Wednesday, April 25, 2012

Lambaian Kaabah

Kami sampai hotel di Mekah lebih kurang pukul 11 malam. Di Mekah kami menginap di Hotel Mawaddah. Sesampai di sana kami dijamu dengan makan malam yg sedap. Tapi sebab dah nak tengah malam, rasa tak berapa lapar pulak, tambahan pula hati masih lagi dalam keadaan yg percaya tak percaya yg kami sudah sampai di Kota Mekah.

Kami diberikan masa lebih kurang sejam, sebelum kami semua dibawa ke Masjidilharam utk melakukan umrah yg pertama.

 di luar hotel

Berbeza dengan Madinah, jarak antara masjid dengan tempat penginapan adalah sedikit jauh, dianggarkan lebih kurang 300-400m. Dulu2 kalau ikut pakej dari utas ni memang dapat hotel dekat2 jer dengan Masjidilharam, tapi sekarang kebanyakan hotel2 lama di sekitar Masjidilharam telah dirobohkan dan digantikan dengan hotel2 mewah. Kalau nak menginap di sana sediakan saja ongkosnya. Kami difahamkan satu bilik hotel boleh mencecah ribuan ringgit utk satu malam di hotel2 tersebut. Takpelah, kang dah bayar mahal2 asiknya nak duk hotel jer tang bila pulak nak ke masjid kan.

 berjalan kaki menuju masjidilharam


 kiri kanan jalan dipenuhi dengan hotel

Actually tak terasa pun kena jalan jauh, sbb keadaan di sana adalah sgt sibuk dan sesak. Sedang kita sibuk perhatikan sana sini, kita pun dah sampai ke Masjidilharam. Ditambah pulak dengan bermacam-macam kedai yg ada di sepanjang perjalanan. Itu belum lagi melihat panorama org2 meminta sedekah.


 sedang berjalan menuju masjidilharam



Keadaan jalan rasa di sini adalah sgt sesak. Sesak dengan kenderaan dan sesak dengan umat manusia, terutamanya setiap kali masuk waktu solat. Masing2 berlumba2 menuju ke rmh Allah. Para peniaga pula meninggalkan barang2 yg diniagakan begitu sahaja dengan menutupkannya dengan kain saje. Di sepanjang jalan pulak di setiap tiang lampu diletakkan speaker, maka tiap kali azan berkumandang memang jelas didengari hingga ke bilik hotel.
    

 semakin teruja melihat masjidilharam yg tersergam indah bercahaya

 semakin menghampiri


 MasyaAllah indahnya pemandangan di ketika ini

Jangan ditanya macam manakah perasaan aku di kala itu. Rasa cam nak tepuk2 jer pipi ni.  Ya Allah benarkah aku telah berada di sini? Ya Allah syukur kepadamu kerana menjemput kami ke rumahMu ini.

Sebaik saje melangkah masuk ke rumah Allah, maka kelihatanlah Kaabah yg seringkali kita lihat di tv dan di gambar2. Kini semuanya betul2 berada di depan mata. Syukur Alhamdulillah.

Kaabah yg menjadi panduan kiblat utk semua umat Islam serata pelusuk dunia



Sambung lagi yer nanti....

3 comments:

AdanyaKauUntukku said...

tenang je jiwa tgk Deqna..

tu blom betul2 depan mata tuuuuu....

allah maha hebat!!

Pinkjambu said...

seronok betol baca dari mula sampai la yang nih.. harap2 ade le rezeki mcm deqna..

Softtouch [Hanim] said...

bertuahnya awk deqna..
leh tgh secara live kaabah...

sejuk je mata ni tgk kaabah n pemandangan kota mekah...