Wednesday, April 4, 2012

Nak Bagi Tau Ni Dulu

Assalamualaikum,

Isy..isy tetiba rasa lemau jer nak update blog sekarang nie. Dah seminggu dah balik, tapi hati ni macam masih berada di sana jer lagi.

So funny tau, hari tu, lepas sehari dua hari balik ke Malaysia, masa tgh tido, asben kejutkan (dia tengah layan fb time tuh) pastu dia cakap..."yang.. yang...Lee & Za sekarang ada kat Mekah lah...." aku pun ngan mamai2 menjawab... "hah.. baguslah leh lah kita jumpa dia kat sini" masa cakap tu aku rasa cam aku masih tido kat bilik hotel kat Mekah. Macam terasa berada di sana sgt. Pastu bila dah sedar baru perasan.. apa lah yg aku merepek nie???... now we are already at our home sweet home lah... hihihi...

Ok sebelum aku citer sedikit sebanyak mengenai perjalanan kami ke sana, ni aku nak bagi tau kat korang2 sumer, kot lah ada di antara korang or adik beradik, kawan2 ataupun sedara mara yg bakal menunaikan Umrah, mungkin jugak korang dah tau, dan mungkin jugak ada yg tak tau jugak. Macam aku dulu pun tak tau jugak, mujur mak mertua rajin surfing internet and get the information about this.

Seperti yg sedia maklum, setiap jemaah adalah digalakkan utk mengambil suntikan Umrah (tak ingat pulak apa nama suntikan/vaksin dia yg sebenarnya). Suntikan ni byk ditawarkan di klinik2 swasta dan kosnya kebiasaannya mencecah RM120-RM180 seorang. Ikut klinik lah ada yg murah, ada yg mahal sikit.

Ok, apa yg org ramai tak berapa tau, terdapat beberapa buah klinik kerajaan (tidak semua) yg menawarkan suntikan ini dan kosnya adalah RM5 sahaja. Ok cam kami dulu, kami wat  injection ni dekat Klinik Komuniti dekat Kelana Jaya sana. Dekat area KL kiterang survey memang takde rasanya, lepas tu dia tak bukak hari2 tuk injection tuh, like Klinik Kelana Jaya ni dorang buat injection utk umrah ni setiap hari Isnin dan Jumaat sahaja. Cop, sekali lagi aku terlupa sama ada hari Isnin atau Selasa yer?? tapi dua hari seminggu lah, dan waktunya dari pagi hingga tengahari sahaja.

Mula2 memang rasa cam alah.. tak yah susah2 wat kat klinik berhampiran jer sudah, tapi bila fikir balik wat pe nak membazir duit padahal ada pilihan yg lebih murah. Kalau takat sorang kira oklah nak bayar seratus lebih cam tuh, tapi kalau dah sampai 7 orang...mau sampai seribu lebih just nak buat injection tu kan....

Tu yg aku nak kongsikan ngan korang sumer, yelah kalau sape2 yg pergi berkumpulan tu baiklah pergi kat klinik kerajaaan yg ada buat perkhidmatan ini, so boleh jimat byk ok.

Kat Putrajaya pun ada jugak, tapi aku tak pasti klinik or hospital mana yg buat. Sbb neighbour aku and family pun wat kat klinik kerajaan dan dikenakan RM5 sahaja seorang.

Bila dah kena suntik, kita akan dapat international certificate of vaccination yg kaler oren cam kat bawah ni. Bila dah ada cert ni baru lah kerajaan Arab Saudi akan keluarkan Visa Umrah. Tapi tak tau lah, ada gak yg tak wat injection ni pun lepas jugak sampai ke sana. Tapi rasanya lebih baik mencegah dari mengubat, sbb kat sana kita bertemu dengan pelbagai org dari pelbagai negara, so risiko utk mendapat jangkitan penyakit adalah tinggi.



Oh ya Marissa pun tidak terkecuali kena wat injection ni, walaupun masa mula2 dorang kata tak perlu sbb baby dah lengkap dah dia punya vaccination dia, tapi at last dorang mintak Marissa wat gak injection ni. Aku ada citer pasal ni kat sini. Yang Marissa punya aku wat klinik biasa jer, dan dikenakan cas sebanyak RM150.

6 comments:

Pepel BoNda AmaNi said...

a'ah hari tue maktok pun kena amik injection tue jugak....

AdanyaKauUntukku said...

ni yang pneumococcal tu kan?
ke lain yek Derna?

iietamalek said...

nanti update macam marissa di sana yer?

dah juga awak kat sana..

ermmm

yannie bunny said...

yeke??? i xtau pn ada kt klinik gomen. i kna smp rm174! aiyakkk!!

eh, nama suami kita sama la. hihihi. tang depan, yg blakang n bin lain ;p

Irfa said...

mmg pun kena ada kad kuning ni
(merah ke kuning kalernya..hehe)

akak dulu gi hkl kalau x silap
sbb klinik swasta masa tu caj rm80..
membazir sgt sdgkan benda yg sama je

slmt kembali
mesti rindu nak pegi lagi kan

Mimy Hamid said...

sampai jugak ke tanah suci..mabrur...best tul..citer la lagi