Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Amalan Kurang Tepat

Entry copy paste daripada blog susu terbaik.

Saya sering bertemu dengan ibu-ibu yang tidak begitu peka dengan amalan yang kurang tepat dalam penyusuan susu ibu. Antara amalannya adalah seperti menunggu sehingga susu penuh dan membengkak sebelum pergi memerah susu. Amalan ini dalam jangka masa panjang akan menyebabkan susu semakin berkurangan kerana apabila susu terlalu penuh, otak akan menerima maklumat bahawa terlalu banyak susu yang dihasilkan. Ini akan mengurangkan pengeluaran susu sedikit demi sedikit. Sekiranya amalan ini diteruskan, susu akan semakin berkurangan dan seterusnya menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang cukup.

Sekiranya ibu tersebut mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai penyusuan susu ibu, dia akan menambah kekerapan memerah susu dan mengambil pemakanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran. Bagaimana pun, malang sekali apabila ada juga ibu-ibu yang mengambil jalan mudah dengan menambah susu formula bagi menampung keperluan bayi mereka.

Selain itu, saya juga beberapa kali terlihat susu yang baru diperah diletakkan dibahagian beku (freezer) ketika di tempat kerja. Amalan ini tidak salah sekiranya anda berhasrat untuk menyimpan susu perahan untuk tujuan stok. Bagaimana pun, adalah lebih baik sekiranya susu perahan itu diletakkan di bahagian bawah (bahagian belakang) peti sejuk untuk kegunaan hari berikutnya. Ini adalah kerana, susu yang telah dibekukan ditempat kerja mungkin akan cair ketika dalam perjalanan balik ke rumah. Perlu diketahui bahawa seelok eloknya susu perahan beku yang telah cair perlu digunakan dalam tempoh 24 jam bagi menjamin kualiti dan nutrisi yang terkandung di dalamnya.


p/s: Hampir 9 bulan.. masih dan akan meneruskan breastfeeding journey ini.

Thursday, February 17, 2011

Pasang Kabinet

Actually, tak sangka jugak ramai yg bertanyakan aku pasal kitchen kabinet ngan wardrobe, ramai gak yg mintak contact number kontraktor yg buat kabinet itu. Ok entry ini khas utk mereka yg bertanya. Sebenarnya, aku ada jer jawab kat komen2 yg korang tinggalkan, tapi yelah ada jugak yg tak sempat nak baca balik kat ruangan komen tuh kan.

Sebelum itu aku nak citerkan sikit proses2 pemasangan kabinet2 itu. Baru aku perasan yg ada byk gambar masa kerja2 pemasangan hari tuh. Ok ni gambar kira2 2 bulan lepas yer. Sekarang ni dah tak rupa ni dah. Sekarang ni dah siap dan cantik dah. Hehe.

Mula2 dulu aku ingatkan dorang akan bwk seketul2 kabinet yg dah siap pastu dorang main lekat2 jer kat dinding. Rupanya aku silap. Kabinet2 tu sumer adalah bercerai-berai masa dorang hantar hari tuh.

masa memunggah dari lori

Ok kita mulakan dengan pemasangan kitchen kabinet terlebih dahulu yer.

Ini adalah rupa sebenar dapur sebelum pemasangan kabinet

Korang jgn salah sangka pulak tau. Kos pemasangan kitchen kabinet dengan table top in adalah berasingan yer. Table top ni aku buat masa aku tgh sarat mengandung dulu. So, jangan salah sangka pulak bila aku kata harga kitchen kabinet adalah lebih kurang 3 ribu, ianya tidak termasuk dengan table top ini yer. Bukan apa, kang korang panggil brother tu buat kitchen kabinet kat rmh korang pastu dia charge mahal korang salahkan aku pulak. Tapi aku suggest kalau rmh korang atas tanah better buat table top konkrit ni siap2, sbb tahan lasak sikit lah. Boleh nak tumbuk sambal belacan ke apa ke kat atas tuh.

bila dah pasang pintu, laci dll, barulah jadi mcm ini


proses cantum2 kotak2 itu dan lekatkan kat dinding

3g glass door


proses memasang

tak ketinggalan nak gambar sama

Brother baju hitam tulah kontraktornya. Dialah bos, dialah kuli. Abg ni dulu bekas engineer tapi berminat dengan seni rekaan dalaman.

ukur mengukur utk mendapatkan ukuran yg tepat

yg penting plan mesti ada

Ok, kita tinjau pulak kat bilik tidur pulak.

bahagian2 kabinet yg masih belum dipasang


gambar sebelum

gambar selepas

dah pernah publish dah gambar ni kat entry sebelum ni

Tapi masa tu dressing table belum siap letak cermin dan laci. Nanti bila dah siap susun2 barang sumer aku tunjuk lagi ye. Isy apa ke kerja nak menunjuk ajer?? bukan tunjuk tapi kongsi.

Shah & Shah

So, korang kalau berminat nak buat kitchen kabinet ker, wardrobe ker apa2 jenis kabinet pun korang boleh lah contact ngan brother ini directly di talian 012-3728709. Namanya pun Shah jugak yer. Korang kasi address ni nanti abang ni datang rmh korang wat ukuran. Pastu nanti dia akan drawkan plan beserta dengan quotation.

Selain itu korang jugak boleh lawati blog jendeladapur.blogspot.com. Tapi tak sure lah berupdate ke tidak. Yelah dah tu dia jer yg buat sumer benda kan, kerja ukur, kerja pasang, kerja lukis, sumer dia buat. "en. shah kalau tak sempat nak update blog meh sini saya tolong updatekan nak?"

payment time

Eleh gelabah pulak nak tayang gambar pegang duit pulak kan.. Hehe. Bukan apa aku nak gitau, abang ni prefer segala bentuk pembayaran adalah dalam bentuk cash. Cek pun boleh, tapi dia tak berapa favourlah. Nak online payment rasanya ok kot. Kredit kad tidak diterima apatah lagi easy payment yer. Oh ya, mula korang bayar separuh pastu bila dah siap kerja sumer korang bayar lah balance tu. Ok harap korang clear yer..

Lagi satu kalau korang nak cakap aku or asben aku yg rekemen pun cakaplah. Aku tak terima komisen apa2 pun. Cumanya yelah, mana tau bila korang sebut nama kami korang dapat harga murah. Lagipun apa salahnya membantu kaum bumiputra berniaga kan.

Wednesday, February 2, 2011

Krisis di Mesir

Baca kat paper ngan tgk kat tv cam takde pape sgt.. rupa2 nya..

Ini adalah entry copy paste daripada email yg aku dapat.


Krisis sebenar darurat di Mesir - SERIUS

Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes "prison break" terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

Source : forwarded email

Friday, January 14, 2011

Minum Air Banyak-Banyak

Ini adalah botol air aku


Setiap hari (waktu siang) aku target utk menghabiskan 2 botol air. Kalau tak dapat 2 botol at least 1 botol aku mesti abiskan. Tapi memang penat sikitlah asik2 nak jumpa Mr. Tan. Kenal tak sape Mr. Tan? Ala.. Mr. Tandas lah. Eh silap patutnya Ms. Tan. Sbb tandas pompuan kan. Hehe. Azam tahun baru ni memang aku cuba tuk minum air byk2 tambah lagi aku kan bf anak. So, takdelah rasa kering sgt kan. Tapi memang byk khasiatnya kalau kita minum air.

Meh baca artikel ni yer. Baca tau. Baca sampai abis. Kalau malas baca aku kasi summary jelah :- Minum air kosong/putih byk2 sbb byk khasiatnya dan jangan minum minuman ringan kerana byk keburukannya.

***************************************************************************************


MANUSIA tepu dengan air. Bunyinya pelik tetapi hakikatnya kita memang memerlukan air bersih yang banyak untuk terus hidup sihat bertenaga. Sebanyak 60 peratus hingga 65 peratus daripada tubuh manusia diliputi air manakala tisu dalam otak pula mengandungi 85 peratus air.

Badan manusia boleh bertahan sehingga empat minggu tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup tiga hari tanpa air. Air berperanan sebagai pengangkutan nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan dalam sistem badan. Tenaga seharian bergantung kepada air dan kekurangan air penyebab utama kepada keletihan, khususnya di siang hari. Badan memerlukan sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi memastikan sistem badan berfungsi dalam keadaan yang optimum. Selain itu, air berperanan sebagai pembantu diet, pengurang lemak badan dan juga mengurangkan pengumpulan sodium dalam badan. (hah kan senang nak diet minum air je pun tau)

Minum air yang mencukupi dapat membantu mengubati alahan, asma, kemurungan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala dan keletihan. Di samping itu, lapan hingga sepuluh gelas air sehari akan dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi.

Memang banyak khasiat air bersih atau lebih ramai memanggilnya air kosong, air putih, namun masih ramai yang lebih gemar minum minuman soda, malah, berlebihan.

Laman Konsumer Kini memetik satu kajian, yang mendapati kebanyakan rakyat di Malaysia tidak minum air mencukupi, sehingga mereka mengalami dehidrasi. Sebenarnya, penurunan dua peratus air dalam badan sudah cukup untuk menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek, masalah untuk matematik asas dan tidak dapat menumpukan perhatian.

Menurut kajian, minum lima gelas air sehari, dapat mengurangkan kadar kanser kolon sebanyak 45 peratus, kanser payu dara sebanyak 79 peratus dan kanser pundi kencing sebanyak 50 peratus.

Secara purata di Malaysia, pernah dilaporkan, sebanyak 1,000 tin minuman ringan diminum pada setiap minit! Dalam masa 10 tahun saja, keperluan minuman ringan bagi remaja dan kanak-kanak pula meningkat dua kali ganda.

Bahan aktif dalam minuman ringan adalah asid fosforik yang mengganggu penyerapan kalsium dan menyebabkan gigi dan tulang reput.

Isu utama dalam minuman ringan ialah kandungan gulanya yang amat tinggi. Satu tin minuman ringan mengandungi 10 sudu gula dan 150 kalori. Gula meningkatkan tahap insulin yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kolesterol, penyakit jantung, kegemukan, diabetes dan pelbagai kesan buruk yang lain.

Syarikat minuman ringan juga dilaporkan menggunakan gula buatan seperti ‘aspartame’ sebagai pengganti gula. Terdapat 92 jenis kesan buruk disebabkan oleh penggunaan ‘aspartmane’ termasuk seperti kanser otak, diabetes, kecacatan, epilepsi dan kemurungan.

Selain kandungan gula tinggi dalam minuman ringan, kandungan kafein juga tinggi sehingga 30 miligram (mg) hingga 55 mg dalam satu tin. Kafein yang berlebihan berpotensi menyebabkan insomnia, tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak selaras, kolesterol dalam darah yang tinggi, kehilangan vitamin dan mineral dalam badan dan boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.

Di samping itu, minuman ringan juga mengandungi banyak perisa dan pewarna yang tidak memberi manfaat kepada tubuh badan.

Ringkasnya, minuman ringan adalah sebab kepada banyak jenis penyakit. Minum minuman ringan juga menghilangkan selera untuk makan sayur-sayuran, protein dan makanan lain yang diperlukan oleh badan.



Source: Forwarded e-mail

Wednesday, December 15, 2010

Kemudahan Lactation Room

Sesungguhnya usaha murni aku nak menyusukan anak mungkin payah sekiranya tiadanya kemudahan lactation room. Bersyukur sbb tempat kerja aku concern tentang perlunya kemudahan ini. Secara tidak langsung ia menggalakkan ibu2 yg berkerjaya utk terus menyusukan anak walaupun tamat tempoh berpantang.

Sudah lama tidak pampang wajah syok sendiri. So, dimulai dengan gambar tuan blog. Tapi dah jadi mak2 ni rasa kekok pulak nak bergedik di dpn kamera. Gedik kan? hehehehe



kat depan cermin dalam bilik laktasi



2 bilik sebelah menyebelah

So far, memang ramailah kawan2 yg menggunakan kemudahan bilik ini. Bilik pun ada 2 ajer, maka kenalah bergilir2.


kemudahan peti ais

Utk menyimpan EBM. Masa mula2 dulu bila tgk kat dalam peti ais ni jeles jer bila tgk botol kawan2 yg penuh2 belaka. Tapi itulah pembakar semangat aku utk terus gigih dan gigih.

Air panas & air sejuk

Kalau rasa haus boleh lah terus minum. Tak yah nak bawak botol air. Pastu kalau rasa nak cuci2 peralatan ngan air panas amik jer air dari situ.

Kemudahan sinki, suis & plug

Sekarang pun ramai yg pakai electric pam jadi memang perlukan kemudahan ini. Nak cuci tangan, botol atau perkakas lain juga mudah. Semuanya boleh dilakukan di situ.


Kerusi

Tentulah kena ada kerusi. Barulah lengkap. Sangat selesa dengan kemudahan yg disediakan. Tidak cukup itu saje, malah ada juga disediakan bahan2 bacaan sesuai dengan pembacaan ibu2 sekalian.

Oh ya, lupa pulak camne caranya aku menguruskan EBM yg aku perolehi. Ok contohnya hari tu aku dapat 4 botol x 4oz. 3 botol akan digunakan fresh (tanpa dibekukan) utk kegunaan hari esoknya. Yang lagi satu botol aku simpat kat freezer tuk dijadikan stok. Pastu aku amik pulak satu atau dua botol EBM yg sedia beku utk disertakan sekali utk bekalan esoknya. Means susu takdelah disimpan lama sgt kat freezer. Sentiasa bertukar. Korang paham tak. Harap paham lah yer.

Ok, takat ni jelah entry pasal laktasi buat masa ini. Jumpa lagi di lain siaran.

p/s: Support daripada suami juga adalah amat penting dalam penyusuan susu ibu ini.

Tuesday, December 14, 2010

Tips Macam Mana Nak Banyakkan Hasil Perahan.

Ok rentetan daripada entry ini.

Tapi sebelum tu ingin aku tekankan di sini bahawa aku ni tidaklah hebat tuk membicarakan pasal isu2 laktasi ini. Tapi sekadar nak berkongsi sedikit pengalaman tu boleh lah. Aku tau korang yg baca ni pun lagi jauhlah lagi hebat daripada aku. Aku ni pun kiranya pengalaman pertama lah. Yelah anak pun baru sorang kan.

Dalam istilah laktasi, susu ibu yg diperah dipanggil SIP dalam bahasa penuhnya Susu Ibu Perahan. Dalam bahasa Inggerisnya pulak EBM. Bahasa penuhnya pulak Expressed Breast Milk. Dulu2 aku tak reti apaker EBM EBM yg diperkatakan. Kalau salah sila perbetulkan yer.

Ok, aku tak nak lah sentuh kena makan apa, ubat ker apa ker atau apa2 yg sewaktu dengannya jelah. Korang nak makan apa, makanlah asalkan berkhasiat sudah. Cam aku pun takdelah mengamalkan makan apa2 pun. Sumernya pun aku bedal sajer. Cumanya hari2 aku minum soya organic. Selain tu aku gak suka jer minum susu Dutch Ladi berperisa cokelat & strawberi. Yang ni dari pregnant pun aku suka je minum.

Dulu2 aku pernah terfikir nak makan pil utk bykkan susu. Sbb rasa cam down jer bila tgk botol susu tak sampai pun 4oz (sebelah). Tapi bila tgk org punya EBM kat lactation room ofis bukan main penuh2 botol susunya.

Tapi dulu walaupun tak byk EMB dalam satu sesi, tapi tetaplah aku sampaikan target aku nak byk mana. Contoh aku target nak 12 oz. Maka aku kerapkan waktu pengepaman. Kena rajinlah. Siang buat, malam pun buat. Memang tak leh malas2 lah. Abistu kalau malas anak aku nak makan apa. So gigih.

Tapi sekarang, Alhamdulillah semenjak aku amalkan pengepaman yg konsisten dan teknik2 yg aku baru realized, hasil EBM memberangsangkan.

Sekarang ni kalau ikutkan every 4 atau 5 hrs aku mengepam. Waktu siang pukul around 11 pagi dan pukul 4 ptg. Malam pulak, kalau tak keletihan kul 9mlm aku pam lagi. Lepastu pagi sebelum siap bekerja aku akan pam lagi. Kalau kat rmh aku akan pam semasa breastfeed direct kat Marissa. Kalau kat rmh kalau nak pam sesaje macam takde let down pulak. Tu yg kena wat sekali tuh. Tapi kalau kat tempat kerja boleh pulak.

Org kata jugak jenis2 pam jugak mempengaruhi hasil EBM. Tapi aku rasa takde lah sgt kot. Yang penting tu teknik. Teknik mesti ada. Macam aku, aku hanya pakai pam Spectra 3 jer. Takdelah harga pam beribu raban, tapi Alhamdulillah, anak aku dari lahir sampai sekang masih kenyang dengan EBM aku.

Ok apakah skillnya itu? Ala.. takdelah skill apapun sgt. Aku rasa korang pun sumer tau kot. Entah2 aku ni jer baru tau. Ok, susu ni kadang2 dia takleh nak kuar camtu jer. Dia mesti ada rangsangan. Kadang2 breast ko kemain lah engorge tapi perah2 susu keluar ciput jer.

So, utk memastikan susu keluar dengan lajunya cam air paip, sebelum mengepam klu rasa cam nak let down tu amik masa lama sgt, apa kata korang cuba buat rangsangan kat ur breast & ur nipple. Korang pasan tak bila baby hisap kejap jer susu kuar kan.. sbb hisapan baby tu lagi power daripada hisapan pam kan. Itu pasal lah korang kena play2 with ur nipple dulu (sudah bahasa aku cam apa tah, nak cakap bahasa direct cam tak berapa sopan pulak). Korang picit2 ker tekan2 ker. Suka hati korang lah.

Ok biasanya mula2 pam tu susu akan kuar ngan laju lah kan. Pastu lama2 cam jadi sikit2 dan pelan2. Aku bila dah pelan2 rasa cam dah tak syok lah. Nak tunggu cam lama jer. Bila dah slow atau susu cam dah tak nak kuar, korang janganlah dok tala gak pam tu kat breast. Kalau cam tu tak kuar nya pun susu tuh. Lagi sakit korang punya nipple adalah.

So, bila dah macam tuh, korang ulang balik langkah masa mula2 korang nak pam tuh. Urut balik & play2 with ur nipple. InsyaAllah, susu akan kembali laju keluar.

Jadinya takyahlah korang bertapa lama2 kat dalam lacation room tuh. Paling kurang dalam 15 dah siap tuk mendapatkan hasil at least 8oz.

Tak percaya? Cubalah. Pastu kongsikan pengalaman korang yer. Ok ke tak ker. Kalau tak ok jangan salahkan aku yer. Kita ni maknusia memang berbeda. Hehehe.

Sekian. Diakhiri dengan gambar stok susu yg terlatest. Kalau org lain stok puluh2 lah, tapi aku dapat 11 - 12 botol pun dah terbaik dah.


EBM yg dibekukan

p/s: Saiz breast pun tidak menentukan hasil EBM yer. Kelakar tau bila org tanya anak minum susu apa? Bila kita jawab breast milk. Terus org mengerling ke arah breast.

Friday, December 10, 2010

Taktik Merogol Sekarang

Pesanan penting untuk semua wanita yg pergi kerja, kolej atau sekolah sendirian. Jika anda terjumpa budak kecil sedang menangis atas jalan, yg memberi anda alamatnya dan meminta anda agar menghantarnya ke alamat tersebut.. Sila bawanya ke balai polis. Tak kira apa yg anda mahu lakukan. Jangan bawanya ke alamat yg diberikan. Ini adalah taktik baru utk merogol wanita & merompak. Sila forwardkan msg ini kepada semua rakan agar mereka boleh memberi tahu maklumat ini kepada rakan2 dan ahli keluarga mereka. Terima kasih. Daripada ASP Ahmad Kumar D9 Bukit Aman.

Source: SMS yg diterima malam tadi

Monday, November 29, 2010

Entry Copy Paste Pasal Susu Ibu

Dicopy dari sini.

Baru-baru ini seorang rakan sekerja merungut kerana susu tepung naik harga hampir 10%. Saya sungguh bersyukur kerana dengan bermodalkan sebuah pam manual Avent yang dibeli lebih dua tahun lepas saya berjaya menyusukan kedua-dua anak kesayangan saya.

Bukan faktor kewangan saja yang menjadi ukuran sebenarnya. Kalau diikutkan penyusuan susu ibu memerlukan bermacam pengorbanan. Pengorbanan dari segi masa tidur. Maklumlah kalau menyusukan bayi tentu tak boleh bertukar tempat berjaga dengan suami untuk membancuh susu bila si kecil dahaga di tengah malam. Apa lagi kalau yang co-sleep dengan bayi, nak bermanja-manja pun susah.

Waktu rehat tengah hari di tempat kerja pulak terpaksa berkejar cari stor atau meeting room untuk sediakan stok esok hari. Lambat perah alamatnya membengkak la jawabnya. Suami pun terpaksa berkorban juga. Tak sedikit wanita bekerjaya yang tidak memilih menyusukan bayi mereka sebab takut badan tak lawa. Payudara jatuh. Takut suami cari lain. Sedangkan orang lelaki, dapat isteri cantik jelita pun nak pasang dua juga. Lumrah alam.

Mungkin kerana semua pengorbanan inilah, Islam mewajibkan seorang anak menghormati ibunya sebelum ayahnya. Bagi suami, hargailah pengorbanan isteri. Walau pun susu ibu tu FREE, masih terlalu sedikit wanita di Malaysia ni yang menyusukan bayi mereka sepenuhnya sehingga 2 tahun. Masih ramai yang masih mengagungkan susu Formula yang semakin mahal harganya.

Byk info yg boleh didapati dari blog ini. Sila2 lah..

Saturday, November 20, 2010

Jom Jalan-Jalan!

Pada sape2 yg free esok, boleh lah join World Walking Day anjuran Nestle nie. Bawak suami, bawak isteri, bawak anak dan bawak semua. Penyertaan adalah percuma. Ada t-shirt dan breakfast percuma.

Bila?
21 Nov 2010 (Ahad)

Waktu?
6:30-11:30am

Di mana?
Kuala Lumpur: Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa
Penang: Polo Ground, Jalan Sepoy Line
Kuantan: Padang MPK 1
Johor Bahru: Taman Sri Stulang
Penampang: Sports Complex Stadium
Kuching: Waterfront





Keterangan lanjut sila klik sini.

Best tau jenjalan ramai2 ni, ingat masa join terry fox run masa hujung tahun lepas. Sonok sgt. Walaupun Marissa time tu ada dalam perut tapi tidak menjadi halangan buat aku.

terry fox run 2009

So mohlah kita ramai-ramai sertai World Walking Day ini esok!

Wednesday, November 10, 2010

Minum Soya

Marissa minum susu boleh tahan byk sekarang nie. Yelah umur makin bertambah, pastu masih belum start makan solid food lagi, so haruslah kasi dia minum susu lebih sikit. Sekarang ni setiap botol dia aku dah up ke 4oz. Kalau letak 3 -3.5oz memanglah dia tak puas. Tak dilepas2 botol susu tuh.

Memandangkan satu hari aku kena bekalkan dia 5 botol susu x 4oz atau lebih utk kegunaan di siang hari, maka aku kena extra work hard. Yelah kan ingat senang nak dapat 20 oz sehari. Kalau malas memang tak dapat lah. Selain mengerapkan waktu mengepam, aku jugak sekarang ni mengamalkan minum soya tiap2 pagi.


Organic soya

Soya ni pun member yg tolong belikan secara on line kat MLO. Kiterang memang selalu bertukar2 pendapat pasal breastfeeding nie. Harga tak mahal, adalah dalam RM15 kot.


soya siap

Senang jer nak wat air nie. Bubuh air panas or air sejuk pastu kacau2 jer. Pastu dah boleh minum. Tak yah nak bubuh gula. Tu yg ketul2 tu takpe.. kunyah2 jer.. sedap.. rasa taufu fa. Mula2 minum air ni ada rasa pelik sikit lah. Yelah biasa minum soya cam manis2 gitu. tapi soya ni rasa tawar jer. Tapi lama2 rasa sedap jer minum soya nie. Purely rasa soya.

Hasil lepas minum soya nie? Alhamdulillah agak menggalakkan. Padahal kan produktivi susu ni sumer bergantung pada mindset sendiri. Kalau rasa byk, byk lah dia, kalau rasa sikit, sikit lah dia. Biasalah kita ni kan saikologi, sama macam bila makan ubat nanti sehat, sama gak cam minum soya ni. Tapi secara tak langsung ia membantu jugak lah.

Selain mengamalkan minum soya, aku jugak mengamalkan minum horlick. Horlick minum kat rmh. Tapi kat rmh bukan akulah yg bancuh, bapak Marissa yg tolong bancuhkan. Dulu masa ngandung dia tolong bancuhkan susu anmum, sekarang dia tolong bancuhkan horlick pulak. Well, aku tau sumer apa yg dia buat tu sumer utk anak dara dia tulah. Tq asben sbb kasi 100% support utk breastfeed anak. Walaupun masa mula2 dulu kami berdua tak terfikir pun nak menyusukan anak secara ekslusif. Syukur kerana dibukakan hati utk serius dalam penyusuan ini. Rasa cam nak wat lah entry pasal my breastfeeding journey. Tapi.. alah bukan hebat sangat pun aku nie...Apapun ibu2 kat luar sana sumer menjadi pembakar semangat aku. Tq ibu2 sumer!

Wednesday, November 3, 2010

Baby Susu Ibu

Asal jumpa org tanya minum susu apa. Alhamdulillah rezeki Marissa menikmati susu ibu sepenuhnya hingga ke hari ini. Susu ibu memang tidak dinafikan kebaikan2nya. Walaupun ada gak segelintir yg menafikannya. Alhamdulillah Marissa takde allergi dan tak de masalah ruam. Ya, kajian membuktikan bayi minum susu ibu memiliki kulit yg sihat.

Ok entry ni bukan nak promote anak ke apa. Tapi nak promote tentang susu ibu. Kenapa susu ibu? Sila klik sini. Actually byk lagi sources berkaitan susu ibu ini.



si bulat saya



mata sinar2

"Buat pembaca blog mama saya, Marissa nak hadiahkan satu senyuman tuk anda semua. Terima kasih yg membaca, terima kasih pada yg meninggalkan komen. Mintak maaf jugak sbb mama saya jarang2 balas komen. Bukan mama tak suka, tapi mama sibuk jaga saya".

senyum sipu2

Thursday, October 21, 2010

Tentang Kasih Sayang

Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca-pembaca yg budiman.

Hari ini saya ingin membicarakan tentang kasih sayang. Kasih sayang ibu kepada anak dan kasih sayang anak kepada ibu. Eh! Amacam lain benar betuk penulisan aku hari ni nie? Isy.. skema giler.. ni kalau laki aku yg berblog mukin rupa gini lah bentuk penulisannya.

Ok hari ni aku share satu perkara ngan kengkawang sumer. Perkara yg menyentuh hati nurani aku. Nurani....ko lambang cinta... eeh..eh.. teringat pulak lagi esya dulu2..

Gini citernya. Pagi tadi seperti biasa aku menaiki komuter. Dari mana ke mana dirahsiakan atas faktor2 keselamatan. Ptui.. apa ingat artis kah? Oh ya ada reader tanya aku naik train mana.. ok for info aku amik train laluan Rawang - Seremban. Ada antara kamu2 yg sama hala dgn saya? Sila senyum kalau kita berselisihan yer.. Kalau termasam mencuka tu korang pun pahamlah kan... stress lah tuh.. sbb asek tak dapat naik sbb penuh, ataupun sbb kena tolak dengan org ataupun nasib tak baik sbb kena tendang ngan org cam hari tuh.

Dah.. dah tak yah nak citer panjang2.. stret to the point sudah..

Ok cam gini sebenarnya. Biasalah kalau dalam train tu kalau berdiri memang tak buat apa lah. Sambil dengar radio pakai earphone sambil tgk2 org. Kalau duduk tu leh lah lelap kejap. Tapi kalau time berdiri pun kadang2 leh terlelap jugak kalau dah mengantuk sangat.

Aku berdiri kat betul kat depan sorang ibu dan anak. Anak kira masih baby lah. Kat depan aku ke kiri sikit pulak pun ada sepasan anak dan ibu jugak. Tapi anak dah besar lah. Dah anak dara.

Ada sesuatu yg menarik tentang mereka.

Ibu dan anak kat depan aku nampak biasa jer. Seorang ibu yg mendakap anaknya penuh kasih sayang. Yang si anak pulak elok jer duk diam2 kat pangkuan ibu dia. Tapi budak2 kan lama mana sangat dia leh duk diam. Tak lama tu si anak mula gelisah. Tapi tak nangis. Mungkin nak susu. Sambil tu aku tgk jugak lah kot mak budak tu ada bawak botol susu atau tidak. Takde. Tak lama tu nampak mak budak tu ejas2 baju dia. Rupanya dia nak susukan anak dia. Breastfeed. Diulangi.. breastfeed ok.

Berapa ramaikah antara kita2 yg berani nak menyusukan anak di tempat terbuka seperti itu? Dah lah train pun leh tahan sardin nya. Yelah kalau nak fikirkan ko nak tetiba tunjuk tet kat org ramai tetiba. Takde kan?? Tapi baby punya pasal apapun boleh. Aku tengok takdelah pelik. Yelah dah mak mak kan. Mungkin ada org lain yg akan rasa janggal. Org yg rasa janggal itu mungkin dia takde anak lagi, ataupun tak kawen lagi. Tapi pada aku takde apa yg janggal pun. Tu sumer lumrah alam. Menyusukan anak. Bukankah kerja mulia? Mengenyangkan anak sendiri. Tapi aku rasa aku belum berani to that extend lah menyusu di tempat terbuka. Tapi apapun, tempat terbuka ker, tempat tertutup ker tujuannya adalah satu memberi keselesaan dan mengenyangkan anak. Ia jugak menandakan kasih sayang seorang ibu terhadap anak yg tidak berbelah-bagi. Aku kan bila tgk org tu susukan anak, terus teringatkan anak sendiri ok. Terasa dan dan tu jgak nak susukan anak.

Ok kisah ibu dan anak yg lagi satu pulak. Nampak si anak sgt mesra. Sgt mengambil berat tentang ibu dia. Mereka duduk bersebelahan. Si anak mengusap wajah tua ibunya. Sambil tu berbual-bual mesra. Tak lama tu, mungkin ibu berasa mengantuk. Si anak menyuruh ibunya meletakkan kepala di atas bahunya. Cam lentokkan kepala kat atas bahu lah. Korang paham tak? Sila imegin kan yer kalau nak mendapat kesan mendalam dari cerita aku nie.. hehe. Sambil mak dia terlentok kat bahu dia, tangan dia peluk erat bahu mak dia. Macam ibu menidurkan anak, tapi ni anak menidurkan ibu. Fuh so tacing ok... Ko ado nak peluk2 mak ko cam tuh?

Ooooo alangkah indahnya dunia ini. Penuh dengan rasa kasih dan sayang. Marilah kita sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Tuesday, May 4, 2010

Menderma Dara

Mari kita saksikan ceritera bergambar mengisahkan kisah seorang anak yg duka nestapa kerana ibunya batoook..kasihan sungguh dia pergi mendapatkan obaaatt... eh tak tak.. sori merapu sebentar.

Ini adalah kisah menderma dara. Eh darah lah. Dara mana leh derma2 kan. Kih kih kih.

Abis dari check-up kat PMC tu kami ke Pasaraya The Store yg berhampiran. Kebetulan pulak hari tu ada kempen derma darah yg dianjurkan oleh St John Ambulance. Asben apa lagi, dia memang suka derma darah nie. Aku mula2 cam tak restu lah, giler kedekut darah aku nie, tak tak.. sebenarnya aku malas lah nak menunggu kat situ, sbb aku dah penat. Tah apa2 lah..tapi fikir balik pesal lak aku nak halang2 laki aku wat kerja2 murni ni kan...


Mula2 kena isi borang

Kat borang tu kena isi lah butir2 lanjut org yg nak menderma. Kena lah letak kot ko ada sakit apa2 ker kan.. Yelah memang lah niat murni nak menderma, tapi agak2 lah kan, kalau dah sakit kronik cam HIV ker apa ker.. tak yah lah derma. Kesian lak kat org lain nanti.


Lepas isi borang, kena check pulak darah jenis apa. A ker, B ker, O ker? Aku jenis darah A+. Laki aku pulak jenis darah O. Ada korang kesah? hehehe.


Kena timbang berat dulu

Cerita pasal berat nie.. sob sob sob.. pesal lak aku nak sedih2 pulak nie? takde.. selama ni laki aku adalah berat daripada aku. Tetapi kini tidak lagi :( aku telah mendahului 2, 3 kilo dari dia. Konpom dia dah takleh nak angkat aku lagi dah..

Kena cucuk kat hujung jari

Ala cucuk sikit jer, cuma nak pastikan betul ke tidak jenis darah seperti yg tertera kat dalam borang tuh.

Beraneka jenis darah? Beraneka?

Ingat dorang nak amik darah korang sewenang2 jer ker? Macam2 step kena wat dulu. Kena screening dulu.

Pastu kena check bp pulak oleh Doktor yg bertugas.

check bp

Bila sumer dah selesai, barulah proses2 mengambil darah dijalankan. Asben aku sukalah kan.. apa taknya misi2 yg bertugas comel lote kan. Gedik kan dia.

Start mencucuk

Mak aii.. sikit punya besar jarum dia tuh. Aku nak amik gambar ni pun gigil2 tau.

Mula menyedut darah


ceh kontrol lah tuh.. maklumlah misi2 kan ramai

Tak sampai 10 minit, proses menyedut pun selesai.


Dapatlah satu beg
Sebagai penghargaan, dapatlah sekeping sijil. Dan cam biasa lepas tu dapatlah dijamu dengan minuman dan makanan ringan utk mengembalikan sedikit tenaga.


"i feel good"


Byk lagi yg kosong

Ramailah jugak yg menderma darah pada hari tuh. Baguslah masing2 perihatin di atas keperluan org2 yg memerlukan.
Cik Misi yg bertugas

Cop gambar misi ni bukan aku yg amik. Aku tak reti nak amik gambar org yg tidak dikenali. Kang kena marah tak pasal2 pulak kan.. Nak mintak izin pun aku tak reti. Gambar ni asben yg amik. Katanya kena kasi gak penghargaan kat misi2 yg bertugas, padahal cam lah aku tak tau.. dia nak gak menggediks kan..
Eh tak tak.. asben aku baik, aku jer tuduh2 dia.

03-6277 2911 / 03-3371 5005

In case of emergency boleh lah contact St John ambulance seperti nombor yg tertera di atas. Ni org St John lah yg suruh.

Akhir kata, jangan takut jarum. Menderma darah tidaklah sesakit seperti yg dibayangkan. Ceh anggap jelah cam aku pernah derma darah yer. Padahal belum pernah lagi lah.