Ok rentetan dari peristiwa rmh kami kena pecah masuk hujung tahun lepas. Walaupun pencuri masuk di kala kami sekeluarga tiada di rmh, tapi ianya cukup meninggalkan kesan kat aku, aku yg ala2 berani ni pun leh jadi takut bila tinggal bersendirian kat rmh. Terbayang2 tiba2 org tu datang lagi ke apa. Sebelum ni memang fikir rmh dah memang selamat dah, siap berpagar, bergrill, berkunci segala lah. Kunci pun bapak punya byk. Tup2 pencuri lepas masuk jugak. Ini bermakna walau camane kita kunci, mangga, rantai ker, kalau dia nak masuk dia masuk jugak. Pencuri sekarang ni memang lah tersangatlah professionalnya. Senang2 jer dia leh masuk kat rmh kita. Takat nak umpil2 tu memang tersangat kacang lah pada mereka. Org dalam rmh pun boleh tak sedar inikan pulak jiran sebelah kan.
Disebabkan itu kami sepakat utk meningkatkan lagi kawalan keselamatan kat rmh ni. Walaupun rmh pun bukan lah ada apa2 pun, yelah bukan ado2 pun, tapi memikirkan keselamatan diri itu yg penting maka kami pun pasanglah alarm kat rmh. Actually budget tuk alarm tu, aku plan nak pasang tiles kat porch, tapi takpelah tu tak penting sgt, kita utamakan yg mana perlu dulu.
sila masukkan password
Bagaimanakan alat keselamatan ini berfungsi? Ok benda ini akan berbunyi tak hengat dunia sampai jiran kat taman sebelah pun boleh terjaga dibuatnya apabila terdapat sebarang pergerakan, gegaran, goncangan, bukaan dan apa jua yg sewaktu dengannya pada setiap tingkap, pintu, grill yg terdapat di sekeliling rmh. Maknanya setiap tingkap dan pintu dan grill telah diletakkan sensor.
armed mode
Ok, kalau kita dah set mode kepada armed ni maka janganlah gatal2 sape2 pun bukak pintu atau tingkap atau apa2 jelah. Nak bukak boleh tapi kena disable kan dulu lah. Kalau tidak kang merasalah ko panik walaupun di rmh sendiri. Hari tuh, mak aku lepak kat rmh, aku pun lupa nak gitau yg aku activate alarm tuh, tup2 aku tengah basuh beras kat dapur, alarm berbunyi kuat. Panik mak tau. See, aku yg tuan rmh pun boleh gelabah alarm berbunyi, gelabah sbb kang menganggu jiran pulak kan. Tapi kalau penyamun tak gelabah jugak tak tau lah aku nak cakap apa. Tapi takpe, sistem ni kita leh control. Aku pasang dua display set ini, satu letak kat pintu masuk, satu lagi kat bilik.
ni kat pintu utama
kat bilik
Dah macam apa dah rupanya, macam2 alat kawalan. Kalau korang perasan setiap suis tu sumer telah dilabelkan oleh asben. Hari tu adalah member datang rmh, pastu siap sound kata "eh bagus betul rmh ko ni setiap suis ada label, takdelah tersilap nak bukak lampu, tapi tekan suis kipas". Tu bukan kerja aku yer, aku memang taklah buat bende remeh-temeh ini, itu sumer adalah keje bapak Marissa. Dia memang rajin, kalau tidak masakan stor pun kemas teratur jer, kotak pun sumer dilabel. Bab tu memang aku kalah.
Sistem keselematan ini boleh diupgrade lah kiranya. Ko nak link ngan ngan hp ker, ngan balai polis ker boleh sajer.
Ada satu insiden lagi, ni masa mula2 pakailah byk benar kejadiannya, hari tu kiterang sumer nak kuar rmh, sbbkan tersilap masa nak setting tuh, tah nape tak success2 jugak, rupanya2 masa nak setting tuh, pintu tu kena tutup dulu, very the terkial2, bukan apa takut kang terbunyi pulak dia. Pastu bila dah set sumer, kena tutup pintu dengan cpt dan pantas dalam tempoh masa yg ditetapkan kalau tidak kang dia berbunyi. Sama jugak kalau nak masuk. Tak leh citer lebih2 kang tak security pulak kan.
Macam mana kita nak uji sistem beroperasi ke tak? Cara senang, cuba ko gegarkan grill rmh tuh, konpom siren berbunyi. Kalau tak bunyi tu something wrong somewhere lah. Ok kalau ada percubaan nak putuskan wire pun, the thing still berbunyi jugak. So, jangan memain yer.
Sekarang ni jenayah semakin berleluasa kan, takdelah nak kata bila kita pasang ni kita jadi selamat, sekurang2nya ada langkah2 keselamatan, dan ada masa utk kita bertindak. Masa mula2 dapat rmh dulu, memang aku tak terfikir langsung pun nak pasang alat keselamatan ini kat rmh, tak termasuk dalam list langsung pun, yg ada tv, peti ais, air-cond, mesin basuh, sofa, katil, buat kabinet, bla bla bla bla bla..... tapi bila penyamun dah masuk rmh, baru terfikir pentingnya benda2 ini sumer. Ni la aku nak nasihatkan korang sumer, aku tau ramai member2 yg nak melangkah ke rmh baru ni, sebelum ada org pecah masuk rmh korang, apa kata korang pasanglah alat kawalan keselamatan kat rmh korang, alarm ker cctv ker.. kalau rmh baru, korang mesti nak wat wiring (tambahan) kan, so alang2 tu wat jer sekali, sbb nak pasang ni memang kena wat wiring satu rmh jugak lah. Kalau korang nak wireless pun boleh jugak, tapi kena rajin sikit lah nak sentiasa cek bateri dia.
Yg aku notice, ni kat kawasan rmh aku lah, rmh yg dah pernah pecah masuk sumer baru nak pasang alarm kat rmh. Yang belum pasang alarm tuh, maknanya rmh dia belum kena rompak lagi. Hehe pandai2 jer aku.
Gambar kat bawah ni pulak gambar2 semasa rmh adalah huru-hara kerana kerja2 pemasangan sedang dijalankan. Gambar Marissa jelah tapi, gambar org tgh wat keja tebuk2 dinding tidaklah pulak aku snap.
mandur kecik
sian bear dia, mangsa keadaan
port kegemaran
Kalau rasa payah sgt nak kasi makan kat budak ini, ajak jelah dia main kat tangga, sambil dia panjat2 tangga aku suap nasi kat mulut dia, baru bukak mulut dia. Kat atas tu baru nampak kaki brother yg sedang wat keje kat situ. Aku nak amik gambar dia, tapi cam malu2 pulak nak amik takut dia perasan, apa2 ntah kan.
Lagi satu aku nak tunjuk ni hah, Marissa suka sgt kalau ayah dia angkat dia macam nie. Elok jer dia balance kan badan dia. Memang leh masuk sarkas budak ini. Time ni, rmh memang cam kapal karam sikit, langsir pun sumer kena cabut, sbb rmh berhabuk, yelah dorang kan tebuk2 dinding segala.
angkat2
sukalah tu
elok jer duduk kat tapak tangan ayah dia
Aku try gak buat, tapi tak larat aku nak angkat dia ngan tapak tangan. Sikit pun tak reti gayat budak ini tau, bila ayah dia letak, dia mintak lagi suh buat macam tu lagi.
Akhir kata, sama2 lah kita membanteras kegiatan penyamun2 yg semakin berleluasa dan sayangilah keluarga anda. kes tak tau nak wat penutup entry lah nie...





4 comments:
bagus deqna , letak alarm tu semua , beringat seblom kena.
elok la beringat takpe beb korang dah pernah kena kan paham apa yang rasa...eh ckap pasal benda alah ni..dulu opis lama aku tukang kontrol alarm ni..adalah satu kes tu ..tetiba kul 2 pg..org alarm call ..opis bunyik..dah aku kena ke opis tengok apa jadi..dah macam polis lak..kenangan buat aku la dulu kat opis lama
waa canggihnye. berapa cost nak pasang ni derna kalo sudi share? aku selalu gak tinggal 3 beranak kat umah..azmi kan selalu outstation, takut la pulak..ya Allah moga dalam lindunganMu selalu.
cantiknya baju marissa..
Post a Comment