Friday, April 20, 2012

Hari Jumaat dan Solat Jumaat

Salam Jumaat buat kawan2 semua, hari yg penuh kemuliaan dan keberkatan.  Pada yg lelaki jangan lupa tunaikan solat Jumaat yer. Perempuan boleh sembahyang Jumaat tak? Tentulah boleh. Tapi hanya dekat dua tempat ni jelah (setau aku lah) iaitu di Masjid Nabawi dan di Masjidil Haram.

Alhamdulillah, semasa Umrah hari tu, pertama kali dalam hidup ini dapat menunaikan Solat Jumaat. Jumaat pertama di Masjid Nabawi dan Jumaat kedua di Masjidil Haram.

Selepas melakukan ziarah luar sekitar Madinah, kami pulang ke hotel utk bersiap sedia utk menunaikan solat Jumaat. Tu yg kena balik cpt2, kalau tidak adalah satu kerugian sekiranya tidak sempat utk menunaikan solat di sana.

selesai solat Jumaat


di bahagian luar



Kami solat di bahagian luar sajer, bahagian dalam tempat solat wanita adalah sudah penuh. Tetapi asben & FIL dapat solat di bahagian dalam.
bahagian dalam Masjid Nabawi

Macam solat Jumaat di tempat kita juga ada khutbah Jumaat. Tapi dalam bahasa Arablah. Faham tak faham kena dengar lah jugak.

Oh ya, setiap kali lepas solat mesti akan diadakan solat jenazah. Setiap waktu ada saje yg dijemput olehNya. Kita juga hendaklah tidak melepaskan peluang utk menunaikan solat jenazah kerana ia adalah Fardhu Kifayah.

minum air zamzam yg disediakan


Belah petang hari tu adalah aktiviti bebas, maka kami mengambil peluang selepas solat Jumaat kami berjalan-jalan di sekitar Kota Madinah kerana keesokan harinya kami akan berangkat ke Tanah suci Mekah.
Marissa masih lagi tidur... tidur sokmo anak dara ini

 

jom ikut

with mama

singgah di shopping complex berhampiran

Bukan nak shopping sgt pun, lebih pada jamu2 mata sahaja. Sambil tu nak jugak tengok macam mana lah keadaan shopping complex di sana kan. Lebih kurang cam tempat kita gak. Semuanya ada, designer brand pun melambak ado.

mak2 arab bershopping

duduk di atas kerusi giant

 


Kerusi ini adalah tinggi ok. Walaupun kaki aku panjang, bila aku duduk kat atas kerusi tu, kaki terjuntai jer tidak menjejak lantai.

Pastu masuk pulak kedai2 yg ada di kaki2 lima di bawah hotel2.

beg sejadah



nampak kemetot pulak lakiku itu...

Sila jangan terbedaya, yelah mana aci yg dorang2 tu berdiri satu anak tangga tinggi dari asben, tu yg nampak asben comel jer kat situ.
hubby & wifey

Gambar kami ni pun org kedai tu yg tolong amik kan. Dia begitu tertarik dengan kamera asben. Jgn main2 org Arab ni pun leh tahan gak gila gajetnya.

beginilah keadaanya di Kota Madinah

 


Ok bersambung lagi....


3 comments:

budakbaik said...

Moga satu hari nanti ummu akan ke sana jugak dengan suami..amin..

Softtouch [Hanim] said...

suka bc crita deqna p umrah...

NeenaAnuar said...

aku tak leh lupa cerita kehilangan cincin dan tisu hari tuh! :D