Wednesday, December 15, 2010

Kemudahan Lactation Room

Sesungguhnya usaha murni aku nak menyusukan anak mungkin payah sekiranya tiadanya kemudahan lactation room. Bersyukur sbb tempat kerja aku concern tentang perlunya kemudahan ini. Secara tidak langsung ia menggalakkan ibu2 yg berkerjaya utk terus menyusukan anak walaupun tamat tempoh berpantang.

Sudah lama tidak pampang wajah syok sendiri. So, dimulai dengan gambar tuan blog. Tapi dah jadi mak2 ni rasa kekok pulak nak bergedik di dpn kamera. Gedik kan? hehehehe



kat depan cermin dalam bilik laktasi



2 bilik sebelah menyebelah

So far, memang ramailah kawan2 yg menggunakan kemudahan bilik ini. Bilik pun ada 2 ajer, maka kenalah bergilir2.


kemudahan peti ais

Utk menyimpan EBM. Masa mula2 dulu bila tgk kat dalam peti ais ni jeles jer bila tgk botol kawan2 yg penuh2 belaka. Tapi itulah pembakar semangat aku utk terus gigih dan gigih.

Air panas & air sejuk

Kalau rasa haus boleh lah terus minum. Tak yah nak bawak botol air. Pastu kalau rasa nak cuci2 peralatan ngan air panas amik jer air dari situ.

Kemudahan sinki, suis & plug

Sekarang pun ramai yg pakai electric pam jadi memang perlukan kemudahan ini. Nak cuci tangan, botol atau perkakas lain juga mudah. Semuanya boleh dilakukan di situ.


Kerusi

Tentulah kena ada kerusi. Barulah lengkap. Sangat selesa dengan kemudahan yg disediakan. Tidak cukup itu saje, malah ada juga disediakan bahan2 bacaan sesuai dengan pembacaan ibu2 sekalian.

Oh ya, lupa pulak camne caranya aku menguruskan EBM yg aku perolehi. Ok contohnya hari tu aku dapat 4 botol x 4oz. 3 botol akan digunakan fresh (tanpa dibekukan) utk kegunaan hari esoknya. Yang lagi satu botol aku simpat kat freezer tuk dijadikan stok. Pastu aku amik pulak satu atau dua botol EBM yg sedia beku utk disertakan sekali utk bekalan esoknya. Means susu takdelah disimpan lama sgt kat freezer. Sentiasa bertukar. Korang paham tak. Harap paham lah yer.

Ok, takat ni jelah entry pasal laktasi buat masa ini. Jumpa lagi di lain siaran.

p/s: Support daripada suami juga adalah amat penting dalam penyusuan susu ibu ini.

8 comments:

Rizziela said...

b agusnya tempat keje dikna....siap ada bila laktasi lagi...kat office akak buat bawah meja ajer...kalau ada orang ...buat kat toilet ajer

Softtouch [Hanim] said...

bagusnya opos degna siap ada lactation room...untung sgt..

Mrs. Eeza Herman said...

bestnya ada lactation room..iza lak, maybe kena pam kat surau je..

Ako Retna said...

bila la kita leh guna bilik tu ek... ngeh ngeh :p

Deqna said...

Rizziela - lar ye ke kena wat kat bawah meja. Jgn sampai terhantuk kepala sudah. cubalah request kat mgmt mana tau dorang leh consider.

softtouch[hanim] - tulah syukur sgt.. kalau tak mesti payah jugak nak cari tempat..

Deqna said...

Mrs Eeza Herman - takpe eeza kat mana2 pun boleh.. yg penting semangat mesti ada..

ako - erm.. takpe satu hari nanti gunalah tu kan.. tak tau bila je kan..

mama-syira said...

Friendly reminder: kalo nak masuk tu bukak kasut ye. jangan bawak kasut masuk lam bilik pulak. Hahaha
(kes aritu ingat takde org, rupanye ada tapi tak bukak kasut).

Deqna said...

farah - haah, aku pun konfiden ingat takde org, rupa2nya ada.. sape suh tak tanggal kasut kat luar kan..

pastu duk lama2 kat dalam tuh.. adoi..