Tapi walau apa pun yg dilakukan oleh anak ini, mama tetap sayang bangat sama kamu. Pagi ni rasa rindu menebal sgt kat budak kecik sorang nie, ditambah pulak membaca entry2 di archive, membaca entry2 tatkala mengandungkan dia, membaca entry2 melahirkan dia, rasa sungguh lain benar perasaan ini. Rasa rindu dengan detik2 manis itu semua. Pantas sungguh masa berlalu, dah besar dah rupanya anak mama nie. Kelmarin, 28 Jan, Marissa genap berusia 20 bulan = setahun lapan bulan.
Marissa on her 20 months birthday - gaya buat peace lah kononnya tu
Tapi apa yg selalu membuat mak dia naik hantu ialah apabila kita dah penat2 masak, dan tak sabar2 nak kasi dia makan, dia nganga memang nganga, tapi kalau time dia memang taknak makan, dia akan luahkan semula.... taim tuh, sama ada dia atau aku yg akan menangis...penat memasak tak habis, ditambah pulak kerja nak menyapu/mengvakum/mengemas.
Dah boleh harap dah anak dara ni, leh tolong kita cuci kain, sidai kain dan macam2 lagi.. cam semalam aku nak cuci kain baju dia, adalah sebakul penuh, tu baju dia sahaja.. baju dia memang hover, so sebelum aku masuk mesin aku akan asing2kan mengikut kaler baju. Aku longgok2 kan dulu kat lantai, selonggor baju kaler puti, selonggok baju kaler pink dan selonggok lagi warna macam2... aku memang biasa wat camni, pastu aku akan masukkan ke dalam laundry net. Tapi semalam belum sempat aku masukkan ke dalam net tu, dia dah siap masukkan semua kainbaju tu ke dalam bakul semula. Tak sampai hati aku nak halang tengok usaha gigih dia tuh. Sebutir-sebutir dia bawak masuk ke dalam bakul. Tak boleh sikit pun bahagian baju yg terkeluar dari bakul, cam tali dress dia, terjuntai ke luar, dia masukkan rapi2. Pastu bakul cam nak dekat penuh, dia tekan2 kain tu ke bawah. Cute giler aku tengok, kecik2 dah menunjukkan ciri2 kebibikan...hehehe. Membantu sgt kann???
Pastu kan malam tadi tgk AJL, selalu dia suka jer dengar lagu Cinta Muka Buku tuh, tapi malam tadi sibuk pulak sibuk nak main ngan tab aku. Aku nak bermuka buku pun tak boleh....:(
tengah iklan
sudah terperasan aku mengambik gambarnya
terus bangun ko... nak rampas tab dari aku
Aku tak dapat tgk abis pun AJL malam tadi, lepas lagu Sungai Lui kot aku rasa aku dah terlelap. Sedar sedar tgk dah umumkan dia punya juara.... Tapi rasanya sumer yg memang tu layak tuk memang lah...
Oklah aku pun tak tau apa aku nak citer ni, kejap pasal rindu, kejap pasal anak, tup2 pasal AJL pulak.





2 comments:
tiba2 touching ok
alahai..nak polok chiom paim....
kita pon hari2 rindukan anak.. bila balik je mesti cari anak dlu.. pastu pelok cium die walaupon dia x suke.. hehe
Post a Comment