Monday, April 16, 2012

Day 2 - Ziarah Luar ke Masjid Quba

16 Mac 2012 - Seperti yg dijadualkan, hari kedua adalah program ziarah sekitar Kota Madinah. Kami dikehendaki berkumpul di lobi hotel pada pukul 7:30 pagi. Maka lepas Subuh, terus balik ke hotel utk sarapan pagi.


pemandangan selepas Subuh



Cam biasa, setiap kali lepas waktu solat, kawasan persekitaran Masjid adalah sgt riuh dan sibuk dengan peniaga2. Terutamanya selepas Solat Subuh. Macam2 yg mereka niagakan, jubahlah, sejadahlah dan macam2. Tapi mereka berniaga secara illegal lah. Kalau nasib tak baik, adalah polis2 yg akan mengganggu mereka. Kira kalau kat KL ni cam DBKL lah. Tapi polis dorang baik, dorang bukan rampas ke apa barang2 yg diniagakan tu, dorang just jalan2 jer pun, peniaga2 ni pun lari lintang pukang. Bagus kan... walaupun berniaga secara haram, tapi dorang respek lah jugak polis2 yg bertugas tuh. Mula2 tu pelik gak tau, kita dok belek2 jubah tetiba si penjual lintang pukang bungkus balik kain baju dia, eh ko ni nak meniaga ke tak?? rupa2nya ada polis daa.....




di tepi jalanan


Nak kata tak shopping tu tipulah, sedikit sebyk mesti terbeli jugak barang2, yelah mesti lah nak jugak buah tangan tuk diri sendiri, keluarga, kawan dan sedara kan. Tapi nak kata gi bershopping pun tak lah jugak, sbb sumernya pun sambil2 jer... bila balik masjid, nampak org jual tu, jual ni, terbeli lah jugak sikit2.


Asyara Riyal  = 10 riyal


Memandangkah hari tu adalah Hari Jumaat, maka kami dikehendaki berkumpul mengikut masa yg ditetapkan sbb kami mesti balik sebelum Solat Jumaat. Mujur lah kumpulan kami ni tidak ramai, jadi takde masalah lah tuk menunggu-nunggu nie. By 7:30 masing2 pun dah ada kat lobi.

Kami bergerak dengan menaiki bas.
Perkuburan Baqi

Perkuburan Baqi' ialah sebuah kawasan perkuburan yang sangat hampir dengan Masjid Nabawi. Perkuburan ini merupakan tempat persemadian Ahlil Bait (ummul mukminin - isteri-isteri Nabi, anak-anak, paman, dan sepupu Rasulullah S.A.W.) Turut bersemadi di sini dengan tenang ialah 10,000 para sahabat yang telah berkorban jiwa raga dan harta benda berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menegakkan daulah Islamiah di muka bumi ini. Antara sahabat yang disemadikan di sini yang mana kuburnya mudah dikenali dan dikunjungi ialah Othman Ibnu Affan, iaitu khalifah Islam yang ke empat.  ~ http://msaadhamid.blogspot.com/2011/06/perkuburan-baqi-al-garqad.html
dalam bas

Kami diberikan penerangan oleh petugas Utas. Di bawah ini adalah kawasan tanaman kurma dan di sini jugak Rasululllah S.A.W pernah mengubati seorang pesakit dengan debu2 di kawasan itu.
pohon kurma

Masjid Quba adalah tempat pertama yg kami lawati. Kami berhenti di sana utk melakukan solat2 sunat. Sepanjang di Madinah, memang kita digalakkan utk berwuduk setiap kali keluar daripada hotel, maka adalah mudah sekirannya kita ingin menunaikan solat di mana2 masjid.



Di dalam Masjid Quba

Sedikit penerangan mengenai masjid Quba:

Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah.

Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..

Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.

Masjid Quba Dibina Atas Taqwa

Masjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah Masjid-al-Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid-al-Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba Madinah

Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa.

• Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) [9:108]

• Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim [9:109]

Nabi telah bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah telah memperelokkan kamu dengan pujiannya?

Mereka berkata: Kami telah menghimpunkan di antara batu dan air untuk bersuci.

Nabi Muhammad Dan Masjid Quba

Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.

Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)

Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. [1]

Senireka


Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras meruntuhkan bangunan Masjid yang lama.


Masjid Quba mempunya dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.


6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup ~ Wikipedia

tido dia di situ

Dari dalam bas Marissa sudah ketiduran, maka bila sampai asben yg bawak dia turun. Masuk ke masjid pun tak bangun2 jugak dia, keletihan mungkin.

masih tido







seni bina dalaman Masjid Quba


Masjid Quba yg tersergam indah

 


tetap lah lena anak dara ku itu

perjalanan diteruskan
Ok sambung lagi yer...

2 comments:

ღnFashyaღ said...

Seronoknya bace pengalaman deqna pegi umrah, dari bace entri deqna ni lah, hati teringin sangat nak jejak kaki ke sana. Doakan fashya dapat pergi ye. Amin..

Pepel BoNda AmaNi said...

keletihan sungguh marissa kan...tido jerk...best jerk tengok dia..