Lepas kejadian lengan baju berlubang tuh dek sterika kepunyaan adik aku tuh, terus aku takde mood nak gi kenduri kawen. Aku pun satu yg pi pakai sterika adik aku tu pesal. Sterika dia memang cam giler sikit, mula2 rasa cam tak panas, sekali bila aku panaskan terus berlubang ko. Pastu time tu pulak lah asben datang kat aku berckp sumting. Tak sampai berapa second tgk kain dah berlubang. Secara tak langsung asben dipersalahkan kerana mengganggu konsentrasi aku mengiron baju.
Masih tak nak admit salah sendiri. Salahkan seterika, pastu salahkan asben. Pastu asben pulak salahkan aku, dia kata aku cuai. Jiwa dah lah tgh panas time tu, dia lagi mau menghotkan aku. Cubalah sejukkan aku sikit. Cuba kalau dia cakap "takpelah lubang sikit jer nie, nanti beli baru ganti yg lain" kan ker bgs. Aku pun apa lagi "org takde mood nak gi kenduri tuh, pergilah sorang2".
Pastu terus ke bilik air. Nak mandi. Dengan harapan kasi cool sikit. Lepas mandi terus ubah fikiran nak ikut asben gi kenduri itu. Pujuk diri sendiri kata ala takat baju tu apalah sgt, dah takde rezeki, tu baru ujian yg kecil. Lagipun bukan takde baju lain pun. Asben hepilah bini dia nak ikut. Terus dia cakap "takpelah nanti bila baju baru yer".. Yeaaa.. Barulah bertambah2 sejuk hatiku ini. Pastu dah malas nak iron2 baju dah, cari jer baju yg tak berapa nak kedut.
Lupa pulak nak cakap. Nak pergi kenduri kawen sedara belah asben sebenarnya. Kenduri tu pulak dekat lah sgt dengan rmh arwah nenek asben. Memang niat nak pergi kenduri sambil tu nak ziarah arwah nenek yg kian uzur waktu itu.
Ok kita skip dulu citer pasal kenduri kawen.
Lepas abis makan kenduri terus pergi ke rmh arwah nenek. Itulah kali terakhir aku melihat arwah nenek. Mujurlah aku tak ikut hati dan perasaan hari tuh. Kalau tidak mungkin aku tidak dapat melihat arwah nenek buat selama-lamanya.
Rmh peninggalan
Actually my husband dengan arwah nenek dia memang rapat. Nama Boboy/Boy/Aboy yg dipanggil sekarang ni adalah datang dari arwah neneknya. Aku jer yg mula2 gelar dia Shah. Kalau tidak itulah nama manja dia. Aku tau dia memang terasa dengan kehilangan neneknya itu. Sebak melihat asben menitikkan air mata tatkala asben mengucup arwah nenek. I know him, walaupun lembut orgnya, tapi tuk melihat dia menangis adalah payah. Last tgk dia nangis masa Marissa lahir hari tuh.
Ada beberapa gambar di ambil masa hari tuh. Tapi aku tak sampai hati nak letak gambar arwah di sini. Tapi dalam blog ni ada beberapa kisahnya. Antaranya entri ini. Entri lebih kurang 2 thn lepas kot.
Ok, pasni citer pasal kenduri kawen tu pulak tau. Fuh, memang tak nyesal pergi... lauk dia memang terbaik... perggghhhhhh
p/s: Ending memang saje wat camtuh supaya dapat meneutralkan entry yg macam sedih ini.
1 comment:
al fatihah...semoga rohnya aman di sana
Post a Comment