Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Kesian Anak Mama Kena Tahan Wad

Sebab dah lama sgt tak update blog, byk citer yg tak dikongsi yg kat blog, baik citer best2 maupun citer tak best.

Lebih kurang 2 minggu lepas Inara kena tahan kad wad sbb demam on and off sejak raya haji hari tuh. Masa raya haji Inara ada demam sikit, pastu kasi makan ubat dia ok. Pastu seminggu kemudian, dia demam lagi, demam panas. Demam yg bukan disebabkan oleh batuk atau selsema. Kalau sebelum Inara selsema atau batuk takdelah risau sgt, tapi sbb tiba2 jer nak demam. Merisau lah jugak. Takut lah jugak kalau kena denggi ke apa. Mula2 tu bwk jumpa Dr. Marina kat PMC jer, so doktor hanya kasi ubat dan antibiotik, doktor kata kalau lagi 3 hari tak baik gak, datang balik nak buat blood test. Cam biasa balik tu nampak Inara ok jer. Malam tu pun takde demam dah. Tetapi pagi2 esoknya lebih kurang dalam kul 5, masa aku bgn pagi nak gi kerja aku tengok Inara lain macam skt, dia menyusu tapi tangan ngak kaki dia cam keras jer.. pastu rasa dahi dia panas, angkat dia dan dukung dia, dia peluk sambil tu macam menggigil2... cuak kami laki bini. Takut gaklah kan budak2 kecik nie takut kena serang sawan ke apa. Serius kami takde pengalaman ni sumer. Aku syak Inara sejuk sbb aku pun rasa sejuk gak, dahlah musim sejuk sekarang ni dengan hujannya, pastu bilik pulak siap pasang aircond ngan kipas. Mau tak ketar. Masalahnya si Marissa tu pantang betul bila kita tutup aircond or kipas laju jer terjaga.

Bila dah macam tu kami pun tanpa fikir panjang terus bawak ke hospital sg. buloh. Terus ke emergency. Tapi bila kat hospital Inara macam ok jer, cuma badan masih panas lagi, MO pun dah masukkan ubat kat punggung. Pastu amik darah. Result kuar pagi tu gak, MO kata bukan denggi, takde virus dalam darah cuma darah ada infection. So, dorang kasi antibiotik ngan ubat demam jer. Maka baliklah kami kat rmh. Yelah hospital gomen ni mana nak admit2 org sgt melainkan klu dah teruk sgt. Hari tu aku amik EL. Pada masa yg sama jugak one of my fren text me suruh bawak Inara jumpa pakar kanak2 kat Damansara Specialist, kalau perlu biar kena admit so senang doktor nak monitor.

Betul gak kata member aku tuh, kami pun tenghari tu terus pergi ke Damansara Specialist Hospital. Terus admit. Dato' Dr. Azizi yg merawat Inara.

Inara baru lps amik darah dan dimasukkan jarum kat tangan utk masukkan ubat kat saluran urat (IV)

Masa tengah tunggu bilik ready masa kat emergency tu jumpalah pulak dengan anak Erra Fazira; Engku Elisha dengan daddynya Engku Emran. Tinggi kemain anak erra tuh. Si Marissa sibuk mengendeng nak main ngan Elisha, tapi dua2 pun malu2 kucing,so sorang main kat sini sorang main kat situ.. main pakai eye contact jer... asben dah siap berjabat tangan ngan si Emran tuh, tapi takde pulak dia amik gambar. Coi betul. Adalah gambar curi yg aku amik.


tak padan dengan tangan berbungkus camtu, tetaplah aktif kemain

Masa Inara kena amik darah sebelum tu, kemain lagi dia jerit2 nangis, sbb dia dah trauma sampai dua kali kena amik darah, yelah pagi tu kan dah kena amik darah masa kat hospital sg. buloh, pastu kena lagi.. meraunglah si Inara. Yang si kakak pulak, konon nak pujuk dan tenangkan si adik, maka dia pun nyanyi2 lah.. alah takat lagu air pasang malam surut pukul 5 dia tuh, adik langsung tak heran.

Inara kena gak buat urine test. Hasil daripada blood dan urine test ternyata terdapat jangkitan kuman dalam darah Inara dan kencing Inara pun kotor. Itulah yg menyebankan Inara demam. So, memang kena rawat dengan antibiotik. Dr. kata better stay kat wad senang nak monitor. Baiklah doktor.


my sleeping beauty


dua beradik ceria bangung pagi


patient kecik nak baca paper gak



kakak pun sibuk nak interprem


kemain hepi ko kan kakak

Mana tak happy mama dah ayahnya 24 jam ada bersama2 tak gi kerja. Dok jer bergolek kat dalam wad tuh kat dpn tv. Dia ingat tgh bercuti gamaknya. Aku pun memang tak balik2 langsung rmh start daripada Inara kena admit. Baju kami laki bini pun tak bawak byk pun, ingatkan semalam dua jer, alih sampai 4 malam. Seb baik lah baju bdk2 memang bwk byk.

Boring duk bilik kami bawak budak2 main kat playroom kat area wad Qaseh kat level 5. Kami tak stay pun kat wad tuh, kami stay kat wad level 2, wad paed gak, tapi takdelah seceria wad level 5. Lagipun masa check in mula2 tuh, wad single penuh.


boleh jer merangkak walaupun tangan ada jarum

Kita yg seriau, yelah dia dok bengkok2 kan tangan tuh, tak sakit ke.. takut gak lah kalau berdarah ke apa.. tapi tengok dia ok jer.. sampai bengkok2 board yg nurse letak kat tangan tu supaya tangan lurus or tak bergerak or bengkok sgt.


ala syepet2 mama


kemain seronok main slides



hai ayah sampai menyangkung cam kat toilet..hehe


ni muka tak mandi pagi nie

Ater baju pun very the limited, nak balik amik baju adalah malas.. so sepanjang duk kat wad mandi sehari sekali jer...hohoho


bergurau senda


sian anak mama, kecik2 dah masuk hospital


berkongsi katil ngan adik

Kadang2 tu sampai bertiga kami tido kat atas katil nie... Tapi kalau malam Marissa tido kat bawah ngan ayah dia. Mujurlah kami bawak toto. So, memang berkampung lah kami kat sana. Inara pulak dah pandai masa mula2 tu nampak nurse or dr. masuk jer dah drama dah.. dah nangis2 takut kena cucuk lagi...padahal nak cek demam tak demam jer n kasi ubat jer. Nasib nurse2 comel tu baik2.. so bila byk kali masuk Inara dah tak takut dah.


alololo macam comel jer tido


bwk adik2 jalan2 keluar dari bilik



suasana dalam wad - wad 288


udah terabur serba serbi


bilik yg agak luas

Maka setelah 5 hari 4 malam menginap di sana maka Inara pun dibenarkan pulang. Kesihatan Inara pun dah semakin baik. Terima kasih kepada doktor dan nurse2 yg merawat. Tq jugak kepada asben yg sama2 berkorban cuti utk sama2 menjaga anak di hospital. Marissa pun selama tu jugak stay ngan kami kat hospital, suh balik ngan nenek dia takmo. Maka bergather2 lah kami 4 beranak sepanjang 5 hari tersebut.


nak balik dah


bab tekan lift kasi kat bdk nie


penunjuk arah

Marissa ni walaupun bukan selalu pun datang hospital ni tapi dia siap hafal dah selok belok jalan kat situ, kadang2 aku saje buat sesat, pastu dia yg betulkan jalan sambil cakap "apa mama ni.. tu pun tak ingat"..


kena cukai adalah perkara biasa

Pantang nampak vending machine nie, ada jer benda yg dia nak. Nasib adik tak reti lagi, esok adik dah besar sikit, sama2lah tu mintak cukai.

Ok tu jelah kisah kami sepanjang Inara ditahan di wad. Alhamdulillah sekarang Inara dah sihat. Mama doakan semoga Inara disembuhkan dari segala penyakit dan terus membesar dengan sihat dan bijak. Hai jaga anak2 sakit2 ni boleh membuatkan kita juga sakit sebenarnya. Semoga anak2 mama semuanya sihat2 belaka dan sentiasa dilindungi olehNya. Amin

Wednesday, November 6, 2013

Percutian 5 Hari 4 Malam

Banyaklah aku punya percutian. Org bercuti kat hotel kami bercuti kat hospital. Nanti aku cerita detail kenapa kami berkampung kat wad hari tuh. Tapi yg pasti si Marissa mula2 masuk seronok jer dia, dia feeling2 duk hotel sbb ada katil ada tv. Dia punya persepsi mengenai hotel ialah katil dan tv. Cumanya takde swimming pool jer. Oklah letak lah dulu gambar kami anak beranak berkemho. Lima hari kat sana mau tak boring, takde apa aktiviti melainkan aktiviti mengambil gambar.


Inara tersepit di tengah-tengah. Kakak ada over muncungnya..


like mother like doter


aku pun konpius sebenarnya, bukan Marissa yg ikut aku, tapi aku yg ikut Marissa sebenarnya buat muncung camtuh


alololo cian adik... walaupun demam muka ada sinyum lagi


my intan payung.. senyuman mereka adalah kebahagiaanku


ok last kopek


Nanti aku citer kenapa kami berkampung 5 hari 4 malam kat Damansara Specialist Hospital baru2 nie.

Thursday, July 18, 2013

Sakit Gigi

Aku tak heran lah kalau yg nak tumbuhnya giginya Inara. Memang standardlah budak baya2 dia dah start tumbuh gigi dah. Tapi apakehalnya aku yg tua tak bangka lagi ni yg nak tumbuh gigi. Gigi bongsu yg tak habis2 keluarnya. Adoi leh tahan azabnya. Dah seminggu dah aku merana menanggung kesakitan gigi eh gusi. Ntah aku pun tak sure yg mana satu sakitnya gigi ke gusi.

Gigi bongsu atau dikenali jugak sebagai wisdom teeth ni adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun. Aku ni dah lebih pada 30 tahun dah, pun tak abis2 gak munculnya. Actually dulu pun aku pernah gak kena camnie. Sakit. Stok sampai nak bukak mulut nak makan pun tak boleh. Pastu gigi pun keluarlah sikit. Pastu sakit pun hilang. Aku pun takdelah kisah sgt gigi nie, biarlah nak kuar ke tak ker. Duk lah dendiam kat sana.

Patutnya pas kejadian tu aku gi lah jumpa dentist ke ker kan, jumpa memang jumpalah tapi sekadar wat scaling jer lah, takdelah aku gitau sakit gigi geraham ke apa.

Ni tup2 sakit tu dah menjelma kembali. Bayangkan dari hari pertama puasa sampai lah sekarang ni aku menanggung sakit gigigusi. Sakitnya ya Allah, kalah sakit beranak kot. Beranak sakit sekejap pastu hilang dah. Ni sakit gigigusi ni tak hilang2.. nyut nyut nyut. Ko nak makan nak tido sumer tak kena. Time tu orang di sekeliling jangan lah cari pasal, kang tak pasal2 ada yg kena lempang. Ceh cam berani jer nak lempang org. Keh keh keh.

Tapi aku respek gaklah kat diri sendiri sbb masih boleh lagi menahan diri.. puasa kan haruslah kena sabar byk. Masih leh lagi senyum di sebalik kesakitan yg dirasai. Cuma kengkadang ter moody sikitlah jgk.. yelah org tgh kesakitan ko pulak mcm2 peel memang mendapatlah kan...




 gambar hiasan semata

Sakit gigigusi ni memang leh buat badan demam lah. Hari Isnin hari tu balik kerja aku flat giler. Rasa nak demam pun ada. Memang rasa nak tido atas katil jer, tak larat nak buat apapun. Nak buka puasa pun tak larat. Tengok makanan atas meja pun sikit pun tak tergoda. Tapi berbuka lah jugak. Minum air pastu makan sikit. Memang sikit sgt pun. Dahlah sahur pagi tu mkn sikit jugak. Tengah sakit gigi ni hadap lah apapun, memang tak lalu pun. Tapi aku makan lah jugak, kang tak makan langsung kang mana anak aku nak dapat susu..demi anak ku gagahkan juga.  Lepas Maghrib terus aku tido. Sebelum tido aku telan sebijik panadol pastu minum air byk2. Tapi panadol tu tak sempat nak sampai perut pun, sbb tak lama pastu aku muntah. Perut dah masuk angin lah tuh kot. Hari Selasa terpaksa EL. Sbb masih tak larat nak gi kerja. Nak gi dentist amik mc pun aku tak larat nak kuar, better stay kat rmh jer, tido puas2. Lagipun kalau jumpa dentist time gusi bengkak ni pun dorang bukan leh buat apa pun kasi ubat jer pun kan.

Semalam aku jumpa doktor panel jer kat ofis, bukan dentist lah, saje nak check keadaan aku kot ada demam lagi ker.. demam takde dah, tapi doktor cek gusi, katanya kena infection, so doktor kasi aku antibiotik dan ponstan tuk tahan sakit. Makan ponstan oklah hilang lah sikit rasa skt. Tapi antibiotik aku tak telan lagi. Cam malas plak nak telan2 byk2 ubat, aku ni dahlah menyusu anak.


nampak cam org sakit gigi tak? still leh senyum senyum lagi.. padahal...

See, nampak tak pipi aku yg tembam tuh, tu sebab gusi bengkak lah tu terus menampakkan pipi tembam. Ceh padahal memang pipi memang bulat pun. Tapi memang bengkak ar. Aku ni dah berapa hari makan ala2 kadar jer, tak selera nak makan, selera ada, tapi seksa nak makan. Tak leh nak bukak mulut, tak leh nak kunyah.. Kalau makan pun pakat telan jelah.. kunyah dua tiga kali telan. Sakit. Memang hilang lah nikmat makan tu sekejap. Alhamdulillah. Ujian dariNya. Kena sabar byk2, tambah lagi bulan puasa ni kan.

Apapun semoga cpt lah baik gusi nie, dan semoga aku sabar dengan ujian yg diberikanNya ini dan semoga ia menjadi penghapus dosa2 kecilku. Amin. Ok nanti nak set appointment gan dentist lah. Nak cabut, cabutlah gigi bongsu nie.. ceh bunyi macam berani. Tapi takut sebenarnya. Ker, ada sapa2 yg ada experience cam aku nie, ada apa2 nak share tak??

Wednesday, September 7, 2011

Nyaris-Nyaris Beraya di Hospital

Selamat Hari Raya Sumer. Masih lagi dalam mood raya kan... ater raya sebulan katanya... Alhamdulillah syukur kerana diberikan peluang utk menghabiskan Ramadhan dan bertemu dengan bulan Syawal pula.

Tak nak mengeluh, kata tahun ni raya tak meriah ke apa, yg pasti hari raya adalah hari kemenangan bagi kita umat islam setelah sebulan berpuasa. Syukur kerana atas ujian2 yg diberikan membuatkan kita tidak lalai dan leka, malah lebih bermuhasabah diri. InsyaAllah.

Tiga hari sebelum hari raya, Marissa tak berapa sihat. Mula2 dia muntah2 pastu diikuti cirit-birit pulak. Aku saspek makanan yg dibeli dari Pasar Ramadhan. Dua hari beturut2 time buka puasa dia muntah atas riba aku. Muntah bukan stok sikit2... muntah sampai eiii... tak tau lah nak cakap... minum muntah, makan muntah. Marissa memang tak pernah cam gini. Bawak gi jumpa Paed, dia kata kalau tak ok lagi nanti terus bawak ke hospital, takut nanti kurang air. Tapi pada masa yg sama kena kasi gak anak minum, tak kisahlah dia kuar balik yg penting kena minum jugak. Alhamdulillah Marissa dia minum susu cam biasa gak.

Malam raya, org tengah sibuk wat persiapan raya, aku merisaukan nasib si anak, yg masih belum baik2 lagi. Masa buka puasa hari terakhir Ramadhan, Marissa muntah lagi, diikuti dengan cirit. Tanpa fikir panjang, terus bawak gi hospital. Pergi gi Putra Medical Centre, tapi boleh pulak hospital tu tutup 5 hari, terus ke Hospital Sg. Buloh. First time, berurusan dengan hospital kerajaan. Dengan hanya bayaran sebanyak RM1 kami sgt berpuas2 hati dengan perkhidmatan yg diberikan. Sungguh jauh tanggapanku mengenai hospital kerajaan. Boleh aku samakan atau mungkin lebih baik daripada hospital swasta.

Sampai hospital terus pergi ke Unit kecemasan, sebab hari dah malam kan. Aku pun dah stanbai dah beg baju sumer, kot lah Marissa kena admit ker.. so aku memang dah ready tuk beraya di hospital. Masa tu takde apa yg paling penting selain kesihatan anak.

Tunggu nak jumpa doktor pun tak lama. Sumer cpt, effisyen lah serba serbi. Doktor pun cek lah Marissa, Marissa takde demam, heart beat, bp dia sumer ok. Cumanya yelah dia muntah2 dah berak2. Doktor pun cakap Marissa pun ok jer aktif. Tak perlu nak kena tahan, sbb Marissa leh minum cam biasa. Melainkan kalau Marissa refuse nak minum memang kena tahan lah kena masuk air. Doktor kata kalau budak2 camni kena cirit ke apa just make sure dorang minum. Tak kisah lah air apa pun. Sbb kalau duk spital pun, dorang bkn kasi ubat pun, just masukkan air jer.

Alhamdulillah lega di situ. Maka tidaklah beraya di hospital. Tapi walaubagaimanapun, kesian anak saya
kerana tidak sihat di hari raya.  Tapi Marissa memang seorang anak yg kuat. Just like her mama. Walaupun tak sihat takde lah dia menangis... dia tahan jer...

Ni ada sikit gambar budak tecik ni yg kuyu jer mata dia....tapi layankan jugak lah bila org nak amik gambar dia....

tido

takde mood

bukak mata pun tak larat

mujur ada si pink teddy

duit raya pun tak heran

Org cakap Marissa ni demam sbb beralih bulan, dia demam hari tu masa 28hb, genap umur dia 15 bulan. Ada org kata gak sbb nak pandai berjalan ke apa lah... tapi sampai lah nie idaklah pandai berjalan lagi... tapi kalau bercakap... fuh suara boleh tahan....

Nanti aku upload lagi cerita dan gambar raya.

Friday, March 11, 2011

Musim Demam

Hari ni baru nak mengadu kat korang. Sebenarnya aku demam hari tuh. Tuh yg rasa malas jer nak bukak blog. Lama tak demam. Semenjak Marissa lahir aku tak pernah kena demam. Memang sentiasa berdoa supaya diberikan kesihatan yg baik, supaya dapat menjaga dan menyusukan anak dengan baik. Tapi klu nak demam juga, kita redha.

Actually, mula2 Marissa yg demam dulu last week, demam beserta batuk dan selesema. First time jugak dia demam pakej camtuh. First time dia kena batuk2. Kung kang kung kang. Kesian bila dengar kahak terkumpul kat tekak. Kalau hingus tu boleh lah jugak disedut. Ni camno nak sedut? Gi klinik dapat ubat batuk ngan antibiotik. Tiga, empat hari pastu dia semakin baik. Kahak pun dah takde.

Lepas dia baik, aku pulak take over demam. Tekak sakit. Hidung meleleh. Kepala pening. Kelmarin jumpa doktor. Doktor kata aku demam. Nak kasi aku 2 hari MC, tapi sehari saja cukuplah doktor, ada kerja nak disiapkan. Walaupun tak berapa nak sihat lagi, tapi gagahkan lah jua gi kerja. Jangan menjangkit kat org lain pulak sudahlah.

Hari ini, asben pulak yg demam. Lepas sorang, sorang... cpt baik yer sayang... take care.. hari ni tak leh cuti nak jaga sayang... syg jaga diri sendiri lah yer... jangan lupa makan ubat yer...

Harap2 jangan demam tu patah balik kat Marissa sudah lah.

Semoga korang sumer sihat2 sejahtera hendaknya.

Thursday, December 9, 2010

Telah Berjangkit

Lebih kurang 3 minggu lepas Marissa kena chicken pox kan. Sekarang ucu dia pulak terjangkit dengan dia. Sian adik aku yg bongsu abis satu badan. Bila tgk dia kena rasa cam baiklah kena masa kecik2 lagi, bila dah besar kena memang seksa rasanya. Fuh gatal tak terkata.

Ok hari tu aku ada janji apakah tips atau lebih tepatnya camne nak jaga anak yg masih bayi kena chicken pox. Yelah mana tau kan. Kita kalau boleh taknaklah anak kita sakit demam sumer. Tapi kalau dah kena nak wat camne kan.

Macam Marissa dia kena tatkala umur baru nak menjangkau 6 bulan. Jarangkan baby nak kena chicken pox awal2. Takpelah .. tapi doktor kata lebih baik dia kena masa kecik. Nak jaga pun senang.

Ok cam Marissa aku ngan asben yg jaga dia sepanjang dia kena chicken pox tuh. Aku tetap mandikan dia cam biasa. Doktor yg advice kalau boleh mandikan dia kerap. Jangan kasi berpeluh. Bila berpeluh, bayi akan rasa kurang selesa dan gatal.

Pastu air cond kena on 24 jam. Pagi petang siang malam beraircond. Doktor yg suh tau. Aku pun on lah jgk dalam pada tu takut gak kalau anak kena selesema kan. Tapi malam2 kalau cuaca sejuk aku off je a/c. Aku pun tak tahan sejuk. Tapi most of the time air cond on lah. Disebabkan itu bil api bulan lepas sampai 400 lebih. Pengsan.

Org kata daun semambu jugak elok tuk org chicken pox. Susah payah mak bapak mertua aku carikkan daun semambu tau. Siap mintak tolong India carikan. Sbb biasanya rmh India byk pokok nie. Tapi pantang dorang jgn petik daun ni time malam2. Tak tau nape.

Daun semambu tu aku letakkan kat bawah tempat tido Marissa. Kalau org besar2 tido jer atas daun tuh, tapi tuk Marissa aku alaskan dengan kain. Takut gak bertambah miang pulak. Tapi org kata daun tu lagi membantu mengurangkan miang2 di badan.

Daun tu jugak aku rebuskan buat air mandian Marissa.

Lepas mandi aku sapukan ubat yg doktor bagi. Nama ubat tu acyclovir cream. Tapi bukan ubat calamide yg putih tuh. Doktor kata ubat tu cam tak sesuai sangat tuk chicken pox yg Marissa kena tuh. Pastu pakaikan baju yg lubang tuh. Nak kasi udara masuk.

Perhatikan jgk suhu badan anak. Sbb walaupun Marissa cam ok jer, tapi kdg2 tuh suhu dia mencecah 39darjah. Kena senstiasa pantau dia punya suhu badan. Letak tuala basah ataupun kool fever.

Masa demam tu kasi ubat demam. Utk tahan gatal, doktor suh makan ubat selesema. Walaupun selsema takde tapi dapatlah tolong mengurangkan rasa gatal. Tapi bila dah telan ubat selesema, baby pun apa lagi, tido jelah kerja.

Tapi make sure jugak baby minum susu cam biasa. Oh ya ada org suh minum air kelapa. Tapi aku tak berani nak kasi Marissa minum. Yelah dia kan minum susu aku jer. Tetiba nak kasi minum air kelapa. Takut jugak kan. So, langkah yg aku amik, aku yer yg minum air kelapa tuh. Dengan harapan khasiatnya tu akan terserap kat susu.

Dalam tempoh seminggu lepas kesam campak tu akan semakin byk dan kering. Lama kelamaan dia akan tertanggal sendiri. Time tu boleh lah nak sapu vitamin E ke apa ker. Aku sapu bio oil jer.

Alhamdulillah sekang bekas2 yg byk kat muka ngan leher dia dah semakin hilang. Layan jelah gambar2 Marissa terkini bersama dengan baju seksi yg nenek dia beli masa gi Terengganu hari tuh.









"hey you.. stop taking my photo!"

Tuesday, November 30, 2010

Boleh Mandi

Ada org kata kalau chicken pox tak boleh mandi. Aku pun masa mula2 Marissa kena chicken pox tu, aku tak mandikan dia. Aku just lap2 jer. Tapi sehari tu jelah aku tak mandikan. Lepas jumpa doktor, doktor lagi galakkan mandi. Kalau boleh 5 kali sehari. Sbb tak nak kasi baby berpeluh dan rasa panas. Bila rasa berpeluh dan panas, baby akan rasa gatal2.









Masa ni memang tgh time teruk. Nak mandikan Marissa pun penuh berjaga-jaga dan berhati-hati. Takut terpecah pulak gelembung2 air tuh.
Pasni aku nak kongsikan petua2 atau apa yg kami lakukan semasa Marissa diserang chicken pox hari tuh. Yelah mana tau kot esok lusa ada anak sape2 pulak yg kena. Tapi harap2 takdelah.


Friday, November 26, 2010

Chicken Pox Update

Since Paed yg merawat Marissa suruh kami ingat bila Marissa kena chicken pox sampai bila2. Maka aku pun wat lah entry ni. Paed kata lagi nanti Marissa tak yah kena kena jab utk chicken pox bila 15 bulan nanti. Katanya tubuh dah immune.

Bermula 14 Nov. Marissa macam dedar. Pastu ada satu biji merah kat dahi. Kami fikir itu adalah kesan gigit nyamuk. Tapi since suhu cam tinggi sikit just letak je cool fever kat dahi kasi turun sikit suhu.

Ayah pun gedik nak tepek kat dahi gak




Menjelang petang tu, biji2 semakin bertambah kat muka Marissa.




masa ni dah saspek dah mesti chicken pox


15hb baru bawak Marissa jumpa paed. Masa tu hari Isnin. Siang tu aku kerja. Malam baru gi klinik. Doktor mengesahkan itu adalah chicken pox. Doktor kata biji2 merah akan bertambah byk keluar by end of week. Maka aku pun standby amik cuti siap tuk menjaga anak.




Makin kelihatan


16 Nov - mula tumbuh kat badan. Tapi yg paling byk tumbuh kat muka dan kepala. Hari tu jugak nanny Marissa datang rmh bawak daun semambu. Atuk marissa yg suruh nanny hantar daun tu pagi2 tu jugak. Siap atuk suruh sorang India carikan daun Semambu itu. Daun tu buat lapik tido Marissa. Air rebusan dia pulak buat mandi Marissa. "Thank u to atuk & nanny".

kat leher pun mula nak tumbuh


17 Nov - Makin berleluasa biji merah. Kat badan, kat kaki sumer kuar. Masa ni hari raya Haji. Tak beraya mana pun. Kesian tgk Marissa. Takut dia gatal ke apa.




18 Nov - Biji2 merah semakin mengelembung. Time ni sumer org takut nak pegang Marissa. Takut biji2 tu pecah. Tapi bila dah jadi mak ni sumer pun jadi berani. Cuba ni anak sedara aku yg kena mesti aku sakit2 bontot tengok. Tapi tulah.. bila anak yg kena kita pun jadi strong. Kalau bukan kita nak jaga, sapa lagi kan..




Walaupun begitu Marissa tetap cam biasa sajer. Biasalah baby kan mana tau sakit sumer kan. Syukurlah Marissa ni jenis tak byk ragam. Mama bersyukur sgt. Makan ubat pun mudah. Syok agaknya sbb dapat merasa sesuatu yg lain dari susu ibu dia kot.


ceria cam biasa


Tapi walaupun begitu, bila cek2 suhu Marissa, rupanya tinggi. Memang kami sentiasa monitor supaya suhu dia tidak terus tinggi.

cian dia

Malam tu pun Marissa demam. Setiap setengah jam ayah Marissa tukar tuala kat dahi Marissa. Merengek-rengek tu adalah. Mungkin baru dia rasa tak selesa. Tapi mujur Marissa still menyusu seperti biasa. Tu yg buat dia kuat agaknya.




cian dia


Tak tau nak citer apa lagi, kita tgk jelah perkembangan Marissa hingga ke hari ni ye.




19/11



19/11 - bear tetap di sisi



20/11



22/11

24/11


25/11


Pagi tadi

Satu perkembangan yg menggalakkan. Alhamdulillah Marissa semakin baik. Kesan2 pun semakin menghilang. Marissa semakin sembuh. Tapi walaubagaimanapun ayah Marissa masih mahu mengkuarantikan anak dara dia ni. Kebanyakan gambar adalah masa beliau tido kerana mudah sikit nak amik. Kalau time jaga, harus gambar bergegar2, dah tu dia bkn boleh duduk diam kan.

Terima kasih kepada kawan2 yg mengambil berat dan terima kasih atas doa2 kalian semua. Hugss & kissess from baby Marissa.. mmmmmuaaahhhhhh

<>