa.Suhu dia tak menentu. Kejap naik kejap turun. Sempena raya korban, aku korbankan cuti2 aku utk menjaga dia. Tiada yg berharga melainkan dia. Doakan semoga Marissa cpt sembuh ye. Terima kasih.


