Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Separuh Akhir Piala Keagungan Ramadhan

-copy paste-

Kuliah Zohor oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi: Separuh Akhir Piala Keagungan Ramadhan sehingga ke penghujungnya walaupun ianya agak panjang. Terlalu banyak yang kita boleh pelajari dan ianya sangat sangat bagus. Harap sudilah kiranya untuk anda membaca dan selepas itu memanjangkannya pula demi manfaat kita bersama samada di facebook atau lain lain media. Saya menulis catatan ini berdasarkan rakaman yang dibuat oleh sahabat saya.

Alhamdulillah dan Syukur kerana Allah telah berterusan mengurniakan nikmat dan rahmat serta hidayah dan taufik sehingga hati jadi lembut untuk kita hadir dalam majlis ilmu. Sesungguhnya bila Alllah mentaklif akan sesuatu keadaan atau perbuatan, ianya bukan secara kebetulan tetapi ianya mempunyai tujuan. Tiada yang kebetulan di sisi Allah. Bahkan apa yang ditentukan, ada tujuannya. Tujuan Allah mengumpulkan kita dalam majlis ilmu adalah seperti yang ditegaskan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, diberi faham akan agamanya. Ilmu adalah cahaya, manakala kejahilan adalah kegelapan. Manusia tidak suka pada kegelapan kerana dalam gelap kita akan kehilangan arah, tak tahu halangan halangan. Dengan suluhan ilmu yang umpama cahaya, kita nampak arah, dorongan dan penghalang. Inilah ertinya Allah hendak selamatkan kita di dunia dan lebih penting di akhirat kerana ilmu adalah jalan untuk menuju iman.

Satu dialog pernah berlaku antara Abu Dzar, sahabat Nabi dengan sahabat yang lain, bila ditanya saat paling manis dan indah ketika hidup di dunia. Kalau kita ditanya pasti jawapan kita ialah saat menerima ijazah atau saat perkahwinan atau saat menerima anak pertama dsb. Sebaliknya Abu Dzar menjawab, saat paling manis ada 3 iaitu sewaktu aku lapar, sewaktu aku sakit dan ketika aku berada di ambang sakaratul maut nanti. Kalau kita, tentu ketiga tiga ini sesuatu yang tidak kita sukai. Saat lapar, badan akan jadi lemah dan lesu, manakala saat sakaratul maut pula adalah saat sedih untuk berpisah dengan keluarga, untuk meninggalkan orang yang tersayang.

Ketika ditanya kenapa, jawab Abu Dzar ketika lapar hati ku jadi lembut untuk mengingati Allah. Kedua ketika aku sakit, aku dapat pengampunan atas dosa ku kerana sakit adalah ujian dan kaffarah kepada dosa dosa ku. Orang yang hampir dengan Allah seperti Saidina Ali bila sentiasa sihat akan bertanya adakah Allah telah melupakan aku?  Manakala ketika sakaratul maut, kerana saat itulah sudah semakin hampir untuk aku bertemu dengan kekasih ku Allah SWT dan kecintaanku, Nabi Muhammad SAW. Bagi golongan Muqarrabin, kematian bukan perpisahan, tapi adalah detik pertemuan yang dinantikan. Bukankah mati, adalah syarat untuk menemui cinta. Tak boleh bertemu Allah di alam dunia tapi hanya boleh bertemu Allah di alam syurga. Saat itulah yang dinantikan.

Antara ketiga tiga ini, hanya lapar yang boleh kita rasa. Bila lapar, lembut tak hati kita? Majlis ilmu yang dijalankan di dalam bulan Ramadhan dan luar bulan Ramadhan, jauh tinggi nilainya samada dari sudut ganjaran pahala atau sudut yang paling penting untuk ilmu meresap ke dalam diri kita kerana hati kita telah lembut untuk dilentur supaya kita yakin pada Allah dan hari akhirat. Kerana engkaulah kami berpuasa, Ya Allah.

Sekarang kita berada di separuh akhir Ramadhan, walaupun hadis ini dhaif tapi ramai yang menjadikannya sebagai motivasi dalam beramal. Ramadhan dibahagi kepada 3 fasa iaitu rahmat, pengampunan dan kebebasan dari api neraka. Satu dialog antara Nabi Musa dengan Allah SWT.  Nabi Musa diberi kelebihan berkata kata secara langsung dengan Allah. Nabi Musa bertanya Apakah Engkau akan katakan pada hamba yang taat dan soleh yang datang menyembah Allah dalam solat? Allah menjawab, Aku akan katakan selamat datang wahai hambaku. Ditanya lagi, Bagaimana Engkau akan katakan pada orang yang banyak dosa tapi datang mengerjakan solat. Aku akan katakan kepada orang berdosa selamat datang wahai hamba ku sebanyak 3 kali. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan sesekali tidak berpaling walaupun pada hambaNya yang berdosa. Semoga dalam solat nanti, kita dengar suara Allah yang memanggil kita. Ramadhan bulan keampunan. Sesiapa yang berdosa juga dijemput.

Ramadhan sudah masuk separuh akhir. Kalau diumpamakan dengan kehidupan dunia. Fasa yang dilalui adalah struggle, stable, success dan significant. Significant adalah pasal kita mahu dikenangkan. Pada separuh akhir Ramadhan, kita patut telah berada di fasa stable. Dah dapat biasakan diri kita dengan lapar, dengan membaca Al Quran, sedekah, sebab kita mahu menampah pecutan selepas ini. Jangan seperti tebu yang dipangkal manis tapi di hujung tawar. Sedangkan Ramadhan dipenghujung lagi manis. Kita kena tambah pecutan supaya lebih baik dari fasa pertama. Puasa untuk mencapai taqwa. Di dalam surah Al Baqarah ayat 183 berkenaan kefardhuan berpuasa ada disebutkan berkenaan iman, puasa dan taqwa. Ketiga tiga boleh dihubungkait dengan input, process dan output. lAnalogi mudah ialah iman adalah benih, proses adalah pokok manakala taqwa adalah buahnya.

Tujuan kita menanam benih adalah untuk tumbuhkan pokok bagi mendapat buah. Sesuatu dibuat mesti ada tujuan. Jika tidak dicapai, kita mesti membuat diagnosis akan kekurangan sesuatu atau mengganti alat untuk mencapai tujuan tersebut. Contoh kereta digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Jika kereta rosak, kita tak akan dapat menuju destinasi dan tujuan. Jadi apa yang perlu dibuat? Begitu juga dengan analogi menanam pokok. Jika pokok yang ditanam tidak berbuah tapi kita masih selesa dan tak merasai apa apa yang tak kena. Sebabnya kerana kita tak rasa taqwa itu sebagai pentjng dalam hidup kita. Kenapa taqwa? Kita adalah warga akhirat, kita sedang bermusafir. Mati perlukan bekal dan bekalnya ialah taqwa, sesuatu  yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar tapi hanya boleh dilihat dengan mata hati.

Apa kelebihan taqwa, mengapa taqwa penting. Kita hanya bermusafir di dunia ini, mati adalah permulaan kepada kehidupan yang tak akan mati lagi. Kita perlukan bekalan untuk dibawa. Orang berharta, rupa atau berkuasa adalah jelas dari pandangan mata. Kalau disebut seorang millionaire pasti kita boleh nampak bagaimana kehidupan mewah mereka dengan mata sendiri. Jadi timbul keghairahan untuk kita mencapainya. Tapi bila disebut orang bertaqwa, kita tak nampak jelas. Kita tak rasa apa apa bila puasa kita tidak melahirkan taqwa. Bagaimana kalaulah ini adalah puasa kita yang akhir.

Orang yang bertaqwa ialah orang yang sentiasa mencegah dan berhati hati dan berjaga jaga dalam hidupnya tentang hukum hakam dari Allah. Hukum hakam Allah tak banyak iaitu haram, harus, makruh, sunat dan wajib. Kalau kamu jaga Allah, iaitu jaga hukum hakam Allah, maka Allah akan jaga kamu. Bayangkan seorang yang berjalan atas jalan yang penuh duri duri dan kita tidak memakai kasut. Ambik masa untuk berjalan dan kita lebih fokus. Inilah analogi orang yang bertaqwa dalam hidup. Dalam hidup, semua difikirkan halal dan haramnya. Mereka sentiasa berjaga dalam makan minum, dalam berpakaian bukan untuk diri sahaja tapi juga anak perempuannya. Orang bertaqwa sangat teliti dalam apa sahaja yang dilakukan. Bagaimana kita yang miskin hendak jaga Allah. Maksud menjaga Allah ialah menjaga hukum hakam Allah. Apabila Allah menjaga kita, inilah kelebihannya. Kita jadi akrab dengan Allah. Allah menjadi pembela orang bertaqwa. Allah akan jaga kita cth rumah tangga kita, anak anak kita, ekonomi kita dan semuanya bila kita bertaqwa. Bila kita tak bertaqwa, Allah akan lepas tangan. Kudrat kita hanya sekerat, kita tak mampu melakukannya, maka akan bermulalah kemusnahan akibat tidak bertaqwa. Tidak ada janji Allah akan menjaga orang muslim contoh seperti siksaan yang dialami oleh orang Islam di Palestine. Kenapa Allah biarkan dan izinkan semua ini berlaku, walaupun kita sedih kerana mereka seperti saudara sendiri tapi di sana ada pengajaran. Kalau tiada taqwa, tiada kekebalan dari musuh musuh walaupun bilangan kita ramai. Berapa banyak golongan sedikit dapat mengalahkan golongan ramai. Cth dalam peperangan tentera Islam dan orang orang kafir. Kebanyakan peperangan, tentera Islam sedikit dibandingkan dengan musuh. Tetapi Islam menang kecuali peperangan Hunain di mana tentera Islam tewas pada mulanya kerana pada masa itu mereka ramai. Islam pentingkan kualiti daripada kuantiti.

Orang bertaqwa akan mendapat barakah di mana Allah membukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi. Kelebihan yang melimpah ruah secara berterusan. Tidak ketara tapi dapat dirasai. Dalam kebidupan yang singkat, apa yang kita patut cari ialah keberkatan.
Barakah adalah sesuatu yang sedikit tapi dirasakan banyak, yang payah dirasakan mudah dan yang sempit dirasakan luas. Ada yang dapat banyak tanpa barakah. Ada yang ambik rasuah, dan yang ambik rasuah bukan orang miskin tapi orang kaya yang dapat banyak tetapi tidak barakah. Ibarat minum air laut, lagi diminum lagi haus. Kalau tidak barakah, walaupun banyak, terasa tidak cukup dan tidak puas.

Kita mahu keberkatan pada umur. Keberkatan umur, contoh kalau dalam melakukan pekerjaan kita dapat melaksanakan banyak benda dalam satu masa yang sama. Imam Nawawi walaupun meninggal pada umur 40 tahun tapi berapa banyak kitab kitab yang ditulis dengan usia hidup dia. Ianya semacam tidak logik. Iman Shafie dapat katam Al Quran 2 kali dalam satu hari dalam bulan Ramadhan. Ini bermakna dia mendapat usia yang barakah. Semoga kita dapat yang barakah pada usia, pada anak anak dsb.

Barakah hanya dapat pada orang bertaqwa. Jalan penyelesaian kepada masalah. Hidup sentiasa ada masalah, dan di dalam Islam ianya dinamakan sebagai ujian. Patut umur makin hujung, makin steady. Ingat masa anak kecil, kita jaga dan susah dah besar akan senang, tapi rupanya bila besar lagi takut dan ada pula masalah lain. Pendek kata masalah kita adalah masalah berteursan. Allah telah menetapkan bahawa manusia akan sentiasa diuji dan kita kena sanggup berjuang. Bila dilanda masalah, cuba tukar skrip dengan menyebut sesungguhnya aku sedang diuji. Impaknya akan jadi berbeza bila sebut aku ada masalh dengan aku sedang diuji. Siapa yang mengujiku? Sesungguhnya Allah menguji hamba hambanya. Allah akan mengekalkan sifat kasih sayangnya. Syaratnya bila diuji, kena akrab dengan Allah. Bila hati akrab dengan Allah, tak salah kita minta dengan Allah. Ya Allah, aku ada masalah, bantulah aku. Besarkan iman kita bila kita diuji, maka akan jadi ringanlah dan kecillah ujian kita. Satu sudu garam masuk dalam satu gelas, air akan rasa masin tapi jika dimasuk dalam satu jug atau satu kolah, lagi kurang masin. Bila hadapi ujian, kembali pada Allah kerana ujian adalah kasih sayang Allah untuk kita rasa kehambaan kita dengan meminta pertolongan supaya kita diberi kekuatan untuk hadapi ujian. Inilah orang bertaqwa.

Dalam kehidupan, lihatlah betapa terkial kialnya manusia yang berada di zaman teknologi yang tinggi tapi semakin gersang dengan hati budi dan akhlak. Dalam tahun 2009 setiap 15 minit, satu perceraian berlaku, setiap 18 minit seorang bayi luar nikah dilahirkan. Lebih dari 70%  penghuni pusat serenti adalah orang Islam, begitu juga dengan mat rempit. Kenapa jadi begini? Puncanya, tak cukup menjadi orang Islam tetapi kena jadi orang yang bertawa. Kalau kita miskin, jadi orang miskin yang sabar, kalau kita kaya, akan jadi kaya yang bersyukur, kalau kita di atas kita akan jadi orang yang adil dan kalau kita rakyat jelata, akan jadi rakyat yang setia. Pasti tenang kehidupan, jika tiada taqwa.segalanya berkecamuk. Analogi mudah, ada peraturan jalan raya dan lampu isyarat dsb. Hanya orang yang tak siuman sahaja yang rasa peraturan jalanraya sebagai satu sekatan yang menyusahkan. Peraturan adalah sebagai kawalan untuk keselamatan kita. Bayangkan jika dipersimpangan 4 dan lampu isyarat rosak, pasti kelam kabut. Inilah gambaran bila peraturan Allah tidak dipatuhi. Islam ada peraturan, yang kaya akan keluarkan zakat dan sedekah. Harta itu jangan disekat supaya ianya sentiasa mengalir dan jernih. Inilah indahnya ajaran Islam. Ini yang kita hendak bila kita bertaqwa.

Sekarang kita berada di separuh akhir Ramadhan, yang kita mahukan ialah keampunan dari Allah. Ada orang yang confirm masuk neraka kerana terlalu banyak dosa, tetapi setiap hari siang dan malam dalam Ramadhan ada yang namanya dicabut dan akan dibebaskan dari api neraka. Mudah mudahan kita adalah salah seorang darinya. Sebab kita tak nampak perkara ini. Jadi analogi kalau di hari keputeraan Yang Dipertuan Agung, siapa dihukum bunuh boleh merayu dan akan diberi pengampunan pada rayuan. Cuba bayangkan mereka yang mengharapkan  pengampunan ini.  Sudahlah dia menunggu hari keputueraan dan menunggu pula  keputusan, pasti akan jadi gelisah kerana ianya hari penentuan hidup dan mati. Dasyatnya dan hebatnya siksa neraka walaupun masuk sebentar tetapi seolah masuk selamanya. Siksa yang paling ringan di neraka ialah dipakaikan selipar dari api neraka sehingga menggelegak otaknya dan dia merasakan bahawa dia yang paling tersiksa di dalam neraka walhal dia hanya mendapat siksaan yang paling ringan. Ini semua disampaikan  oleh Rasulullah.

Bila masanya? Bulan puasa inlah peluang keemasan, ada 30 hari untuk kita mendapat pengampunan bukan hanya sehari seperti hari Keputeraan tetapi ada sepanjang bulan Ramadhan. Doa yang diajar oleh Baginda kepada A’ishah ialah “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku).

Kita insan yang lemah dan sangat banyak keperluan kita kepada Allah. Banyak yang kita hendak. Jadi nak minta apa ? Mintalah diampunkan dosa dosa. Sahabat sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga juga diajar supaya memohon keampunan dari dosa. Rasullullah sendiri tidak  kurang dari 70 kali berisithghar pada Allah sedangkan Rasulullah seorang yang tidak dosa. Apalagi kita yang tidak dijamin syurga, lagi kita perlu memohon pertolongan dari Allah. Ramadhan setia menanti anda,kita sekarang sedang mengidup udara keampunan, kenapa kita tak guna masa yang ada untuk memohon ampun sedangkan Allah mahu mengampunkan dosa kita? Mintalah keselamatan dari api neraka dan diampunkan dosa. Tak salah minta ditambah rezeki tapi mintalah yang paling berharga sekali iaitu pengampunan dan pembebasan dari api neraka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan sama samalah kita kongsikan supaya ianya menjadi ilmu bermanafaat buat kita semua.


Thursday, July 2, 2015

Aku Tanya Apa Khabar?

Assalamualaikum semua,

Apa khabar kawan2. Bajet cam ada org baca jer blog ni kan.. Hehehe. Takde pun takpe lah, Yang penting blog ni masih wujud lagi dan boleh menyimpan cerita2 buat anak2 pada masa depan.



Ok mula2 nak ucapkan selamat berpuasa dalam bulan Ramadhan yg mulia ini. Ya Ramadhan datang lagi. Masih aku ingat Ramadhan tahun lalu, Ramadhan yg sungguh bermakna.  Tahun lepas aku tak kongsikan pun berita gembira ini bila mana aku disahkan mengandung anak ke empat. Eh empat? Bila masa pulaknya kan?? Hah yg kisah ni pun aku tak citer gak kan. Almaklumlah bila dah kurang berblog, maka kuranglah cerita2 yg dikongsikan.

Sebelum aku mengandungkan Zahira, aku pernah keguguran, rasanya time tu dah 12 minggu camtu lah. Aku pun tak tau yg aku preggy time tu. Ingatkan hormon tak stabil ke apa, sbb masa tu masih fully breastfeed Inarah, dan tak expect pun yg mengandung. Tapi bila dapat tau pun, bila doktor scan dan dapati baby dah 12++ weeks. Tapi doktor kata baby dah tak membesar since minggu yg ke-8. Oklah pendekkan cerita, aku miscarriage. Bukan rezeki kami.

 Nov 2013. Tinggal kenangan

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Aku tak perlu menjalani D&C. Baby keluar sempurna semasa aku di rumah. Itulah pengalaman pertama aku keguguran dan betapa aku mengerti perasaan mereka2 yg pernah mengalami pengalaman ini. Sedih memang sedih.

Dan selang lebih kurang selang 7 bulan kemudian, aku conceive lagi. Masa tu bulan puasa tahun lepas lah. No wonder lah aku puasa penuh. Hehehe. Dan tak tersangka pulak yg adik ipar aku jugak berkongsi good news pada penghujung Ramadhan tahun lepas. Kegembiraan berganda lah buat ibu dan bapa mertuaku. Dapat 2 cucu dalam bulan yg sama. Kami sama2 melahirkan pada bulan Mac yg lalu.

Kenapa aku ceritakan kisah nie? Sebab ianya bersangkut paut dengan Ramadhan Kareem. Dan yg utamanya aku nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Ok nanti kalau rajin aku nak kongsikan pulak pengalaman melahirkan baby Zahira. Nanti bila Zahira dah besar, Zahira boleh baca. Lagipun kenangan kakak2 dia sumer ada kat blog. So, kena lah adil dan saksama kan.


Zahira 3 bulan yg lalu

Ok tata, Sehingga bertemu lagi dan terima kasih kerana sudi gak melawat blog ini.

Friday, July 25, 2014

Ramadhan Hampir Berakhir dan Syawal Bakal Menjelma

Ya Allah,
Ramadhan akan berakhir dan akan meninggalkan kami, oleh itu berilah masa kepada kami untuk terus beramal seperti dalam bulan Ramadhan. Kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk untuk mentaati-Mu dengan ikhlas hati kami dan beribadat kepada-Mu mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.

Ya Allah,
Kami mohon kepada-Mu semoga dipanjangkan umur kami lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan ditahun hadapan supaya dapat kami mengabdikan kepada-Mu.

Ya Allah,
Sekiranya kami tidak sempat bertemu dengan bulan Ramadhan lagi, maka Engkau ampunkanlah dosa kami dan masukkan kami ke dalam syurga-Mu.

Ya Allah,
Kami berharap dengan berakhirnya bulan Ramadhan yg mulia ini, segala amalan kami Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan.

Aminn... Ya Rabbal A'lamin

Thursday, July 17, 2014

Puasa, PD, Bazar Ramadhan, Babysitter dan Anak2. Ini tajuk entry ke Labels?

Salam Ramadhan kengkawan sumer. Selamat berpuasa kepada semua yg sedang berpuasa. Hehe puasa pun dah nak sampai penghujungnya baru nak ucap selamat. Hai entahlah memang lah sekarang ni tak rajin sgt nak memblog.

Baru2 ni kami gi short vacation ke PD. Sape kata bulan2 puasa tak boleh pergi jalan. Ok jer. Best jer. Last weekend kami sesaje lah ke PD. Saje nak bawak budak2, sambil tu nak bawak anak2 babysitter dan babysitter sekali. Untuk mengeratkan silaturrahim. Ater, anak2 sekarang kan duduk dengan new babysitter. Nak tunggu lepas raya, lambat sgt, so kita gi bulan puasa je lah, lagipun resort pun ada kekosongan.  Kiterang gerak petang Sabtu sbb suami babysitter tu kerja hari tuh. Gerak dalam pukul 5 lebih dan sampai sebelum masuk waktu berbuka. Terus kami singgah kat satu restoran seafood tak jauh dari resort kami. Nasib baik jgk ada table kosong, walaupun kami takde buat booking. Tapi satu gambar pun nan ado, sbbnya sekarang ni dah tak berapa tegar lah nak kuar hp or kamera tuk amik2 gambar. Sibuk kan nak tengok anak2 jer.

Lepas buka puasa baru kami check in.  Malam tu takde apa aktiviti pun, just borak2 dan tengok tv jer. Org bulan puasa gi surau, masjid gi Terawih korang gi jalan? isy isy isy... sape kata tak boleh buat tu sumer.. boleh jer, pokok pangkalnya hati memasing kan...tepuk dada tanya iman. Ewah.

Pagi esoknya awal2 pagi aku dah bangun tuk sediakan juadah utk sahur. Sahur simple2 jer, takat masak nasi, pastu masak sambal sardin dan telur dadar. Up sekali maggie goreng sedap utk tambah2. Sedap gak sahur makan megi. Cubalah. Lagi best kalau makan berjemaah.

Pastu siangnya kami free and easy sajer. Dah memang tujuannya datang ke PD utk berehat2 sahaja. Yelah aku paham sgt babysitter mesti penat selama seminggu jaga anak2 aku, jaga anak2 dia lagi... mesti tak rest. Aku yg cuti weekend duk ngan anak2 pun boleh rasa cam mana penat dia.

Pagi tu as usual lah harus bawak bdk2 gi swimming dulu. Sbbkan ni yg kali ke lapan beras ratus kali kami ke sini, maka takdelah amik gambar sgt pun. Tu pasal entri ni tak de gambar sgt. Tapi ada lah sikit. Mana yg ada tu aku tepek lah jgk kat blog ni. Pas mandi manda budak2 bolehlah makan. Kami takat tengok sambil telan ailio je lah. Hehe. Pastu aktiviti tido. Wah heaven betul dapat tido siang2 hari. Takyah fikir nak buat kerja rmh yg tak pernahnya habis.

Petang sikit baru kami keluar. Gi bazar Ramadhan jelah. Itulah pertama tama kalinya aku jejak kaki ke bazar ramadhan. Bazar kat rmh tak pernah pergi pun alih2 bazar dkt dengan poli PD yg aku jejak. Bukan apa sekarang ni cam takut jer nak beli makanan kat bazar, mcm2 hal kan. Tapi klu tak ke bazar, apa pulak yg nak dimakan time buka buka puasa nanti. Kami berpecah. Masing2 pergilah beli apa2 yg teringin nak dimakan. Hujung2 bila bertemu masing2 menjinjing beg plastik di tangan kiri dan kanan.

Maka inilah hasilnya................


penuh meja. nyamss. tu pun ada yg tak dikeluarkan lagi dari plastik.

Ada yg sedap. Ada yg ok. Ada jugak yg tak sedap dan ok. Biasalah berniaga bermusim kan. Ikut nasib2lah..  Tapi kami takde lah bazir sgt... adalah jugak sikit yg terlebih.

budak2 tgh berjemaah minum susu

Alhamdulillah anak2 pun boleh masuk dengan anak2 pengasuh dan nampak dorang happy. Dorang lebih kurang sebaya jer ngan anak2 aku. So memang genglah.

Sempena Ramadhan ni ramai gak lah yg berhijrah menjadi lebih baik. Artis yg pakai tudung pun dah semakin ramai. Yang tak artis pun apa kurangnya. Alhamdulillah.

Tak ketinggalan jugak budak2 dua orang nie..

"mama nak pakai tudung"

Pun boleh.. pakai tudung tapi berskirt. Ica.. Ica.. Tapi kejap jelah pastu agak2 rimas dia cabut. Takpe slow2 yer kakak.

eh adik pun mana boleh tidak.. apa kakak buat dia pun nak nak jugak

Inara memang peel dia camtu. Suka sgt tiru kakak dia. Dulu Inara ni jenis baik tak banyak ragam, tapi sbb hari2 tgk kakak dia menangis.. dia pun sekarang dah suka menangis.. nangis yg boleh break2 lagi.. ingat dah benti... tiba2 eh dia sambung balik. Adik cam noti2 sikit.. noti2 yg comel... memang terhibur dengan perangai dia. Berani dan berdikari. Sumer nak buat sendiri. Kalau nak takutkan dia kat bilik gelap pun tak jalan. Dia selamba jer. Pastu kuar bilik sengih2 sambil pegang barang. Oh ye, inara ni kami panggil minah prop. Kat tangan dia mesti ada jer benda yg dia nak pegang.

Ok sekian cerita campur2 utk kali nie.

Wednesday, July 31, 2013

Buka Puasa Kat Luar

Last weekend ada org nak belanaja buka puasa kat luar. Maka ke Empire lah kami.


On the way - marissa muka control ayu

Husbandnya Watie yg bermurah hati nak belanja kami semua berbuka puasa. Kebetulan Cikgu Wan dan Cikgu Nun sekeluarga pun balik cuti. So bolehlah kami bergather2.


amik order dulu


nak choose menu pun pening.. sbb macam2 ada so tak tau nak pilih mana

Kami berbuka di Madam Kwan, Empire. Tempat adalah pilihan si pembelanja. We ols follow jer. Memang dah booking awal2, kalau main terjah jer, memang tak dapat tempatlah kot. Tapi kena make sure pukul 6:30 petang dah ada kat sana utk order makanan. Kalau by 6:45pm still tak datang gak, maka booking akan dibatalkan dan akan diberi kepada org lain.


sambil2 tu borak2 dulu

Sementara menanti waktu berbuka kami jenjalan lah dulu sekitar sana. Boleh lah lite2 shopping sebelum berbuka.


sajelah amik gambar depan cermin kebiasaan blogger2 lakukan


Ada booth jual baju kat depan tuh, sajelah try baju jenis peplum nie. Mana tau kalau sesuai boleh rembat terus.

haruslah try yg purple kaler


ok ke tak nie?

Actually tempat kami try2 baju tu bukanlah fitting room yg sebenar. Tu adalah tempat belakang stage tuk org yg buat persembahan kat main stage. Tapi sbb time tu dorang sumer tengah buat performance kat atas stage maka kami gunakan lah ruang tuh. Lagipun adik yg jual baju tu yg suruh kami try kat situ.

Try beria, so rasanya aku beli ke tak? Haruslah tak, sbb aku ni payah sikit nak pakai baju yg ready made nie. Aku lebih prefer custom made. Kalau baju tu memang ngam2 saiz aku memang aku beli dah. Harga pun reasonable. RM190 jer. Jer kata aku? Oklah kot, kalau beli kain pun dah berapa, bayar taylor pun dah berapa.. kan?


yg suami pulak kena lah layan anak2


en shah dengan lampu aladinnya. gosok jgn tak gosok. kot keluar duit berkepok2 boleh kita shopping sakan



badang sgt lakiku.. dukung sekali dua sekali..haha


dah.. dah.. jom nak masuk waktu berbuka dah tuh.. nak layan bini shopping memang tak habis2 lah

Kat area2 depan madam kwan tu jgk ada gak lah booth tudung dari radiusite. Terjebak gaklah aku beli selai tudung. Tudung raya katanya. Tudaung shawl biasa jer, cumanya ada manik2 sikit kat hujung. Sbb fikir malas nak gi cari lain kali beli jelah,takut nanti cari tak jumpa2 pulak,... tapi sbb asben kata beli jer lah.. maka aku pun ikutlah kata dia. Yang penting dapat green lite sebelum beli.


nasi bojari pilihan aku

Maka itulah saje satu2nya gambar makanan yg aku amik walaupun meja adalah penuh. Ini disebabkan makan sampai2 ngam2 sebelum masuk waktu berbuka. So, tak koser nak snap2 lagi dah, baik kita makan yo.


makan time...


anak2 tidak dilupakan



marissa share ngan mama dia jer.. ayam goreng jer yg dia makan. Inara makan chicken soup jer


Inara si mulat


kat toilet pun jadi

Marissa dah besar. Sonok kuar ngan dia. Cam dah jadi geng dah. Aku nak gi surau pun dia nak ikut gak. Surau adalah penuh. Nak amik wudhuk pun kena beratur. Marissa masuk2 surau jer kata "ramainya org..." "yelah org lain pun nak solat gak" aku balas.

Kat surau tu paip tuk amik wudhuk yg boleh guna dua2 jer, so memang kena tunggu turn lah kan. Yang tak laratnya si Marissa ni sibuk gak nak amik air sembahyang. "ica nak amik air bayang jgk". Serba salah aku dibuatnya, org kat belakang dah meramai nie... takkan aku nak cakap tak boleh kot.. walaupun mula2 tu aku kata ica budak kecik lagi tak payahlah.. Tapi takkan aku nak halang2 kan.. budak2 dari kecik ni lah nak belajar kan..so layan kan ajer.

Ok ni ada satu benda lucu gak lah.. kalau kat surau biasanya sejadah disusun melintang panjang2 kan. Yang si Marissa ni kemainlah konfidennya amik tempat nak sembahyang...

Aku nak citer cam payah pulak nak describe dengan perkataan so refer kat gambar di atas. Aku ia2 jer kasi Marissa space supaya di berdiri sebelah aku (warna biru) kat tempat yg warna kuning tuh. Tapi dia duk lah berdiri kat kaw yg warna ungu. "ica berdiri sini lah". "Eh mama salah lah.." Kita pulak yg disalahkan.. oo baru aku paham.. logik2.. yelah kat rmh kita kat berdiri kat atas sejadah betul2.. ok korang paham tak citer aku..tak paham abaikan jer..

Lepas settle sumer, agenda shopping diteruskan. Lepas shopping tekak haus balik so sambung minum lagi. Kali ni ke Teh Tarik Corner lah pulak. Terasa betul kat kedai kopi. Padahal kat dalam mall tuh.

jual mahal taknak amik gambar


decor dalam kedai - air botol disusun di dinding

Lepas minum ingat nak balik lah kan.. tapi nan ado lah.. dah alang2 keluar memang keluar habis2san lah.. kami ke Jalan TAR pulak. Sajer je pun.. takde apa nak cari pun cuma nak cuci2 mata jer tengok org. Bayangkan tengah2 malam gituh jalan kat KL boleh jammed giler. Ramai sgt org macam waktu siang lah pulak.
.
. Takde beli apapun, takat beli brooch, butang baju melayu, pastu adalah selai dua baju. Pastu balik.

Sebelum balik kami singgah sahur sebentar di mamak. Sahur megi goreng ngan teh tarik. Giler kan kami nie.. keluar jarang2 tapi bila keluar terus santak ke sahur. Wahaha.

Balik rmh terus bobomm.. 
keletihan
 Rasanya sekali je kot buka kat luar. Cukup2 sudah.

Friday, July 19, 2013

Menu Sahur

Org sibuk share menu berbuka tapi aku nak share menu sahur aku semalam.  Jenjalan kat blog ni nampaklah pasal resipi sambali bilis lenggong ni, tengok cam senang dan mudah jer terus aku copy resipi. Eh tak salin pun jus snap jer gambar pakai phone.

resipi yg dicopy melalu hp

Kalau nak resipi penuh leh gi ke sini.  Ni aku saje je citer kat blog sbb aku dah janji ngan akak tu kalau aku masak resipi ni aku akan share kat blog. So ni lah hasilnya.

sambal bilis lenggong versi aku

Hasil masakan pukul 4:30 pagi begitulah rupanya. Gigihkan sahur2 pun nak masak. Yelah time berbuka tak berkesempatan, kita masaklah time sahur. Dah en. suami kalau sahur mesti nak nasi punya, dia tak layan roti2 or kuih-muih segala.

Sambal bilis aku ni aku ubahsuai sikit, sepatutnya letak asam keping, tapi aku gantikan dengan belimbing buluh baki buat sambal tempoyak hari tuh yg kian kecut kat dalam peti ais. Dari terbuang baiklah aku bubuh jer kat dalam sambal ni.

Masa mula2 aku masak sambal ni laki aku cam buat muka pelik jer, bila aku blend ikan bilis ngan cili tu sekali. Pastu time aku masak pun dia cam wat muka pelik jer.. aku bukan boleh org buat muka pelik time aku nak masak, boleh hilang semangat tau. Asben wat muka pelik sbb dia tak pernah tengok aku masak lauk nie. Aku cakaplah ni sumer resipi dari blog, diam2 sudah. Tengok jelah rasnya camne nanti.

Ok rasanya oklah pada aku sedap jer.. yelah cili api ngan ikan bilis memang leh menambat selera lah kan.. cumanya aku rasa kalau aku goreng lama2 sampai jadi garing sambal tu lagi menarik kot. Tapi sbb masa sahur dah suntuk so aku angkat jelah dari kuali walaupun dia tak garing sgt lagi. Makan dengan telur mata pastu letak kicap. Perghhh. Cubalah.

Terima kasih pada yg mengongsikan resipi. Mana yg mudah2 dan simple tu aku suka lah nak try.

Tujuan Puasa Diperintahkan

Salam Sayyidul Ayyam buat yg membaca blog ini.  Pagi2 yg mulia ini lebih baik kita isikan pengisian yang baik utk jiwa kita. Selamat membaca.



Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."


Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan larangan-larangan ALLAH lahir dan batin. Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."


Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.



Wassalam.


Source:  Forwarded e-mail

Wednesday, July 17, 2013

Baru Sekali Je Lah Dapat Masak Juadah Berbuka

Org sibuk citer pasal masakan, ko pun nak sibuk jugak kan..padahal masakan ntahapeapeajer.. feduliks.. nak gak up.. mood tengah merajin update ni jgn dilengahkan.. kalau tak kang bersawang.

Lakiku ini ntahlah tak muak2 ngan tempoyak, asiknya lah manjang nak makan tempoyak. Kalau balik rmh parents dia, mesti dia request mama buat sambal tempoyak. Tapi memang takleh nafikan lah sambal tempoyak mama memang terbaik. Hari tu sebelum puasa mak mertua adalah kasi sebalang tempoyak, dapatlah aku masakkan sambal tempoyak tuk asben sempena utk berbuka puasa hari yang ke-5. Hah ko hari kelima baru leh masak. Dah tu hari2 sebelum tu asik buka kat rmh mak jer kan.

 sambal tempoyak cili api dengan ikan bilis dan belimbing buluh

Belimbing buluh tu asben beli kat pasar malam. Dia pantang nampak kalau org jual belimbing buluh nie, dia mesti beli punya. Feberet dia lah tu.

sambal sotong kering beli kat Sabah. Cerita Sabahnya belum gak diupdate

First time masak sotong kering, selalu masak sotong segar jer. Sedap gak sambal sotong kering nie. Tapi kena rendam lama sikit lah supaya dia tak liat.

 Ikan kembung bakar

Asben beli ikan kembung 4 ekor hari tuh, besar2 kemain ikannya. Dua ekor aku bakar. Tapi tinggal seekor jer tuk kami. Sbb lagi seekor aku eksport ke rmh mak aku. Lauk2 lain tu pun aku eksport gak ker rmh mak. Kebetulan akak aku singgah rmh aku petang tuh, so aku kirimkan jelah lauk2 ni sumer. Tu yg nampak cam sikit jer lauk2 aku tu sbb aku dah bagi dua. Nampak cam sikitlah tapi bertahan gaklah sampai ke sahur. Ala takat dua org jer pun nak makan, apa sgt lah pun.

masak lemak pucuk manis yg dibeli

Ok tu time weekend dapatlah aku memasak sikit, time weekdays memang tak lah kot. Beli kat ofis jer set berbuka dari Che Dan's caterer senang. Setiap hari menu berbeza. Sedap pun sedap, tapi siap duitlah jerlah satu pakej harga RM15. Lengkap hingga ke dessert.  Hingga ke hari ini jugak aku belum lagi menjejak kaki ke bazar Ramadhan. Syabas! Tak yah nak syabas sgt, walaupun tak ke bazar tapi aku main kirim2 jer kat adik aku gi beli kat bazar.

Friday, July 12, 2013

Blog, Susu, Puasa, Kena Dera dan Apa-Apalah

Mula2 nak citer pasal blog dulu. Pesal blog ni cam lain macam sikit kalau nak update. Tak taulah kot blog aku jer ker camni. Dulu boleh jer taip kat compose. Sekarang ni ni update kena pergi kat HTML. Cam semak sikitlah. Pastu payah sikitlah nak bercoding bagai. Korang camtu gak ker? ker aku jer... aku yg masih ketinggalan di belakang. Almaklumlah update sekali sekala katakan.

Ok pastu nak citer pasal puasa pulak. Eh bukan, nak citer pasal susu. Tapi kena mengena puasa gak lah. Alhamdulillah Inara masih lagi fully breasfeed. Kalau nak ikutkan ni pengalaman kedua menyusu anak semasa bulan Ramadhan. Alhamdulillah rezeki tetap ada. Ada org kata kalau puasa nanti susu kuranglah apalah, tapi rasanya lebih kurang jer kot. Ok ni adalah hasil sekali pam. Aku biasanya pam 2 kali sehari. Tapi hasil pada waktu petang agak kurang sikit berbanding hasil yg waktu pagi.


Alhamdulillah


Aku plak takdelah amik suplement like shakle ke apa, memang takde, cuma aku make sure aku minum air kosong byk2. Kalau sebelum puasa aku target at least habiskan 2 liter air, tapi time puasa ni payah kot, tapi aku try gak. Lepas buka puasa tiap kali minum aku make sure aku habiskan 1 mug air kosong. Utk tak lupa tuk minum air putih aku target setiap satu jam kena minum air. Yelah kalau nak tunggu haus memang tak lahkan. Pastu time sahur bangkit2 pagi aku terus teguk air kosong dulu bergelas2. Pastu sahur cam biasalah, nasi ngan lauk sikit. Pastu minum air milo secawan. Pastu makan kurma seketul. Pastu repeat balik minum air kosong. Memang lepas tu asik nak terkench jelah.. sbbkan tak tahan nak membuang gak ar semalam nyaris terlepas train sbb terpaksa singgah kat toilet which aku memang payah ar nak gunakan public toilet. Tapi dah terpaksa. Takkan nak tahan gak kot.

Citer pasal susu ni jugak, ada baca kat fb yg kat Cina ada seorang ibu yg menikam babynya berkali2 sbb baby dia menggigit semasa menyusu. Gilo ke apo? Sampai nak tikam2 bagai. Ni mesti mental nie. Aku pun sekarang ni memang selalu lah kena gigit oleh Inara time menyusu, lagi kita oucchh ouchhh lagi kuat dia gigit. Dia ingat sonok benda tu kot. Sakit memang lah sakit, tapi takdelah sampai nak tikam2, sekadar tepuk2 manja punggung dia sikit adalah. Takpun aku picit pipi dia. Yelah budak tengah gatal gusi nak tumbuh gigi kot, tu yg kerja asik nak gigit jer. 

mangsa..siannya budak bambam nie

Yang ni bukan mangsa yer.. yang ni adalah budak bulat yg suka makan. Dah semakin bulat budak ini. Pipi bulat, kepala bulat. Kakak dia ada gaklah lekuk2 kat kepala, yg ni memang bulat betul. Maklumlah kakaknya dulu kan kena vakum.

Sanggup ko nak cucuk2 budak nie?
 

ibu kepada budak di atas, bukan budak yg kena cucuk2 tuh

Oklah nak fikir apa nak buka puasa hari nie. Padahal sumernya pun dah siap beli pun.. hehe.. Time hari bekerja aku rasa payah sikit nak masak utk berbuka, tak sempat kot, tapi tuk sahur InsyaAllah takde masalah. Ni weekend plan nak masak tuk berbuka lah. Macam nak buat ikan bakar. Kalau jadi buat aku eksenkan kat blog. Okbai.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak 1434H

1) Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.

2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8) Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.

9) Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur, memberikan buku saku atau lebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri,anak, dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. Source: Forwarded email

Wednesday, August 15, 2012

Warna-Warni di Aidilfitri

Wah wah wah.. puasa belum habis dah sibuk nak citer raya... Pantas sungguh masa berlalu, dah hampir sebulan kita berada di bulan mulia ini. Semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan mulia ini pada tahun2 mendatang. Amin.

Macam mana ngan persiapan raya korang?? mesti sakan kan? Aku biasa2 jer, sejak 2 tahun ni memang persiapan lebih kepada anak jelah, tuk diri sendiri biasa2 jer... Apa warna tema raya korang? Suka sgt suasana di pagi raya, bila melihat pakaian yg berwarna-warni yg dipakai oleh setiap lapisan golongan. Meriah sungguh. Semeriah warna duit2 seperti di bawah ini. Ada merah, biru, ungu, hijau dan oren. Korang suka kaler yg mana? Aku dah sah2 lah suka yg kaler purple tuh....

Ni adalah duit2 yg akan diagih2kan sempena hari raya ini. Ni bukan duit aku sorang2 nie, cam biasa ada gak member2 dan ahli keluarga yg mintak tolong tukarkan. 

duit yg warna-warni

Syoknya kalau kita yg dapat duit raya kan? Tapi dah tak relevan dah kita ni nak dapat duit raya lagi, tukang kasi duit raya adalah... terasa seronok jer bila melihat budak2 gembira mendapat duit raya. Eh.. tapi so far, tiap tahun pun still dapat duit raya jugak... dapat dari asben je lah. Hehehe.

Oklah takde apa pun nak update sebenarnya, sajer jer ni nak mendapatkan mood blogging kembali.

Diakhiri dengan gambar tuan blog yg rasanya dah lama tak syok sendiri. Hahaha.


Isy cam segan jer nak tepek gambar sendiri kat blog sekang nie..


Akhir kata, teruskan menjalani ibadah puasa dan bersederhanalah dalam setiap perkara. Pada yg dah nak start bercuti tuh, selamat bercuti lah yer... Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

Tuesday, July 24, 2012

Bukan Juadah Buka Puasa atau Bersahur Tapi Bolehlah Kalau Nak Jadikan Idea Kalau Tak Tau Nak Masak Apa Petang Ini


Hohohoho panjang giler tajuknya. Yelah baik aku gitau siang2 yg gambar2 lauk ni bukanlah juadah masa buka puasa atau bersahur, tapi ni gambar2 masakan tengahari beberapa minggu sebelum berpuasa. Tak nak kalah lah kan, org lain sumer tepek gambar makanan, aku pun nak jugak walaupunn kan....

Ok kalau korang tak tau apa nak masak petang nie, meh apa kata cuba lah salah satu juadah di bawah ini...
 
sambal sotong

Aku kalau nak masak kan aku mesti akan membayangkan rupa dan rasa macam mana yg aku hendak. Aku memasak hanya berdasarkan bayangan, no resipi2... ikut suka hati dan kreativiti sahaja. So, time aku kuar kan sotong tuh, aku imegin aku nak rasa sotong tu camgitu, sambal dia kena macam tuh, maka hasilnya jadi lah seperti yg aku bayangkan.

 
Ikan selar goreng


Ikan goreng memang kegemaran suami dan anak. Tak kisahlah ikan apa2 pun. Kalau asben pulak dia suka ikan yg digoreng rangup.


 ikan masin tenggiri
 
Ikan masin ni aku beli kat Pasar Tani kat rmh mak aku hari tuh, selalu beli yg dalam botol tak berapa sedap, tapi kali ni beli ikan masin yg betul2 fresh. Aik ikan masin pun ada ker freshnya pun... maksud aku ikan masin yg agak baru lah...first time beli dan first time gak goreng... sila percaya sgt lah sedap makan ikan masin ni kan... tapi tak eloklah dimakan selalu.. pastu kalau nak makan pun kena makan sikit2 jer.. sbb kan masin..kang darah tinggi pulak.. nak lagi best letak bawang dengan cili api...
 

 tuk ulam2 pulak hirislah timun nie
 
Kalau rajin tumbuklah sambal belacan sekali, tapi time aku masak ni aku tak berapa rajin tu yg mengelat tak masak sayur just gantikan timun jer sebagai sayur...nak cpt..
 
 
Ok menu dibawah ni pulak menu lunch tuk hari yg lain pulak.... ceh cakap macam masak setiap hari lah pulak, padahal time weekend jer pun... hehehe
 

 gulai peria bersama ikan kembung ker ikan selar
 
Sorilah aku ni masak boleh lah sikit2 tapi bab nak ingat nama ikan ni agak fail sedikit... tapi bukan tak tau langsung tapi kadang2 agak konpius.  Sape suka makan peria? saya suka, tapi ada org kata peria pahit.. tapi aku rasa takde lah pahit pun. Peria ni sedap gak kalau wat goreng berlada, wat gulai pun sedap gak.. ai loike... kalau peria katak tu, ala peria  yang kecik2 tu, buat ulam pun ok... rasa cam makan timun jer... tak pahit langsung.. tak caya..sila cuba..
 
 

 sambal ikan bilis petai
 
Ini pun feberet aku gak. Selalu org masak petai ni org buang dia punya kulit kan, tapi yg ni kita potong sekali dengan kulit2 dia, pastu goreng sampai garing... pastu sambal tu pun goreng sampai masak/kering pastu baru masukkan semula ikan bilik dan petai yg digoreng tu... rangup jer... kalau tak pernah cuba sila cuba yer... aku ni suh org cuba tak tak kasi resipi camno? alaa aku rasa takat masak simple ni sumer org pun boleh.. bahan pun sumer yg basic2 jer... yelah aku masak pun tak pakai resipi camne pulak aku nak kasi resipi... aku masak pun takde sukatan bagai.. campak2 masuk kuali jer...
 
tempe goreng

Kalau nak wat tambah2 lauk lagi, goreng jelah tempe ni hah.. potong2 sikit pastu lumur dengan garam dan kunyit... pastu goreng sampai garing... wah memang sedap.. makan macam tu jer pun ok.... tu pun tempe tu pun ada yg tinggal separuh, elok kuar kuali terus masuk mulut.. gelojoh tul.... pastu bila dah settle masak tengok eh tinggal berapa ketul tempe jer...

Ok sekian sajer entry menayang makanan di petang hari...hahahaha  tak baik sungguh kan kita..kalah bebudak...hahaha