Ingatkan balik2 tu boleh siap2 dan terus kuar, tapi duk borak sana borak sini, haripun Maghrib. Maka lebih afdal kalau keluar lepas Maghrib terus.
Marissa plak memang dari siang tak tido langsung, maka naik2 kereta jer terus dia terlelap. Dah lah kami ke Aeon Rawang jer, jarak dari rmh pun dekat sgt, sian Marissa tak puas nak tido. Stroller pulak memang tak bawak. So, aku pun dukung jelah mula2 tuh. Tapi nasib baik kat Aeon ni dorang ada sediakan stroller tuk anak kecik tau. Aku ingatkan sewa ikut jam ke ape, tapi free saje rupanya, dengan syarat ko kena tinggalkan lesen memandu ko kat situ. Yelah dorang kena lah wat camtuh, nak retain IC org kan tak boleh, so, lesen jelah, lagipun kalau tak wat camtuh, konpom mau dibawa lari stroller tu sbb stroller itu sgt2 selesa tuk budak. Aeon ni bagus kan.. facility tuk family memang terbaik.
Marissa tgh tido
nilah dia troli tu.. eh troli ke stroller.. apa2 jelah.. bawah tu leh letak barang2 shopping
Memang tak plan nak beli apa pun kat sana, just nak pergi makan jer, tapi bila singgah kat supermarket ada saje benda ditangan.
Dari supermarket terus ke Nandos. Tetiba tekak masing2 nak bernandos pulak. Seb baik kat nandos pun tak ramai org, so taklah lama sangat nak menunggu.. sempat lah amik gambar sekeping dua..sekang kamera takde, gambar2 sumer pun pakai tab jer.
gambar dengan flash
gambar tanpa flash
Aku nak komplen sikit nandos kat situ, pilih kasih ok.. yg aku ngan watie punya ayam kecit jer, yg si suami2 punya ayam dia besar tau. Adakah kerana pompuan makan sikit, so ayam dia kena kecik, lelaki makan byk so ayam dia kena besar?
Gambar makanan terlupa nak amik, sedar ayam sumer dah abis... yg tinggal hanyalah ini...
licin
Makan tanpa gangguan si kecik, makan tanpa ada sudu yg jatuh ke lantai, makan tanpa ada air yg tumpah, makan tanpa ada budak menjerit.... sbb....
Dari mula2 sampai hinggalah nak balik, lena jer dia tido... sian letih yer anak mama... ok kena belajar2 lasak sikit sok nak travel senang...







2 comments:
sedapnyer nandos
baiknya marissa....
kalau paim
huhhhhh
ibu nak makan pun tercekik2 ok...
tu makan gilir2 tu
kalau mak pak makan sama2.....sambil suap fahim...bukan ter cekik je.....mmg mati tertelan bijik deghian...huhuhu
Post a Comment