Oh ya masa kat Mekah, aku notis bateri handphone cpt sgt habis. Baru cas, walaupun tak guna, tak lama lepas tu mesti bateri habis. Aku ingat bateri kong ke apa, tapi bila balik tgk ok jer hp nie. Yelah mungkin tarikan graviti yg kuat di tanah suci Mekah.
Ok mula2 ni nak share pengalaman aku membawa anak bersama-sama menunaikan Umrah. Pertama kali bagi Marissa travel yg agak jauh dan panjang perjalanannya. Bermacam-macam respon yg aku terima bila ada org dapat tau yg aku bakal membawa anak sekali. Ada yg positif dan ada jugak yg negatif. Tapi berbalik pada niat asal aku, aku yakin, aku berdoa dan bertawakal kepadaNya semoga semuanya dipermudahkan.
Alhamdulillah, syukur, sepanjang di sana dari waktu pergi hinggalah sekembalinya kami, tiada sedikit pun bebanan yg aku rasakan bila membawa anak bersama-sama.
Ada juga yg akan mengatakan, bagaimanakah ingin mengerjakan ibadah dengan khusyuk sekiranya anak pun di bawa bersama, tidak kah ia akan mengganggu? Pada aku tu semua subjektif. Tepuk dada tanya iman.
Apakah bezanya pula dengan mereka yg tidak membawa anak tetapi hati dan fikiran mereka sentiasa teringat anak yg ditinggalkan? Sekurang-kurangnya ketika di sana aku memang terlupa tentang dunia luar, lupa tentang segala-galanya. Apa yg kita ingat hanyalah satu.
Alhamdulillah Marissa sgt baik sepanjang perjalanan pergi dan balik. 9 Jam di atas flight tidaklah begitu mencabar buat diriku. Sbb Marissa almost sepanjang perjalanan dia tido, bila dia jaga dia minum susu, pastu tgk kartun, pastu tido balik. Dia tido aku pun tido. Lepas tu, perjalanan dengan bas pun begitu jua, seolah-olah tiada jemaah kecil dalam kumpulan kami, sbb adalah sgt2 jarang dia buat hal ataupun menagis.
Apa yg membimbangkan aku sebelum ni kalau Marissa buang air besar kat tempat atau waktu yg agak sukar bagiku tuk menguruskannya, tapi Alhamdulillah sepanjang 15 hari kami di sana, waktu pembuangan Marissa sgt sistematik. Tak pernah terberak sepanjang perjalanan sama ada flight ataupun bas, tak pernah terberak semasa aktiviti ziarah. Tah camne timing dia kat sana adalah waktu malam, semasa kami dah pulang ke hotel selepas solat Isyak. So, aku memang langsung tidak merasakan kerumitan menguruskan anak. Nak tido pun dia ok jer, rasa mengantuk dia tido jer kat mana2, kat dalam masjid pun kalau dia nak tido, dia tido.
Masa kat Madinah, setiap kali waktu solat dia akan bersama-sama ikut ke Masjid Nabawi. Alhamdulillah hotel adalah hampir dengan Masjid Nabawi so, memang setiap waktu solat memang bawak dia sekali. Kalau dia tido pun, bawak jugak, dan dia akan sambung tido hingga ke Masjid.
Masa mula2 sampai, ye ye jer aku ikat dia dengan tali keselamatan for kid tuh. Tapi meronta-ronta dia suh aku bukak. Aku pun bukak. Tawakal saje dalam hati semasa menunaikan solat kali pertama di Masjid Nabawi. Marissa sgt behaved, dia tak menangis, dia tak pergi ke mana-mana jauh dari kami, dia duduk sahaja di depan saf kami. Agak2 boring dia pun akan masuk saf dan solat bersama2 kami. Ya Allah I cant describe my feeling bila tgk dia solat sama2. Dengan rukuk, sujud mulut terkumat-kamit sumer lengkap.
Alhamdulillah time kita solat memang Marissa tak ganggu pun kami, dia tak macam kanak2 lain yg bila time mak2nya solat akan terdengar lah tangisan di sana sini pelusuk masjid. Marissa tak pernah menangis time kami solat. Dia akan buat hal sikit kalau dia boring tunggu lama sangat (biasanya time kami beriktikaf dan menunggukan masuk waktu solat), time tu kadang2 adalah dia menjerit dan menangis sikit. Tapi bila azan berkumandang jer dia akan otomatik diam, sambil jari telunjuk diletakkan diletakkan di antara hidung dan mulut, tanda suruh diam. Eh eh dia pulak suruh kita diam yer. Start jer azan, sehinggalah kami habis solat memang dia tak buat hal. Alhamdulillah kami dapat solat dengan tenang.
Tapi jangan risau baik Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, memang ada ramai budak2, dan jemaah dari timur tengah pun suka sgt pada anak2. Mereka akan berikan apa saje yg ada pada mereka terutamanya makanan kepada anak2 yg mereka jumpa. Marissa ni tah berapa kali ntah kena gomol ngan org turki lah, jordan lah...
Begitu juga di Masjidil Haram, Mekah, Marissa turut aku bawak sekali semasa solat fardhu. Tapi tak macam kat Madinah, kat Mekah ada jugak waktu yg aku tak dapat bawak dia sekali sbb cuaca yg agak panas dan berdebu. Kalau cuaca ok kurang berdebu/berjerebu aku akan bawak dia sekali. Bukan apa kesian kat dia. Lagipun hotel agak jauh dengan Masjidil Haram, adalah lebih kurang 300m.
Apa lagi nak citer yer, tak leh citer sgt sbb aku belum lagi nak bercerita pasal umrah ni sbb masih menunggukan gambar2, tapi pada masa yg sama nak jugak share sedikit gambar yg ada kat dalam hp nie. Nak tunggu asben transferkan bila lah.. yelah masing2 sibuk baru start kerja kan. Takpe2.. take our own sweet time dulu yer...
Berlatar belakangkan Kaabah
tercapai niatku utk bersama2 anakanda tercinta bersama-sama ke Rumah Allah
my kesayangan
Tak semestinya kalau di sana, anak pun kena pakai jubah dan tudung segala. Org Arab yg berlitup tu pun bawak anak pun sumer dressing camni jugak, yelah budak belum cukup umur pun. Tapi dun worry Marissa aku pakaikan jugak jubah dan baju kurung ketika di sana.
kat ladang unta
dalam bas
Walaupun sebelum ni aku sekat dia makan jajan, tapi kat sana aku umpankan jugak dia keropok mamee nie...sekali-sekala takpe... as long as anak mama behaved..ok
ewah ewah
masa tawaf
Yang aku takleh lupakan Marissa pun sama2 mengerjakan tawaf dan saie bersama-sama kami. Paling membuat hati aku cair bila dia pun sama2 membuat isyarat melambai dan mengucup hajarul aswad.. MasyaAllah perasaan yg tidak dapat digambarkan dengan kata2.
Bukan kata Marissa sahaja, budak2 lain pun aku tgk diam jer semasa tawaf, kuasa Allah kan. Dialah sebenar-benarnya sebaik-baik penjaga.
Masa Saie pulak, Marissa tersangat2lah manja dengan aku, bayangkan sepanjang saie dia nak aku jer yg dukung dia, bila ayah dia amik dia, dia nangis. Masa aku dukung dia memang aku terbayang dah kisah Siti Hajar mencari air utk anaknya sepanjang Safa dan Marwah. Bak kata MIL aku, Marissa tak nak kat ayah dia time tuh, sbb dia nakkan dengan mamanya sajer simbolik dari kisah Siti Hajar itu. Subhanallah... aku tak rasa letih pun melakukan saie walaupun mendukung Marissa, cuma sekali-sekali aku lepaskan dia kepada asben jugak sbb keletihan. Tapi time dukung Marissa, Marissa sgt2 manja dengan aku, berkali2 dia mencium aku sambil tenyeh2 hidung dia kat pipi aku sambil cakap "cayaaangg mama". Arrghhh cair hatikun dan itulah dia pembakar semangatku. Hinggakan sampai sekarang ni pun dia agak manja terlebih dengan aku.. sikit2.. cayangg mama.... i luv u too lah darling....
Aku bersyukur padaNya kerana memudahkan urusan kami malah aku rasa membawa anak kecil bukanlah satu sebab menjadikan kita kurang beribadah kepadaNya malah aku rasakan ia lagi memupuk sifat kesabaran kita sepanjang di sana.
Well ni aku just citer secara ringkas sahaja, still tak tau mana nak mula sbb hati dan perasaan ni sgt begitu teruja dan tidak dapat mengungkapkan segala kenangan ini dengan kata2. Byk lagi kisah2 yg ingin aku kongsikan... pengalaman2 yg menakjubkan (mungkin) buat diriku. InsyaAllah....
11 comments:
subhanallah. Moga2 murah rezeki saya nak jejak ke rumah ALLAH :) selamat pulang dari umrah yee :)
alhamdulillah ye deqna..semua urusan dipermudahkan, dan marissa pun behave je..mcm paham2 je..
Alhamdulillah... bertuah Marissa kecik2 da berpeluang ke tanah suci...
Seronok baca kisah deqna ni.. cepat2 updates pengalaman deqna kat sana yer..:)
Best nya baca deqna..pengalaman pertama aku baca pasal bawa budak..tapi memang betula la budak tak kacau..budak kan ibarat syurga...
deqna...
igt tak akak cakap apa sblum deqna ke sana?pengalaman deqna dan marissa sebijik sama macam akak dan si sulung dulu..umur dia pun sebaya marissa masa kami kesana..perangainya berubah 100 peratus dr perangai asal kat tanah air.syukur sgt sbb perjalanan deqna berjalan lancar.alhamdulillah
alhamdulilah...syukur ke hadratNYA...urusan deqna di permudahkan...kalau di berikan rezeki nak jugak ke sana...RUMAH ALLAH...masya-allah indahnya...
kak.....menitis air mate la bace pasal marissa y same2 solat n cium2 mama die sepanjang Saei tu...teruja sgt rasenye...ni y tak sbr nk jumpe marissa ni...=)
Allah hu akbar..kuasa Allah kan...Dia permudahlan sgla urusan awk di sana..
terharu sy bc cerita awk deqna..Mga ada rezeki sy n family ke sana
alhamdulillah, seronok dengar cerita umrah, bertuah marissa kecik2 dah dpt jejak kat sana.. sebak betul baca pengalaman awak, nnti bila senang up lagi story ye..
Alhamdulillah.. Derna dah pun menjadi tetamu Allah...
syukur sgt kan...semua dah selesai dan selamat. Marissa pun baik je kat sana...
bila lah agaknya dpt merasa jejakkan kaki ke sana pula..mudah-mudahan Allah permudahkan pula rezeki kami. InsyaAllah.
Nanti cerita lagi ye...seronok baca :)
sangat sangat best tau
akakpun fikir macam manalah awak bawa marissa ke sana
awak sangat kuat...
insyaallah..
akak pun nak ikot jejak langkah awak
doakan akak ye...
hopefully akak akan jadi sekuat awak......
dan akak pasti...
jika niat kite baik
allah akan permudahkan urusan kite menuju rumah Allah
sob sob.....sedih plak akak haaaaaa
Post a Comment