Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Percutian Pertama Kali Buat Zahira

Ok tengah transfer gambar dari dalam hp ni hah. So, apa kata kita update lah blog sekali. Gambar adalah tidak mengikut susunan hari kejadian.

Aku cuti bersalin hari tu amik 3 bulan. Dua bulan pertama tu memang tak ke mana lah, melainkan gi klinik gi check kuning Zahira. Dia pun kena pro-longed jaundice gak cam Inara gak. Letih gak lah berulang-aling ke klinik pada bulan pertama kelahiran dia. Citer pasal kelahiran, kuning, hospital, klinik bla bla.. kita citer kat entry lain. La ni nak citer pasal gi cuti2 ke PD. Balik2 ke PD, balik ke PD cam takde tempat lain kan, dah tu, tu jer yg dekat. Lagipun tak sesuai lah nak jalan jauh2 ngan budak2 ngan baby lagi.


 Mee udang

Petang2 kami jenjalan kat Teluk Kemang. Duduk2 tepi pantai sambil jamu selera. Nampak org makan Mee udang terus rasa nak order jugak. Tapi tak meet my expectation, kuah dia tak panas. Aku kalau kuah2 ni suka panas2 baru lah puas nak makan.

 Kue tiau goreang seafood

Sedaplah pulak tengok nya.. tambah lagi tengah puasa2 nie, sumer lah nampak sedap kan.



Cam biasa kalau ke PD kami menginap kat resort ofis aku. Time tu pokok mangga kat situ tengah lebat berbuah. Rezeki kami gamaknya, pekerja kat situ hantar kan satu bekas mangga yg telah dipotong bersama2 dengan sambal coleknya. Mak aiiii sedap kemain.

tgk gambar ni menjejes ailio

 kat gerai makan kat teluk kemang

 Marissa yg happy sbb lama sgt tak dapat jalan2 masa mama dia pantang


amik angin petang di tepi pantai

pengalaman pertama buat Zahira

 Pagi2 di resort main bubble di tepian pantai


 Sebelum mandi-manda di kolam, bawak budak2 ni main pasir dulu.

 I love Mama katanya

 3 beranak

 nampak tak water fountain tu? Tinggi kemain

Dari belakang resort tempat kami menginap tu memang nampak dengan jelas Lexus Hibiscus Hotel. Lexus Hibiscus ni baru siap dan tak open sepenuhnya pun lagi. Tapi dah open lah for public. Yang mana belum siap tu tak bukak lah lagi, yg dah siap dah boleh duduk dah. Syok wo, setiap unit ada private pool. Pastu berada di atas tengah laut.

 alahai baby nya lah Zahira time nie. Baru habis pantang kot aku time tu

 water chalet lexis hibiscus

 Tido 

 jaga

Time2 tu memang Zahira memang tido jer kerjanya. Tambah lagi kalau berpangku, memang syioklah dia tido. Cuba sekarang nie, suka sgt berjaga malam, kengkadang tu dari pukul 3 pagi dah berjaga, buntang jer mata tuh sampai lah time kita nak sahur. Pastu sibuk nak sahur sekali.


Gi bercuti, takde nak buat aktiviti apa pun sangat, just lepak2 jer atas katil.


 kiri kanan buli adik





 kemain lah ayah gulung rambut adik ngan towel

 eh bff pun ada gak join. dia dtg lewat sikit.. 

 ni aktiviti wajib pada anak2 

 adik baby duk dendiam kat tepi pool yer

 ala... saya nak join gak

 berendamlah kome

Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Lexis. Ramai nya lah org time tu.  Takpelah kita lepak2 jer kat situ. Ada mini cinema tuk budak2, boleh lah lepak kat situ tengok movie.



 moi and family

amboi kemain bulat mata tu dik. Si Inara pulak memang lah tak lekang ngan botol susu




Sebelum tu ingat nak singgah makan kat Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood ni, tapi sayangnya tutuplah pulak. Teringin sebenarnya nak makan kat situ lepas tengok Jalan2 Cari Makan hari tu. Takpelah takde rezeki, next time kita gi yer.



Ok tu jer update cuti2 PD. Rasanya ntah kali ke berapa ntah kami ke sana. Tetap lah tak jemu2. Demi anak2.


Friday, January 30, 2015

Kisah Hujung Tahun Lepas

Saje nak letak jer kat blog. Kisah cuti pendek kat PD masa hujung tahun lepas. Ke PD untuk yg ke berapa kali tuk tahun lepas. Takyah blog pun takpe. Tapi saje lah letak gak kat sini.

Memandangkan keadaan aku yg dah semakin sarat, nak travel jauh2 tu memang tak lah, tapi ada gak niat di hati tuk bawak anak gi jenjalan. Maka ke PD lah kami. Ke mana tu tak kisah sgt, yang penting kena ada swimming pool utk bebudak.

Kali ni aku bawak sekali anak buah aku Ain & Adam. Cuti sekolah kan, dorang pun time tu takde ke mana.

on the way

Sampai PD pun dah petang.  So, singgah minum petang dahulu.

makan roti canai dan burger jer

budak yg tetiba jer sakit perut nak membuang

Masa kat sana, kami dah siap2 tapau food for dinner. Malam kang takyah kuar lagi dah. Nak masak2 memang tak lah... tujuan asal nak rehat2 jer... so no masak2.


dok lepak2 ajer

budak noti yg hepi


makan nasi bungkus lor

Budak2, bangun pagi terus tak sabar nak berendam.

terus terjun pool

Inara tetiba pulak jadi takut air



budak sepet ni sikit pun taknak cecah kat air

Padahal sebelum tu dia ya paling beria-ia suruh pakaikan baju mandi. Sampai kolam langsung tak nak basah.


adik taknak mandi, so ayah leh layan si kakak je lah



Lepas tu gi pantai jap. Pantai pun agak kotor. Tapi belasah je lah korang main pasir kat situ. 


Sekarang ni kat belakang resort kami tu, tengah buat satu projek, hotel atas air. Katanya nak buat bentuk cam bunga raya. Entahlah. Tak lama lagi siap lah tuh.  Tapi hotel tu akan menghalang view kami ke tengah laut lah nanti pasni.




Inara yg mula gayat ngan pantai

Lawak tul minah tu, siap tutup2 telinga sbb taknak dengar bunyi ombak. Tah pape ntah. Tetiba pulak jadi penakut.





nak lari ke mana dik oi?

sambung balik mandi kat pool. Kat pantai tak best

Susu dan Marissa tidak boleh dipisahkan walau di mana berada. Tanpa susu boleh jadi amukan

singgah lunch sebelum pulang

Eh tetiba nak balik pulak.. Nampak sgt pemalas nak citer.  Oklah nie... at least update... ok byk lagi koleksi gambar kat hp utk dipostkan kat blog. Pastu boleh clear pic kat hp.