Friday, April 13, 2012

Madinah Al-Munawwarah - Kota Yang Bercahaya

Ok lupa nak beritahu, kami berada di Madinah selama 3 hari sebelum berangkat ke Mekah Al Mukarramah.

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة) ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".

 
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.

Ok, di atas adalah sedikit penerangan mengenai Kota Madinah iaitu Kota Bercahaya. Nak tengok bercahaya ke tak bercahaya tengok gambar2 kat bawah ni. Bila waktu malam memang terserlah Kota ini Bercahaya dengan lampu2 yg terang-berderang.

 pada waktu malam

 terang benderang di Masjid Nabawi

 sungguh bercahaya sekali




kelihatan langit membiru

Ketika ini rasanya kami sekeluarga sedang menuju ke Masjid utk menunaikan Solat Maghrib. Sepanjang di Madinah Marissa tak pernah missed pun utk mengikuti kami sama2 bersolat di Masjid Nabawi.

cuba teka saya yg mana?


mengambil tempat utk solat

 

nampak tak si kenit tu?

Kami memilih utk solat di dataran Masjid sahaja, kat luar ni pun ada beribu-ribu jemaah. Bukan tak nak masuk ke dalam masjid, tapi nak masuk ke dalam agak ketat sikit peraturannya, bukan apa, Marissa kan ikut sekali, si budak ini pulak asal ke mana2 mesti nak dihangkutnya sekali bear pink dia tuh. Kat dalam masjid Nabawi takleh bawak masuk bear dia tuh. Polis Arab tu suruh tinggalkan di luar. Yang si Marissa ni  mana boleh nak berenggang kan, so hangkut lah sekali. Tapi sesekali bila kami ingin bersolat di dalam masjid kami tinggalkan jer bear pink dia tu dekat box yg disediakan di luar masjid. Tu pun, Marissa sikit2 tercari-cari bear tuh dan nasib baik jugaklah bila hbs solat, bila nak amik balik bear tu, bear ada lagi kat situ, kalau lah terhilang apa lah aku nak menjawab kat anak dara tuh.


sempat lagi kan dia

 

selepas solat

nampak tak Marissa tu pegang apa? bear kesayangan dia lah tu

with my sista

 



ayah dan anak

 

mama dan anak


Tengoklah budak ini mana nak dipegang, bila kita dukung dia sibuk suruh lepaskan. Tu yg muka terpaksa jer bila amik gambar.



atuk & nanny


sista in law & real sista

nampak tak Marissa cuba melarikan diri

Kawasan luas kan, memang lah dia suka berlari ke sana dan ke sini, dia bukannya tau takut pun tgk org ramai, selamba jer. Bila kita pergi nak tangkap dia, lagi dia lari jauh, so biarkan ajer, tapi taklah biarkan terus, still tengok2 dan awasi dia dari jauh. Bila kita wat tak peduli tau lah dia datang balik kat kita. Tapi mujurlah jugak time di luar waktu sembahyang jer dia suka berjalan bebas, tapi kalau time kami solat dia tak ke mana, duduk jer dekat2 kami, kalau nak jalan pun just depan2 kami jer. Tak pun dia akan ikut solat sama. Tapi kita belum habis solat, dia dah habis dulu dah.


ibu & anak



mana boleh gambar suami isteri ni tak ade

 

nah satu lagi

haruslah juga bersama anakanda tersayang

 

all ladies



leh tahan lah gediks kami2 ni kan walaupun bertelekung...haha

Haruslah bergambar byk2 utk dibuat kenangan. Yelah tah bila lah dapat menjejakkan kaki di sana. Semoga satu hari nanti kami dijemput dan dipanggil olehNya utk menjadi tetamunya lagi. Amin. Rindu sgt.

Marissa protes kena dukung langsung bear dicampak ke bawah

 

hah jalan lah nak

 




mama nampak happy

 

saya pun happy jugak



kasi can husband interprem pulak


Di bawah lindungan payung
time ni ayah jadi kameraman

 

time ni pulak asben jadi kameraman

Rasa seronok sgt anak beranak berkumpul bersama-sama dan solat bersama-sama, sungguh aman damai jer perasaan di jiwa.

berlatar belakangkah hotel kami yg hanya beberapa meter sahaja dari Masjid Nabawi


Will update more later.....


7 comments:

shuhadah Zainol said...

seronok tgk !!

attyfir said...

as salam deqna.seronok kty baca pengalaman deqna pergi umrah..semoga satu hari nanti , kty pun akan sampai ke sini

Bibie said...

Salam Kak,rasa nak menitis air mata baca entry2 akak sekeluarga ke umrah.Sebak sangat dalam hati.Moga dipermudahkan jalan ke sana suatu hari nanti.Insya Allah.
P/s : Saya non muslim tapi dah lama belajar agama Islam.Keluarga tak bagi. :(

Irfa said...

mmg pun..time solat pandai pulak duk sebelah kita :)
seronok baca

Irfa said...

mmg pun..time solat pandai pulak duk sebelah kita :)
seronok baca

Iera said...

salam..betul kata kak atty..seronok baca pengalaman deqna kat sn..

Softtouch [Hanim] said...

seronok betul bc pengalaman deqna p umrah..rasa sayu n syahdu bila bc n tgk pic.....