Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Separuh Akhir Piala Keagungan Ramadhan

-copy paste-

Kuliah Zohor oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi: Separuh Akhir Piala Keagungan Ramadhan sehingga ke penghujungnya walaupun ianya agak panjang. Terlalu banyak yang kita boleh pelajari dan ianya sangat sangat bagus. Harap sudilah kiranya untuk anda membaca dan selepas itu memanjangkannya pula demi manfaat kita bersama samada di facebook atau lain lain media. Saya menulis catatan ini berdasarkan rakaman yang dibuat oleh sahabat saya.

Alhamdulillah dan Syukur kerana Allah telah berterusan mengurniakan nikmat dan rahmat serta hidayah dan taufik sehingga hati jadi lembut untuk kita hadir dalam majlis ilmu. Sesungguhnya bila Alllah mentaklif akan sesuatu keadaan atau perbuatan, ianya bukan secara kebetulan tetapi ianya mempunyai tujuan. Tiada yang kebetulan di sisi Allah. Bahkan apa yang ditentukan, ada tujuannya. Tujuan Allah mengumpulkan kita dalam majlis ilmu adalah seperti yang ditegaskan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, diberi faham akan agamanya. Ilmu adalah cahaya, manakala kejahilan adalah kegelapan. Manusia tidak suka pada kegelapan kerana dalam gelap kita akan kehilangan arah, tak tahu halangan halangan. Dengan suluhan ilmu yang umpama cahaya, kita nampak arah, dorongan dan penghalang. Inilah ertinya Allah hendak selamatkan kita di dunia dan lebih penting di akhirat kerana ilmu adalah jalan untuk menuju iman.

Satu dialog pernah berlaku antara Abu Dzar, sahabat Nabi dengan sahabat yang lain, bila ditanya saat paling manis dan indah ketika hidup di dunia. Kalau kita ditanya pasti jawapan kita ialah saat menerima ijazah atau saat perkahwinan atau saat menerima anak pertama dsb. Sebaliknya Abu Dzar menjawab, saat paling manis ada 3 iaitu sewaktu aku lapar, sewaktu aku sakit dan ketika aku berada di ambang sakaratul maut nanti. Kalau kita, tentu ketiga tiga ini sesuatu yang tidak kita sukai. Saat lapar, badan akan jadi lemah dan lesu, manakala saat sakaratul maut pula adalah saat sedih untuk berpisah dengan keluarga, untuk meninggalkan orang yang tersayang.

Ketika ditanya kenapa, jawab Abu Dzar ketika lapar hati ku jadi lembut untuk mengingati Allah. Kedua ketika aku sakit, aku dapat pengampunan atas dosa ku kerana sakit adalah ujian dan kaffarah kepada dosa dosa ku. Orang yang hampir dengan Allah seperti Saidina Ali bila sentiasa sihat akan bertanya adakah Allah telah melupakan aku?  Manakala ketika sakaratul maut, kerana saat itulah sudah semakin hampir untuk aku bertemu dengan kekasih ku Allah SWT dan kecintaanku, Nabi Muhammad SAW. Bagi golongan Muqarrabin, kematian bukan perpisahan, tapi adalah detik pertemuan yang dinantikan. Bukankah mati, adalah syarat untuk menemui cinta. Tak boleh bertemu Allah di alam dunia tapi hanya boleh bertemu Allah di alam syurga. Saat itulah yang dinantikan.

Antara ketiga tiga ini, hanya lapar yang boleh kita rasa. Bila lapar, lembut tak hati kita? Majlis ilmu yang dijalankan di dalam bulan Ramadhan dan luar bulan Ramadhan, jauh tinggi nilainya samada dari sudut ganjaran pahala atau sudut yang paling penting untuk ilmu meresap ke dalam diri kita kerana hati kita telah lembut untuk dilentur supaya kita yakin pada Allah dan hari akhirat. Kerana engkaulah kami berpuasa, Ya Allah.

Sekarang kita berada di separuh akhir Ramadhan, walaupun hadis ini dhaif tapi ramai yang menjadikannya sebagai motivasi dalam beramal. Ramadhan dibahagi kepada 3 fasa iaitu rahmat, pengampunan dan kebebasan dari api neraka. Satu dialog antara Nabi Musa dengan Allah SWT.  Nabi Musa diberi kelebihan berkata kata secara langsung dengan Allah. Nabi Musa bertanya Apakah Engkau akan katakan pada hamba yang taat dan soleh yang datang menyembah Allah dalam solat? Allah menjawab, Aku akan katakan selamat datang wahai hambaku. Ditanya lagi, Bagaimana Engkau akan katakan pada orang yang banyak dosa tapi datang mengerjakan solat. Aku akan katakan kepada orang berdosa selamat datang wahai hamba ku sebanyak 3 kali. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan sesekali tidak berpaling walaupun pada hambaNya yang berdosa. Semoga dalam solat nanti, kita dengar suara Allah yang memanggil kita. Ramadhan bulan keampunan. Sesiapa yang berdosa juga dijemput.

Ramadhan sudah masuk separuh akhir. Kalau diumpamakan dengan kehidupan dunia. Fasa yang dilalui adalah struggle, stable, success dan significant. Significant adalah pasal kita mahu dikenangkan. Pada separuh akhir Ramadhan, kita patut telah berada di fasa stable. Dah dapat biasakan diri kita dengan lapar, dengan membaca Al Quran, sedekah, sebab kita mahu menampah pecutan selepas ini. Jangan seperti tebu yang dipangkal manis tapi di hujung tawar. Sedangkan Ramadhan dipenghujung lagi manis. Kita kena tambah pecutan supaya lebih baik dari fasa pertama. Puasa untuk mencapai taqwa. Di dalam surah Al Baqarah ayat 183 berkenaan kefardhuan berpuasa ada disebutkan berkenaan iman, puasa dan taqwa. Ketiga tiga boleh dihubungkait dengan input, process dan output. lAnalogi mudah ialah iman adalah benih, proses adalah pokok manakala taqwa adalah buahnya.

Tujuan kita menanam benih adalah untuk tumbuhkan pokok bagi mendapat buah. Sesuatu dibuat mesti ada tujuan. Jika tidak dicapai, kita mesti membuat diagnosis akan kekurangan sesuatu atau mengganti alat untuk mencapai tujuan tersebut. Contoh kereta digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Jika kereta rosak, kita tak akan dapat menuju destinasi dan tujuan. Jadi apa yang perlu dibuat? Begitu juga dengan analogi menanam pokok. Jika pokok yang ditanam tidak berbuah tapi kita masih selesa dan tak merasai apa apa yang tak kena. Sebabnya kerana kita tak rasa taqwa itu sebagai pentjng dalam hidup kita. Kenapa taqwa? Kita adalah warga akhirat, kita sedang bermusafir. Mati perlukan bekal dan bekalnya ialah taqwa, sesuatu  yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar tapi hanya boleh dilihat dengan mata hati.

Apa kelebihan taqwa, mengapa taqwa penting. Kita hanya bermusafir di dunia ini, mati adalah permulaan kepada kehidupan yang tak akan mati lagi. Kita perlukan bekalan untuk dibawa. Orang berharta, rupa atau berkuasa adalah jelas dari pandangan mata. Kalau disebut seorang millionaire pasti kita boleh nampak bagaimana kehidupan mewah mereka dengan mata sendiri. Jadi timbul keghairahan untuk kita mencapainya. Tapi bila disebut orang bertaqwa, kita tak nampak jelas. Kita tak rasa apa apa bila puasa kita tidak melahirkan taqwa. Bagaimana kalaulah ini adalah puasa kita yang akhir.

Orang yang bertaqwa ialah orang yang sentiasa mencegah dan berhati hati dan berjaga jaga dalam hidupnya tentang hukum hakam dari Allah. Hukum hakam Allah tak banyak iaitu haram, harus, makruh, sunat dan wajib. Kalau kamu jaga Allah, iaitu jaga hukum hakam Allah, maka Allah akan jaga kamu. Bayangkan seorang yang berjalan atas jalan yang penuh duri duri dan kita tidak memakai kasut. Ambik masa untuk berjalan dan kita lebih fokus. Inilah analogi orang yang bertaqwa dalam hidup. Dalam hidup, semua difikirkan halal dan haramnya. Mereka sentiasa berjaga dalam makan minum, dalam berpakaian bukan untuk diri sahaja tapi juga anak perempuannya. Orang bertaqwa sangat teliti dalam apa sahaja yang dilakukan. Bagaimana kita yang miskin hendak jaga Allah. Maksud menjaga Allah ialah menjaga hukum hakam Allah. Apabila Allah menjaga kita, inilah kelebihannya. Kita jadi akrab dengan Allah. Allah menjadi pembela orang bertaqwa. Allah akan jaga kita cth rumah tangga kita, anak anak kita, ekonomi kita dan semuanya bila kita bertaqwa. Bila kita tak bertaqwa, Allah akan lepas tangan. Kudrat kita hanya sekerat, kita tak mampu melakukannya, maka akan bermulalah kemusnahan akibat tidak bertaqwa. Tidak ada janji Allah akan menjaga orang muslim contoh seperti siksaan yang dialami oleh orang Islam di Palestine. Kenapa Allah biarkan dan izinkan semua ini berlaku, walaupun kita sedih kerana mereka seperti saudara sendiri tapi di sana ada pengajaran. Kalau tiada taqwa, tiada kekebalan dari musuh musuh walaupun bilangan kita ramai. Berapa banyak golongan sedikit dapat mengalahkan golongan ramai. Cth dalam peperangan tentera Islam dan orang orang kafir. Kebanyakan peperangan, tentera Islam sedikit dibandingkan dengan musuh. Tetapi Islam menang kecuali peperangan Hunain di mana tentera Islam tewas pada mulanya kerana pada masa itu mereka ramai. Islam pentingkan kualiti daripada kuantiti.

Orang bertaqwa akan mendapat barakah di mana Allah membukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi. Kelebihan yang melimpah ruah secara berterusan. Tidak ketara tapi dapat dirasai. Dalam kebidupan yang singkat, apa yang kita patut cari ialah keberkatan.
Barakah adalah sesuatu yang sedikit tapi dirasakan banyak, yang payah dirasakan mudah dan yang sempit dirasakan luas. Ada yang dapat banyak tanpa barakah. Ada yang ambik rasuah, dan yang ambik rasuah bukan orang miskin tapi orang kaya yang dapat banyak tetapi tidak barakah. Ibarat minum air laut, lagi diminum lagi haus. Kalau tidak barakah, walaupun banyak, terasa tidak cukup dan tidak puas.

Kita mahu keberkatan pada umur. Keberkatan umur, contoh kalau dalam melakukan pekerjaan kita dapat melaksanakan banyak benda dalam satu masa yang sama. Imam Nawawi walaupun meninggal pada umur 40 tahun tapi berapa banyak kitab kitab yang ditulis dengan usia hidup dia. Ianya semacam tidak logik. Iman Shafie dapat katam Al Quran 2 kali dalam satu hari dalam bulan Ramadhan. Ini bermakna dia mendapat usia yang barakah. Semoga kita dapat yang barakah pada usia, pada anak anak dsb.

Barakah hanya dapat pada orang bertaqwa. Jalan penyelesaian kepada masalah. Hidup sentiasa ada masalah, dan di dalam Islam ianya dinamakan sebagai ujian. Patut umur makin hujung, makin steady. Ingat masa anak kecil, kita jaga dan susah dah besar akan senang, tapi rupanya bila besar lagi takut dan ada pula masalah lain. Pendek kata masalah kita adalah masalah berteursan. Allah telah menetapkan bahawa manusia akan sentiasa diuji dan kita kena sanggup berjuang. Bila dilanda masalah, cuba tukar skrip dengan menyebut sesungguhnya aku sedang diuji. Impaknya akan jadi berbeza bila sebut aku ada masalh dengan aku sedang diuji. Siapa yang mengujiku? Sesungguhnya Allah menguji hamba hambanya. Allah akan mengekalkan sifat kasih sayangnya. Syaratnya bila diuji, kena akrab dengan Allah. Bila hati akrab dengan Allah, tak salah kita minta dengan Allah. Ya Allah, aku ada masalah, bantulah aku. Besarkan iman kita bila kita diuji, maka akan jadi ringanlah dan kecillah ujian kita. Satu sudu garam masuk dalam satu gelas, air akan rasa masin tapi jika dimasuk dalam satu jug atau satu kolah, lagi kurang masin. Bila hadapi ujian, kembali pada Allah kerana ujian adalah kasih sayang Allah untuk kita rasa kehambaan kita dengan meminta pertolongan supaya kita diberi kekuatan untuk hadapi ujian. Inilah orang bertaqwa.

Dalam kehidupan, lihatlah betapa terkial kialnya manusia yang berada di zaman teknologi yang tinggi tapi semakin gersang dengan hati budi dan akhlak. Dalam tahun 2009 setiap 15 minit, satu perceraian berlaku, setiap 18 minit seorang bayi luar nikah dilahirkan. Lebih dari 70%  penghuni pusat serenti adalah orang Islam, begitu juga dengan mat rempit. Kenapa jadi begini? Puncanya, tak cukup menjadi orang Islam tetapi kena jadi orang yang bertawa. Kalau kita miskin, jadi orang miskin yang sabar, kalau kita kaya, akan jadi kaya yang bersyukur, kalau kita di atas kita akan jadi orang yang adil dan kalau kita rakyat jelata, akan jadi rakyat yang setia. Pasti tenang kehidupan, jika tiada taqwa.segalanya berkecamuk. Analogi mudah, ada peraturan jalan raya dan lampu isyarat dsb. Hanya orang yang tak siuman sahaja yang rasa peraturan jalanraya sebagai satu sekatan yang menyusahkan. Peraturan adalah sebagai kawalan untuk keselamatan kita. Bayangkan jika dipersimpangan 4 dan lampu isyarat rosak, pasti kelam kabut. Inilah gambaran bila peraturan Allah tidak dipatuhi. Islam ada peraturan, yang kaya akan keluarkan zakat dan sedekah. Harta itu jangan disekat supaya ianya sentiasa mengalir dan jernih. Inilah indahnya ajaran Islam. Ini yang kita hendak bila kita bertaqwa.

Sekarang kita berada di separuh akhir Ramadhan, yang kita mahukan ialah keampunan dari Allah. Ada orang yang confirm masuk neraka kerana terlalu banyak dosa, tetapi setiap hari siang dan malam dalam Ramadhan ada yang namanya dicabut dan akan dibebaskan dari api neraka. Mudah mudahan kita adalah salah seorang darinya. Sebab kita tak nampak perkara ini. Jadi analogi kalau di hari keputeraan Yang Dipertuan Agung, siapa dihukum bunuh boleh merayu dan akan diberi pengampunan pada rayuan. Cuba bayangkan mereka yang mengharapkan  pengampunan ini.  Sudahlah dia menunggu hari keputueraan dan menunggu pula  keputusan, pasti akan jadi gelisah kerana ianya hari penentuan hidup dan mati. Dasyatnya dan hebatnya siksa neraka walaupun masuk sebentar tetapi seolah masuk selamanya. Siksa yang paling ringan di neraka ialah dipakaikan selipar dari api neraka sehingga menggelegak otaknya dan dia merasakan bahawa dia yang paling tersiksa di dalam neraka walhal dia hanya mendapat siksaan yang paling ringan. Ini semua disampaikan  oleh Rasulullah.

Bila masanya? Bulan puasa inlah peluang keemasan, ada 30 hari untuk kita mendapat pengampunan bukan hanya sehari seperti hari Keputeraan tetapi ada sepanjang bulan Ramadhan. Doa yang diajar oleh Baginda kepada A’ishah ialah “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku).

Kita insan yang lemah dan sangat banyak keperluan kita kepada Allah. Banyak yang kita hendak. Jadi nak minta apa ? Mintalah diampunkan dosa dosa. Sahabat sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga juga diajar supaya memohon keampunan dari dosa. Rasullullah sendiri tidak  kurang dari 70 kali berisithghar pada Allah sedangkan Rasulullah seorang yang tidak dosa. Apalagi kita yang tidak dijamin syurga, lagi kita perlu memohon pertolongan dari Allah. Ramadhan setia menanti anda,kita sekarang sedang mengidup udara keampunan, kenapa kita tak guna masa yang ada untuk memohon ampun sedangkan Allah mahu mengampunkan dosa kita? Mintalah keselamatan dari api neraka dan diampunkan dosa. Tak salah minta ditambah rezeki tapi mintalah yang paling berharga sekali iaitu pengampunan dan pembebasan dari api neraka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan sama samalah kita kongsikan supaya ianya menjadi ilmu bermanafaat buat kita semua.


Wednesday, February 18, 2015

Re-Post: Anak Anugerah Allah

Entah nape hari ni rasa cam nak mengimbau kenangan2 lama. Imbas balik post2 lama yg berkisarkan kelahiran anak beberapa tahun yg lalu. Terpaut dengan satu entry yg aku copy paste dari email pemberian kenalan, dan aku copy paste lagi sekali entry tersebut di blog ini. Kalau ada masa baca lah yer...

_____________________________________________________________________

Assalamualaikum. Lama tak update. Tapi hari ni berminat nak kongsikan satu artikel nie tuk para ibu2 semua. Thanks to my ofismet yg share kan this artikel to me.

Bacalah dah fahamilah... saya percaya sebagai ibu2 anda akan membaca ini dengan lelehan airmata tanpa disedari.

******************************************************************

Menjadi seorang ibu juga merupakan anugerahNya. Perasaan hati nurani seorang ibu begitu unik sekali. Saya fikir – Alhamdulillah – ia diberi kepada mereka yang terpilih. Namun tidak menjadi ibu atau tidak mempunyai anak bukan pula satu hukuman. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang apa yang tidak kita ketahui. Allah SWT berfirman melalui ayat 49-50 surah Asy-Syura yang bermaksud,

Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendakiNya), dan Dia menjadikan mandul sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Kehadiran anak itu sendiri merupakan fenomena kehidupan yang mampu menceritakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Hakikatnya, setiap kejadian di alam ini mampu mengukuhkan iman apabila dipandang melalui kaca mata Tauhid. Apabila manusia melihat dengan Tauhid –  memandang setiap perkara yang berlaku dengan kefahaman tentang keesaan Allah – manusia akan dapat melihat pelbagai nama dan sifat Allah terpampang di setiap kejadian dan makhluk.

Sesungguhnya Allahlah Yang Zahir dan Batin.

Begitulah bagaimana kaca mata Tauhid membolehkan kita mengerti tentang Kecantikan dan Kesempurnaan Allah. Malah jika diperluaskan pandangan dengan melihat secara universal, seseorang itu juga akan lebih memahami dan mendalami keagungan Allah SWT.

Anak dilahirkam. Ia disambut dengan penuh kegembiraan. Hubungan pertama antara ibu dan anak yang paling signifikan – saya fikir – berlaku apabila bayi diserahkan kepada ibunya. Sang ibu memandang tepat ke arah wajah bayi dengan penuh rasa kasih yang tidak dapat digambarkan. Lalu – barangkali dalam kesukaran – ibu akan memberi hidangan makanan yang pertama.

Susu ibu.

Itulah lambang kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Ia percuma dan tidak perlu dibayar. Malah datangnya secara berperingkat-peringkat. Semakin kuat bayi menyusu semakin banyak susu yang keluar. Kilang susu ini sangat ajaib jika dilihat berdasarkan konsep Tauhid yang telah saya nyatakan.

Begitulah. Selepas seorang ibu mengandungkan anak selama sembilan bulan dan kemudian melahirkan bayi itu penuh kepayahan, ibu tersebut bertugas pula untuk menyusukan bayi itu selama dua tahun.  Di dalam tempoh penyusuan ini memang banyak ujiannya juga.

Ibu-ibu mungkin pernah berasa letih, sedih atau kecewa di dalam melaksanakan tugas ini. Mungkin terdapat ibu-ibu yang mengalami kesakitan dan keletihan kerana perlu menyusukan anak dan berkali-kali berjaga di tengah malam untuk tujuan tersebut.

Tidak kurang juga yang berasa kecewa kerana kekurangan susu atau mungkin tiada susu. Sebahagian yang lain mungkin menghadapi tekanan kerana tiada sokongan dan suntikan semangat daripada keluarga terdekat. Benar, menyusukan anak-anak dengan susu ibu bukan tugas mudah. Sebaliknya, ada ibu yang berasa gembira kerana dapat menyusukan anak sendiri dan menyimpan stok susu yang banyak.

Ma sha Allah!

Sesungguhnya ketenangan ibu dan rasa redha yang tinggi akan menjadikan penyusuan susu ibu sebagai kegiatani yang menggembirakan di antara ibu dan anak. In sya Allah.

 Mungkin juga di antara ibu-ibu berasa puas hati dan bersyukur dapat menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Sehingga mungkin juga terselit rasa kagum dengan diri kerana berupaya menyusukan anak berbanding ibu-ibu yang lain.

Na'uzubillah...

Saya juga sedang berada di dalam peringkat menyusukan anak kecil yang baru lahir. Ada ketikanya saya didatangi perasaan gembira dan bersyukur. Pada ketika yang lain saya dihinggap keletihan dan susah hati. Malah ada pelbagai perasaan yang datang dan pergi.

Suatu hari ketika saya sedang menyusukan bayi saya, fikiran difokuskan dan saya cuba memahami hikmah di sebalik penyusuan menggunakan susu ibu ini sehinggakan ia amat disaran di dalam al-Qur’an. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah member makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.

Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

 Alangkah baiknya jika kita – saya dan ibu ibu-ibu yang menyusukan anak –cuba memahami sifat-sifat Allah yang tersembunyi di sebalik penyusuan anak-anak ini. Mudah-mudahan ia dapat melatih menajamkan pandangan Tauhid dalam melihat setiap kejadian di dalam kehidupan seharian.

Sekaligus kefahaman ini –In sha Allah – mampu menghilangkan ananiyah (keegoan), malah menambahkan rasa bersyukur serta kehambaan kepada Allah Ta’ala.

Sewaktu seorang ibu menyusukan anak kecilnya, pada ketika itu bukan dia seorang sahaja yang sedang menyusukan anak. Di sana, di seluruh dunia terdapat ribuan lagi ibu-ibu sedang melakukan perkara yang sama. Mereka sedang menyusukan dengan penuh kasih, memeluk anak kecil yang tidak berupaya. Anak kecil yang lemah itu hanya mampu menangis.

Ribuan perempuan atau ibu-ibu tadi sebenarnya hanyalah yang menurut perintah daripada Allah Yang Memberi Rezeki (Al-Razzaq). Allah yang mengatur seluruh sistem dalam tubuh ibu-ibu dan menukarkan segala makanan menjadi susu. Ibu itu tidak berbuat apa-apa pun, malah tidak pernah sedar tentang mesin-mesin canggih yang sedang beroperasi di dalam tubuhnya.

Allah, Tuhan yang memiliki khazanah rezeki yang melimpah ruah tidak pernah habis. Dia tidak membiarkan hambanya –seorang bayi – yang lemah, kecil dan tiada upaya bersendirian. Sewaktu anak kecil tadi kelaparan, Allah taskhirkan (tundukkan) ibunya sendiri untuk berkhidmat kepada si anak.

Ibu-ibu itu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan bayi kecilnya selesa dan tidak menangis. Ibu-ibu seumpama malaikat yang dihantar oleh Allah untuk menjaga bayi kecil sebaik-baiknya. Hakikatnya ibu itu hanyalah menjalankan perintah menyampaikan rezeki Allah kepada seorang bayi. Ibu hanyalah wasilah. Ribuan anak kecil di seluruh dunia mendapat rezeki daripada Allah dari jalan yang tidak disangka-sangka, bukan daripada ibunya tetapi daripada Allah.

Ibunya hanyalah menurut perintah!

Ribuan anak kecil mendapat rezeki dengan penuh kelembutan. Rezeki mereka ialah air susu yang paling bersih dan terbaik daripada Tuhan Yang Satu, Yang Maha Memberi Rezeki. Tuhan yang Satu membahagikan rezeki penuh adil, saksama, indah dan seni. Kecantikan Allah dan Kesempurnaan Allah terjelma daripada pandangan Tauhid yang diperhatikan secara luas ini.

Andai ibu-ibu mengetahui, ketika menyusukan anak-anak mereka, sebenarnya mereka sedang menjalankan suatu tugas yang diamanahkan oleh Allah. Mereka sedang melakukan ibadah dalam bentuk salbiyah (negatif). Ibadah salbiyah sememangnya banyak melibatkan kaum ibu seperti mengandungkan anak, melahirkan anak, menjaga dan mendidik anak-anak, memasak untuk keluarga, ketaatan kepada suami, menjaga kehormatan diri dan sebagainya.

Ma sya Allah!

Ibadah seperti ini tidak diketahui manusia. Zahirnya hanyalah rutin biasa. Namun ibadah salbiyah seperti menyusukan anak yang dilakukan penuh redha akan bertukar menjadi pahala-pahala berganda. Mudah-mudahan ia memberatkan timbangan neraca kebaikan seorang ibu di akhirat nanti. Amin.

Penutup

Maha Suci Allah yang memberi ilmu pengetahuan melalui pandangan yang luas melalui kaca mata Tauhid di dalam penyusuan. Kaum ibu – In sya Allah – akan lebih faham keindahan dan kesempurnaan Allah. Dia yang Pengasih dan Penyayang begitu sempurna dalam pentadbirannNya. Ibu-ibu perlu berbangga dan bersyukur menjadi petugas yang menjalankan khidmat menyalurkan rezeki Allah kepada anak-anak kecil mereka.

Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah.   PENYUSUAN - http://muhdkamil.org/

Thursday, October 3, 2013

Jika Kasih Kerana Allah

Kalau ada masa baca lah yer.. happy reading.



Assalamualaikum

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat melindungi jalan-jalan yang dilalui lelaki itu.

Apabila lelaki itu melalui satu jalan, malaikat bertanya: “Tuan hendak ke mana?” Jawab lelaki itu: “Saya hendak ke rumah seorang saudara saya di kampung ini.” Malaikat bertanya lagi: “Adakah tuan mengharapkan sesuatu daripada saudara tuan itu?” Jawab lelaki itu: “Tidak, saya mengasihinya kerana Allah SWT.”

Malaikat berkata: “Percayalah, saya ini utusan Allah SWT yang disuruh menemui tuan. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi tuan seperti mana tuan mengasihi saudara tuan itu kerana Allah SWT.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita digalakkan menziarahi orang yang baik-baik, bergaul, bersahabat serta berkasih sayang dengan mereka. Malah, kita juga digalakkan memohon dan mendoakan kebaikan untuk mereka serta untuk kita.

Andainya semua makhluk di dunia ini sentiasa mengharapkan serta mendoakan yang terbaik untuk sesama mereka, pasti tidak berlaku permusuhan, saling dengki mendengki atau khianat mengkhianati seperti berlaku hari ini.

Malangnya, kita hari ini tidak boleh melihat orang lain senang, akan timbul rasa cemburu malah hingga sanggup melakukan perkara yang boleh memusnahkan kesenangan dimiliki seseorang itu.

Sebenarnya, tidak rugi untuk kita berlapang dada melihat kejayaan dicapai orang lain malah digalakkan mendoakan supaya sahabat tadi terus berjaya kerana Allah SWT akan memberi ganjaran terhadap kebaikan (doa) yang dibuat kita untuk orang lain.

Adalah lebih baik jika kesenangan dimiliki saudara kita itu dijadikan penguat semangat untuk bersaing secara sihat supaya dengan cara itu kita juga boleh mencapai kejayaan.

Hendaklah ikhlas mengasihi saudara kerana Allah SWT bukan mengharapkan balasan bersifat keduniaan. Segala yang dilakukan manusia bermula dengan niat dan Allah SWT akan membalas berdasarkan niat seseorang itu.

Jika kasih sayang kerana Allah SWT pasti kita juga akan dikasihi Allah SWT malah hubungan sesama manusia lebih bermakna apabila didasari niat ikhlas bukan tersembunyi maksud selain mendapat keredaan Allah SWT.

Wassalam




Source: Forwarded e-mail

Tuesday, October 1, 2013

Baitullah Pasti Dirindui untuk Kembali

Panggilan Haji telah tiba lagi.... malam tadi tengok cerita Salam Baitullah. Rasa seronok dan bahagia sekali melihat mereka yg dipilih olehNya utk menjadi tetamuNya utk menunaikan Rukun Islam yg ke-5. Bila tengok live mereka kat tanah suci, terasa diri seolah-olah berada di sana. How I miss that place soooo much.

Pagi ni dapat pulak email berkisarkan Baitullah ini. Rasa terpanggil utk berkongsi dengan semua. Kalau rajin bacalah..


Baitullah 2011. Sekarang dah berubah wajah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang yang tawaf, iktikaf, rukuk dan sujud.” (Surah al-Baqarah, ayat 125)

Allah SWT mengumpamakan Kaabah itu sebagai (al-bait) atau rumah dan tempat berehat seseorang. Perkataan (mathaabatan) memberi maksud tempat kembali. Justeru, seseorang yang pernah mengunjungi Baitullah akan merasa ketenangan luar biasa dan pasti merindui untuk kembali.

Tidak ada seorang pun yang apabila berada di hadapan Kaabah ingatannya akan tersasar jauh daripada mengingati Allah SWT. Seseorang itu juga apabila memandang Kaabah akan hilang rasa kesedihan dan rasa kesempitan daripada dadanya.

Inilah satu perasaan bagi mereka yang pernah berkunjung ke Baitullah. Ia sesuatu yang tersirat di dalam doa Nabi Ibrahim seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim, ayat 37)

Syeikh Ahmad Qutubuddin Shah Waliullah Abdurrahim Al Dahlawi ketika menghuraikan keindahan dan kedamaian berada di Baitullah mengatakan, “kami menyaksikan sendiri dengan jelas seolah-olah Baitullah itu dipenuhi dengan kekuatan sifat malaikat.”

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang tawaf di rumah ini dalam masa genap seminggu dan bersembahyang dua rakaat, maka mereka ini boleh disamakan dengan memerdekakan seorang hamba. Dan sesungguhnya seseorang yang tidak meletakkan kaki dan tidak mengangkatnya melainkan ditulis oleh Allah SWT, maka satu kebaikan untuknya dan Tuhan menghapuskan satu kesalahan serta mengangkatnya satu darjat.” (Kitab Kanzu Ummal)

Kelebihan tawaf mempunyai dua rahsia. Pertama, kelebihan ini seperti mengharungi dalam rahmat Allah SWT dan belas kasihan malaikat serta tanggapan kepada-Nya. Sifat khusus yang terhampir adalah mengingati-Nya.

Kedua, seseorang yang melaksanakan suruhan Allah SWT dengan penuh keimanan dan mengiktiraf janji-Nya dengan cara menyatakan serta menerangkan keimanannya kepada Allah SWT.

Sehubungan itu, antara hikmah yang diraikan dalam ibadat haji ialah mengagungkan Baitullah sebagai salah satu syiar Allah SWT. Mengagungkan Baitullah bererti mengagungkan Allah SWT.

Kedua, manifestasi perpaduan daripada perhimpunan umat Islam yang datang dari jauh dan dekat supaya mereka dapat berkenalan, mengambil faedah dari hukum Allah serta menzahirkan kekuatan umat Islam.

Ketiga, menzahirkan persamaan agama Tauhid pada perkara yang diwarisi oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai pemimpin agama untuk bangsa Arab dan Rasulullah SAW diutuskan bagi menzahirkan agama Islam ini serta meninggikan kalimah-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim.” (Surah Al-Hajj, ayat 78)

Perkara ibadah daripada dua nabi ini banyak diwarisi seperti dalam amalan ibadah haji. Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah kamu berhenti di tempat ibadah kamu (saie). Maka sesungguhnya kamu mewarisi daripada warisan bapa kamu, Ibrahim.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Orang Jahiliah mengerjakan haji tetapi amalan haji itu ditambah dengan amalan yang bukan berasal daripada Nabi Ibrahim. Amalan haji itu mengandungi perbuatan dan perkataan syirik seperti mengagungkan berhala Isaf dan Nailah.

Mereka memuja dan menyembelih untuk berhala mereka. Kata-kata syirik terdapat dalam talbiah mereka sedangkan lafaz talbiah itu melambangkan ketauhidan, ketaatan dan ingatan kepada Allah SWT.

Oleh sebab orang Jahiliah mengagungkan berhala, maka Nabi Muhammad SAW memasukkan kalimah ‘lasyarikalahu’ yang bermaksud tiada sekutu bagi-Mu ke dalam lafaz itu untuk menolak dan membezakan antara orang Islam dengan orang Jahiliah.

Orang Islam digalakkan memohon keredaan Allah SWT, syurga, meminta perlindungan daripada azab neraka. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana orang Islam yang mengucapkan talbiah melainkan mengucap juga talbiah apa yang berada di kanan dan di kiri termasuklah batu, kayu atau tanah sehingga dia meninggalkan tempat itu.” (Riwayat Tarmizi)

Golongan Jahiliah pada masa dulu tidak gemar berniaga pada musim haji kerana menganggap perniagaan itu akan mencacatkan keikhlasan amalan mereka. Maka, turunlah firman-Nya yang bermaksud: “Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) daripada Tuhanmu.” (Surah al-Baqarah, ayat 198)

Mereka menganggap mengerjakan haji tanpa membawa apa-apa bekalan adalah sesuatu yang dituntut dan mendakwa mereka adalah orang yang bertawakal.

Hakikatnya, mereka sangat melampau dan menyusahkan orang lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan berbekallah, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 197)

Wassalam


Buat kenangan
 
Alhamdulillah hingga hari ini Marissa tidak pernah melupakan kenangannya di sana

Semoga satu hari nanti dapat bawak Inara pula ke sana dan semoga satu hari nanti dipilih utk melakukan ibadah haji. Amin.

Semoga semua jemaah dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yg baik dan mendapat haji yg mabrur. InsyaAllah.

Friday, August 2, 2013

Ikhlas Beribadah

Penghayatan Islam secara keseluruhannya hanya dapat dibentuk apabila terdapat kesatuan dalam penghayatan akidah, ibadah dan akhlak. Aspek ini penting kerana seseorang itu akan berubah kefahaman, perasaan dan tingkah lakunya ke arah yang lebih baik apabila mendalami ilmu.

Ini selaras saranan al-Quran dan hadis supaya setiap individu Muslim meningkatkan ilmu pengetahuan. Aspek akidah memang mempunyai hubungan yang kuat dengan aspek ibadah kerana seseorang yang beribadah kepada Allah SWT wajib mengakui keesaan Allah SWT pada zat serta sifat-Nya.

Ibadat yang disertai dan dicampur dengan syirik kepada Allah SWT, tidak akan diterima berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga.” (Surah al-Nisa’, ayat 36)

Begitu juga hubungan antara akidah dengan akhlak, yang saling berhubung kait antara satu sama lain bagi membentuk peribadi Muslim. Sifat ikhlas dalam beribadah iaitu suci hati melakukan ibadah kepada Allah SWT dengan menjauhkan segala syirik.

Orang yang beribadah kerana hendak dipuji atau takut dicela orang, maka ibadahnya tidak ikhlas kerana Allah SWT dan orang seperti ini termasuk dalam golongan yang tidak beradab kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Jika terabai aspek akidah, ibadah dan akhlak yang disebut sebagai nilai kerohanian, bererti terabai satu faktor kekuatan serta ketahanan dalam diri umat. Sejarah kalah menang umat Islam terdahulu dalam peperangan mengesahkan pentingnya iman dan kerohanian.

Kekuatan inilah yang melayakkan tentera Islam mendapat pertolongan Ilahi (bantuan malaikat) dalam Perang Badar. Namun, Allah SWT tidak menurunkan tentera bantuannya dalam Peperangan Uhud akibat penyelewengan rohaniah dalam kalangan sekumpulan tentera Islam.

Ketika umat Islam tertanya-tanya punca kekalahan di Uhud itu, Allah SWT memberikan jawapannya melalui firman yang bermaksud: “(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? Dan (kemudian) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: Dari mana datangnya (kemalangan) ini? Katakanlah (Wahai Muhammad): (Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ali-Imran, ayat 165)

Amirul Mukminin Umar al-Khattab dalam amanatnya kepada Panglima Saad Ibn Waqas yang sedang berhadapan tentera Kisra: “Kita tidak akan dapat mengalahkan musuh hanya dengan kekuatan bilangan dan kekuatan kita, tetapi kita hanya mungkin akan menang kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh dan ketaatan kita kepada-Nya, andainya kita juga sama seperti mereka, sama bergelumang maksiat, merekalah yang akan menang kerana kekuatan mereka memang mengatasi kekuatan kita.”

Sejarah membuktikan unsur kerohanian telah merosot dalam pelbagai aspek kehidupan umat Islam akibat serangan tamadun Barat yang lebih bersifat materialistik. Malah, dalam tamadun Islam sendiri wujud masalah kemerosotan rohaniah, pemusnahan tasauf dari fiqh, pemisahan tazkiyah dari tarbiyyah dan pemisahan hakikat dari syariat.

Akibatnya, ada yang mengamalkan fikah yang sudah kehilangan makna kerohaniannya, di samping wujudnya kalangan mengamalkan tasauf menyimpang daripada fikah. Sesungguhnya pendidikan rohani bagi generasi kini memerlukan pendekatan bersepadu, mengintegrasikan rohani, ilmu dan amali.

Pembinaan watak insan Muslim perlu meliputi pembinaan jasmani dan rohani untuk memberikan ketahanan mengharungi kesusahan manakala pembinaan akliah pula bagi memberikan kecekapan merencana kehidupan.

Pembinaan rohaniah untuk mengeratkan hubungan dengan Allah SWT bertujuan memurnikan niat dan matlamat segala amal demi mencari keredaan Allah. Perkara ini bertujuan menambahkan tawakal dan rasa kebergantungan kepada Allah SWT.

Ajaran Islam itu saling berkaitan dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Akidah membuahkan ibadat dan ibadat membuahkan akhlak.

Oleh itu, jika terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan dalam sistem pembinaan diri umat Islam, ia perlu diperkukuh, diperbaiki serta bimbingan yang berterusan daripada ulama serta pendakwah.

Wassalam

Source: Forwarded e-mail

Friday, July 19, 2013

Tujuan Puasa Diperintahkan

Salam Sayyidul Ayyam buat yg membaca blog ini.  Pagi2 yg mulia ini lebih baik kita isikan pengisian yang baik utk jiwa kita. Selamat membaca.



Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."


Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan larangan-larangan ALLAH lahir dan batin. Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."


Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.



Wassalam.


Source:  Forwarded e-mail

Wednesday, July 17, 2013

Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allahberfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat
kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak
yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya(Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat)
perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat -bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi
menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)' Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.

Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.


Sekian, wallahualam.

Source: Forwarded E-mail

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak 1434H

1) Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.

2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8) Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.

9) Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur, memberikan buku saku atau lebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri,anak, dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. Source: Forwarded email

Tuesday, April 23, 2013

Anak Anugerah Allah.

Assalamualaikum. Lama tak update. Tapi hari ni berminat nak kongsikan satu artikel nie tuk para ibu2 semua. Thanks to my ofismet yg share kan this artikel to me.

Bacalah dah fahamilah... saya percaya sebagai ibu2 anda akan membaca ini dengan lelehan airmata tanpa disedari.

******************************************************************

Menjadi seorang ibu juga merupakan anugerahNya. Perasaan hati nurani seorang ibu begitu unik sekali. Saya fikir – Alhamdulillah – ia diberi kepada mereka yang terpilih. Namun tidak menjadi ibu atau tidak mempunyai anak bukan pula satu hukuman. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang apa yang tidak kita ketahui. Allah SWT berfirman melalui ayat 49-50 surah Asy-Syura yang bermaksud,

Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendakiNya), dan Dia menjadikan mandul sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Kehadiran anak itu sendiri merupakan fenomena kehidupan yang mampu menceritakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Hakikatnya, setiap kejadian di alam ini mampu mengukuhkan iman apabila dipandang melalui kaca mata Tauhid. Apabila manusia melihat dengan Tauhid –  memandang setiap perkara yang berlaku dengan kefahaman tentang keesaan Allah – manusia akan dapat melihat pelbagai nama dan sifat Allah terpampang di setiap kejadian dan makhluk.

Sesungguhnya Allahlah Yang Zahir dan Batin.

Begitulah bagaimana kaca mata Tauhid membolehkan kita mengerti tentang Kecantikan dan Kesempurnaan Allah. Malah jika diperluaskan pandangan dengan melihat secara universal, seseorang itu juga akan lebih memahami dan mendalami keagungan Allah SWT.

Anak dilahirkam. Ia disambut dengan penuh kegembiraan. Hubungan pertama antara ibu dan anak yang paling signifikan – saya fikir – berlaku apabila bayi diserahkan kepada ibunya. Sang ibu memandang tepat ke arah wajah bayi dengan penuh rasa kasih yang tidak dapat digambarkan. Lalu – barangkali dalam kesukaran – ibu akan memberi hidangan makanan yang pertama.

Susu ibu.

Itulah lambang kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Ia percuma dan tidak perlu dibayar. Malah datangnya secara berperingkat-peringkat. Semakin kuat bayi menyusu semakin banyak susu yang keluar. Kilang susu ini sangat ajaib jika dilihat berdasarkan konsep Tauhid yang telah saya nyatakan.

Begitulah. Selepas seorang ibu mengandungkan anak selama sembilan bulan dan kemudian melahirkan bayi itu penuh kepayahan, ibu tersebut bertugas pula untuk menyusukan bayi itu selama dua tahun.  Di dalam tempoh penyusuan ini memang banyak ujiannya juga.

Ibu-ibu mungkin pernah berasa letih, sedih atau kecewa di dalam melaksanakan tugas ini. Mungkin terdapat ibu-ibu yang mengalami kesakitan dan keletihan kerana perlu menyusukan anak dan berkali-kali berjaga di tengah malam untuk tujuan tersebut.

Tidak kurang juga yang berasa kecewa kerana kekurangan susu atau mungkin tiada susu. Sebahagian yang lain mungkin menghadapi tekanan kerana tiada sokongan dan suntikan semangat daripada keluarga terdekat. Benar, menyusukan anak-anak dengan susu ibu bukan tugas mudah. Sebaliknya, ada ibu yang berasa gembira kerana dapat menyusukan anak sendiri dan menyimpan stok susu yang banyak.

Ma sha Allah!

Sesungguhnya ketenangan ibu dan rasa redha yang tinggi akan menjadikan penyusuan susu ibu sebagai kegiatani yang menggembirakan di antara ibu dan anak. In sya Allah.

 Mungkin juga di antara ibu-ibu berasa puas hati dan bersyukur dapat menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Sehingga mungkin juga terselit rasa kagum dengan diri kerana berupaya menyusukan anak berbanding ibu-ibu yang lain.

Na'uzubillah...

Saya juga sedang berada di dalam peringkat menyusukan anak kecil yang baru lahir. Ada ketikanya saya didatangi perasaan gembira dan bersyukur. Pada ketika yang lain saya dihinggap keletihan dan susah hati. Malah ada pelbagai perasaan yang datang dan pergi.

Suatu hari ketika saya sedang menyusukan bayi saya, fikiran difokuskan dan saya cuba memahami hikmah di sebalik penyusuan menggunakan susu ibu ini sehinggakan ia amat disaran di dalam al-Qur’an. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah member makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.

Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

 Alangkah baiknya jika kita – saya dan ibu ibu-ibu yang menyusukan anak –cuba memahami sifat-sifat Allah yang tersembunyi di sebalik penyusuan anak-anak ini. Mudah-mudahan ia dapat melatih menajamkan pandangan Tauhid dalam melihat setiap kejadian di dalam kehidupan seharian.

Sekaligus kefahaman ini –In sha Allah – mampu menghilangkan ananiyah (keegoan), malah menambahkan rasa bersyukur serta kehambaan kepada Allah Ta’ala.

Sewaktu seorang ibu menyusukan anak kecilnya, pada ketika itu bukan dia seorang sahaja yang sedang menyusukan anak. Di sana, di seluruh dunia terdapat ribuan lagi ibu-ibu sedang melakukan perkara yang sama. Mereka sedang menyusukan dengan penuh kasih, memeluk anak kecil yang tidak berupaya. Anak kecil yang lemah itu hanya mampu menangis.

Ribuan perempuan atau ibu-ibu tadi sebenarnya hanyalah yang menurut perintah daripada Allah Yang Memberi Rezeki (Al-Razzaq). Allah yang mengatur seluruh sistem dalam tubuh ibu-ibu dan menukarkan segala makanan menjadi susu. Ibu itu tidak berbuat apa-apa pun, malah tidak pernah sedar tentang mesin-mesin canggih yang sedang beroperasi di dalam tubuhnya.

Allah, Tuhan yang memiliki khazanah rezeki yang melimpah ruah tidak pernah habis. Dia tidak membiarkan hambanya –seorang bayi – yang lemah, kecil dan tiada upaya bersendirian. Sewaktu anak kecil tadi kelaparan, Allah taskhirkan (tundukkan) ibunya sendiri untuk berkhidmat kepada si anak.

Ibu-ibu itu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan bayi kecilnya selesa dan tidak menangis. Ibu-ibu seumpama malaikat yang dihantar oleh Allah untuk menjaga bayi kecil sebaik-baiknya. Hakikatnya ibu itu hanyalah menjalankan perintah menyampaikan rezeki Allah kepada seorang bayi. Ibu hanyalah wasilah. Ribuan anak kecil di seluruh dunia mendapat rezeki daripada Allah dari jalan yang tidak disangka-sangka, bukan daripada ibunya tetapi daripada Allah.

Ibunya hanyalah menurut perintah!

Ribuan anak kecil mendapat rezeki dengan penuh kelembutan. Rezeki mereka ialah air susu yang paling bersih dan terbaik daripada Tuhan Yang Satu, Yang Maha Memberi Rezeki. Tuhan yang Satu membahagikan rezeki penuh adil, saksama, indah dan seni. Kecantikan Allah dan Kesempurnaan Allah terjelma daripada pandangan Tauhid yang diperhatikan secara luas ini.

Andai ibu-ibu mengetahui, ketika menyusukan anak-anak mereka, sebenarnya mereka sedang menjalankan suatu tugas yang diamanahkan oleh Allah. Mereka sedang melakukan ibadah dalam bentuk salbiyah (negatif). Ibadah salbiyah sememangnya banyak melibatkan kaum ibu seperti mengandungkan anak, melahirkan anak, menjaga dan mendidik anak-anak, memasak untuk keluarga, ketaatan kepada suami, menjaga kehormatan diri dan sebagainya.

Ma sya Allah!

Ibadah seperti ini tidak diketahui manusia. Zahirnya hanyalah rutin biasa. Namun ibadah salbiyah seperti menyusukan anak yang dilakukan penuh redha akan bertukar menjadi pahala-pahala berganda. Mudah-mudahan ia memberatkan timbangan neraca kebaikan seorang ibu di akhirat nanti. Amin.

Penutup

Maha Suci Allah yang memberi ilmu pengetahuan melalui pandangan yang luas melalui kaca mata Tauhid di dalam penyusuan. Kaum ibu – In sya Allah – akan lebih faham keindahan dan kesempurnaan Allah. Dia yang Pengasih dan Penyayang begitu sempurna dalam pentadbirannNya. Ibu-ibu perlu berbangga dan bersyukur menjadi petugas yang menjalankan khidmat menyalurkan rezeki Allah kepada anak-anak kecil mereka.

Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah.   PENYUSUAN - http://muhdkamil.org/



Gambar sekadar hiasan

Friday, March 29, 2013

Eh, Dah Hari Jumaat Lah

Assalamualaikum kawan2 semua.

Tetiba minggu ni malas update pulak. Oklah sempena pagi Jumaat yg mulia ini saya kongsikan sesuatu yg bagus utk diamalkan oleh semua.

***********************************************************************

Bacaan Ta'awwuz Mereda Marah

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Hadith:


Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Huraian Hadith:

1. Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)

2. Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.

3. Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.

4. Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin


(Copy paste dari email)



Friday, September 14, 2012

Solat menjadi perisai daripada pelbagai kemungkaran

Assalamualaikum

Tiada manusia yang tidak inginkan kesenangan dalam hidupnya malah, kedatangan Islam membawa rahmat yang antaranya adalah kesenangan supaya manusia dapat memenuhi keperluan hidup, membantu sesama manusia, beribadat dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan.

Namun, dalam mencari kesenangan, kita juga perlu memperkuatkan diri dengan daya tahan dalaman. Jika sebelum ini kita membincangkan cara ketahanan diri menghadapi dugaan, kali ini.

Allah SWT memerintahkan dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil peringatan.” – (Surah al-Nahl, ayat 90) Saya ingin ketengahkan bagaimana usaha memperkasakan diri apabila berada dalam kesenangan dan peluang mencapai kesenangan.

Diingatkan, kesenangan juga adalah dugaan untuk melihat sejauh mana kita mensyukurinya. Malah dugaan kesenangan itu lebih berat daripada dugaan kesengsaraan kerana semasa dalam kesenangan kita lebih mudah alpa, leka, lalai dan lupa diri.

Begitu juga kerana ingin mendapatkan kesenangan, kita sering kalah dengan tarikannya yang menyalahi syarak seperti sogokan dalam pelbagai bentuk ganjaran dan habuan kesenangan serta penipuan.
Apa yang lebih utama ialah sistem daya tahan dalaman diri seseorang membina kekuatan untuk tidak memberikan walaupun pertimbangan kepada tarikan itu.

Ketahanan diri penting apabila kita sudah berada dalam kesenangan untuk menahan daripada menyalahgunakan harta kesenangan dengan bersifat boros, tamak, monopoli dan lokek.
Kesenangan menyebabkan kita leka, lupa diri, malas, sombong dan lalai melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan kepada Allah serta menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Semua adalah kesan daripada kelemahan daya tahan diri. Justeru, ketika berada dalam kesenangan dan berhadapan peluang kesenangan, daya tahan diri mampu menjadi perisainya untuk mengelak manusia hilang nilai insani dan mengelak kesenangan itu nilainya bersifat zahiriah saja.
Hakikatnya, kesenangan dan peluang mendapat kesenangan boleh menjadi musuh di hari akhirat sekali gus menyebabkan sumber rezeki tidak diberkati.

Peringatan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kelak pada hari kiamat, ada yang datang dengan tubuh perkasa tetapi nilai dirinya di sisi Allah lebih kecil dari seekor nyamuk.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya kita tidaklah dianggap berkuasa kerana jawatan, dianggap kaya kerana harta yang melimpah ruah dan dianggap perkasa hanya kerana fizikal yang kuat. Hakikat kaya, kuasa dan kuat ialah apabila kita berjaya menahan semua daripada disalah guna.

Allah SWT memerintahkan dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil peringatan.” – (Surah al-Nahl, ayat 90)

Ketahanan diri boleh diperkasa melalui pelbagai cara antaranya solat dan bersederhana. Solat menjadi perisai daripada pelbagai kemungkaran dan kesederhanaan sebagai perisai mengawal naluri keinginan kesenangan yang berlebih-lebihan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu (kelak kamu akan mengetahui). Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan yakin, nescaya kamu akan melihat neraka jahim. Dan sesungguhnya kamu akan benar-benar melihat dengan ainul yaqin, kemudian kamu akan pasti ditanya pada hari itu kenikmatan (yang kamu negah-megahkan di dunia).” (Surah al-Takatsur, ayat 1-8)

Marilah kita memperkasakan solat sebagai peneguh amali dan menjadikan sederhana peneguh naluri dalam memperoleh kesenangan yang halal lagi diberkati.

Implikasinya disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa mencari dunia dengan cara yang halal untuk menjauhkan dirinya daripada mengemis, menjaga harga diri keluarga dan berbelas kasihan sesama tetangga, nescaya ia akan bertemu Allah dan wajahnya bersinar seperti bulan purnama.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Marilah bersama kita berusaha mencari dan memelihara nikmat kesenangan dengan memperkasakan ketahanan dalaman supaya ia tidak menghilangkan kebaikan di akhirat nanti.

Maksud doa Rasulullah yang sangat indah: “Ya Allah jauhilah daku dari dunia yang menghalang kebaikan akhirat.” Mudah-mudahan doa ini boleh kita jadikan ingatan dan munajat setiap hari dalam membina daya tahan mencari kesenangan dunia.
Wassalam


Source: Forwarded email

Friday, June 15, 2012

Mengingati ibu bapa sepanjang masa

Assalamualaikum

Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim hingga kita dilahirkan begitu besar. Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita hingga dewasa.

Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak. Kepayahan dan pengorbanan ibu bapa mendidik dan membesar anak sekurang-kurangnya dalam tiga keadaan, ketika mengandung, saat melahirkan dan dari kecil sehingga dewasa.

Marilah kita merenung kembali wajah terindah ibu bapa kita, mungkin ada antara kita ibu bapanya telah pergi buat selama-lamanya dan mungkin ada yang masih lagi bersama. Cuba kita hayati wajah yang telah kedut ditelan usia, namun tetap tersimpul senyuman menggambarkan kasih sayang.

Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika kedua-duanya masih hidup, tetapi berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa kasih ibu bapa kepada anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak.

Apa yang kita miliki hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil daripada pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini.

Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Tidak dapat dinafikan kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya. Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anaknya walaupun sesaat, kadang kala ibu tidak dapat menyuap makanan, melelapkan mata dan ada kala tergenang air mata kerana teringatkan anaknya.

Rebutlah kesempatan yang ada ketika hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. Hari ini, ada dalam kalangan anak yang sibuk dengan jawatan, mengejar kuasa dan pangkat tiada masa menziarahi ibu bapa walaupun kepulangannya sentiasa dinantikan penuh kerinduan. Ingatlah menziarahi ibu bapa satu tuntutan kepada seorang anak.

Anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah, kita luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya.

Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan perlu direnung kita semua sebagai anak, sudahkah menunaikan kewajipan terhadap ibu.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau pernah bertanya Rasulullah SAW amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah.”

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri itu dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutannya.” (Hadis riwayat Ad Dailami)

Imam Bukhari meriwayatkan, Abdullah bin Amru bin al-‘As bertanya Rasulullah SAW mengenai dosa besar. Sabda Baginda: “Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.”

Ambillah iktibar dalam cerita si tanggang, seorang anak yang melupai ibunya dan durhaka selepas mendapat kedudukan yang tinggi akibatnya si anak itu diberi balasan oleh Allah SWT di dunia ini.

Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup, tetapi berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Setiap hari amalan kita diangkat ke langit dan segala amalan itu dipertontonkan kepada roh ibu bapa kita.

Marilah bersama menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah dan wang ringgit bahkan seluruh jiwa dan raga. Jangan biarkan mereka kesepian dengan linangan air mata yang sayu lagi pilu.

Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa tertentu saja. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi mereka.



Wassalam


Source: Forwarded e-mail


Friday, March 2, 2012

Tazkirah Untuk Hari Ini

Entry copy paste utk dikongsikan bersama.
***************************************************

Hasad Dengki Membinasakan Diri

Terasa ingin membicarakan hal berkaitan dengan hasad dengki ini. Sememangnya, sebagai seorang manusia biasa, yang sering sahaja terlupa, perasaan hasad dengki boleh dikatakan dirasai oleh semua orang. Yang menyedihkan, seringkali disinonimkan sikap hasad dengki itu dengan orang Melayu. Di Malaysia, apabila disebut sahaja berkaitan dengan hasad dengki, maka sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu. Seolah-olahnya masyarakat Melayu memang terkenal dengan sebuah masyarakat yang mempunyai hasad dengki yang tinggi.


Adakah tanggapan ini benar?


Sekiranya kita mengatakan benar, adakah hanya masyarakat Melayu sahaja mempunyai sifat mazmumah ini? Sekiranya kita mengatakan tidak benar, seolah-olahnya kita menafikan realiti yang berlaku dalam masyarakat. Sedangkan realiti yang pernah disaksikan memperlihatkan bagaimana jatuh bangunnya pemimpin Melayu, perniagaan Melayu, dan sebagainya akibat hasad dengki.


Kata Imam Al-Ghazali, hasad dengki ialah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, "Ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu," – (Hidayatus Salikin 206).


Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah – Riadus Salihin 4:1441) Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:


1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.


2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.


3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

Bersama-samalah kita menjauhi perbuatan hasad dengki ini. Ayuhlah kita suburkan persaingan yang bersifat sihat yang digalakkan di dalam Islam. Sesungguhnya sifat hasad dengki ini hanyalah akan merugikan umat semata-mata.


Wassalam

Source: Forwarded email

Kalau Lah Kita Dapat Ke Sana....

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.




1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Wassalam

*Semoga satu hari nanti kita dipanggil olehNya utk menjadi tetamuNya ke sini. Amin.

Source: Forwarded e-mail

Thursday, February 23, 2012

Budak-Budak Memang Biasalah Macam Tu, Tapi Ia Adalah Bersifat Sementara Sahaja

Came across to this article from yesterday Star paper. 


petikan dari Star2 page 7 (22 Feb 2012)

 
*Many psychologists and psychiatrists agree that childre's closeness to transitional objects is normal and helpful. Parents who are supportive of this attachment allow their kids to feel in control of themselves and what they need*

Ok.. itu adalah sebahagian daripada artikel di atas.

Kann... ?? budak2 memang lah kengkadang tu tak leh dipisahkan dengan bantal busuk, teddy bear, puting dan apa2 jelah yg menjadi kesukaan mereka. Macam Marissa dia memang attached sgt dengan teddy bear pink dia tuh. Kiranya bila dia dekat dengan teddy bear tu dia rasa cam selamat dan rasa selesa.



Waktu yg paling dia perlukan teddy bear dia adalah time nak tido dan time dia bangkit tido. Alhamdulillah dari baby sampai sekarang Marissa takde masalah tuk tido sendiri. Tak perlu buai, tak perlu nak tepuk2. kadang2 bila kita tepuk2 dia, dia tepis2 tangan kita pulak. Tapi dia pulak yg tepuk2 teddy bear dia. Dia boleh lelap sendiri, usap2 ubun2 dia, baca doa sama2 ngan dia, baca fatihah, ayat kursi.. tak lama tu dia akan tido.  Tapi sebelum tu haruslah dia garu2 bulu teddy bear dia. Tak pun dia gentel hidung atau ekor teddy bear dia.  Kalau terjaga tengah malam pun, just make sure letakkan teddy bear kat muka dia, maka dia akan tido semula. Oh ya, pacifier pun perlu jugak.


 
Tapi Marissa bukan jenis 24 jam kena sumbat pacifier kat mulut dia. Pun ada masa2nya. Of course sebelum tido lah jugak. Kadang2 kalau dah ngantuk sgt tak yah puting pun ok jugak. Lagi satu, dia mesti nak hisap puting lepas hbs minum susu. So, kalau time kasi susu kat dia, kena make sure puting pun kena ada kat sebelah dia. Lepas susu habis, otomatik dia akan amik puting kat sebelah dia dan masukkan ke dalam mulut. Kalau nangis sua puting, she will stop crying lah. The pacifier can just sooth her lah.



Tapi dia cam leh bezakan lah bila dia perlu nak hisap puting dan bila tak perlu. Contoh kalau dalam kereta on the way ke mana-mana, dia akan mintak puting tuk buat dia khayal dan tak boring kat dalam kereta, pastu bila sampai jer destinasi, dia akan keluarkan puting dan hulur kat kita suh kita simpan.

Kalau kat rmh, kadang2 dia main letak jer puting tu kat mana2 dia nak. Tapi so far, dia ingat mana dia letak puting tuh, unless kalau org dah alih2kan.

Anak2 korang macam mana pulak? Ada anak member aku dia tak perlukan benda lain, tapi dia nakkan tudung mak dia. Tudung pulak takleh tudung lain, mesti nak tudung yg itu jugak. So, kalau one day my fren pakai tudung tuh, anak dia mesti tarik tudung tu, so sekarang ni tudung tu dah jadi hak milik anak dia.

Walau apapun kesukaan mereka selagi tidak membahayakan, biarlah mereka menyesuaikan diri mereka dan berada di comfort zone mereka sbb ianya bersifat sementara sahaja. As they growing up, they will confidently give up their comforting objects.

*The children are likely to outgrow these things when they are older, by seven or eight, and they will regard the items as babyish*

Tapi ada gak yg sampai ke tua tetap nak jugak ada comforting object like bantal busuk kan.. siap diperturunkan bantal busuk tu kepada anak dia.  hehehe.


*Credit to Star Paper 22 Feb 2012

Friday, February 17, 2012

Kasih Sayang

Salam Jumaat teman2ku sayang....

Sebagai pembuka entry utk hari ini aku persembahkan entry copy paste ini... selamat membaca :)
..............................................................................................................................

Assalamualaikum


Kita selalu menyangka bahawa kasih sayang sesama manusia hanya akan lahir apabila mereka saling mengenali dan mempunyai tautan hati. Kita lupa bahawa sebagai makhluk Allah SWT yang bergelar manusia, kita sebenarnya berkasih sayang apabila mempunyai sifat belas kasihan dan saling melindungi antara satu sama lain.

Sayang sekali sekiranya kita tidak mampu berkasih sayang dan saling mengingatkan antara satu sama lain, apatah lagi sekiranya berkongsi akidah yang sama. Tanpa kasih sayang, kita akan selalu berprasangka buruk terhadap orang lain, sedangkan sebagai umat Rasulullah SAW, kita sepatutnya saling melindungi dan memperbetulkan kesilapan masing-masing dengan penuh hemah dan adab.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki untuk menentukan kebenarannya. - Surah al-Hujuraat, Ayat6. Dalam dunia hari ini yang penuh tohmah dan buruk sangka, manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Kasih sayang bukan lagi sebahagian cara hidup yang memungkinkan keaiban dilindungi dan kesalahan diperbetulkan tanpa rasa benci.

Kewujudan segolongan kecil yang bijak melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia menyebabkan umat Islam sering bermusuh-musuhan sekali gus merendahkan nilai dan maruah agama pada mata bukan Islam. Ia juga menjadi sebab umat Islam semakin jauh daripada ukhuwah dan silaturahim yang berasaskan takwa, malah merenggangkan persaudaraan.

Sebagai individu Muslim yang menganut agama menganjurkan umatnya hidup dalam keadaan rukun dan damai, kita dilarang melakukan perkara yang boleh menjejaskan serta merosakkan hubungan baik sesama manusia.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 12, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sikap dari sangkaan supaya kamu tidak dipengaruhi prasangka yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan yang disebut itu dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani”.

Allah mengingatkan kita bahawa sebahagian prasangka itu adalah perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang. Ia juga menyebabkan timbul tuduhan lain yang tidak berasas kerana orang lain turut serta melakukan perbuatan yang serupa dan ia menambahkan lagi prasangka buruk.

Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan juga turut meluaskan penyebaran maklumat yang boleh meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dan kebenaran.

Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, kita hendaklah menjaga adab pertuturan, berbicara mengenai perkara yang benar atau berdiam diri, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Iman Al-Bukhari yang mafhumnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam.”

Buruk sangka dengan hasrat mempengaruhi minda orang lain supaya membenci saudara seagama adalah perbuatan jahiliah yang diwarisi kerana tamak dunia dan terlalu cintakan isinya yang menjadi bahan bakar neraka.

Banyak contoh boleh diteladani daripada kisah sahabat Rasulullah SAW dan juga sejarah yang pernah berlaku sehingga boleh menggadaikan negara dan agama akibat buruk sangka. Ia patut dijadikan iktibar kepada setiap umat Islam.

Jika tidak kerana buruk sangka menjadi padah kepada umat Islam, mustahil Allah SWT memperincikan betapa pentingnya kita menyelidiki sebarang maklumat yang disampaikan oleh seseorang, bimbang sekiranya kita turut mempercayai dan menjadi penyampai kepada fitnah terhadap umat Muhammad SAW.

Allah mengingatkan kita dalam al-Quran, surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki untuk menentukan kebenarannya”.

Kerana buruk sangka menyebabkan terputusnya silaturahim, sebab itulah juga perpaduan umat Islam akan goyah, malah menjadi laba kepada pihak yang sentiasa menantikan saat kehancuran manusia yang dibimbing dengan perintah dan larangan Tuhan Yang Satu.

Satu demi satu keistimewaan umat Islam yang tiada bandingannya diselongkar dan dibinasakan dengan janji syurga di dunia mengakibatkan janji Allah mengenai hari pembalasan di pandang sebelah mata. Perkataan dusta yang dibawa oleh orang yang fasik pula diangkat menjadi rujukan utama.

Untuk menjauhkan diri daripada terus melakukan fitnah terhadap setiap umat Muhammad SAW, kita hendaklah membataskan prasangka buruk terhadap seseorang setakat di dalam hati saja, tanpa meluahkannya atau memberitahu kepada orang lain mengenai apa yang dirasa, apatah lagi meyakinkan orang lain supaya turut mempunyai perasaan yang serupa.

Justeru, prasangka yang boleh mendatangkan dosa wajib dijauhi jika kita sayangkan kehidupan sesudah mati. Sebaliknya, tukarkan buruk sangka dengan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat yang bersaudara kerana itulah asas sebuah kehidupan berkeluarga. Kasih sayang bukan sekadar menyatukan hati dan jiwa tetapi juga mengukuhkan hubungan sesama manusia.

Wassalam


Source: Forwarded e-mail