Tuesday, April 24, 2012

Dari Kota Madinah ke Kota mekah

Hari Sabtu 17 Mac merupakan hari terakhir kami berada di bumi Madinah. Selepas melakukan ziarah widak kami bersiap sedia utk berangkat ke Tanah Suci Mekah. Perjalanan dengan bas mengambil masa lebih kurang 5-6 jam.



bas yg membawa kami ke kota Mekah

Memandangkan ada sedikit permasalahan yg timbul akibat beg2 jemaah bercampur dengan jemaah dari kumpulan lain, maka perjalanan kami agak terlewat sedikit.  Sementara mereka2 menyelesaikan masalah tersebut marilah kita mengambil gambar lagi dan lagi.
bersama jemaah yg paling junior dalam kumpulan kami

bersama jemaah daripada Turki

Org Turki ni pun nak berangkat jugak, tapi nak berangkat pulang ke negara mereka, mereka sudahpun selamat menunaikan Umrah di Mekah sebelum tiba di Madinah.

Sebelum berangkat, kami telah bersiap dengan pakaian ihram dan kami akan berhenti bermiqat di Bir Ali.
kami sekeluarga

 
mereka kawan baik semasa di sana


somi istri

Aku pakai jubah putih time ni sebenarnya, tapi sbb aku kepit kaki camtu terus nampak cam pakai seluar pulak.

Selesai proses punggah-memunggah beg ke dalam bas, maka kami pun memulakan perjalanan. Jangan memain byk gak kes org tertinggal barang lah, tersalah beg lah, tertinggal kurma lah, so lebih baik masing2 make sure barang masing2 sumer tak tertinggal atau terhilang.

sonok budak ini naik bas, kat Mesia tak pernah naik bas



Selamat tinggal Elaf Taibah - hotel tempat kami menginap di Madinah

 
Sedikit penerangan oleh Mutawil

 
Tiba di Bir Ali

Bir Ali adalah sebuah tempat miqat (miqat zamani) bagi jemaah dari Madinah yang ingin menunaikan umrah atau haji. Masjid Bir Ali terletak tidak jauh dari Madinah, dengan jarak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Madinah.  Di sanalah jemaah lelaki akan bersiap-siap memakai pakaian ihram, tapi kebiasaannya mereka pakai siap2 dari hotel di Madinah. Di Bir Ali jemaah akan bersolat dua rakaat dan memulai niat ihram dan bersiap Umrah. Jarak antara Bir Ali ke kota Mekah adalah sekitar 450km dengan masa perjalanan lebih kurang 5 jam.






memulakan talbiah

Pantang larang ihram telah bermula sebaik saje kita berniat di Bir Ali. Sepanjang perjalanan para jemaah digalakkan utk bersama-sama bertalbiah.

Labaikallahuma Labaik. Labaika laa syariikalakalabaik. Innal Hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak ~ aku datang kepadamu Ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikkan Engkau. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala nikmat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada Sekutu Bagi Engkau


Jemaah lelaki bergilir-gilir mengetuai bacaan talbiah. Sebelum tu, kami sama2 membaca bacaan yassin. Jemaah juga digalakkan membaca Al-Quran/Yassin sepanjang perjalanan.






Sambil mulut dan hati memuji-muji Allah, mata tidak lepas dari melihat pemandangan di luar jendela bas. Hanya pemandangan pandang pasir, bukit-bukau yg dapat dilihat. Betapa dalam hati ini terfikir bagaimanakah perjalanan umat terdahulu meredah kawasan ini utk menyebarkan syariah Islam. Allahu Akbar.

beginilah keadaan di sana

 
kering dan kontang
fadang fasir


Betapa besarnya pengorbanan para Rasul dan sahabat dalam menyebarkan syiar Islam. Tak terbayang berapa lama dan bagaimana mereka mengharungi padang pasir ini semasa penghijrahan mereka dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Asalkan kita yg naik bas pun ada terasa kelelahan. Zaman dahulu hanya berkenderaankan unta semata. Begitu besar pengorbanan Rasul dan sahabat.

Lebih kurang setelah 4 jam perjalanan, kami berhenti rehat di satu kawasan rehat, kira cam R&R lah. Dekat situ ada surau dan tempat makan, tetapi keadaan tandas tidaklah seperti di tempat kita.




mengisi perut dengan sedikit juadah

Lebih kurang 30-40 minit berhenti di sana kami meneruskan perjalanan. Kota Mekah adalah tidak berapa jauh lagi.

sgt teruja apabila memasuki ke Tanah Haram


Menara jam/zam-zam tower dari kejauhan

Apabila terlihat sahaja menara jam ini, ini menandakan yg kami semakin menghampiri Masjidil Haram. Tidak tergambar perasaan ini ketika itu. Seolah tidak percaya yg diri ini sudah pun sampai ke Kota Mekah Al-Mukarramah. Syukur Alhamdulillah.

Okey akan sambung lagi dengan detik pertama melihat Kaabah di depan mata.....







3 comments:

shuhadah Zainol said...

seronoknyaaa....

allahuakbar !!

Zach's Momma said...

bestnyaa.. masih segar diingatan detik pertama kali tengok kaabah..(walaupun dh lebih 10 tahun berlalu) rindunya...

NeenaAnuar said...

aku memang tabik springg kat ko sbb boleh kelek marrisa gie mekah.. nak kene berguru ngan ko nanti nie! hehee...