Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

Aktiviti Riadah Sempena Cuti Kemerdekaan

Sebenarnya dalam proses utk mengupdate pasal raya. Tapi sbb byk sgt gambar yang nak dimasukkan kat satu entry maka lambat sikitlah utk dipublishkan.

Ok ni citer masa cuti merdeka hari tu.Cuti 3 hari tu tak gi cuti mana2 pun, duduk rmh jer, tapi kalau klu duduk rmh saje pun boring gak kan... sian budak2, maka bawaklah dorang gi main2 kat Tasik Perdana.

Ajak anak2 buah aku sekali; Ain dan Adam. Marissa dan Inara pun happy lah kakak dan abang pun join sekali. Aku pun happy gak, sbb senang sikit kerja aku aku sikit sbb ada org tengok2 kan budak2 berdua tuh.

Siap berkhemah bagai

Marissa pun bawak basikal dia

Puas sikit dia nak mengayuh kat taman yg luas tu. Kalau tidak asik berbasikal kat dalam rmh jer. Nii basikal dah bawak keluar tak boleh lah nak main kat dalam rmh lagi. Maknya tak rajin nak cuci2 bagai.

Biarkan budak2 bebas bermain

beriadah sambil berkelah di bawah pokok


Bawak bekal mihun goreng jer

Tu pun balance sarapan pagi punya. Nak masak yg lain2 tak sempat pulak, sbb aktiviti tak dirancang. So, kita bawak apa yg ada jer. Tu pun byk benda yg aku tertinggal nak bawak. Air sirap yg aku dah siap bekukan tertinggal kat fridge. Kalau tidak memang heaven lah dpt teguk air sirap sejuk2. Tikar pun kami tertinggal jugak.

adik kengkonon makan lah tu... tapi lebihnya buat main je tu,  pastu kalau tak tumpah memang tak sah lah

kemain happy inara dapat bonceng kakak dia


Sampai si kakak semput lah jugak nak mengayuh. Alih2 dia mintak kami tolakkan especially time naik bukit.


bwk budak2 naik tram

Kebetulan tgh jenjalan ada satu tram tengah berhenti amik penumpang. Apa lagi kami pun join lah sekali. Dewasa RM2. Budak2 RM1. Inara free je.

ain yg dah meningkat remaja

Tudung pun nak lilit2 jer. Kemain lagi.

budak2 playground ni lah yg dorang tak tahan nak tuju

mainlah korang sepuasnya

Tu yang bagusnya aku bawak Ain ngan Adam sekali, dorang boleh bawak anak2 aku gi main. Kalau nak harap aku jer, tak larat aku nak mengekor jer Marissa tu pergi main. 

adik-beradik. tu yg 2 org kat belakan tu tah apa dibuatnya

Masa nak snap gambar ain ngan adam ni aku suruh dorang mesra2 sikit, peluk2 sikit, ater adik beradik kan.. tapi tak maunya dorang... Ain ni garang ngan adik dia tau.  Takut lah adik dia. Haha

Dengan Inara boleh jer peluk

Inara si budak selamba

Suka gambar nie

meh kita amik gambar kat garden

tengok air pancut. Inara macam nak terjun kat kolam jer

kami berjalan. Marissa berkayuh

hai adik sorang je ke?

macam lukisan jer


kat atas tram



kami anak beranak. Payah nak amik gambar sama2. Budak2 tu bukan boleh klu kita paksa2




Kemain lah kami dengan sport attire bagai.. macamkan nak berjoging sgt. Disebabkan sport shoes aku dah bertahun kat dalam stor, bila pakai tetiba tengok tapak dia tertanggal. Patutlah masa aku jalan rasa lain macam jer. Nasib asben ada bawak kasut spare. Boleh lah pakai tapi besar sikit lah. Tapi belasah jer lah.

Best lah aktiviti camnie, nanti kalau ada masa nak bawak lagi budak2 ni gi rekreasi lagi. Dari bawak shopping mall baik bawak ke sini.  Tapi shopping mall pun best jugak boleh shopping2... tapi yg penting kita bawak mana yg budak2 happy lah. Barulah rasa berkualiti masa bersama mereka. Yang penting, jangan time ni memasing sibuk mengadap hp. Tak tercapat jugak matlamat kalau camtu. Tapi kalau pegang hp sbb amik gambar takpe. Hehe.

Thursday, May 22, 2014

Kakak Suap Adik Pastu Adik Suap Kakak Pulak

Ni adalah gegambar masa cuti labour day hari tu. Tak de apa nak story pun tapi suka tengok keletah dua beradik ni masa kat kedai makan ni.


Sementara tunggu makanan tiba meh kita amik gambar dulu

kakak dan adik

Kakak makan eskem

Kakak suap adik eskem sikit

makanan dah sampai. Adik pulak suap kakak. so sweeettt..

selfie with anakanda

selfie with bff

ayah dan kakak

Pemandangan biasa di restoran dan di mana2 sahaja (gambar sekadar lakonan)

Korang perasan tak, sekarang ni kalau kat mana2 masing2 sibuk membelek hp jer. Kuar ngan family or kengkawang tapi masing2 sibuk mengadap gajet. Tapi kami takdelah camtu.. kejap jer pegang hp segala, amik2 gambar pastu borak2 cam biasa. Takdelah sunyi sepi jer. Adalah satu keluarga kat sebelah table kami ni, ada 5 org dalam family tu, ada ayah, emak dan 3 anak. Anak2 adalah peringkat kanak2 dan remaja. Masa tu dorang tgh tunggu makanan sampai. Yang si ayah dan si emak sibuklah mengadap dengan hp masing2. Yang si anak kesian terkebil2. Bercakap tidak, apa pun tidak. Tapi aku notis lah yg anak dia yg remaja tu dok pandang jer mak ayah dia. Aku cam dapat rasakan apa yg budak tu tengah rasa or fikir. Mesti dia stress, yelah tukan family time, apa jadahnya kalau family time tapi masing2 wat hal sendiri. Takde masa nak berbual nak bergurau senda. Masing2 sibuk dengan dunia maya masing2.

So, aku nak ingatkan diri aku sendiri dan jugak kengkawan yg lain jgn lah kita sibuk sgt mengadap hp or whatever dan melayan media sosial yg tiada sempadan ini hingga kita lalai, dari kita mengadap ni sumer lebih baik kita mengadap keluarga kita, anak2 kita, org yg kita sayang dan org2 sekeliling kita dan hargailah mereka. Bukan tak boleh langsung, tapi bijak2lah utk beri masa dan keutamaan.



Alhamdulillah.. kenyang


Thursday, March 6, 2014

Aktiviti Weekend Lepas

Last weekend takde aktiviti sangat, cuma bawak anak2 gi Aeon Anggun jer. Budak2 memang suka gi situ sbb boleh main2 dengan tempat mainan budak2 tuh. So, sementara mereka bermain-main di situ aku boleh lah window2 shopping sikit, try2 baju ker. Hobi aku dari dulu suka try2 baju kat fitting room. Kalau beli on-line aku tak kisah plak beli baju tanpa dicuba terlebih dahulu, tapi kalau tak on-line wajib utk aku mencuba terlebih dahulu. Bawaklah 2 3 pasang kat fitting room pastu try. Nak tunjuk kat asben dia takde, sbb dia jagakan budak2 kat luar tuh, maka kita selfie jelah nanti kasi tunjuk kat dia. kalau approve kita beli.


blouse and skirt cokelat

blouse yg lain dengan skirt yg sama

blouse yg sama di atas dengan skirt oren kemerahan

Kesudahannya satu pun tak memikat hati aku. Takpelah kita window2 shopping jelah.. kalau ada yg menarik hati baru kita beli nanti yer.

Lps lunch dekat food court terus shopping barang2 dapur dan keperluan rmh dekat supermarket. Sedap jer kerja aku ngan marissa amik barang dan masukkan dalam troli. Penuh satu troli. Sampai kat cashier tanpa disedari Inara telah mengambil sebijik telur yg ada kat dalam troli dan mencampakkannya kat atas lantai. Good job baby. Pastu buat muka tak bersalah. Tersengih lagi ada. Dah short sebijik telur kami. Haha.

Seharian suntuk kami di sana. Lunch kat sana. Solat pun kat sana. Tu yg aku suka kat Aeon ni, family friendly, so takde masalah tuk berlama-lamaan kat sana. Surau selesa, baby's room ada, kalau nak bancuh susu pun senang, air panas air sejuk semua ada. Tak yah susah2 nak bawak.

Kalau ke surau, aku ngan asben take turn, mula2 aku masuk dia jaga anak dan barang, pastu baru dia pulak masuk. Tapi tiap kali aku singgah surau, Marissa mesti akan ikut aku. Dia ni jenis teruja kalau ikut pergi surau. Kalau kita kata kat dia takyah ikut dia kata "Ica pun nak solat jugak". Ok ikutlah nak. Sampai surau, dia tau nak buat apa. Pandai lah dia bawak diri. Masuk jer surau dia bukak sandal dia pastu terus pergi kat paip amik wudhuk. Aku perati jer apa yg dia buat. Takde dia tanya2 or pandang2 aku konfiden jer amik wuduk dari awal hingga akhir. Betul pulak tu step dia. Pastu tadah tangan ala2 baca doalah. Pastu dia pun solat sekali. Tapi tak pakai telekung lah. Sembahyang pakai baju gaun. Pasni aku kena make sure bawak telekung dia sekali.

Pastu sementara menunggu asben, lets selfie ngan anak2.

elak bergambar sama

terus malas nak pakai mekap. maka neutral beauty sajer.. puiiii

Inara dari dulu sampai sekarang bawak dia kemana-mana memang takde hal. Rasa2 ngantuk beliau tido. Rasa nak makan dia mintak jer makanan kami. Tapi yang paling best sekarang, pantang nampak minuman kami dia pun sibuk nak rebut. Pastu nak pegang sendiri. Pastu cabut straw keluar. Pastu comot2 basah. Takpe asal dia tidak mengamuk.

Wednesday, February 26, 2014

Kalau dah ke Cameron Haruslah Kena Pergi ke Ladang Teh & Strawberry Farm

Ok sambung balik citer Cameron. Takde apa sgt nak citer pun, cuma nak letak gambar jer.  Dari Lavender Garden kami terus menuju ke Ladang Teh Boh Sungai Palas.

aksi spontan Marissa

Perasan tak baju Marissa jer yg dah bertukar yg lain2 masih dengan baju yg sama. Tu lah benda dalam plastik yg dia pegang sejak dari Lavender Garden tuh. T-shirt Helly Kitty dia. Dah beli terus tak sabar nak pakai, hah pakaikan je lah.

amboi adik pun nampak hepi jer



ini pose berikrar nama dia

sibuk je si Marissa tu ke hulu ke hilir


berlatarkan belakangkan pokok2 teh yg menghijau


pekerja ladang sedang memetik daun teh


ada anak sungai di situ





ku lihat hijau

tak payah nak bersarung tangan sgt Marissa oiii

Budak tu bukan boleh, jenis tanak kalah, tengok budak2 pakai sarung tangan dia pun sibuk jugak nak pakai. Padahal bukan nya pun sejuk sgt pun.

konon2 sejuk gigil2 lah nie, dia kan suka over acting


wuarrggghhhhhhhhhhhhhh

nampak tembam pulak dia

Kat kawasan kilang teh tu ada cafe. Ala tempat org selalu shooting tuh. Dah lama dah aku tak jejak situ, last pergi awal tahun 2000 kot.. so dah ada perubahan dia. Ada berubah sikit lah laluan dari kafe ke kilang tuh. Kilang tetap berwajah sama macam tahun aku gi dulu. Aku ingat lagi first taim aku nak Cameron masa tahun 2001 tak salah aku. Aku gi ngan member se-kolej-Kenanga-UiTM dulu. Masa tu baru abis final year. Gi naik bas ramai2 naik kat Pudu Raya. Sumer pompuan dan sumernya baru first time pergi kot. Kiterang adalah dalam 6-7 org kot. Dah lah gi sana takde book hotel ke apa, main terjah jer... sampai sana dah petang, kelam kabut carik hotel. Bilik pun kebanyakannya penuh. At last jumpa gak tapi ada satu bilik jer.. maka berimpit lah kami beramai2. Hotel Green Garden Hotel nama dia tak salah aku. Ada lagi Hotel ni kat Pekan Berinchang. Memang nostalgia. Tak pernah aku lupa kenangan tuh.

Pastu bila dah kerja ada gak sekali lagi pergi, masa tu dengan member se ofis pulak, pun beramai2 ada group laki dan pompuan. Masa tu sumer bujang trang tang tang.. sekarang ni masing2 dah kawen dan beranak pinak. Masa tu asben pun ada gi gak tapi we ols bespren jer taim tuh.

dinding2 tu menarik tau dorang buat dari batang2 kayu

Laluan ni lah yg dah diubah suai

nilah dia batang2 kayu yg dijadikan deco

hahaha 3 beranak ni






showroom produk2 teh boh

Byk berubah dah. Tapi ada gak yg tetap sama dulu kini dan selamanya..


sign board ni... dari dulu masih kukuh berdiri di sini



elelele adik tu geram mama tgk dia

tempat wajib pose

dulu kami pernah pose berdua di sini, now dah berempat

hepi nampak dua beranak nie

Kawasan kilang pun tetap sama cam dulu. Masih mengekalkan ciri2 tradisional dalam penghasilan teh.


Jom kita tour apa ada kat dalam kilang

ye ye jer si Marissa tuh

"cpt lah ma"


Kat dalam kilang ni ada 3 peringkat pemperosesan teh. Tapi aku tak amik port pun. Nak citer pun tak reti.


tempat proses pertama 

tempat proses ke-dua


tempat proses yg ke-3


Lawatan sambil belajar buat adik


Dulu kat dalam bangunan ni lah tempat dia jualkan produk2 teh - bentuk masih sama

adik nak tateh

Sebelum balik moh kita layan teh panas2 ngan ciskek kat sini

Inara tengah kissing mama dia.. kemain muncung sedepa mulut dia kalau kiss


punyalah meramai org kat sini.. nak beli kena que panjang

Tapi walaupun ramai, dapat gak meja, tapi tak dapatlah port yg kat hujung2 tuh... memang full house sentiasa.

minum petang berlatar belakangkan ladang teh yg nyaman


Ok nak balik dah.. nak gi check in bilik pulak... 

Kami stay dekat Strawberry Park. Tempat yg sama aku menginap dengan family aku last year. Resort yg sama cuma bilik jer yg lain.

Malam tu baru kuar balik ke pasar malam Brinchang utk dinner. Pasar malam kat situ setiap hari Sabtu dan Ahad. Kalau time cuti sekolah tiap2 hari pun ada pasar malam.

Next day pagi2 tu takde wat pe, just lepak kat resort and amik2 gambar jelah di sekitar resort.








pose terbaru Marissa kot...asiknya nak mendepa je







jgn dilupakan si dia yg berkhidmat membawa kami naik ke sini


Tengahari tu kami check-out dah.. supposed check out next day nya tapi kiterang check out awal sbb Watie and husband kena kerja esoknya.

Sebelum pulang kami singgah utk petik strawberry di ladang Opah yg terletak di Kampung Sedia. Sape2 yg nak petik strawberry better gi sini sbb masuk adalah percuma. Bayaran cuma tuk strawberry yg dipetik sajer. Tak macam taman strawberry yg lain masuk tak petik pun kena bayar gak.

Kat sini gak kafe nak makan2 or minum.

aiskrim strawberry yg nyammmmss

Ada macam2 gak kat sini. Ada gak jual jem dan acar strawberry.





masam ke dik? ala adik tu masam ke tak ker memang sepet jer mata tuh



ermmm lazat


lepak2 jap sebelum memetik buah strawberry



Ok lets masuk ke dalam dan petiklah sebyk mana.



Eh tak sah pulak kalau ada strawberry tak celup ngan cokelat...  jom makan strawberry cokelat.



abis 2 biji Inara makan

celup2

Marissa ni, dia ingat lidi tu tuk cungkil gigi, tu tuk cucuk strawberry lah syg



santai2


Lepas tu kami pun singgah ke Kea Farm utk membeli sedikit sayur dan buah2han.  Asben stay dalam kereta jer jaga anak2, biar saya jer gi membeli.


main ball sementara menunggu mamanya bersoping



Takdelah soping sgt pun sbb we ols sumer gi satu kereta, so space adalah limited. Tapi bagus gak, secara tak langsung boleh mengontrol perbelanjaan. Aku just beli sayur sikit, jagung sikit, jeruk jambu epal sikit dan souvenir sikit. Tu jer.

Ok dah tu jer nak citer cuti2 pendek kami ke Cameron.