Wah wah wah.. puasa belum habis dah sibuk nak citer raya... Pantas sungguh masa berlalu, dah hampir sebulan kita berada di bulan mulia ini. Semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan mulia ini pada tahun2 mendatang. Amin.
Macam mana ngan persiapan raya korang?? mesti sakan kan? Aku biasa2 jer, sejak 2 tahun ni memang persiapan lebih kepada anak jelah, tuk diri sendiri biasa2 jer... Apa warna tema raya korang? Suka sgt suasana di pagi raya, bila melihat pakaian yg berwarna-warni yg dipakai oleh setiap lapisan golongan. Meriah sungguh. Semeriah warna duit2 seperti di bawah ini. Ada merah, biru, ungu, hijau dan oren. Korang suka kaler yg mana? Aku dah sah2 lah suka yg kaler purple tuh....
Ni adalah duit2 yg akan diagih2kan sempena hari raya ini. Ni bukan duit aku sorang2 nie, cam biasa ada gak member2 dan ahli keluarga yg mintak tolong tukarkan.
duit yg warna-warni
Syoknya kalau kita yg dapat duit raya kan? Tapi dah tak relevan dah kita ni nak dapat duit raya lagi, tukang kasi duit raya adalah... terasa seronok jer bila melihat budak2 gembira mendapat duit raya. Eh.. tapi so far, tiap tahun pun still dapat duit raya jugak... dapat dari asben je lah. Hehehe.
Oklah takde apa pun nak update sebenarnya, sajer jer ni nak mendapatkan mood blogging kembali.
Diakhiri dengan gambar tuan blog yg rasanya dah lama tak syok sendiri. Hahaha.
Isy cam segan jer nak tepek gambar sendiri kat blog sekang nie..
Akhir kata, teruskan menjalani ibadah puasa dan bersederhanalah dalam setiap perkara. Pada yg dah nak start bercuti tuh, selamat bercuti lah yer... Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.


8 comments:
tak pe..tuan rumah comei je orgnya
comel akk bla nmpk berisi nie..
seri ibu mengandung tue..hihi
bestnya peknen,ase cam nak peknen jugak jer..
banyaknya duit raya..heaven bebudak kan..
terus dtg sini bila tgk duit yg colourfull tu..hehehe...
Selamat Hari Raya kak deqna...=)
along memang diharamkan letak gambar along dalam blog..en abg x suka..itu perjanjian kalau nak terus berblog..huhu..nak tak nak ikut je sbb syg nak delete blog ni..kawan dah ramai..
selamat hari raya derna.
maaf zahir batin.
jumpa kat kelas ngaji nanti hehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Oh preggy gk ye..tahniah.. :) kita da tukar tmpt kje tu yg x jmpa dlm train lg hehe..
Post a Comment