Tuesday, April 24, 2012

Sejuk Perut Ibu Mengandung

Itulah kata2 org tua, kalau melihat perilaku anak yg baik. Aku rasa perut aku pun sejuk jugak bila tengok si Marissa ni sekarang.

Dia kan kalau nampak aku tengah bentang sejadah nak solat kan, dia pun kalut sekali lah bentang dia punya sejadah kecik tuh. Pastu tengok kami solat, dia pun solat sekali. Tapi cam biasa lah kiterang belum habis dia dah bagi salam dulu dah.

Tapi yg paling aku tak menahan sekarang ni bila tengok jari telunjuk dia diangkatkan semasa duduk selepas sujud. Ngan mulut dia tah apa yg dibacanya. Pastu dah habis kasi salam dia gi amik tasbih yg dibeli di Mekah pastu mula lah dia berzikir.. Allah... Allah.. Allah..

AllahuAkbar.. kau jadikanlah anak ku ini anak yg solehah sehingga dia dewasa kelak. Amin.

Tu belum lagi kalau let say toys dia atau bear dia terjatuh ke apa, masa dia membongkok nak amik tu pun dia akan sebut.. Allah... cam kita yg tua2 ni selalu buat kan..

Lagi satu, dia kalau nampak aku dah habis solat, dah beri salam semua, dia akan hulurkan buku doa yg selalu aku baca. Kadang2 dia akan hulurkan Al-Quran sekali. Sama macam masa kat Mekah/Madinah dulu, time kami solat memang dia tak kacau atau menangis, cuma aku notis dia akan macam tersedih sikit bila dengar aku mengaji. Kadang time dia tido pun, kalau dia dengar bacaan Al-Quran dia cam teresak-esak sikit.

Lagis satu dia sgtlah pantang, kalau tangan dia kotor sikit, mesti ajak kita basuh tangan dia. Bukan takat tangan jer dia basuh, kadang2 tu sampai ke muka, kaki sumer dia basuh, mula2 marah lah jugak sbb main air kan, tapi bila byk kali tengok baru aku paham yg rupanya dia 'ambik wuduk'.

Bercakap pun dah pandai gak sekarang, rasa nak tergelak jugak bila tiba2 terdengar words dari mulut dia. Sekarang dah pandai jugak kalau nak ajak mak/ayah dia balik dari melepak lama2 kat luar. Hari tu aku gi rmh member aku, dia wat akikah anak dia, sbb lama tak jumpa, terlama lah sikit duduk kat situ, si Marissa pulak sibuklah... "Mama... alik.. mama alik...jom" bila tanya balik mana? dia jawab "alik umah". Bila tanya rmh sape, dia jawab "rmh ayah".

Lagi satu, kalau naik tangga or turun tangga aku suka ajar dia count 1 2 3, aku nak aku sebut dia follow... tapi bila aku cakap one dia cakap two, aku cakap three dia cakap four, eh budak ini aku baru nak ajar dia nak main sambung2 pulak. Sama gak kalau aku cakap satu, dia cakap dua, aku cakap 3, dia cakap 4 dan begitulah seterusnya. A B C pun sama... suka nak sambung2... kita nak dia follow kita cakap... pasni kena selalu2 sebutlah supaya dia terus hafal.

Tu jelah update tentang Marissa. Lama pulak tak update tentang progress tumbesaran dia. Besar lah sgt pun, berat aku timbang tak 10 kg, 11 kg tak naik2. Padahal dulu masa baby setiap bulan naik jer sekilo dua.

6 comments:

m@m@yAyA said...

Ya Allah bijak betul marissa,betul kak sejuk perut ngandungkan bila anak soleh solehah cam marissa nie..
Agaknya dia memahami kebesaran Allah tu ms akk sefmly g umrah..
Alhamdulillah marissa..

Nur Syazwani Mustafa said...

mmg sejuk perut baca cite marissa ni...alhamdulillah..anak yg cerdik... ;)

Irfa said...

deqna

senang citer..malas nak tulis panjang2.sebijik cam kenit akak siHajar.perangai sama sbb diorang sebaya..kan best kalau dapat temukan mereka berdua :)

InaAchik said...

SUBHANALLAH... cerdiknya marissa...
insya-Allah marissa akan jadi anak yg solehah...

mama-syira said...

Alhamdulillah. tak lama lagi je Marissa nak 2 tahun dah. Kejap je. Boleh la mintak ayah ngan mama dapatkan kawan. Best tau kalau ada kawan kat umah main sama2. hehehe

NeenaAnuar said...

memang bertuah ko fren dpt anak sebijak marissa! dan mudah mudahan aku jugak bakal dpt anak yg soleh satu hari nanti... tapi aku percaya contoh yg baik itu dtgnya dari sejak kite kandungkan nya lagi kan... proud of you my fren! moga aku boleh dptkan info dan ilmu berguna dari ko biler aku ngandung satu hari nanti.. insyallah! ;)