Thursday, April 5, 2012

Memulakan Perjalanan

Ok, kita start dari awal perjalanan kami menunaikan Umrah. Actually, memang ada terfikir sama ada utk menceritakan mengenai perjalanan Umrah kami di blog atau tidak, kerana bimbang disalah tafsir. Yelah sepatutnya kita memang tak sepatutnya tuk mengwar-warkan ibadah yg kita lakukan kepada org ramai, tetapi jika tidak disimpan di dalam blog, di mana lagi kami nak simpan kenangan terindah ini. Mungkin juga buat tatapan si anak buat satu masa nanti. Jadi, InsyaAllah apa yg aku ingin kongsikan ini bukanlah atas sbb apa, mungkin aku akan cerita secara general sahaja dan mungkin juga boleh dijadikan panduan kepada sesiapa saje yg mungkin akan ke sana kelak. Juga utk tatapan dan panduan diri sendiri di masa mendatang. InsyaAllah.

Kami suami isteri telah lama memasang niat utk menunaikan Umrah. Since last year, niat kami bertambah kuat. InsyaAllah kawan2 ku sekalian, bila kita dah ada niat, maka Allah akan bukakan jalan utk kita. Tetapi pada masa yg sama ujian demi ujian tetap juga didatangkan kepada kita, utk melihat sama ada kita berputus asa atau tidak. Ayooo tetiba pulak rasa sebak di dada, sambil menaip sambil bergenang pulak air mata ini.

Sepanjang persiapan utk ke sana, macam2 hal yg berlaku kepada kami, antaranya rmh kami kena pecah masuk, pasal umrah jugak kami nyaris ditipu oleh org yg tidak bertanggungjawab, pastu lebih kurang sebulan sebelum berangkat tangan aku pulak mengalami kecederaan akibat jatuh. Hai lah nasib baiklah tangan ni dah ok sebelum kami berangkat. Kalau tidak tak taulah camne aku nak mendukung si kecik tuh. Tapi apapun yg mendatang ia tidak melunturkan niat kami utk ke sana. Alhamdulillah setiap masalah yg mendatang, dapat diselesaikan.

Setelah beberapa bulan menunggu, maka hari yg ditunggu pun tiba. Maka pada tanggal 14 Mac 2012, maka kami pun berangkatlah ke tanah suci. Oh ya, selain aku, asben dan Marissa, terdapat 4 lagi ahli keluarga yg sama2 mengikuti kami, iaitu, PIL, MIL, SIL dan my sister. Dan sepatutnya juga, mak aku pun turut sama, tapi atas sbb2 tertentu, mak tak dapat pergi. Sob sob... aku janji aku akan pastikan satu hari nanti mak akan sampai juga di sana satu hari nanti, kalau bukan dengan aku mungkin jugak dengan adik-beradik yg lain. InsyaAllah...

Kami memilih Utas Travel utk Umrah kali ini. Rasanya takde apa yg dikomen mengenai travel agent ni...dan kami memilih Saudi Airlines utk flight kami. Biasanya Utas punya flight adalah Saudi Airlines dan MAS. Sbb apa aku tak pilih flight2 lain, sbb aku takmo transit2 kat mana2, aku mau direct flight, sbb memikirkan aku kan membawa Marissa, so agak sulit sikit kalau nak turun naik kapal terbang nie.  Utk pengetahuan, saudi airlines ni akan terus ke Jeddah, dan kalau bernasib baik akan terus turun di Madinah. Thats mean, tidak perlu menaiki bas selama lebih kurang 6 jam ke Madinah daripada Jeddah. Tetapi, flight yg direct ke Madinah ni tak setiap hari ada. Tapi utk aku yg baru pertama kali ke Tanah Arab ni, aku rasa kalau ke Jeddah dulu pun ok jer, sbb leh tengok2 tempat org kan.

Sebelum keluar rmh, kita digalakkan utk mandi sunat dan melakukan solat sunat musafir supaya perjalanan kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T.

Pagi dalam pukul 9 kami telah bertolak dari rmh kami, dan berkumpul di rmh parent in law. Flight pukul 3 petang, dan kami dikehendaki berada di KLIA by 12 noon.  Sebelum bertolak apa lagi, sesi amik gambar lah kan.

kami

ramai2



with SIL

with emak

Lepas dah amik gambar sumer baru kami bergerak ke KLIA. Akak pulak straight ke sana, husband dia hantar. So, we just jumpa kat sana jer.
skema sgt dan dan tu pakai tag nama dengan beg pemberian Utas

Maklumlah, pertama kali lah katakan, apa yg Utas bagi/suruh sumer kita buat. Katanya senang nak cam dengan jemaah lain nanti.
our flight SV 831

pink bear pun tak ketinggalan

Bear ini jgk byk membantu sebenarnya, dia lah penenang si Marissa sepanjang perjalanan kami, kalau takde tuh, mau masalah aku dibuatnya.
my sister n her family - marissa selit sama


kami2 yg pergi - jemaah wanita

my BIL and my biras

Takpe as promised by mama & ayah, next time turn shahrin ngan yatie pulak pergi ke sana kan. thanks to shahrin for sending & fetching us pergi dan balik.
with emak

kanak2 riang

Lepas check-in sumer, ada short briefing daripada petugas Utas. Kami diberitahu utk group kami ada 27 org jemaah termasuk baby (Marissa lah tu). Marissa was the only kid yg lain sumer dewasa.  Ok lah 27 org jer dalam group kami, tak begitu ramai, maka senang sikit lah kot... nanti naik bas kat sana pun, bas pun tak penuh sgt...
petugas utas

mendengar dengan tekun

Petugas Utas tu tidak ikut kami sekali menaiki flight, kerana katanya di Jeddah nanti akan ada wakil yg menunggu dan menguruskan kami di sana.

naik train menuju ke balai berlepas international

 


Sebelum menaiki pesawat, kami singgah di surau sebentar utk menunaikan solat zohor dan solat asar secara jamak. Walaupun kat pesawat memang ada ruangan utk solat tapi rasanya lebih baik kami lakukan di surau.

 
flight kami

sempat lagi tuh

First time naik Saudi Arabian Airlines nie, rasa best jer, sebelum take off, kapten akan membacakan doa terlebih dahulu.

 
dapat duk kat depan sekali

Sbbkan bawak anak kecik, kami diberikan tempat di depan which ruang adalah lebih besar sedikit. Marissa naik2 flight jer sudah ketiduran. Beberapa jam lepas tu baru dia bangun. Pastu minum susu dan layan citer Dora. Ok gak entertainment airlines nie... macam2 ada.. tapi aku tak layan pun movie2 yg ada, kalau Marissa tak tgk kartun aku pasang bacaan ayat Al-Quran jer. Sedar tak sedar terus terlelap.

Menonton Dora


Sepanjang perjalanan, kami diserve dua kali, aku pun tak ingat apa yer makanan dia, ada nasi, ada salad, mcm2 adalah... sedap!.

 
penat dipangku dia nak turun pulak

 
aku pun letih join sekali duk kat bawah. ok gak sbb kaki pun dah lenguh duk atas kerusi


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam. Pada pukul 11:30  malam waktu tempatan bersamaan 6:30petang waktu Saudi, kami pun selamat mendarat di Lapangan terbang Jeddah. Kiranya dah nak masuk waktu Maghrib lah kat sana.

Menjejakkan kaki sahaja di tanah Arab, terasa cam di awangan2, eh dah sampai ke aku? cam tak percaya. Udara sgt nyaman dan cuaca adalah sejuk.

Turun dari flight, kami kena menaiki bas dan menuju ke Lapangan Haji. Lapangan Haji kalau tiba musim haji memang sesak giler, tapi kalau time biasa2 ni takdelah sesak sgt, tapi ramailah jugak, lapangan ni khas utk jemaah yg ingin menunaikan Umrah.
bas yg menunggu



dalam bas


tiba di lapangan haji

Kat sana utk selesaikan sumer urusan beg, imegresen  dan lain mengambil masa lebih kurang 2-3 jam.

budak penjaga beg


Yang si Marissa ni kemain lah aktifnya dia tak mo tido2 pulak dia, padahal time tu dah pukul 1-2 pagi waktu Malaysia dah. Dia kemain lah lari sana, lari sini. Tak sempat nak tukarkan baju, aku sarungkan jer seluar kat dia, supaya tidak kesejukan.

 

kena paksa duk dalam stroller

ruang legar di terminal haji

Beberapa jam selepas urusan sumer, kami pun keluar dari terminal haji, dan petugas utas sedia menanti kami dengan sebuah bas.

Perjalanan akan diteruskan lagi. Dari Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan. kalau naik flight dalam satu jam macam tu kot.

Teruja bilo tengok di tingkap melihat bumi Allah ini. Pada masa yg sama masih tidak percaya yg kaki ini sudah menjejak tanah Arab. Kawasan kiri kanan agak lapang. Highway nya jugak keadaannya ok. Perjalanan berjalan lancar. Marissa dalam bas memang tido je lah.  Aku pun sekali-sekala tak dapat mengawal mata dari terlelap.

 
dari dalam bas


Alhamdulillah kami sampai ke Madinah sebelum Subuh. Ok bersambung lagi yer....



12 comments:

Noor said...

alhamdulilah..dah sampai ke rumah allah..seronok dengar muda2 dpt pergi..

Noor said...

alhamdullilah..akhir dapat dah pergi..saya punya turn bila lak.

Irfa said...

sayunya hati membaca entri ni
teruskan menulis
jgn fikir apa yg org kata
kita share dgn niat boleh jd rujukan pada nak pegi sana pertama kali

Pepel BoNda AmaNi said...

syahdunya baca...meremang bulu roma...berdoa supaya satu hari nanti dapat menjejak kaki ke tanah suci jugak..amin...

InaAchik said...

best!
kite tunggu entry seterusnya...

Mimy Hamid said...

subhanallah aku teruja membaca nyaaa...panjang entry ko ni tetap aku baca sebab terasa macam aku pegi pulak..nexttt

Anis Rahim said...

derna....cam sayu jer bile tgk gambar2 and entry derna ni....teringat kenangan mase anis g umrah dlu....:)

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Alhamdulillah..bila pulak turn kami ke tanah suci ye..

shuhadah Zainol said...

seronoknya...bilalah turn shu nak kesana plak yer..nak bawak mak abah pi...

SURIA AMANDA said...

alhamdulillah..selamat jugak deqna jadi tetamu allah..tahniah skrg dah bergelar hajah kecik

Pn Qema said...

alhamdulillah saya pun dah sampai ke sana. Saya pulang pada 13 mac 2012. saya ikut Andalusia. mmg seronok dan tidak tergambar dengan kata-kata bila dah ada kat sana. saya pada mula flight driect ke Riyayd jer. jd sekejap je dah sampai Madinah. Apapun rasa bersyukur ke hadratnya kerana menerima kita menjadi tetamuNya. bila baca entry dlm blog ni n tgk gambar2 yg ada... rasa sedih dan sayu sgt.. tiba2 nangis. rasa tak puas beribadat kat sana.

Semoga kita semua mendapat umrah yg Mabrur. Amin.

salam perkenalan.

Deqna said...

Pn. Usmi Hikma - InsyaAllah semoga ibadah umrah kita diterima olehNya...

memang bila kita tengok balik gambar2 ketika di sana dan kenang balik saat2 ketika di sana, memang terasa sayu dan terasa rindu sgt utk ke sana lagi.... memang tidak puas....

salam perkenalan:)