Pagi tu, we just breakfast kat rmh cikgu Wan. Bila dah balik dari cuti2 ni baru lah terperasan yg satu gambar pun tak diambil dekat rmh member aku nie. Keterlupaan. Kiterang breakfast roti canai yg dibeli oleh para suami.
Lepas dah siap2 sumer kami pun berangkat lah ke destinasi seterusnya. Dari Taiping kami meneruskan perjalanan ke Kedah. Plan nak pergi Pasar Rabu dan Padang Besar. Tapi kena pilih salah satu sahaja kerana petangnya itu kami kena check-in ke Langkawi. Fuh gila padat jadual kan.
Dalam perjalanan kat Alor Star lalu kat betul depan satu gerai ni. Gerai ni takde nama. Puas aku cari nama kedai ni tapi tak jumpa. Tapi dekat simpang empat. Dekat tepi sungai. Kedai ini terkenal dengan ais kacang yg lembut bak kapas dan terkenal dengan sup nya marvelous.
ais kacang
Masih mengekalkan kaedah lama, diletakkan di atas piring. Mula2 ais kacang ni sampai terus terkeluar dari mulut aku "eei halus macam salji" pastu sendiri cakap macamkan pernah jumpa salji pulak aku ni kan. Tapi yg betulnya halus cam kapas... tak terasa ketulan ais tu bila masuk mulut... dia macam masuk mulut terus mencair.. memang halus kisarannya.
meja depa dapat dulu... dan dan guna depa kan..yelah kat utagha lah katakan
sabar menunggu kami punya order
my ais kacang dah sampai
Sbbkan sedap sampai dua kali aku letak gambar ais kacang nie. fedulik.
ermmmmmmmm terasa dia mencair di dalam mulut.. cam makan gula2 kapas
Cer tengok budak kecik kat atas nie.. terserlah kan kenakalan dia.. geram aku tgk..
mihun sup aku punya
Satu mangkuk ni habis licin aku bedal. Bukan kata satu mangkuk saje, siap aku tambah lagi satu mangkuk. Tapi yg satu mangkuk lagi ni aku kongsi ngan member aku. Yang specialnya sup kat sini, biasa kita makan dengan sambal kicap kan, kat sini makan dengan sambal jugak tapi sambal dia lain sikit.
Nilah dia sambal yg dimakan sekali dengan sup itu
Aku tak taulah sambal apa, nak kata cili sos bukan sos, tapi rasa ada masam2 sikit, bila letak ngan sup memang meleleh. Makan pulak sup tu time panas2. Memang meleleh. Peluh lah meleleh. Hehe.
slurrp ..slurrpp hirup sup
Makan pun tak mahal sangat kat sana, tak sampai RM50 pun tuk semua org punya makan. Maka sebelum pulang tidak lupa kami memberikan plaque CJCMCP kepada tuan kedai. Tak .. tak tipu ajer apa ko ingat ko Maria tunku Sabri ke apa? Eh sekarang punya hos JJCM dah tukar lah.. lelaki kan.. tak tau apa nama dia... Ok sebelum pulang, marilah kita bergambar beramai-ramai di depan kedai yg tiada bernama ini. Yelah kalau dah sedap tuh, takyah ada nama pun, org datang jugak kan.
ke mana destinasi seterusnya? sila folo ye
Sbbkan kesuntukan masa utk ke Pasar Rabu ataupun ke Padang Besar, maka kami memilih ke Pasar Rabu sahaja. Watie yg teringin sangat nak ke sana, nak cari makanan2 teradisional katanya.
di Pasar Rabu
Kat sana ada bermacam hasil tangan, makanan tradisional, pakaian, emas dan macam2 lah yg dijual. Tapi tak shopping apa pun sangat. Lebih kepada makanan2 sahaja. Kat sana aku beli dodol, serunding, kuih-muih, belacan dan mcm2 lagi barang makanan. Tapi kalau ke sana jangan lupa beli bahulu panas. Fuh memang lembut dan gebu jer bila makan. Marissa suka lah makan, bahulu kan kuih feberet dia. Bahulu dia tak keras walaupun disimpan semalaman. Fresh jer. Bila makan cam kenyal2 tapi lembut.
di depan Pasar Rabu
Oh ya pasar ini dibuka hari2 yer, bukan hari Rabu sahaja, nama jer Pasar Rabu ok. Tapi rasanya waktu perniagaan sampai kul 6 petang camtu lah. Malam tutup.
Bersama barang2 shoppingan
Dari Alor Star kami meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Memang percutian 3 negeri nie, dari Perak membawa ke Kedah terus ke Perlis pulak. Kami ingin mengambil Feri ke Langkawi daripada jeti Kuala Perlis. So, takdelah lama sgt nak duduk dalam feri. Lebih kurang 45 minit jer perjalanan.
Sampai di Jeti Kuala Perlis
Iqlil yg suka bergambar dan sgt sporting
sementara menunggu para suami membeli tiket feri
masa pelepasan
Barang Marissa, aku dan asben
Budak yg dah berpoluh-poluh
Apa taknya tak duduk diam. Asik nak ke sana ke sini. Seb baik ada Iqlil yg melayan.
meeting2 sat... iqlil sempat kasi pose dia memang suka kamera
ready to leave the jetty
bye bye Kuala Perlis
Inilah yg dikatakan ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Sudah sedia utk masuk ke dalam feri
feri punya steward
naik ke tingkat atas
Actually ni kali ke dua aku naik feri ke Langkawi. First time pergi tahun 98 dulu. Pastu last year early January baru pergi sbb bawak adik ipar gi hanimun. Masa tu Marissa pun ikut jugak tau. Dia dalam perut. Hehe. Malas nak link. Ada dalam archive. Kali kedua pergi Langkawi naik flight. Aku rasa kalau korang2 nak pergi Langkawi better naik flight lah kot...letih sikit nak naik feri ni. Tapi kalau nak adventure cam kami ok jer naik feri. Cuma nak punggah2 barang lah agak payah sikit, tambah lagi time waktu balik. Tau2lah hasil shoppingan byk camne.
pelayaran bermula
muka sudah berlengas
gambar2 bersama kawan2
situasi di dalam feri
anak yg tak boleh mendiam
peace by Iqlil
senyum manis
kembar tak seiras
Marissa keletihan
sampai sudah di jeti
Selamat datang ke Langkawi
Ok sambung lagi yer.... penat wat entry panjang2
4 comments:
korang memang betul sakan jalan cari makan semata...penat pun penat ...aku tengok agak penat...tp marissa rilek je aku nengok
klu amani pun sama jugak...xtau nak diam2..huhuhuhu loteh den...
memang jalan sakan namanya nie..
rindu lak nak naik feri g langkawi.
walaupun aku comment lambat tapi babe, aku memang suka cara korang berjalan2 cari makan...sempoiiiii habis
Post a Comment